It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

Ni gila punya kaki karok!



Semalam layan karok dengan staff aku.
Nama dia Fitriah. Staff biofizikal.
(sempat lagi okkkk.. walaupun Isnin depan dah exam!)

Terkejut aku tengok dia layan karok.
Siap tutup-tutup mata, tangan tarik-tarik bila high pitch.
Feelinggggg gitu!

Hahahahaa...



*Tetiba aku jadi malu nak nyanyi sebab aku nyanyi macam kayu!*




Tuesday, May 29, 2012

Berpijak di bumi yang nyata

Tadi baru balik dari lunch.
Kebetulan tadi ada power trip kat pc aku.
So sampai ofis tengok pc dah boleh on.
Then aku turn on pc dan melawat page-page wajib aku.

Tengah sedap-sedap baca gosip kat blog abg Nara tu, sekali PRAKKKK!












Roller kerusi aku patah!!!!!!



Uwaaaaa... Gemuk sangat ke aku ni??
Betul ke dah gemuk SANGAT-SANGAT?
Tengok kat cermin ajaib, nampak badan aku macam slimmm je.
(oh, itu cermin yang menampakkan objek jadi kurus. Bukan yang menampakkan objek menjadi lebarrrr)
Sebelum ni kerusi ni memang dah menunjukkan tanda-tanda lanjut usianya.
Tapi aku biarkan je.

Dengan berbesar hati tiap-tiap hari aku melantak macam orang bela saka.
Sekaliiiiiiiiiii bila dah jadi macam ni, terpaksa on balik program diet aku.
Huhuhu....




Lepas ni mak gajah terpaksa la cari kerusi kayu jati.



Friday, May 25, 2012

Less fat, less salt, less calories.. Tapi kalau portion ayam pun dah quarter, tang mana yang less tu??

Dah lama tak makan Kenny Rogers Roaster.
Selalunya kalau aku & En Zul lepak kat Leisure Mall, kadang-kadang kitorang makan kat situ.
Itu pun sementara tunggu tayangan movie. Hehehe...

Kelmarin aku keluar dengan Kak Ain atas urusan pejabat.
Ulang suara, URUSAN PEJABAT.
Then pergi ke CIMB untuk setelkan cheque staff.
Sambil-sambil tu aku buka akaun CIMB sekali.

Ye, aku belum ada akaun CIMB. Batak betul kan??
Hahaha...

Lepas setel urusan kat CIMB, kitorang pergi lunch.
Serius lapar. Kesian Kak Ain, perut dah memulas-mulas mintak diisi.

Takpe kak... Jom kita pergi makan pizza.
Tapi sayang... Kat area Leisure Mall tak ada Pizza Hut.
So kita makan KRR la eh?






Fruit Passion.
Sedap gak air ni. Pandai aku order. Hehehe...
Harga RM7.00





Can u see the layers?
It's mango juice actually. Then dia tambah perisa strawberry kot.
Ntah, lupa dah apa yang dia tulis kat menu tu.





Kalau makan kat KRR, aku paling suka makan muffin choc ni.
Kan muffin ni pakej kat dalam menu yang sedia ada. Mesti aku pilih choc flavor.
Luar dia keras, dalam dia lembut. Yang paling best rasa dia bukan exactly choc, tapi ala-ala mocha.
Sebab ada rasa kopi sikit. Itu tekak aku la, tekak orang lain aku tak tahu.

Yang satu lagi tu vanilla flavor, pilihan Kak Ain.





Ain's muffin.





Mentang-mentang hari ni gaji dah keluar, bukan main lagi kakak-kakak nurse ni berkenduri-kendara kat sini. Kak, jangan makan banyak sangat. Kalori tuuuuu.....
Eh? Macam la aku makan makanan yang kurang kalori. Haha...





Tengok ayam yang tengah golek tu, nampak debab-debab. Rasa macam nak terkam je.





Kak Ain dengan senyuman laparnya....





Ni set aku. Harga RM18.90.
Ada nasi, ayam quarter dan salad. Salad tu not bad jugak laa..
Walaupun salad sos tu agak masam, tapi bila makan dengan tomato dan roti garing tu memang sedap.
Good combination.

