It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

From My Kitchen : Moist Choc Cake






Moist Choc Cake!

Wahhhhhh~~~ Gila happy aku malam ni sebab first time aku buat moist choc cake gila sedap! Haa.. Tak senonoh betul puji masakan sendiri. Tapi serius kek ni lembap dan lembut! Nasib baik jumpa resepi yang mudah dan cepat. Dan yang paling penting, kek tu betul-betul moist dan sedap!

Tak sabar nak ngapp! =)


Bahan-bahan :

Bahan A :

- 1 cawan gula
- 1 cawan serbuk coklat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak jagung
- 1 sudu kecil nescafe

*semua Bahan A digaul rata dan masak atas api yang perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila sudah sebati.



Bahan B :

- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder

*semua Bahan B diayak.



Bahan C :

- 4 biji telur (dipukul sehingga kembang)



Cara membuat :

- Jerang air di dalam steamer sehingga air mendidih.

- Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk. Bila dah sebati masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah digris.

- Masukkan adunan ke dalam steamer dan kukus selama 1jam 30minit atau sehingga kek panas.

- Lepas kek masak, tunggu kek sejuk dan tuang coklat cair ke atas kek. Hias ikut sukati.


Tips :

- Jangan buka penutup steamer semasa proses mengukus 45 minit yang pertama.

- Jika air didihan sudah mulai susut / mulai kering, panaskan air di dalam cerek, setelah mendidih masukkan air ke dalam steamer. Ini akan dapat mengukus kek dengan sempurna. Jika tambah air sejuk ke dalam steamer, wap air turut jadi sejuk dan mengambil masa untuk memanaskan / mendidihkan semula air.




Sebelum masuk steamer, haruslah posing dulu khennn~~



Dalam steamer.. Wahhh~ Macam dalam sauna pulak!



Selesai mengukus. Alhamdulillah.. Sangat menjadi kek ni.
Terlalu lembut...
Tapi macamana nak transfer ke pinggan? Sebab ni bukan loyang berlubang dan berlapis aluminium tu..
Huhuhu...



Tadaaaa~~
Sudah berubah kedudukan! Yeayyy!!



Curahkan topping coklat cair dan choc rice.
Perghhh.. Terliur, beb!
Hitam itu menawan =)



P/s : Sebenarnya aku nak rasmikan steamer yang baru beli tuuu... Sekurang-kurangnya kalau lepas ni aku malas nak masak yang jenis kukus-kukus ni, En Zul tak akan marah sebab aku dah pernah guna steamer ni. Daripada tak gunakan lansung kan? =)




Punya la jakun aku ni sampaikan sticker pun tak dicabut!
Ok, aku poyo.





Love,

2 comments :

apricot said...

Salam kak..care kek moist akak senang la..tp nak tnye ckit ni..kan kne campurkan bahan c,bhn b n bhn a kan..?bhn a tu nk kne masukkan semua ke..?yg nk curah kt ats kek tu kene buat lain la ek..? :D

Chempaka Merah said...

Wslm.. Ni jawapannya ye :)

1) bahan A cmpur je smua sekali. Janji gula tu larut. Api jgn kuat ye. Nanti coklat tu hangus plak. Guna api slow je.

2) yg curah kat atas tu, akk guna cooking choc yg di cairkan guna kekdah double boil. Alaa, kekdahnya sama mcm nak buat topping kuih almond london tu. cairkan choc & curah atas kek.

hrp menjawab soalan @apricot :)