It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 3, 2020

Happy New Year 2020 ♥

Happy new year korang!
Maaf la lama tak update. Bertahun tak update sebab vitamin malas tu berkuasa dalam diri.
Ape, ingat bini pa'an je ada vitamin-vitamin ni?
Aku pun haderrrr.
Tapi kan, kenapa aku beriya nak minta maaf?
Bukan ada orang nak baca & follow pun blog sendu aku ni. Hahaha!

Ok la, tahun baharu tapi entry cerita lama ya.
Aku wrap up semua cerita 2019 dalam 1 entry.
So senang sikit aku nak membebel mengarut-ngarut kat sini.

Oh sebelum tu. Meh nak kabor.
Ada beberapa orang kawan aku cadangkan aku buat youtube channel.
Memandangkan aku dah malas nak menaip so depa suruh buat vlog pulak.
Eh korang rasa aku rajin ke nak edit-edit video ni?
Sedangkan menaip yang mudah ni pun aku MALASSSSS, lagi nak buat video?
Kalau video pendek 1minit untuk IG tu lain laa. Tu aku buat masa senggang sebelum tidur je.
Lagipun for sure youtube channel aku tak ada content.
Sungguh la buang masa. Hahaha..

Aku nak cerita perjalanan tahun 2019 aku.
Mostly pasal vacation aku la.
Korang yang baca ni jangan nak cerca entry aku ya.
Baca tenang-tenang dan puji-puji la sikit gambar-gambar aku tu.
Cheewahhh..
Kalau korang nak keji, keji dalam hati je.
Kalau aku dengar sape-sape keji aku, awas ya! =p

Tahun 2019 aku travel satu Malaysia dan dua negara Asean.
So ada yang travel guna kereta dan ada yang naik flight.
Based on statistic from AirAsia, ni conclusion penerbangan aku sepanjang 2019 :




Point yang dah redeemed tak banyak. Dalam 400 points je.


Sebelum aku cerita vacation aku, aku nak story sikit macamana aku boleh fly banyak kali.
Korang tahu kan AirAsia selalu buat sale murah-murah?
Masa dia buat sale tu, korang kena rajin hunting tiket la.
Paling murah tiket aku dapat RM12 sehala.
Kalau aku amik tiket return & beli seat (aku jarang amik drop luggage & insurans), harga dalam RM32 macam tu. 
And harga ni still murah untuk domestik (Semenanjung).
Kalau harga tiket untuk Sabah & Sarawak agak mahal. 
Tapi tiket Sarawak aku dapat RM59 sehala. Still murah kalau nak banding harga biasa.


All vacations, kecuali Julai aku lupa tambah Bukit Tinggi.


Bulan Januari dan Februari aku tak ada vacay mana-mana.
Mereput je kat rumah.
Vacay aku start bulan Mac, which is aku fly balik Kedah untuk kenduri doa selamat dan sambut besday my little Am.
Masa ni tiket AirAsia dalam RM49 sehala kalau tak silap aku.
So balik Kedah dalam 3 hari dan dapat sambut 2 majlis.


Gigih sis berbaju kurung naik bukit nak snap view tasik ni ya.
Ni lepas majlis doa selamat. Aku pergi hantar makanan kat anak-anak Makjang kat Sik.
So singgah tempat ni untuk view tasik ni.
Sorry aku lupa apa nama tasik ni.

Lepas bergambar ni aku terus ke bandar Alor Setar nak beli cake untuk besday Am.
Terus sambut besday Am lepas majlis doa selamat.
Senang sekali harung tak payah pening-pening nak kemas rumah.

Lepas aku balik dari Alor Setar, aku pegi ke Mersing untuk snorkeling.
Ni pengalaman pertama aku snorkeling.
Aku pegi dengan En Zul, Leen & Aleeya.
Gerak malam Jumaat, tidur dalam kereta & pagi Sabtu terus masuk pulau.
Malam Sabtu tidur 1 malam dan Ahad gerak balik ke KL.
Sempat singgah kopi Kluang dan nasi beriyani 44 hari.

Pulau Seri Buat. Boleh hiking ke Bukit Lanun.


Ok setel untuk Mac.

Untuk April aku ke Kuala Pilah untuk sambut besday Maklang & Leen.
Aku saja pilih Negeri Sembilan sebab tak pernah jalan-jalan belah sini.
Aku cari homestay kat FB dan jumpa Pilah Kontenastay.
Kalau rezeki korang time musim buah, owner homestay bagi korang petik & makan buah-buahan for free.
Tapi time tu kitorang pegi dah habis musim buah.
So kitorang buat BBQ je laa.
Sorry la gambar-gambar lain aku letak kat IG & FB je.
Dalam blog entry aku letak pic aku je la.
Penat la nak buat watermark banyak-banyak gambar.
Huhuuu..