Tengok salad aku, mayo dia melimpah-limpah!





Ni set Kak Ain. Harga RM17.90
Ayam quarter (eh, apasal ayam dia nampak macam seekor?), then three of side dish's choices.
Nasi, smashed potato & salad.
Air pulak Kak Ain pilih hot cappucino (RM7.00)




Untuk gravy, masuk ni aku dah 2 kali aku tersalah pilih perisa.
Aku nak black pepper, tapi termintak barbeque.
Bila ayam dah sampai, baru teringat balik "eh, aku ni order BP ke, BBQ yerrr???"
Bila ayam dah tergolek depan mata, dah terlambat untuk mintak tukar.
Padan muka aku. Penyelamatnya, aku minta extra gravy perisa BP.
Setel.





Menarik salad aku kan?
Dah mentekedarah ayam quarter, kena la kasi balanced diet aku tu. Baru la sihat pemakanan aku. Hihi...
(Kononnnnn! Padahal salad ni come together with chicken. Kalau tak ada, kompem aku tak order.)





Muka laparrrrrrrr.. Bila aku nak snap pic, cepat-cepat dia masukkan sudu dalam mulut.
Selagi aku tak snap, selagi tu dia biarkan sudu tu dalam mulut.
Motif?



Total harga untuk 2 orang = RM 51.00++
Total harga untuk aku = RM28.65
Total harga yang aku kena bayar = RM20.00 (RM8.65 tu Kak Ain bagi subsidi sebab dah temankan dia)

Thanks Kak Ain.... =)


Tapi persoalan aku, kalau makan ayam portion quarter, walaupun kurang garam dan kurang lemak (ye ke kurang lemak? Kulit ayam tu aku belasah je telan!), tang mana yang boleh dikurangkan kalori pada pemakanan aku ni?


Thursday, May 24, 2012

New hair cut

Sekarang kan cuaca panas.
Kalau aku tengah tengok tv, memang berpeluh-peluh.
Bukan kena berlari pun, duduk terbongkang kat depan tv je.
Tu pun dah sebesen air peluh aku keluar.

Kalau time nak tidur, memang aircond aku on yang paling sejuk.
Siap set 'TURBO - ON' lagi.
Hamekkau!
Tapi itu pun masih tak boleh nak sejukkan aku.
Agak-agak dah pukul 3-4pagi baru rasa sejuk.
By the time bilik aku pun dah banjir dengan air peluh aku.

Kelmarin aku dah tak tahan sangat, so aku amik keputusan nak potong je rambut aku tu.
Sebelum ni rambut aku panjang la.
Melebihi dada.


Haaaa... Lebih kurang cenggini la panjang rambut aku.
Rambut adalah warna asal --> kaler hitam.
Sebab kaler yang aku wat kat salon dulu, dah lamaaaaa luntur.
Muahaha...






Kalau macam ni la panjang nya, mahunya tak pengsan?
Dah la panjang, mengerbang pulak tu.
Belum ungkit cerita rambut gugur. Lagi aku panas.

Panas hati.

Then kelmarin aku dengan perasaan yakin terus memotong rambut aku dengan sendirinya!
Tanpa ada bantuan sesapa.
Masa tu En Zul tak ada kat rumah. Outstation ke Seremban.





Ni update status aku kelmarin.
KECEWA!



Kenapa nak kecewa?
Sebab rambut aku dah buruk.
Aku potong pendek gila-gila rambut aku.
Dah la pendek, pastu herot-berot.
Mampus aku, kompem En Zul sawan tengok rambut aku tu.



Macam ni la rambut aku.
Rambut Cik Paris ni bayar mahal, beribu-raban.
Sebab tu cantik.

Tapiiiiiii.. Rambut aku ni potong sendiri.
Tak de nya nak sama macam rambut Cik Paris ni.




Ada kawan-kawan aku yang tanya, macamana rambut aku?
Hihihiiii.. Nak cakap pun malu.
Kalau aku tunjuk gambar Cik Paris ni kat kawan-kawan, "macam ni la rambut aku..."
Kompem ramai yang akan minta khidmat aku untuk potong rambut diorang pulak.

