It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 25, 2011

From My Kitchen : Cheese Cake

Ehem-ehem.
Hari ni nak buat cheese cake. Sebenarnya aku nak buat cheese cake yang lain, tapi memandangkan resepi tu tertinggal kat ofis, maka aku buat je la cheese cake yang ini. Jadi la kannnn..??



Cheese cake yang bukan pilihan hati.
Uwaaaa.. Nak buat cheese cake lain!!!!



Bahan-bahan : (loyang yang digunakan adalah untuk 8inci, tapi aku guna 9inci. Sah-sah la kek aku leper kan?)


Bahan-bahan A :


  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100ml susu segar
  • 6 biji telur kuning
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour / cornstarch)
  • 1/2 sudu kecil baking powder


Bahan-bahan B :

  • 130g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 sudu besar jus lemon


Cara-cara :

  • Untuk adunan A : Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, masukkan tepung superfine, tepung jagung, baking powder, telur kuning, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese tadi. Gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Untuk adunan B : Dalam bekas lain, pukul putih telur dan jus lemon sehingga berbuih (foamy). Masukkan gula dan pukul sehingga soft peak.


Pukul sehingga adunan menjadi soft peak. Bila angkat adunan, adunan tidak meleleh jatuh.


  • Campurkan adunan A ke dalam adunan B yang sudah gebu tadi. Gaul sehingga kedua-dua adunan sebati. Sediakan loyang bulat yang sudah digriskan. Tuang adunan ke dalam loyang dan sedia di bakar.


P/s : Ada dua jenis loyang.
- Jika menggunakan loyang A, tidak perlu balut dengan aluminium di luar loyang.
- Jika menggunakan loyang B, perlu balut dengan aluminium di luar loyang.



Loyang A : tidak berlubang di bawah


Loyang B : berlubang di bawah.
Aku guna loyang ni, senang nak keluarkan kek lepas siap dimasak.



  • Memandangkan aku guna loyang B (bawah loyang berlubang), maka aku kena balut loyang dengan aluminium, supaya air panas tidak masuk ke dalam loyang. Kalau guna loyang A, tak perlu balut sebab air panas tidak masuk ke dalam loyang.


Ok, aku balut memang huduh. Tiada unsur seni.

  • Bakar kek selama 1 jam pada suhu 160 darjah celcius. Gunakan teknik Au Bain-marie (water bath). Cara menggunakan teknik water bath : Masukkan dulang ke dalam oven. Letak loyang kek atas dulang tersebut. Panaskan air dalam cerek. Selepas air mendidih, curah air panas ke dalam dulang kira-kira 1/2 tinggi loyang (sekeliling loyang kek).



Teknik Water Bath


  • Then bakar kek sampai masak. Kalau tak faham jugak bagaimana teknik water bath tu, boleh tengok video kat bawah ni :








Gambar lain :


Pembakaran yang sempurna.
Bau cheese menyeluruhi ruang dapur ku!



Terlampau gebu sampai pecah kek aku!
Nampaknya gempar bumi telah melanda~~~~~



Hasil cheese cake! Yeayyyy~ Boleh makan..





Lepas siap, sejukkan kek. Serius kek ni soft dan gebu. Cair di dalam mulut... Yummy~~
Eh, puji masakan sendiri pulak! Hahahaa...


P/s : Kalau nak lagi sedap, asingkan sedikit adunan cream cheese. Campur dengan serbuk coklat. So ia akan jadi choc cheese cake (macam dalam video tu).


Amcam? Best tak?

9 comments :

ciketon fazya said...

ti, loyang u kecik kot, tu crack atas tu.. hehe..

Chempaka Merah said...

Kak, i pakai loyang 9".. tak cukup besar ke? huhu.. td i buat red velvet. lg teruk merekah dia! serius i terkejut. smpai ngeri nak makan.. nasib baik En Zul suka sesgt kek tu. (tak la mmbazir kan? hahah)

ciketon fazya said...

adunan u byk kot, tu bila mengembang dgn jayanya, dia dah xmuat tu jd crack..

atau pun sbb lain oven pns sgt...

Chempaka Merah said...

oo yeke? hmm.. tp i pakai 9" pun leper je kek nya. macamana nak jadikan kek tebal? mesti kena pakai loyang kecik kan?

*i agreed dgn oven trlalu panas.

mardiana abu darin said...

Wow! Bestnya kek keju. Ni berkobar2 nak Cuba. Hopefully berhasil lah ye. Tq utk info2 yg Sgt berguna. Mohon kongsi ye

Chempaka Merah said...

TQ @mardiana =)

Nur Izzati said...

Water bath tu same dengan kukus ke?

Nur Izzati said...

Water bath tu same macam kukus ke?

Chempaka Merah said...

@Nur Izzati

mcm kukus, tp masak dlm oven. bukan atas dapur