It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 13, 2012

From My Kitchen : Sotong Goreng Kunyit

Lepas balik shopping beli barang-barang kelengkapan bilik air semalam, aku iftar dengan En Zul kat kedai Awe (Taman Midah). Dah penat seharian berjalan, malas la aku nak masak. So order je guna hp, then sampai kedai tengok makanan dah siap dihidang atas meja. Hahaha!

Semalam aku order nasi putih, tomyam campur dan sotong goreng kunyit. En Zul pulak makan nasi goreng pattaya.

Sebelum ni pembantu aku (Teh Maria) cakap sotong goreng kunyit kat kedai Awe ni sedap. Sotong dia rangup-rangup sikit macam disalut tepung. Tapi bukan exactly sotong celup tepung sebab tepung tu nipis je, and rangup bila digigit. Berbeza dengan ayam goreng kunyit, dia just gaul dengan serbuk kunyit dan garam je.

Sebab aku dah pernah rasa ayam goreng kunyit, so aku nak try pulak sotong goreng kunyit dia.

Lepas je dengar bunyi Azan, terus aku kokak sotong tu. Perghhhh! Memang sedap wehhh! Tak sia-sia order selepas penat berjalan seharian suntuk. Terasa macam nak order sepinggan lagi! Hahaha.. Tamak!

Memandangkan dalam esbok still ada lagi sotong, dan sayur kacang panjang still ada 2-3 batang lagi, so hari ni aku pun try la buat. Resepi ni main agak-agak je la. Campak itu, campak ini, DONE!


Bahan-bahan :


  • Sotong (bersihkan)
  • Kacang panjang (ikut la nak banyak mana)
  • Lobak merah - potong panjang (aku tak taruk, dah habis dalam stock)
  • Cili merah / capsicum merah - potong panjang
  • Bawang besar - potong panjang
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Tepung Jagung (2 sudu besar)

Cara-cara :

  • ,Sotong yang sudah dibersihkan, di campur/gaul dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dalam kuali (jangan terlalu sedikit minyak tu, agak-agak sotong tenggelam bila goreng), bila minyak dah panas, masukkan sotong. Guna api kuat, sebab nak garingkan tepung dengan kadar segera, dan sotong tidak terlalu masak sebab nanti sotong akan jadi keras.
  • Lebih kurang 2-3minit untuk menggoreng sotong (dah garing), angkat sotong dan toskan.
  • Guna minyak yang sama, buang minyak (tinggalkan sedikit untuk menumis), masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Masukkan sedikit garam. Masak sekejap je, dalam 2-3minit jugak.
  • Masukkan sotong goreng dan biar sebati. Siap!

P/s : kalau nak guna bawang merah kecil dan bawang putih, boleh masukkan untuk menumis sehingga naik bau. Aku malas nak masukkan. Hahaha!




Nasib baik menjadi macam kat kedai Awe.



Dah siap. Kalerful kan? Cuma tak ada carrot. Kalau letak carrot, lagi cantik kaler dia.




#ni menu biasa-biasa je. Malas nak masak beriya sangat. Heh!

No comments :