Khennnnnn??

Tapi rambut aku bukan secantik rambut Cik Paris si hidung pacak tu.
Tapi macam rambut karakter kartun dalam cerita Doraemon.
Agak-agak dapat teka tak??









Macam siapa erk??









Sizuka ke?











Mak Nobita ke???













Try la tekaaaa......










Haaaaa.... Macam Hana.
Kenal?
















Ni la Hana.
Rambut sama, badan pun sama. Comel kan?
Hahahahaaha!!!

Hayati = Hana


Macam tu la rambut aku........

Tuesday, May 22, 2012

Hanya 3 orang.. Itu pun dah buat aku sasau.

Sebenarnya malu nak update.
Tapi tetibe hati kecik cakap, "alaaa.. update la... update laaa... Esok lusa boleh kenang balik semua tu..."
Pastu hati besar cakap, "Tak payah! Mengarut je semua tu!"

Huhuhu... Serba salah mak~
Tapi mak gagahkan jua jari-jari ni untuk update entri yang merapu ni.

Tapi kan...
Kalau bab-bab merapu bukan ke aku master?
Siap double triple merapu lagi.
Muahahahahaaa!!

Sejak akhir-akhir ni aku asyik mimpi pasal artis.
Artis lelaki ye. Artis perempuan haram masuk dalam mimpi aku.
Lebih-lebih lagi artis suam-suam susu budak.
Jangan harap nak masuk mimpi aku.

Terbaru, aku mimpi artis Hollywood.
Whoaaaaaaaaaa!!
Demand betul mimpi aku. Kalau mimpi artis Bollywood kompem aku terjaga! Hahaa..

Aku mimpikan mamat ni :






Wahhhhhhhhh... Hensem nya!!!!!!!



Nama dia Alex O'Loughlin (Hawaii Five O)
Asal dari Australia (sama la dengan iolss.. iolss kan lahir kat Australia jugak :p)
Berumur 35 tahun (iolss minat dengan lelaki berumur... auwww!!)
Status : DUDA! (Wahhh.. Ciri-ciri idaman mak Jemah!!!)


Masa dalam mimpi tu, dia baru lepas diurut oleh gadis kat Hawaii tu..
Lepas tu dia datang kat aku, sambil meluahkan rasa cinta..
Ohemjiiiiiii!!! Romantisnya diaaaaaa...!

*muntahhhh*


Bagi aku dia memang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman.
Hensem, badan pun sedap-sedap mata memandang, apatah lagi kalau dapat peluk.
Hahahaha...
(apsal la entri ni macam harammmm?? banyak unsur-unsur yang tidak boleh di baca oleh kanak-kanak)










Walaupun muka dimake up macam vampire, still hensem....
Kalau gini la muka vampire, aku sanggup kena gigit kat leher....
Hahaha...




Six pack
Kau hado?

(body yang ni masih belum terserlah six pack nya. Tapi mampu untuk membuatkan aku gila bayang~)





Ok, itu setel.
Now nak pergi ke artis seterusnya.
Drum rollingggggggg~


Dum.... Dum.... Dummmmmmmmm























Ada kenal?
Kalau tak kenal, boleh pergi jumpa Zed Zaidi. Dia boleh tolong kenalkan.





Masa tu pun aku mimpi ala-ala Ombak Rindu.
Konon-kononnya Hariz berkahwin dengan aku yang teraniaya ni..
Siap tinggal dalam rumah besar.
Dan abang Hariz ni sungguh sopan santun bicaranya, membuatkan aku jatuh hati padanya.
Muahahahahaa......

Lepas je bangun tidur, muka Diana Halik benda pertama yang aku terbayang kan!
Hahahaa.... 


Apsal la mimpi mengarut macam tu?
Nak kata suka sangat tengok Ombak Rindu?
Movie romantis tu la yang paling hampeh pernah aku tengok!
Lagi mau mimpi pelakon dia pulak.
Tak pe laaa.. Asalkan hensem~~








Walaupun dah tua, iolss tetappppppp berkenan dekat mamat ni... 
Auwwww~~~






Ok-ok..
Last!
Artis ni last aku nak cite. Aku sendiri tak paham macamana boleh termimpi kan dia?

