It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 8, 2015

Labour Day, Wesak Day, Cuti Day, Kenduri Day, Hang out day, segala-gala day laaa...


Last week kan dapat cuti 4 hari.
Perghhh.. Best siotttt... 
Kalau boleh nak cuti macam ni tiap-tiap minggu.
Tapi apa kan daya, aku kan kuli je kat sini.
Bukan company bapak aku nak cuti lama-lama tiap minggu.

Hari Khamis lepas habis kerja aku tak ada plan untuk weekend.
Tapi malam tu lepas maghrib, aku ajak En Zul pusing-pusing KL.
Agak bosan gak la dah lama tak jalan-jalan KL.
Lepas isyak kitorang gerak.
Jalan sekitar KL masih jammed sebab orang nak keluar KL balik kampung untuk cuti panjang.

Plan aku nak makan nasi lemak City Garden Kg Baru tu.
Tapi memikirkan nak ambil baju kenduri kawin anak buah aku kat rumah Maklang, 
so aku tukar plan.
Kitorang balik Gombak dulu, lepas setel ambil baju baju gi jalan-jalan.
Sebab kalau jalan-jalan KL dulu, nanti pukul berapa pulak nak sampai Gombak.
By the time kitorang sampai, takut Maklang dah tidur.

So masa kitorang kat Cheras, aku decide pusing ke Gombak.
Lagipun jalan nak masuk KL masih jammed.
Selalu kitorang amik masa 45-60min nak ke Gombak.
Tapi malam tu kitorang ambil masa 2 jam untuk sampai ke rumah Maklang!
Gila macam nak ke Melaka!!





Jalan jammed, so terpaksa pusing-pusing KL nak cari alternative route untuk ke Gombak.
Sampaikan anak aku tertido-tido dalam kereta. Maklum laa, hari bersekolah kan.
Dah biasa tido pukul 10pm. Tapi hari tu balun pukul 10 lebih tak sampai Gombak.


Lepas sampai Gombak pukul 10.30pm, kitorang ambil baju kenduri dan terus ke KL.
Sampai Kg Baru dalam pukul 11 lebih. Makan nasi lemak sorang sebungkus dengan lauk, pastu pusing-pusing KL sekejap, then balik rumah.
Lagipun anak-anak aku dah lembik kat seat belakang.
En Zul pun dah asyik menguap.
Memandangkan dengar rumors cakap ada perhimpunan bantah GST hari esoknya, maka kami lagi malas nak jalan-jalan lebih lama.

Esok paginya aku masak mee goreng.
Lepas selesai brekpes, En Zul ajak gi mandi sungai.
Beriya-iya pakcik ni ajak aku & anak-anak.
So gamble je la pergi mandi sungai tak bawa apa-apa bekal.

Otw ke sungai singgah beli air botol dan jajan.
Untuk buat makan-makan kat tepi sungai.

Sampai je Sungai Tekali, sungai masih tutup sebab kes kencing tikus.
Punya la lama dia tutup.
So kitorang terus lajak ke Sungai Congkak.
Ikut jalan belakang.
Dalam 30min sampai Sungai Congkak, kitorang amik port biasa.

Baru berendam 5 minit, aku tengok jiran-jiran sebelah semua pakat membakar BBQ.

"Ayah... nak bakar-bakar jugakkkkk..."

"Nak ke? Jom ayah pegi beli ayam kat kedai depan tu.. Ayah gi beli ye??"

Amboiiii.. Bersungguh pakcik ni nak membeli ayam.
Dia gi kedai sorang-sorang, balik tu tengok dia bawak balik ayam sekor belah tengah & perencah nasi goreng adabi.

Lepas aku basuh ayam bersih-bersih, aku perap ayam dengan perencah nasi goreng dalam plastik je.
Ye la, datang mandi sungai cuma bawak baju dan bawak badan je.
Mana nak ada peralatan memasak. Gamble je nok...



Sementara aku cuci ayam, boifren aku hidupkan api dulu.
Macam camping dalam hutan je.
Tengok kat belakang tu kereta kitorang. Memang strategik tempat kitorang.
Turun kereta, bentang kain, terus terjun sungai.
Hahahaa...

Nasib baik semalam tu tak hujan, so daun kering dan senang nak bakar.
Tapi sayang tak ada bekas membakar. Tempat BBQ tak bawak.
Habis cara kitorang pinjam dawai besi kat kakak yang meniaga tepi kereta kitorang.
Dia memang ada buat sewa BBQ tools, tapi dengan kitorang dia bagi pinjam je dawai besi tu.

Aku syak kakak tu takut dengan saiz badan aku.
Takut dihentaknya oleh aku, naya jeeee..



Macam biasa, laki aku yang akan buat kerja-kerja berat ni.
Aku baring-baring sambil kunyah Chipsmore je.

Tu kat belakang tu anak aku dah macam tarzan duk gayut-gayut kat tayar tu.




Tadaaaa!
Ayam-bakar-main-belasah-je-masak

Sedapppp!!

Jangan main-main skil En Zul. Setakat bakar ayam guna perencah ready made ni memang teror oooo!!




Kemain lagi makan dengan pelahapnya.
Dah ler hanya ratah lauk je, nasi & sayur tak ada so memang tak cukup la ayam sekor untuk kami.
Hahahaha..
Makan tak ada pinggan, so guna plastik je buat alas.
Memang gamble betul picnic kitorang.

Nampak tak betapa kedekut nya Aleeya?
Makan siap sorok-sorok dari orang.




Semangat betul budak motek ni makan.

Tengok perut dia. Mak aihhhh!!!




Kau dah ler kedekut tak nak share ayam kau.
Lagi nak paw ayam mummy.

Hishhh!!

Lidah siap jelir-jelir kat aku.




Memang lapar sungguh anak aku ni.

(Tapi kalau tak lapar pun dia tetap kuat makan. Hahaha)




Orang lain dah habis makan, Aleeya tukar tempat duduk pulak.
Dia makan saki baki kat tepi ayah dia sambil menghabiskan saki-baki ayam.

Aku yang kelaparan ni hanya memandang dengan sayu...

(nak tambah tapi ayam dah habissssss Y_Y)

Kasih sayang anak kepada ayah.



Esoknya pagi-pagi kitorang ke Ampang untuk majlis pernikahan anak buah aku, Azie Izzati dengan pasangan nya Eryzal Ishak.

Aku sampai je kat homestay family, diorang semua kat masjid untuk upacara nikah.
So aku ke dewan untuk uruskan susun atur meja.



Congrats dear.. Semoga berbahagia dengan suami sampai syurga.

Tema nikah - dusty pink.




Princess bersama dayang-dayang.




Azie Izzati & Eryzal Ishak.

*semua gambar kahwin Azie, maksu rembat dari FB keluarga. Gambar last ni maksu rembat dari FB Ryzal. Muka dia memang original dah di blurrkan. Bukan maksu saja-saja nak blur muka dia. Harap maklum"