It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 19, 2018

Tahlil Untuk Arwah Abah

Sabtu lepas kitorang buat majlis tahlil untuk arwah abag (17 Februari 2018, 1 Jamadilakhir).
Dah 2 tahun abah pergi. Macam baru bulan lepas dia takde.
Mak plan nak buat kat rumah aku atau pun rumah Leen.
Aku cakap buat je la kat rumah Leen. Dekat sikit dengan rumah mak.
So lepas plan itu ini, kitorang decided nak order kat caterer je.

Aku minta mak order kan nasi tomato sebab murah sikit dari nasi berlauk.
Lagipun nak makan lepas isyak. Malas aku nak makan nasi berlauk beriya-iya.
Mak order dengan orang kat Bukit Beruntung. Geng-geng surau sana jugak la.
Kat rumah mak masak kuah lodeh, nasi impit, kuah kacang, sambal bilis, agar-agar, tapai (tak cukup masak), karipap.
Pastu Leen beli cake dan aku beli buah oren mandarin.
Setel menu.

Lepas maghrib adik beradik sampai.
Kat surau kitorang minta caterer pack siap-siap 100 bungkus.
Lepas maghrib ada tazkirah, lepas isyak baru buat tahlil.
Alhamdulillah makanan kat surau semua habis. Tak ada pembaziran.
Kat rumah ada banyak lebih, tapi mak tapaukan bagi kat semua yang datang.
Pun tak ada pembaziran.
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Terima kasih pada semua yang hadir.

Semoga arwah Abah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Aamiin.

P/s : Malam tu kami sambut besday Kak Ta. Happy Birthday kak!

























Empat generasi.

Mak - Adik beradik - Cucu - Cicit



The Aziz's

Adik beradik lelaki tak datang. So tak cukup korum nak bergambar.


Monday, December 18, 2017

Family Platter @ Rotisserie & Grill

Korang mesti biasa dengar nama blog-blog or reviewer macam Beautifulnara, Rotikaya, Siakapkeli dan Vitdaily kan?
Penah dengar tak reviewer nama Kchup?
Dia punya host nama Aim dan juruvideo dia nama Amar.

First time aku tengok diorang review burger McD yang burger thai tu kalau tak silap aku.
Sebab yang tu aku tak makan pun.
Aku dah try burger Korean tu. Yang guna roti hitam charcoal tu.
Memang haramjad punya rasa.
So aku serik nak try burger-burger bertemakan negara ni.
Maka nya burger Thai tu memang aku tak pandang pun, apatah lagi nak beli & rasa.

So bila aku jumpa video tu, host nama Aim tu gila jujur review burger tu.
Siap ludah balik burger tu hokayyy..
Bab ludah tu aku tak setuju la. Tapi bab jujur dalam review tu aku suka.
Aku rasa tak semua reviewer akan jujur macam tu.
Yang tak sedap pun dibantainya kata sedap.
Nak-nak reviewer yang duk sebut-sebut "padu beb" tu.
Korang tau aku maksudkan siapa kannn..

Hari tu Kchup ada review pasal nasi arab.
Nasi tu dia letak dalam 1 ekor ayam.
Perghh, aku tengok punya la terleleh air liur aku.
Terus aku screenshot dengan niat nak tunjuk kat laki aku.
Lepas aku hantar kat En Zul, dia cakap "ok nanti kita pegi"

Ada 1 hari tu, En Zul message aku.
Dia ajak makan kat tempat yang aku nak tu.
Nama tempat tu Rotisserie & Grill.
Lokasi di Taipan Setia Alam.
Korang waze je Rotisserie & Grill tu, jumpa la location dia.
Kitorang ikut highway PLUS, sebelum sampai Jejantas Sg Buloh tu, kitorang exit kiri ke arah Shah Alam.

Senang ikut jalan tu.
Jalan tak jammed, direction pun mudah.
So aku recommend korang ikut jalan tu kalau nak ke restoren tu.

Sampai Taipan, aku lost.
Sebab waze cakap dah sampai. Tapi kitorang tak jumpa restoren tu.
Rupanya kitorang tak masuk lorong restoren tu.
Kitorang pusing ke jalan lain.

Tengok restoren tu macam tak percaya je.
Kosong!
Yes, restoren tu kosong! Tak ada customer.
Biar betul....

Aku dah cuak dah wehhh..
Takut kalau makanan dia tak sedap, mampos aku kena bebel dengan En Zul.
Datang jauh-jauh, sekali makanan tak sedap.
Belum kira duit minyak tol semua tu.
Mati la akuuuu...

Kitorang tengok menu, so aku order Family Platter.
Harga untuk set ni aku tak ingat.
Tapi untuk total makanan & 4 minuman, termasuk nasi tambah semua RM49.00.
Murah kan?!



Family Platter untuk 4 orang. Tapi kena tambah nasi. Sebab nasi yang ada cukup untuk 2 orang.
Ni pun selamat Ika makan sikit je sebab dah kenyang makan McD sebelum datang sini.

