It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 1, 2011

From My Kitchen : Cheesy Wedges

Wah...
Tekak western pulak hari ni :)

Dah lama teringin nak buat cheesy wedges ni.
Dulu kalau teringin nak makan, kena pergi KFC.
Harga cheesy wedges lebih kurang RM4 lebih.
Sekali hadap terus licin. Kalau nak beli memang tak cukup 1, kena sekurang-kurangnya 2!
Itu belum campur dengan tekak En Zul, Ika & Aleeya.
Kalau beli sikit je, mahu ada yang berbunuh dalam KFC!

Lepas memendam air liur dengan agak lama, maka aku nekad untuk try resepi cheesy wedges tu.
Ntah sedap ke tidak, ntah jadi ke tidak, aku belasah je!
Janji aku try.



Bahan-bahan :


  • Kentang
  • Tepung kentucky
  • Susu segar
  • Tepung gandum
  • Cheese kaler oren (aku beli cheese jenama Dairy Good-Smooky BBQ flavour)
  • Yogurt asli
  • Garam


Simple kan?
Dan bahan-bahan ni bukannya susah nak cari pun.
Aku beli kat Tesco je pun.
Tak perlu nak pening-pening beli bahan yang mahal-mahal kat kedai dalam KLCC tu.


Let's start cooking!




Kentang.
Cari yang saiz besar & panjang.



Buang kulit dan potong memanjang.
Jangan potong dadu, kang huduh pulak bentuknya.
Basuh dan rendam dalam air ais untuk mengelakkan kentang jadi lembik selepas merebus.



Rebus kentang sehingga 15-20 minit.
Angkat dan toskan.



Tabur tepung kentucky dan garam secukup rasa.
Bukan celup kentang ke dalam tepung, maka tepung tak perlu tambah air ye.



Goreng sehingga kekuningan.
Nampak rupanya macam menjadi :)
Tapi rasanya aku tak pasti! Hahaha....


Untuk cheesy nya pula.......



Cairkan mentega.


Masukkan 1 sudu besar tepung gandum.
Kacau sehingga sebati



Masukkan 1/2 cawan susu segar.
Kacau sehingga sedikit pekat.



Masukkan cheese oren.
Biarkan ia cairrrrrr....
Bukan di perut atau di mulut, tapi di dalam kuali...



Masukkan 1 sudu besar yogurt dan garam secukup rasa.
Tambah susu segar jika perlu (kepekatan mengikut citarasa masing-masing).



Boleh curah atau pipe kan atas kentang tadi.


Wahhhhh....
Dah nampak macam KFC punya la!
Jom makan! :)




Hmmmm... Sedapppppppnyerrrrrrr...!!! <----anak-anak punya komen. Hihihi....





No comments :