It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business. ~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’m PERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 11, 2012

Kedai Lampu Murah Di Puchong

Hari tu aku survey-survey lampu untuk rumah baru. Hoyeh!! Semangat nak masuk rumah baru yang belum siap lagi tu! Rasa macam nak maki-maki je indon yang sign kontrak dengan kitorang. Janji nak siapkan by end of June. Tapi ni dah masuk Ogos dah, haremmmmm tak siap lagi.

Macam la aku bayar kau pakai Rupiah kan?
Puiiiiiiiiiii!

Sebelum tu aku survey kat Batu Caves, depan dengan Giant Bt Caves tu. Ada banyak kedai lampu kat situ. First time kitorang datang masa balik dari holiday kat Terengganu bulan Mei lepas. Ada duit lebih sikit, so kitorang pergi beli kipas dan lampu meja makan dulu. Dalam 5 buah kipas (5 blades with remote), harga dalam RM1200.

Then minggu lepas, kitorang datang lagi kedai tu, rembat pulak lampu pagar 4 biji dengan harga RM310.

Itu belum lagi beli lampu downlight, lampu dinding, lampu siling, lampu toilet, lampu bilik tidur, lampu dapur dan lampu porch. Arghhh.. Kopak la duit mak jemah wehhhhhh!!!

So aku search kat Google. Cari la mana-mana kedai lampu murah kat area KL ni. Then terjumpa blog kakak ni (Mama Shila) dan jugak blog ni (Moon Punyer Blog). Thanks la sebab recommend kedai ni.

Rabu lepas (malam yang Baskin Robin bagi eskrem free tu), aku dan En Zul pergi la survey kedai tu. Sebab kemaruk nak beli lampu punya pasal, aku terlupa nak amik no tel dan add orang tu. Dah la baca pun main ikut suka je, tak baca betul-betul. Bila dah on the way ke sana, baru kelam kabut nak bukak internet kat phone.

Jalan-punya jalan, kitorang sesat. Dah la kedai pun tutup pukul 8pm. Keluar rumah pun pukul 8.15pm, so apa motif nak ke sana? BUANG MASA! Dengan jalan jammed kat depan BR (dasar kemaruk orang Malaysia, macam tak pernah dapat eskrem), last-last kitorang balik rumah pukul 10pm lebih. Sesungguhnya buang masa, tenaga, internet dan minyak kereta.

Padan muka aku.

Then hari ni kitorang pagi-pagi dah keluar rumah pergi ke Gombak nak amik lampu pagar tu. Lepas setel, kitorang ke kedai sebelah pulak. Lampu downlight dijual dengan harga RM15 (bulb 18watt), latest design kaler gold. Hmmm.. Murah la. Tapi aku tak puas hati, aku nak jugak ke kedai kat Puchong tu.

Aku call kedai tu, mintak tanya direction ke sana. En Zul turutkan aje perintah aku. Muahaha!

Sampai sana, Alhamdulillah.. Senang je nak ke sana. Meh aku bagi direction :

- Dari Cheras ikut Kesas Highway, keluar exit Puchong/Putrajaya/Kajang. (jangan keluar kat exit Puchong-exit pertama, tapi keluar ikut exit Puchong kedua).

- Ikut signboard ke Putrajaya. Jumpa EON, Tesco kat sebelah KANAN. Terus je, ikut ke arah Putrajaya/Kajang.

- Sampai kat Trolak Malaysia (kiri), naik flyover. Turun dari flyover, akan nampak Shell, Petronas dan Esso kat sebelah kanan. Akan nampak signboard Klinik Kesihatan Puchong. Ikut signboard tu.

- Naik flyover, amik traffic light ke kanan. Jangan U-turn, tapi terus je. Turun dari flyover (terus).

- Lepas traffic light pertama, masuk kiri (Bukit Puchong), lepas tu terus. Jumpa simpang pertama (kiri), masuk simpang tu (ikut signboard Balai Polis Bukit Puchong). Lepas jumpa balai polis, kedai tu betul-betul belakang balai polis.


Ada paham?

