It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

Adakah mengandung itu cuma 10 hari sahaja?

Gila!
Tengok tajuk entri mesti akan ada orang cakap aku gila.
Tapi ini benar-benar terjadi! Memang ada perempuan yang mengandung 10 hari je, pastu terus bersalin!
Seriusssss!
(Ini bukan entri mistik ye, ini entri nak lepas geram!)

10 September yang lepas aku buat perjumpaan dengan kawan-kawan group assignment aku.
Ada 2 subjek yang kami nak discuss kan.
English & Teras Keusahawanan.
Memandangkan aku tak berapa berkenan dengan perangai kawan-kawan group aku yang lepas, maka tahun ni aku cari kawan-kawan yang baru.

Nadia antara kawan aku yang masih setia berhubung dari tahun lepas.
Dia major math, tapi kena ambil elektif Fizik.
Since aku major fizik & elektif math, so kitorang saling bantu-membantu.
Tapi tahun lepas dia bukan group dengan aku, cuma dia selalu study fizik dengan aku.

Kami memerlukan 2-3 orang ahli yang lain.
Aku ada iklankan kekosongan ahli di dalam Group PPPJJ kat facebook.
Student PJJ lebih gemar berinteraksi dalam FB, berbanding di portal rasmi. (padahal kau memang suka menghadap FB 24-7 je kan?)

Lepas aku iklan kan kekosongan ahli tu, ada sorang lelaki nama Khairudin nak join group kitorang.
Din ni siap nak ajak sorang lagi kawan nama Mawi. (Eh, Mawi penyanyi AF yang dah kurang glamour tu ke?)
Ok, ahli dah cukup 4 orang. Dah sesuai sangat untuk mula menyiapkan tugasan.
Tiba-tiba Nadia nak masukkan sorang lagi kawan nama Wazli.
Ok, aku tak kisah. Ahli terbaru menjadi 5 orang.

So, atas dasar teknologi yang maju, Din selaku ketua kumpulan ada create group untuk tugasan English dan Teras keusahawanan kat dalam FB (memandangkan semua orang suka layan FB kan?).
Maka kami berhubung di group tu sahaja.

Masa 10 September tu, kami semua berjumpa di pusat wilayah (SM Sains Kuala Lumpur).
Kami membahagikan tugas untuk semua.
Lepas pembahagian tugas, kami setkan dateline untuk Din compile semua tugasan dan hantar ke USM.

Sambil-sambil bincang, aku tanya kat kawan-kawan.


Aku : Kenapa korang cari group lain? Kenapa tak teruskan dengan group tahun lepas?


Din : Aku tak suka group yang lepas sebab diorang tak serius. Korang kenapa cari group lain pulak?


Aku : Aku tak suka dengan cara kerjasama diorang. Ahli 4 orang, tapi aku sorang je perempuan. So budak lelaki lain suka lepas tangan suruh aku siapkan semua tugasan. Lagipun diorang ni suka bagi banyak alasan.


Mawi : Aku saja je. Mana-mana yang nak cari group, aku join je. So aku join Din.


Nadia : Saya pula sebab kawan-kawan saya semua guru. Diorang dapat offer lain, so diorang stop study dengan USM. Nasib baik Yati ada. (Yeah, nasib baik aku ada kan? Hahahahaha...)


Din : Aku harap group kali ni tak main-main macam group yang lepas. Kita kena serius, kena study betul-betul. Aku tak suka orang yang tak serius!


Aku & Nadia : ....... *diam*


Ok, habis sampai situ, kami tak pernah berjumpa.
Semua perbincangan hanya melalui sms, call atau di FB.
Alhamdulillah semua ahli memberikan kerjasama yang baik.

Lepas sebulan aku dapat sms dari Din.



Salam, untuk makluman Mawi tak dapat teruskan pengajian atas alasan tertentu. Dia mohon maaf banyak-banyak dan mintak kita teruskan tugasan tanpa dia. Jadi tugasan dia saya akan ambil alih.


Ok, fine!
Itu dia bagitau melalui Din.
Lagipun dia dah sub semua kerja dia kat Din, so lantak dia la nak siapkan macamana kan?
Kami pun tak banyak tanya, so kami teruskan tugasan macam biasa.