Nak kata minat?? TAKKKK!!
Nak kata hensem?? Hensem lagi En Zul aku tu haaa...



Sape erk??
Ok, jom tengok siapa artis yang berjaya mengganggu sleeping beauty aku!!













Haaaaa??? Kenal??
Ini bukan iklan alat memancungkan hidung ye.
Ini adalah alat untuk menghilangkan dengkuran sewaktu tidur.



Hahahaaaaa..
Apasal la aku boleh termimpikan si Zizan ni?
Gila ke hape???


Eeeeeee.... Mak Jemah tak minat dia tauuuuu...
Mak Jemah minat lelaki yang perkasa.
Yang mantap-mantap...
Yang ganas-ganasssssss!





Macam pakwe Mak Jemah ni :







Abang Mail Lambong.
Auuwwwww!






Iyarkkkkkkk!
Muntah aku!



Sumpah aku tak minat dia ni.
Ntah macamana la dia boleh masuk dalam mimpi aku?
Sesungguh mimpi ini mainan syaitonirajimmmmmmm....


Eh, time mimpi muka Zizan, masa tu la mainan setan?
Tapi kalau mimpi muka Alez O'loughlin ke, muka Aaron Aziz ke...
Tak de punya fatwa pasal mimpi itu mainan syaitoooonnnn???

Bengong!







Kalau macam ni muka vampire tu, tak rela Mak Jemah nak sedekah leher Mak Jemah kat dia....
Huhuhu...





Malam ni nak mimpikan Alex O'Loughlin lagiiiii..
Oh, sayangggg.. Kemari la dikauuuu~~




Sunday, May 20, 2012

Aktiviti mengarut sebelum final exam. Betul-betul mengarut!

Lama tak update blog. Eh, bukan ke semalam aku baru je update entri?
Nevermind... Semalam aku mengisi masa terluang.
(banyak kau punya masa terluang? Buku dah baca dah?? Final dah dekat hokeh!)

Hari ni aku dah set janji dengan Nadia, Zul dan Wazli nak lepak sama-sama.
Tapi si Zul tak boleh join pulak. Sebab apa? Aku pun tak tahu, malas nak tanya.
Si Wazli pulak, kalau Zul tak ada pun bukan dia reti segan dengan aku & Nadia.
Dia bantai je join kitorang.

Aku janji dengan Nadia nak ambil dia kat stesen Universiti pukul 9.30am.
Then janji dengan Wazli nak ambil dia kat PPUKM. Senang dia nak park motor, then naik 1 kete dengan aku.
Elok nak call Wazli, sembang-sembang punya pasal aku boleh tersalah dial no orang lain.
Pastu cakap beriya-iya macam orang kat hujung sana nun si Wazli.
Hampeh.

Wazli sampai lebih kurang pukul 10.10am.
Wazli, kamu lambat hokeh! LAMBAT!!!!!
Walaupun 10min, aku tetap kira jugak. Muahaha!!

Lepas tu kitorang terus ke Giant Cheras Batu 9.
Banyak faktor kenapa aku bawa diorang ke sana.

Pertama, jalan tak jammed.
Mulanya Wazli ajak ke Times Square. Bapak gila jammed! Tak hingin aku nak redah jalan ke sana.
Yang penat nak tekan minyak aku jugak.. Huhuhu..

Kedua, sana senang nak parking. Orang pun tak ramai.
Agak-agak la time weekend ni nak masuk KL. Eeeeiii... Sumpah aku tak sanggup.

Ketiga, kat sini harga karoke murah jeeeeeee.. Pastu nak makan-makan kat Fullhouse.
Kat Giant ni je yang ada Fullhouse yang dekat dengan area rumah aku.
Hal-hal lain aku tak kesah.
Tol? Setakat singgit apa ada hal derrrr...

Sampai je kat Giant, kitorang pergi borong air minuman dulu.
Biasa laaaa.. Muka budget retis memang suka over sikit.
Nak ada air mineral la, nak ada air 100plus la.. Siap nak beli air asam jawa.
Tapi suara?? Sumbang jugakkkkkk!




