It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 12, 2012

Survey barang-barang bilik air pulakkk...

Memandangkan hari ni En Zul tak perlu kerja, so kitorang pergi survey barang-barang bilik air. Aku dah search kat internet, konon-konon nak cari kedai yang murah-murah. Tapi tak jumpa pulak. Ada la beberapa kedai yang orang ramai recommend, tapi tak ada pulak diorang mentioned kedai tu murah.

Antaranya The Living Depot, Puchong.

Actually, kedai ni dekat je dengan kedai lampu murah Houses Living (HL) tu. Selang 200m je kot. Land mark kedai ni lagi senang, betul-betul kat sebelah Carrefour Puchong. Senang je nak cari.

Kedai ni ada 2 tingkat. Mulanya bila aku search website dia, nampak kedai macam cantik. Barang-barang tersusun kemas. Tapi bila dah sampai, kedai ni macam wharehouse biasa je. Sebab kecewa tertipu dek keindahan panorama dalam website, maka kitorang cuma beli paip sinki dapur je. Harga RM36.90. Aku pilih yang jenis boleh lentur.





Lepas bayar, aku tanya kat cashier.
"Ada shower lain tak selain yang tergantung kat situ?"
"Ada, kat tingkat atas."


Laaa... Kedai ni 2 tingkat ke? Mati-mati ingat setingkat je. Ok-ok, jom naik ke tingkat atas.




Sebelum tu, meh compare harga ampaian.
Aku beli kat HL dengan harga RM99 (lepas diskaun pembelian barang RM500 dan keatas)
Harga asal RM179.
Kat sini harga RM98. Beza RM1, tapi yang ni cepat kemek. Aku tengok semua kaki ampaian ni dah kemek.
Means kualiti tak bagus.

Harap-harap aku punya kualiti tinggi =)



Aku naik je tingkat atas, kat tepi tangga nampak benda ni :

Wahhhhh.. Gila dambaan aku nih! Memang aku aim nak beli shower bentuk square.
Kalau tak dapat square, beli yang round pun boleh. Tapi harus bersaiz besarrrrr!
Baru puas nak mandi.

Yang kiri harga RM750, yang kanan harga RM650.
Kira ok la harga tu. Sebab sebelum ni harga bentuk square memang mahal. Kadang-kadang sampai cecah ribuan! Serius aku cakap weiiiiii... Tapi apa-apa pun still kena tengok kualiti la. Selalunya barang-barang macam ni berkualiti tinggi jugak la.




Ni ruangan dalam kedai tingkat atas.




Tersusun kemas (sorry, pic sedikit blurr. Excited la katakan!)




Sinki. Macam-macam design. Cantik-cantik! Sumpah nampak eksklusif!




Haaaaa... Benda ni yang buat aku jadi meroyan! Nak beli ni! Nak beli niiiiiiii!!!!
Oh, lupa nak bagitau. Kat sini tengah offer.
Aku beli shower ni untuk bilik air luar, dapat off 30%.
Harga asal RM169, harga beli RM112.

Nak beli yang harga bawah RM100 pun ada. Tapi shower round kecik sedikit la.




Peralatan dalam bilik air. Harga standard. Tapi dibuat dari steel yang berkualiti.
Nak kata murah sangat pun, ntah laaa.. Sebab belum jumpa lagi kedai lain yang lagi murah.
Even kat IKEA pun mahal gak!




Check price!
Aku beli kat HL (selepas diskaun RM500 tu), dengan harga RM19.
Sini jual dengan harga RM250. Brand Rubine.
Hehehe!!





Tadaaaaa!!!

Akhirnya aku beli jugak shower square ni untuk toilet dalam bilik aku!
Actually, shower ni ada sambungan dengan water heater. En Zul yang beriya-iya nak pakai water heater.
Aku tak suka sangat mandi air suam-suam ni. Lebih suka air sejuk. Biar segarrrrr je badan.

Ok, harga asal RM280. Set shower sahaja. Tapi ada diskaun, harga beli RM200 je.
Agak-agak murah ke? Sebab aku tak jumpa lagi harga macam ni kat tempat lain. Kalau ada yang jual lagi murah, kompem aku akan menangis sambil curah air guna shower ni. Huhuhuuuu!!

Beli water heater with pump, brand Panasonic, harga net price RM499.
Campur dengan shower set, jadi RM699.


Tukang check barang. Kakak ni yang layan kitorang. Nak kata mesra sangat tu, tak la. Biasa-biasa je.
Cuma kedekut SENYUMAN je. Kalau akak ni senyum lebih sikit, kompem aku borong lebih banyak barang kat sini.

Sekali kakak ni sound aku, "dik, sini tak boleh amik gambar sebenarnya."

Ek elehhhhhh... Macam la aku hadap sangat kan????


Cadang nak beli join paip untuk bilik air luar. Dengan kualiti join tu, harga yang ditawarkan sangat murah!
RM28 je!!! Bapak gila murahhhhh!!!!

Tapi dah habis stock. Yang tinggal paling murah RM46.
Hmmmm.. Takpe, survey kedai lain la!



Total spending for Day-2 : RM835.

NO FREE GIFT!
Kedekut punya kedai!