Hari semakin berlalu.
Isi karangan semua orang dah hantar, kecuali Din.
Tak apa la, sebab dia yang akan compile semua karangan kami.
Cuma Nadia minta Din masukkan karangan yang sudah di compile ke dalam FB untuk kami lihat hasil final karangan English tu.
Tapi Din tak pernah respon pada permintaan Nadia.
Pernah sekali Din chat dengan Nadia, minta semua ahli emailkan voice recording untuk part masing-masing.
So far sampai ke masa sekarang, semua voice recording sudah di emailkan ke Din.

Dateline untuk tugasan English 30 Oktober 2011.
Din masih menyepi.
Nadia tak putus-putus menghantar email ke Din.
Wazli dan aku tak henti-henti post kat group FB.
Tapi Din tak respon langsung.

Jumaat lepas Nadia call aku, tanya pendapat aku pasal Din.
Untuk memuaskan hati Nadia, aku cakap aku akan sms sendiri Din.
Mungkin Din dah jarang buka email dan FB sekarang ni.
So baik aku hantar sms pada Din.
Nadia setuju dengan cadangan aku.

Lepas Nadia call, aku terus sms Din.


Salam, Din. Macamana dengan assignment JUE200 kita? Dah siap? Due date 30hb ni kan?


Tiada respon.
Ok, fine!

Esoknya hari Sabtu (Sabtu : hari ni - 29/10/11), aku bangun lewat dari kebiasaannya.
Ada phone call dari someone.
Lepas aku sembang-sembang, aku tengok ada sms.
Aku baca la sms tu.
Dari Din.
(hidup lagi rupanya mamat ni!)


Minta maaf. Din baru keluar dari wad kena denggi. My wife pulak semalam bersalin. Korang teruskan je la tanpa Din. Sorry.


Wadefak!
Ko sedar tak yang kau sms aku tu, SEHARI SEBELUM DATELINE?
Bangang!

Jangan nak bagi alasan macam-macam la wei.
Kalau kau admit ward sekali pun, bukannya kau admit sampai sebulan kan?
Paling tidak pun seminggu dua.
Kalau kau dah memang tak boleh nak commit, kau sms bagi tau awal-awal la!

Dan aku tak faham bila kau cakap, 'semalam my wife bersalin'.
Sure-sure la masa kita buat assignment tu, bini kau dah 7-8 bulan mengandung kan?
So kau tak boleh predict ke bila bini kau nak bersalin?

Ok, kau bukan Doktor. Kau tak tahu bila due date yang sebenar.
Tapi itu kan anak kedua kau.
Takkan kau tak boleh nak agak.
Lagipun Doktor bini kau mesti dah bagi due date kan?
Kalau bini kau dah mengandung 7-8 bulan, kenapa la kau tak maklumkan awal-awal.
Atleast lepas jumpa tu, kau rasa tak boleh nak commit, terus la bagitau kat aku, BODOH!

Tang Mawi tu kau boleh pulak maklumkan kat aku.
Tapi masalah kau tu, kau senyap je kan!
Nak naya kawan-kawan ke?

Bahabi!

Serius aku menyampah dengan manusia macam ni!
Kalau kau dah tau bini kau tengah sarat nak tunggu masa bersalin, kenapa la kau tak bagitau awal-awal?
Kenapa kau nak tunggu aku sms directly kat kau, baru kau nak bagitau?
Atleast minggu lepas kau dah boleh maklumkan kat aku.
Paling bangsat pun dalam 7-10 hari yang lepas kau dah boleh sms aku.

Takkan la 10 hari yang lepas, kau baru tau bini kau mengandung, alih-alih semalam bini kau terberanak?
Logik?

Aku tak kuasa nak balas sms kau.
Aku terus sms Nadia & bincang untuk selesaikan masalah kitorang ni.

Untuk Din, jangan ingat apa yang kau buat kat aku, Nadia & Wazli macam ni, kau akan selamat dunia akhirat!
Kau nak cari kawan yang serius konon?
Kau sendiri pun cakap macam orang mabuk, ada hati nak cari kawan yang serius & boleh commit macam aku, Nadia & Wazli.