Wazli : Hmmm.. Mana satu nak pilih ye???




Wazli : Okeh, aku nak dua-dua sekali!

Hoiiiii.. Tamak nya!


Dah beli air, berduyun-duyun kitorang pergi ke Music Star.
Murah jugak kat sini. Bilik kecik or besar sama harga untuk weekdays or weekend..
Tapi selepas 6pm dan ke atas harga lain.

1 jam - RM12
2 jam - RM18
3 jam - RM25

Murah kan?

So aku book untuk 3jam.
Alaaa.. Sekejap je 3 jam tu. Mula-mula aku nyanyi, then Wazli pulak, pastu Nadia pulak sambung.
Agak-agak dah bosan nyanyi solo, kita berduet pulak.
Tup-tup selesai 3 jam.

Ni baru bertiga menyanyi. Aku selalu je nyanyi sorang-sorang 3 jam.
Sampai budak-budak kat sini pun dah kenal aku.
Apa ada hal setakat 3 jam tu? Hehehe...



Wazli menunjukkan bakat terpendam. Mukanya seperti malu-malu di situ kan??
Aku tak percaya mamat ni PEMALU. Tak caya?
Sila lihat di bawah.

















Dia dah mula feeling-feeling hokeh! Siap book 1 mic untuk dia conquer.
Aku dengan Nadia kongsi je mic.. Huhu...


Setakat gambar je apa barang kan?
Meh aku upload suara Wazli sebarang dua lagu.
Kompem ramai producer yang berkenan & tangkap leleh dengan suara mamat ni.
Auuuuwwwww~




Aishiteru
Best tak?? Apa lagiiii.. TEPUK LA WEIIIIII!!!!!






Chorus Aishiteru






Kalau berpacaran by Nadia & Wazli.
Sila amati suara aku adalah yang hujung-hujung video.
Kompem mudah nak kenal suara sumbang tu kan?
Lebih-lebih lagi tang "Ha...ha...haaaa" tu





Terima Kasih Cinta




Amacam? Sedap tak suara Wazli?
Perghhhhh... Tercabar beb!
Dia nyanyi lagu Noh Hujan, suara dia pun macam Noh Hujan.
Dia nyanyi lagu Aizat, suara dia pun macam Aizat.
Dia nyanyi lagu Anuar Zain, suara dia pun sebijikkkkk macam Anuar Zain.

Eh, betul ke dia karaoke ni?
Ke aku tertekan button AUDIO??

Sedap weiiiiii suara dia.
Tapi last-last aku select aku Spin - Janji Kita, terus suara dia jadi sumbanggggggg!!!
Hahahaaa...
Kompen ni, mesti dia dah set awal-awal lagu febret dia, then dia miming je suara tu.
Kompem!!!

Dah puas melalak, kitorang isi perut.
Dah tengahari, lapar beb!
Macam kebulur dah aku tengok muka masing-masing.
Huhuhuuuu...

So aku bawak diorang makan ke Fullhouse.
Sebelum ni aku dah janji dengan Nadia nak bawak dia minum Magic Ball yang rasanya lebih sedappppp dari Pearl. So kira dah setel janji aku yerrr?

Sedap Magic Ball tu kan, Nadia?






Terpegun dengan kecantikkan awek Korean kat sini.
Sabar Wazli, sabar....
Nampak benauuuu gelojohnya tu.




Motif Nadia taruk tangan kat dagu adalah untuk menyembunyikan double chin nya.
Boleh?? Lantak kamu laaaa...




Beverages & desert dah sampai. Mari mentekedarah~
Amboi Wazli, tak toleh kiri kanan dahhhhh..
Air strawberry blended tu (kaler merah) yang aku recommend kan kat Nadia.
Atas dia ada magic ball. Bila gigit dia meletup keluar jus strawberry. Sedap!
Lihat SINI untuk tengok lebih dekat.
Wazli punya air apple pun ada. Tapi magic ball dia masam sikit.





Black forest, creme' brulee dan tiramisu. (RM29.90)
All of them are recommended. Sangat sedappppp!!!
Yummy!