Waiter yang amik order aku tu salah bagi info. Aku nak set yang ada salad.
Tapi minah tu bagi set ni.
Set ni ada sambal tomato yang macam ada kat nasi arab tu, ada kuah kacang soya dan sambal bawang. Sambal bawang tu aku suka! Manis-manis rasa dia. Sambal tomato tu biasa.
Yang kuah kacang tu aku tak suka sangat. Tapi boleh la nak telan. Tak la teruk rasa dia.
Cuma aku yang tak suka kari kacang.

Ayam dan nasi dia sedapppppp...
Sumpah wehhhh... Puas hati!



Potong ayam dulu. Baru jumpa nasi nya.



Tadaaaa! Nasi dalam ayam tu ala-ala nasi beriyani.
Yang nasi tambah tu ala-ala nasi arab ke nasi minyak tah..
Aku suka nasi tambah tu. Tapi En Zul & Aleeya suka nasi dalam ayam. Sebab lebih rasa rempah dia.
Ika suka ayam je. Ratah ayam je, sebab nasi dia makan 2-3 suap je.


Untuk harga RM49, korang akan dapat set atas tu termasuk 4 air minuman.
Murah kan..
So, apo laieee ekau nakk?
Kau telan jo lahh!

Hahaha.. Nak try trademark Aim gituh!

Balik dari makan, kitorang singgah Setia Alam Mall.
Dah alang-alang lalu situ, mesti la singgah.
Nak merasa jugak tengok mall tu.
Best ke takkk..
Hmm, mall tu macam MyTown. Suram, gelap.
Tapi banyak branded stor la kat situ.
Sebab kan suasana dia suram, pencahayaan kurang best, so aku tak rasa seronok datang mall tu.
Baik aku pegi IOI City Mall je. Lagi best!

Lepas tu, aku hantar mesej kat Kchup.
Nak ucap terima kasih sebab review tempat makan yang best.
Jujur diorang ni. Nasib baik sedap diorang kena dengan tekak kitorang.
Berbaloi la datang jauh-jauh nak try menu Family Platter ni.












... dan Kchup share komen aku kat page diorang. Nasib baik dia tak show nama aku.
I maluuuu Y_Y




2017 Bowling Tournament

Sabtu lepas (16 Disember 2017) office aku buat bowling tournament.
Ni first time office buat game bowling.
Kitorang buat kat Metro Point Kajang.
Untuk tournament ni boleh bawa family.
So aku bawak 2 handbags aku tu.
Laki aku kerja so kitorang pegi bertiga.
Aku pergi ambil Syida kat rumah, then pukul 9.50am kitorang sampai kat Metro Point.

Sampai Ampang Superbowl, tengok dah penuh dengan makhluk baju merah.
Kitorang dapat tshirt free untuk tournament ni.
Thanks pada tukang sponsor. 
Seorang dapat 3 games, tapi sebab nak habis awal, so dapat 2 games.


AJK Kelab Kebajikan berusaha untuk organize tournament dengan sebaik boleh.



Makhluk-makhluk aneh yang tengah excited nak kutip bola.
Aku lagi aneh. Belum apa-apa dah rembat bola siap-siap.
Hahaha..




Sebelum game starts, jom wefie dulu.



Bila bergambar, masing-masing lupa diri kan?



Amboiiii Syida, kemain melentik kau ye!



Ni pasukan kanak-kanak ribena.
Yang hok tua tu pun terus dapat title kana-kanak sebab nak tolong anak-anak main.
Team aku ada Kak Pah, Suhana (anak Dr Zurina), Ezzati (tak datang) dan Farzana (anak Kak Liza)
So untuk Ezzati tu, kitorang main gilir-gilir.



Team kitorang, kak Pah starts dulu.
Tengok gaya macam expert kan? Tapi kalau tengok score board...
Aku mampu har har harrrr je laaa... ^_^



Kau tengok Opah (Dr. Fazilah). Kemain fokussss.
Tapi ke longkang jua perginya. LOL!



Ecececehhhhh.. Gaya tu penting ya!



Ika tengah ajar anak-anak Kak Pah cara nak main.
Masa ni la anak aku nak tunjuk terer. Sebab main dengan kanak-kanak.
Selalu main dengan aku, so memang kalah teruk laa..
Bila main dengan level-level dia, terus naik level hagung kau nakkk!



"Mummy, walaupun shawl akak terjurai-jurai, tapi akak main tetap terer!"

Teruskan la perasan nak.. Janji kau happy.



Muka seorang diva. Walaupun pin yang jatuh cuma 7.
Hahahah!



Aleeya masih macam dulu. Malu-malu, tapi lama-lama okay jugak mainan dia.
Anak kak Pah pun okay jugak lepas training dengan Ika.
Tapi dalam gambar ni bolanya sedang menuju ke longkang. Hahaha..



Anak Kak Pah yang sorang ni memang tak boleh nak tolong dah.
Cara terakhir, Ummi dia je yang tolong balingkan.
Tapi bola ummi pun ke longkang jugak ni. Canerrr tu?!



Syida and Opah.
Menang gaya je la kome ni...