Ok, lepas tu kitorang singgah ke Bangi. Berdepan dengan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP). Dekat je dengan rumah ofismate aku, Diana Sumiran.

Nama wharehouse BigBath.
Agak suram la kawasan kedai ni. Tak ada orang datang pun kedai dia. Takpe, fikir positif je.



Again, survey shower. Padahal shower dah beli pun.
Aku agak berkenan dengan shower ni. UNIK!
Harga RM1100.




En Zul still nak cari join paip yang harga bawah RM28, nak compete dengan harga kat TLD.
Tapi hampa. Semua mahal.




Pilihan banyak, tapi mahal.















Let's compare the price. Kat sini harga pun beratus-ratus.
Memang berbaloi la dapat beli dengan harga RM19 kat kedai lampu tu =)



Yang ni harga RM120. Harga aku menang! Yeayyyyy!!!

Cuma kedai ni tak best part layanan staff.
Ada sorang staff je pun. Cuma duduk kat kaunter main henfon.
Bila En Zul tanya sepatah, sepatah la dia jawab. Then sambung main henfon balik.
Kalau aku rembat bawak lari kepala paip ke, shower ke, bukan dia perasan pun!

Patut la kedai kau tak ramai orang datang. Esok lusa kompem melingkup!

(serius aku tak puas hati dengan layanan staf kat kedai ni!)



Lepas tu, kitorang singgah kat rumah baru nak hantar lampu sebiji tu, sekali dengan barang-barang bilik air.
Balik dari rumah baru. kitorang singgah kat kedai ni. Tapi lupa nama kedai. Lokasi dia kat Taman Connought. Bangunan sebelah Giant (sederet KFC).



Check harga.
Brand Rubine, harga di kedai ni RM79.
Aku beli RM25 je kat HL.

MURAHHHH KANNNN???
So sila la kunjung kedai HL tu. Memang tak rugi punya!


Ok, yang ni mari kita compare harga dengan kedai TLD.

Kat TLD, harga water heater with pump brand DEKA ni, RM380.
Kalau campur dengan shower (RM200), total RM580.
Tapi kat kedai ni mahal RM10. Tapi shower besar dan kecik lain-lain bentuk.
Petak dan bulat.
Kalau kat TLD, dua-dua sama bentuk. Kau pilih bulat, dua-dua bulat. Kau pilih petak, dua-dua dapat petak. Kedai ni campur pulak. Pastu mahal RM10. Hish, tak best! Tak best!!!

Fikir positif : mungkin shower kat kedai ni lebih berkualiti kot. Ada layer hitam lagi kat tengah-tengah tu.
Kat TLD, semua kaler silver. Standard design.




Compare hargaaaaaaa!!!

Sini jual ampaian RM119. Kat TLD harga RM98. Kat BigBath RM120.

Aku beli RM99!!! Yeayyyy~~~




Kat sini RM215. Aku beli RM19
(berapa kali nak ulang daaaaa~)


Nak bagitau betapa murahnya barang-barang yang aku beli!!!
Aku kan pengguna yang bijak. Puiiii.



En Zul dah berkenan kat set dapur ni. Brand Rubine. Siap mintak ukuran sebab nak pegi ukur table top kat rumah baru. Nak adjust saiz dapur katanya.
Ada 3 set tengah offer. Ni antara salah-satu nya.
Harga offer RM1500. Yang lagi satu RM1800.

Yessss, malam ni aku kena layan En Zul lebih mesra lagi.
Mana tau lepas ni dia ajak datang beli set dapur ni.

Ngeh ngeh ngehhhh!


14 comments :

hajar enterprise said...

Nk tanya..kak...brg Kat kedai ni ori tional tembaga ke tahi besi...sbb sya buka kedai tpi jual yg ori imported sahaja...nk gi survey kedai harga mcmmna

Chempaka Merah said...

ape maksud ori @ tahi besi?

err.. tahi besi tu mcmana? sy x tahu sgt benda2 ni. rasanya hubby sy bgtau brg2 tu stainless steel. tahi besi or ori, sy x pasti plak..

oyenks said...

thanks sharing! esp ada pic bergambar tu sangat membantu :)

Luqman Haris said...

kedai living depot buka tak hari ahad????

Sktekajong Daro said...

nak tanya kedai Hl tue apa...dekat mana???

Chempaka Merah said...

@Sktekajong Daro

HI ke HL? HL tu House Living kat Puchong. Ada direction dlm entry tu.

Masyitah Annasri said...

kt HL nii Ade jual mangkuk tandas tak?

Masyitah Annasri said...

Kt HL nii Ade jual mangkuk tandas tak?

Chempaka Merah said...

@Masyitah Annasri

Rasanya mcm x ada jual. tp x tau la skrg dah ada plak.

Drill Lubang Skru @ Water Heater Area Putrajaya: 0176431977 said...

http://drillputrajaya.blogspot.com/

Unknown said...

HL murah betul baru balik terima kasih

Unknown said...

HL murah betul baru balik terima kasih

Mohamad Azali said...

HL .. house of lighting atau house living ..? House Living x da dlm google ...

Wieza67 said...

Housing Lighting syg...smlm baru k.za pegi rembat kipas syiling 4 biji..harga mmg murah..dgrnya setiap selasa stok baru masuk dan sabtu ahad clearance..org ramai giler...