Ni ha kedai dia :


Hah, amik siap-siap no telefon dia.




Sila baca betul-betul. Jangan datang pada hari dan waktu yang salah.
Macam aku la. Hahaha..




Tu diaaaaa.. Punya ramai orang. Belum pernah aku jumpa kedai lampu yang sesak macam ni. Kat bilik sebelah kiri lagiiiii ramai! Aku sempat amik video, tapi malas nak upload. Hehehe...




Downlight. Murah-murah je. Casing dari RM4 dan ke atas. Campur harga bulb 18watt RM7, harga set jadi RM11 je.. Tapi aku amik yang kaler gold tu, yang kat watermark aku tu. Pilihan En Zul. Tapi watt bulb aku pilih 18watt je. Kalau nak amik 20watt, lagiiiii terangggg.. Tapi harga set jadi RM15.

Pada aku harga RM12 dah cukup cost effective dah.
Legaaaa sebab tak beli lampu kat Batu Caves tu. Sebab sini memang murah!




Lampu corak kartun pelbagai jenis.
Kalau bawak anak-anak, bakal mengundang sawan diorang. Baik tak payah bawak.
Can u see the price? It's cheap, isn't it?




Lampu ni pun bakal mengundang sawan jugak. Harga baru RM29.





Kalau sesapa nak beli rumah banglo, aku cadangkan amik lampu pagar design ni. Sumpah cantik weiiiiiii..
Yang besar punya memang nampak mewah! Macam lampu kristal. Sumpah cantikkkkkk!!




Yang ni sumpahhhhhhhh nak maki!
Lampu pagar aku macam ni. Yang beli kat Batu Caves tu. Harga aku beli yang besar (20inci) RM99. Kedai satu lagi RM169. So aku beli kira murah la.

Tapi kat siniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... Lagi murah weiiiii!!! Harga dia RM79 je! Aku dah rugi RM20!
Dah la beli 2 biji. Hadoiiiii...
Lampu yang saiz 16inci, harga dia RM49. Aku beli RM69. Rugi RM20 jugak.

Jumlah kerugian aku : RM80!

Uwaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Stresssss!!!
Rasa nak nangis guling-guling neh~~~




Family ni pun beli lampu pagar macam lampu aku. Ngehhngehhhh...




Lepas pilih barang, semua barang tu akan di check kuantiti dan akan di test dulu kualiti nya.
Kalau beli lampu 200 biji, 200 biji tu la akan di test.
Nasib beli 24 biji je.
Then beli kipas dinding (remote) dan lampu bilik air, lampu dapur dan lampu hall.



Lepas dah check, dia akan hantar no customer. Haaa kau!! Siap ada kaunter no giliran lagi.






Ni no aku. Tunggu 3 minit dah di panggil.




Sambil-sambil tunggu En Zul buat pembayaran, aku tengok polisi kedai ni.
Wah, comel budak-budak ni lukis.




Masa nak bayar, En Zul panggil aku ke kaunter.
Rupanya kalau beli barang dengan harga RM500 ke atas, akan dapat diskaun untuk barang-barang terpilih.
Antaranya cermin ni. Aku amik dua untuk bilik air. Yang bertanda bintang merah tu. Brand Rubine.
Harga asal RM114, dia jual RM39. Untuk yang kecik sikit RM25.
Kalau rak kaca untuk taruk sabun dan syampu tu (cermin atas, kiri sekali), harga rak kaca tu dapat RM19 je! Murah kan?

Selain tu, aku beli ampaian stainless steel, 6kaki panjang, adjustable, dengan harga RM99. Kat Jusco, aku tengok harga dia RM179! Bapak gila murah weiiiiiii~

Pastu aku beli tupperware (airtight) brand Joven RM9.90. Dapat 4 biji. Hahaha...

PUAS HATI!!!!!!




Ni dia sales kitorang. Nama Yuan. Very helpful and friendly. Thanks, Yuan!





Total spending for today : RM844.00
Pulang dengan senyuman.
(terus hantar barang-barang ke rumah baru)


Kalau kat tempat lain sah-sah cecah beribu ringgit.
So aku cadangkan sesapa nak cari lampu, sila datang sini.