Tingkat atas kontena boleh muat 3 orang

Aku book level bawah tu. Boleh muat 5-6 orang.



Minangkabau vibes


Balik dari Kuala Pilah, singgah Setia Alam & Banting nak pegi memancing.
Maklang & En Zul minat mancing so layankan je la.


Minggu depannya ada bengkel office kat Melaka.
3 hari 2 malam.
So berbengkel kat sana sambil jalan-jalan.

 On the way ke Padang Pasir kat Klebang.
Penat oiiii jalan kaki tengah panas terik!



Sebelum balik KL singgah peninggalan sejarah dan minum coconut shake.



Mei pulak.
Bulan Ramadhan uols.
Sebelum start puasa aku pegi Cameron Highlands dan Ipoh.
Saja buang masa jalan-jalan dengan si Odah tu.







Ok ni Tasik Cermin.
Tempat ni isolated sikit. Tapi dari traffic light Simpang Pulai turun dari Cameron tu
kira dah dekat dah dengan Tasik Cermin ni.
Time kitorang datang tu tak ramai orang. So nak bergambar pun senang.


Sebelum sampai ke tasik tu kena lalu gua ni.






Jun - Puasa.
Tapi jalan tetap jalan. Hahhaha
Lepas raya aku ke Langkawi.
Tiket AirAsia RM49 sehala.
Duduk kat Hotel Lavigo area Chenang.


Museum 4D kot. Ntah, ke 3D?
Lupa la pulak.



Nasi Dagang Pak Malau.
Sedap tapi agak jauh masuk ke dalam. Area Makam Mahsuri.



Gunung Mat Chinchang


Aku tak ingat nama pantai ni.
Tapi dekat-dekat dengan pusat penyelidikan UKM dan menghala ke cable car.






Julai.
Ni ada short trip ke Bukit Tinggi.
Balik hari je dengan Odah & Normah Anje.
Tak naik ke Japanese Garden sebab Odah tak bawak ubat semput.
Sebelum jadi apa-apa kat makcik tu, tak payah la nak seksa diri naik atas tu.
Balik dari Bukit Tinggi kitorang mencekik Nippon Sushi kat Batu Caves.

















Lepas trip ke Bukit Tinggi, aku ke Penang.
Tiket flight cuma RM12 sehala.
Ada pengalaman ngeri kat sana. Dapat hotel cam haram.
Hahahaha malas la nak cerita pasal hotel ni. Takde mood.
Cuma 2 hari sebelum fly ke Penang, rumah aku kena rompak.
Habis semua harta-harta dunia kena rembat.
Haaaa ni lagi takde mood nak cerita!! Fobia sampai sekarang yeee..

Tapi trip ke Penang tetap diteruskan sebab En Zul suruh aku pegi jugak.
Taknak aku fobia time-time kritikal ni. 
So bawak la diri ke Penang untuk tenangkan diri.
Syukur dapat suami yang memahami..



Trip ke Penang untuk makan-makan je.
So pic diri sendiri tak banyak.





Tapi meh aku lanje satu pic Snapchat.
Hahaha jangan nightmare ye kawan-kawan...


Ogos. Bulan kemerdekaan.
Trip kali ni jauh sikit.
Aku, En Zul, Maklang, Leen & Lisa (anak angkat Maklang) pegi Sabah.
Kitorang jelajah 12 district kalau tak silap aku laa..
Ni tiket flight tak murah. Sebab dah cuti sekolah & ada public holiday.
Kitorang ke Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Mabul, Kapalai. Mana lagi eh? Ntah lupa.

Dari Sandakan aku naik kereta ke Semporna.
Ambil masa 5 jam dan beberapa kali berhenti.
Jalan tak berapa nak ok sebab ada construction buat Borneo Link ke ape tah nama dia.
So redho je la bontot jadi keras kematu.

Aktiviti kat sana jalan-jalan, snorkeling, shopping.
Dan sightseeing of course.

Pasar malam Semporna. Jalan kaki je dari jeti Semporna.



Anak Bajau Laut. Di Mabul.



Kat sini best minum susu lembu.
Sumpah sedappppp...



Malam Kemerdekaan di Sandakan




Windmill Garden Homestay, Sandakan.
Serendah RM90/malam.
Cuma 3km dari jeti Semporna. Very recommended.



Mabul Water Bungalow Resort. Elok aku balik KL, seminggu lepas tu tempat ni runtuh sebab ombak besar. Wuuuu takutttt...



Mabul Island



Farm Dairy, Kundasang




Kapalai Island







Mabul Island


Anjung D'Samudera. RM25 untuk set kuali, free air mango lassi.
Sedap weh. Recommended set ni.
Kedai ni kat jeti Semporna, sebelah Hotel Wave Blue



2nd snorkeling for 2019


Ok setel 1 negeri Borneo.