Black forest. Cup dia diperbuat dari choc. So boleh makan semuanya sekali, kecuali pinggan.





Creme' brulee... Sangat rangup gula hangus tu. It's really delicious. Not too sweet!





Tiramisu (moose).
Very soft dan moist. Slurppp!





Punya la excited nak makan tiramisu.
Dia kaut sorang-sorang je.. Bila mintak, siap sorok-sorok!
Hampeh.





Nadia berjaya merampas tiramisu itu. Kahhh~






IKLAN JAP.. HEHEHE.....

Sempat gak nak menyelit bekal aku. Hehehe... Aku bawak untuk Nadia & Wazli.
Nak promote ni.. Aku jual cheesy powder tu (sebelah kanan). Murah jeee...
Rasanya sama macam Cheesy wedges KFC.
Cara penyediaan sangat mudah. Campurkan serbuk cheese dengan air panas, kacau-kacau dan boleh dihidang. Mudah kan??
Sape-sape berminat boleh pm aku =)




Ni adalah cheesy powder tu.
Berminat? Boleh pm aku.






Lunch dah sampai. Dari gambar ni kita boleh lihat siapa yang paling lapar kan??
*merujuk kepada kuantiti makanan yang hampir habis. Hahahaa...




Semua berjaya menghabiskan makanan masing-masing.
Alhamdulillah.. Thanks Wazli sebab belanja kitorang makan kat sini.
Total = RM129++
Lain kali belanja lagi eh?


Pas makan, solat dulu. Pas solat make-up pulak.
Si Wazli ni aku tak tahu la apa yang dia make-up kan.
Tuhan je yang tahu. Hehehe..

Then kitorang ke Viva Home pulak. Nak tengok movie.
Yeayyyy!!!

Sekali masa otw hujan selebat-lebatnya.
Ni semua angkara Wazli duk ulang tayang video suara dia yang aku rakam tu.
Sampai sudah dia tak percaya suara dia sedappppp (konon-kononnya!)
Ceh!




Jakun tak pernah jumpa cermin.
Haaaa.. Elok la tengok cermin tu. Biar lama-lama sikit ye.
Kahhh~




Wazli cover perut.
Nadia cover pipi.
Aku cover girl majalah COSMO edisi Jun.
Eh??



Tengok movie cerita Dark Shadow.
Sangat slowwwww cerita ni. Mengantuk!
Kecuali part *sensored* tu je yang tak mengantukk!
Hahahahaaa....


*haipppp... budak-budak dibawah umur dilarang menonton, apatah lagi untuk melakukan aksi 'ngeri' tu.






Ni iklan sebelum movie bermula.
Tak ada gambar. Cuma suara sahaja.
Pastu tak pasal-pasal Wazli buat aksi sengal.
*abaikan cacian aku di hujung video. Hihihi..

Anyway, thanks to Nadia sebab sudi belanja tiket movie. Thanks jugak untuk popcorn dan pepsi.
Bak kata Zul, kan Nadia ni tukang sponser F&B... Hehehe!
Thanks to Wazli sebab sponsor parking. Tak tahu berapa la harganya... =)



Aku nak ucapkan jutaan terima kasih (eh, macam ucapan wakil rakyat pulak) pada Nadia dan Wazli sebab menggembirakan aku sebelum kita sama-sama menghadapi final exam.
Bukan aku taknak ajak kawan-kawan yang lain, tapi cuma kita berempat (termasuk Zul) yang dekat. Orang lain jauhhhhh.. Huhuhu....

Aku ucapkan semoga korang berjaya untuk final exam nanti.
Nanti kita sama-sama berjumpa untuk next sidang ye....
Contact-contact la aku. Pasni boleh kita lepak-lepak lagi.



Thanks for everything   =)


Saturday, May 19, 2012

Hurmmm??

Tadi saja bukak stat blog aku. Sekali ternampak benda ni :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sapa pulak yang search nama boss aku, pastu masuk blog aku?
Huhuu...
(entri sambutan hari raya 2011 - mendapat mandat dari *nama boss*)


Mati aku!