Opah, are u okay?
Nampaknya bukan menang gaya je, tapi menang sorak sekali.
Wakakak!!



Muka ala-ala hebat. Padahal korang pun menang longkang je.



Ada improvement la jugak budak Aleeya ni.



Dan masa yang dinanti-nantikan telah tiba.
Aku dan Kak Pah memang takde nak taruh harapan apa-apa.
Sebab tau kitorang main memang ke laut dalam.
Kalau menang tu mungkin rezeki Allah nak bagi.
Tapi kalau kalah, memang kitorang sedar diri.
Hahaha..



Ika dapat saguhati. Padahal dia main untuk orang lain, orang tu dapat lagi tinggi markah dia.
Bukan rezeki kau kak... Saguhati pun dah syukur alhamdulillah. Good job, sayang!



Aleeya dapat No. 3!
Siapa sangka weh?? Padahal dia main tak de la terer mana. Makna nya dia lagi hebat dari Ika.
Selalunya Ika yang lagi terer dari dia.
Rezeki dia hari ni. Well done, sayang!



Senyuman kegembiraan seorang pemenang.
Gituhhh!



Ehem-ehemmmm..
Tak sangka dapat no 2 kategori individu. Ingatkan dah kecundang di laluan lane tu awal-awal.
Markah aku 200 lebih. Tapi tak ingat berapa..
Sebab ingat memang dah kalah teruk. So malas nak ingat markah sendiri.
Untuk berkumpulan kitorang tak menang.



Alhamdulillah, kami bertiga bawa balik piala. Syukur..
Baru seronok anak-anak aku nak join aktiviti office aku.
Kalau tak, mesti muncung je mukaaaa..







Anak aku siap cakap "lepas ni kakak kena training bowling selalu. Sebab nanti nak main lagi dengan office mummy"

Ek elehhhh.. Sapa nak bawak kau?! Hahahaa..



Lepas habis bowling, kitorang mentekedarah lunch pulak.
Tala perut ke Pizza, nak try cheesy bite tu.




Friday, December 15, 2017

Jamuan Hari Raya 2017

Balik dari Cameron Highlands dengan geng-geng Travel, esoknya kitorang buat Jamuan Hari Raya 2017.
Seminggu sebelum tu memang busy persiapan jamuan.
Siap pegi menebas daun pokok kelapa untuk buat ketupat.
Syida yang tak pernah menganyam ketupat pun dah jadi expert anyam.

Aku last minute jadi AJK Keceriaan. Tu pun berebut dengan AJK Jamuan.
Hahaa macam la aku ni rajin sangat sampai nak direbutkan.
Aku buat je kerja-kerja yang aku boleh tolong.
So tak kisah la duduk bawah AJK mana pun kan.



Sebelum hari jamuan, kena pegi angkut pinggan mangkuk cantik-cantik.
Terima kasih Kak Mel sudi sponsor pinggan mangkuk dan bunga untuk majlis.
Eh Azha, u nak suap i makan cekodok udang tu ke apa??
Hahaha!



Buat props ala-ala rumah kampung.
Alas meja keusahawanan pun boleh buat langsir.



Pengerusi Jamuan pun nak jugak menyelit tepi tingkap ^_^



Bakal menantu dan bakal mak mertua. Hahaha!
Hampon, Azha!



Apa la erti hiasan kalau AJK Keceriaan tak bergambar dengan props..



Hari kejadian. Semua orang kerja nya bergambar.. bergambar.. bergambar..




Beauties and the .... Errr.. 






Kemain gedikss korang eh?!



Ni kalau Dato' Vida tengok ni mau menangis tengok crown aku.



Hafis and I.
Hafis ni kira orang kuat event gak la. Sehari sebelum majlis, dia pegi lari naik turun tangga nak exercise, terus putus ligamen. Tak pasal-pasal!
Tapi tetap komited menjalankan tugas.
Good job, Hafis!



Ehem-ehem...
Pasangan tak serasi. Asyik couple-putus-couple.
Tapi berjaya menyanyi dengan jayanya.
Gituhhh!


Indahnya sungguh dihari raya... lalalalala~~



Kalau tak selfie guna hp aku memang tak sah.
Memory hp penuh dengan pic korang je.



Props konsep tradisional kekdahnya.
Ni kira anak gadis menunggu jejaka malaya datang meminang.



Eh, sedondon kita bertiga.
Three Stooges gituh.



Sawan gedik dah sampai. Layankan je la.



With Amirul



Bergambar dengan retis.
Aku yang retis. Bukan si Daing! Hahaha..
Hmm.. Dia ni artis rasanya. Kerja hakiki sebagai Guru Bahasa Melayu.
Tapi weekend or malam-malam buat part time job jadi penyanyi.
Nak dengar suara dia, pegi Google sana.
Kat blog aku takde pasal dia. Tak dapat komisyen pun kalau cover pasal artis yang sorang ni.
Kahkahkahhhh!



Bergambar bersama pemenat-pemenat.



Nampak rare kan gambar ni?
Rare sebab artis glamor duduk hujung berlakon jadi macam fans.
Padahalllll....



Bergambar with bosses.