September.

Awal Sept aku ke Cameron.
Again!
Tapi trip ni Cik Normah Anje join sekali. Nak cari pokok bunga katanya.
And still a day trip. Koser la nak bermalam kat Cameron tu.
Sesak yee..









Rasa macam tak boleh nak move on dengan windmill ni.


Hujung bulan aku terbang ke Sarawak.
Sebagai penutup negeri Borneo.
Pergi honeymoon konon-kononnya.
Kalau dah honeymoon of course la dengan tok laki aku.
Aku takde scandal ya.


Balik kerja terus fly ke Kuching.
Sampai sana terus ke Waterfront amik mood.


Tempat pertama jatuh cinta kat Sarawak.






Mula-mula berdiri tepi je. Alasan tilam tu basah.
Padahal takut roboh.



Nah, terus hilang siuman dan berani-berani naik atas ni.
Kau buang tebiat ke Yati oii?!!



The Culvert, Santubong.



















Settle Borneo.
Jumpa lagi lain tahun.

Oktober.
Snorkeling untuk kali ke tiga!
Yesss!
Tapi kat Mersing - againnnnn...
Kali ni aku ajak Wazli temankan sebab En Zul tak boleh join.
Leen of course join sekali.
Tiket flight RM49 sehala. Sebab beli last minute.





Same spot. Same feeling.











Oktober jugak.
TERENGGANU! Yeayyyyy..
Aku memang looking forward trip Terengganu ni.
Ntah la, tak tahu apa yang seronok sangat tah.

Kita ke belah pantai timur pulak.
Ni dapat tiket AirAsia RM12 sehala.


Pantai Batu Burok


Pantai Airport


Masjid Kristal


Pantai Batu Burok





Pantai Airport Tok Jembal





Pantai Mengabang Telipot


Warung Pok Nong. Celup-celup.



Nasi dagang Atas Tol.



Pantai Miami, Seberang Takir



Lepas pegi Terengganu, tak lengkap la kalau tak ke Kelantan kan?

Ok, November aku ke Kelantan.
Honeymoon lagi.
Short trip je sebab aku tak tahu nak ke mana belah Kelantan ni.
Aku pegi 4 pantai - Pantai Nami Senok, Pantai Irama, Pantai Melawi & Pantai Bisikan Bayu.
Then aku pegi ke Guillemard Bridge kat Tanah Merah.
Selebihnya aku jalan-jalan sekitar Kota Bharu je.


Pantai Nami, Bachok


Pantai Melawi


Gullemard Bridge



Street Art, Kota Bharu


Settle Pantai Timur.
Kuantan? Next time laaa...

Disember.
Bulan terakhir 2019 aku bagi special sikit.
Aku pegi Surabaya dan Vietnam.
Back to back.
Penat jugak laa.. Tapi best dan berbaloi.

Surabaya trip 5 hari kat sana.
Tapi trip ni macam tak well organized.
Sumpah penattttt...

Tempat yang aku pergi :
1) Taman Safari Prigen
2) Taman Nasional Bromo
3) Gunung Berapi Bromo
4) Gunung Teletubbies, Bromo
5) Pasir Bisik, Bromo
6) Taman Selecta, Batu, Malang
7) Petik Apel Wisata, Malang





























































Lepas 3 hari balik dari Surabaya, aku ke Ho Chi Minh, Vietnam.
Pegi dengan gang2 sekolah Leen.
Pegi 3 hari 2 malam je.
Cuma jalan-jalan dan shopping.
Well, shopping kat sana memang heavennnn!





















Sebagai penutup 2019, aku ke Genting.
Staycation kat First World Hotel untuk satu malam.
Ni pun dapat free sebab membership dengan Genting Resort.
Bulan Januari 2020 ni dapat stay 1 malam lagi.
Which is esok aku pegi.













Sorry la aku tak dapat nak cerita in details.
Sebab terlalu banyak benda nak cerita dalam 1 entry.
Nanti la bila-bila aku pick point sikit-sikit cerita dalam mana-mana entry.
Tu pun kalau aku masih rajin nak menaip laa.. Hahaha!

Untuk tahun 2020, aku dah ada 5 tempat untuk vacay.
Starting pembukaan tahun kat First World Hotel esok.
Dan ada 2 negara Asean aku nak pegi. Dapat tiket murah uolssss..

Doakan aku rajin nak update entry ya.
Ok sis chow dulu.
Banyak kerja nak siapkan kat office. Too busy now aagitewww...

Sebelum tu, nak ucapkan terima kasih pada En Zul, Maklang, Leen/Cik Normah Anje dan semua kawan-kawan yang banyak tolong aku selama ni.

I love all of you! ♥