Jangan risau, aku tak amik komisyen pun nak promote tempat ni.
Sekadar berkongsi info =)


Update :

Hari ni kitorang pergi lagi kedai tu. Sebabnya lampu downlight yang kitorang beli semalam tak cukup lagi satu. SATU JE LAGI! Kan senang suruh je kontraktor tu yang beli kan. Tapi En Zul nak jugak ke kedai tu, ikutkan je la.

Sampai sana, gila ramai orang.... (dah agak dah!) So aku cepat-cepat ke bahagian downlight, then terus order je dari pembantu kedai. Bila tengok orang sesak-sesak kat dalam kedai tu, mula la rasa menyesal sebab tak call awal-awal mintak pembantu tu sediakan terus barang yang aku nak beli. No item kan dah ada dalam resit, bagitahu je kat orang tu. Sampai sana tinggal test barang dan bayar je lagi.

Alang-alang dah masuk kedai, kitorang saja nak tanya kat pembantu yang lain (nama Alan) pasal lampu gantung kat parking. Semalam Yuan cakap dah habis stock. Tapi bila Alan cari balik, rupanya masih ada 1 unit je lagi. Alhamdulillah.. Memang rezeki kami. Tak sia-sia datang lagi kedai ni. Harga lampu gantung cuma RM49. Kalau beli kat Batu Caves tu, harga dia RM69. Kan dah untung RM20 :)

Then kitorang beli wireless alarm bell. Harga yang paling mahal cuma RM49 je. Tu dapat 2 unit speaker dan 1 bell. Yang lain harga RM39. Cuma dapat 1 speaker dan 1 bell. En Zul nak beli yang harga RM49 tu, sebab dapat 2 speaker. Tapi dah habis stock. So kitorang amik yang harga RM39 tu je. (agak-agak kalau kitorang datang lagi 2-3 hari, mesti dah ada stock tu. Sama macam kes lampu gantung tu la.. Hehehe!!).

Yang bagusnya bell ni, dia wireless, so tak perlu nak panggil orang pasangkan wayar untuk sambung ke dalam rumah. Just pakai bateri kecik je. Jarak bell sensor sepanjang 150m. Kira ok la dengan keluasan rumah kitorang. Bukan duduk Rumah Panjang pun. Hehe.. Lagipun, bell ni ada banyak lagu dan bunyi. Pilih je lagu mana yang aku berkenan, then set kat speaker tu. Agak-agak dah bosan dengan lagu tu, aku tukar la lagu lain pulak. Best! :)


Door bell




Cukup la dulu. Makin lama duduk kat kedai ni, habis pulak satu kedai aku borong. Hehehe...

7 Comments:

bai zura said...

tIME KASIH MEMBANTU DENGAN GAMBA DENGAN CITE ALAA ALAA KAK TON KAN... wEEKEND BOLEH LAA G NAK CARI UNTUK RUMAH BARU...jOM LAA JEJALAN RUMAH SAYA PLUK..
http://warneewarnii.blogspot.com/

Ummu Habiba said...

nnti nk g kedai ni gak. sdg reno rmh.
mau ribu2 gak abis tang kipas lampu ni. huhu
tq ats perkongsian.

Chempaka Merah said...

sama2.. harap entry ini dapat membantu anda :)

joijoi80 said...

wah..murah juga ye..mmg cari bajet murah2 ni.. nak masuk umah..
-joijoi80
http://paksaikdok.blogspot.com/

asmarizanramli said...

Mmg berbaloi..saya bru pg td..6 jam spend time kt sni..x terasa masa berlalu n duit pn turut berlalu..thanks sbb rekomenkan kdai ni..service pn bgus.

Chempaka Merah said...

@asmarizanramli 6 jam shopping kat kedai lampu? wahhh.. mesti byk shopping lampu kat situ :)

thanx sudi lawat blog saya :)

Shafinaz Shauqie said...

salam perkenalan..info sgt detail..rs cm xsbar nk pegi..umah tgh reno lg huhu

HOT NEWS