It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 7, 2012

Percuma je dapat cacian itu!

Kat PPUKM ni banyak laluan dan pintu masuk untuk staff access. Kalau aku datang kerja drive sndiri, lepas aku park kereta kat ofis En Zul, aku akan jalan kaki dan guna pintu belakang bersebelahan dengan laundry PPUKM. Dari situ akan sampai ke UKM Medical Centre (Specialist) dan terus ke ofis aku. Tapi kalau aku datang kerja dengan En Zul, dia akan drop aku kat lobby je.

Tapi pintu yang aku selalu lalu kat tepi laundry tu selalu je berkunci. Seingat aku pintu tu tak pernah dikunci. Tapi sejak ada security baru kat PPUKM ni, semua pintu diorang nak kunci. Tak pasal-pasal pintu belakang tu pun nak dikuncinya. Ok la, itu dah tugas korang. Yang bagusnya diorang siap tampal memo kat pintu. Konon-konon sebagai makluman kepada pengguna laluan dan staff kat PPUKM ni.

Seingat aku, kat memo tu tulis yang pintu tu akan ditutup bermula jam 6.00pm dan akan dibuka semula pada 6.00am pada pagi esoknya. Kira ok la tu, sebab bukan waktu ofis hour (walaupun laluan tu sentiasa ada orang yang lalu). Tapi yang menjadi aku amukan puaka pepagi bila pintu tu masih berkunci pada jam dah hampir pukul 8.00am!

Masa tu kan staff yang kerja ofis hour akan guna laluan tu. Bila tengok laluan masih tak buka lagi, dah jadi satu hal pulak aku nak pusing satu PPUKM semata-mata nak masuk ikut pintu lain. Bodoh betul la siapa security yang duty malam tu. Apa yang susah sangat? Agak-agak kau tak boleh nak commit dengan tugas tu, tak payah la nak kunci segala bagai. Kan dah menyusahkan semua orang. Kadang-kadang dalam seminggu mesti ada security yang tak buka kunci tu. Kadang-kadang jam 5.30pm dah tutup. Padahal kat memo cakap tutup pukul 6.00pm. Dasarrrrrrr~~~~

Bulan lepas (selepas aku balik dari Intensif), aku tengok ada orang yang conteng memo tu. Dah marah sangat agaknya...








Haaa... Itu bukan aku yang conteng. Sebab kalau aku yang buat, ayat-ayat sebegitu adalah ayat yang palinggggg bersopan yang akan aku tulis. Tapi kalau aku terasa nak conteng, aku kasi dengan ayat macam ni :

"Woiii bangang! Dah pukul 7am ni apasal tak bukak-bukak lagi? Kat memo bukan main sajak lagi kau tulis nak bukak pukul 6am. Ni dah pukul 7am masih berkunci ni apahallllll? Kau tak reti tengok jam ke? Kalau tak reti meh sini aku ajar kau. Kalau petang ni aku nak balik tengok pintu ni masih berkunci lagi, aku kopakkan semua pintu yang ada kat PPUKM ni. Senang tak payah nak berpintu bagai!"

Hekkk.. Konon-konon je nak maki hamun security macam tu. Berani ke aku nak cakap macam tu? Huhuhu..


No comments :