Pergi mampus!

Sori, aku manusia yang pegang pada janji.
Lepas ni jangan cari aku kalau kau ada sebarang masalah.
Kalau kau tak boleh nak tunaikan janji kau, kau boleh pergi neraka jahanam!

Wednesday, October 26, 2011

Hish! Malu... Malu.... Malu....!!!!!!!!!




....♫ Hey, hey... You, you... I don't like your girlfriend... ....
....♫ No way, no way... I think u need a new one... ....
....♫ Hey, hey... You, you.... I could be your girlfriend.... ....


Arghhh, alarm HP aku dah berbunyi.
Aku memang sengaja set lagu Avril Lavigne - Girlfriend.
Rancak! Dan sungguh bersemangat.
Nak tak nak aku memang kena bangun pergi kerja.
Minggu ni En Zul kerja malam. Sekejap lagi dia balik la.
Melainkan kalau dia oncall. So lambat la dia balik.

Dengan perasaan yang malas, aku bangun dari tidur.
Duduk di tepi katil sambil menunggu semangat dan aura yang tak datang-datang lagi.
Lantas, tangan ku mencapai remote aircond dah menekan button OFF.

Tettttt.

Senyap, sunyi.
Sesekali terdengar suara budak-budak di luar yang sedang menunggu bas sekolah.
Aku menekan suis lampu kamar beraduan aku bersama En Zul.
Lantas, kamar ini menjadi terang-benderang.
Aku mencapai tuala biru yang tergantung di tepi tingkap.
Sambil menanggalkan satu-persatu pakaian yang membalut tubuh montok dan gemukku ini, terus aku membaluti nya dengan tuala itu.
Nasib baik tuala itu masih panjang untuk membalut tubuh gemukku ini.
Jika tak muat, aku terpaksa guna kain kapan saja!
Hahahaha...


Baju-baju tu aku campak ke dalam bekas baju kotor.
Mata ku menjeling ke dalam bakul itu.
"Hm, ada 2 pasang je. Tak apa, tunggu penuh baru basuh."
Bisik hati kecilku.

Aku melangkah longlai menuju ke pintu.
Sambil tangan ku memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik air.

Pagi ni aku ingin membuat pelaburan jangka pendek dahulu sebelum mandi.
Di dalam 'bank' aku 'bermeditasi'.
Duduk dan diam...
Duduk dan diam....
Duduk, diam dan meneran.
Akhirnya selesai proses 'meditasi' aku.

Aku mencapai berus gigi.
Mencapai ubat gigi Colgate dan memberus gigi dan lidah.
Selesai memberus gigi, aku berkumur menggunakan Listerin.
Yarkkk! Aku tak suka Listerin!
Tapi terpaksa jua.

Seperti biasa, aku mandi.
Selesai bersyampu, bersabun, aku berwudhu'.
Keluar dari bilik air, aku tengok kelibat En Zul dah terbaring atas katil.

Dah sampai rupanya laki aku.
Sedang aku nak mengeringkan rambut dan badan dengan sempurna, tiba-tiba En Zul menegurku.



En Zul : Hi, Mummy. Awal bangun? Ayah sampai tengok Mummy dah bangun. Mummy nak gi mana awal-awal mandi ni?

Aku : Awal? Eh, biasa la mandi waktu macam ni kan? (mata menjeling ke jam dinding warna putih)

En Zul : Mummy nak gi mana? Dah bersiap-siap mandi?

Aku : La, pergi kerja la bang oiiiiiiiii...!!!

En Zul : Mummy kerja ke hari ni?

Aku : Kenapa tak kerja pulak? Hari ni kan Rabu, bukan weekend pun! (aku mula la nak naik hangin, pagi-pagi dah banyak soal!)

En Zul : Tapi hari ni kan Deepavali. Mummy kerja ke?

Aku : ................. Eh, Deepavali ek? Lupaaaa......... Biasa la, Mummy tak sambut Deepavali, mana nak ingat. Lain la Ayah. Ayah kan sambut raya Deepavali ni.  <---- Masih nak cover malu

En Zul : Haahahahhahahahhahahahhahahahaha!!!!!!!!!



*macamana aku boleh lupa? Hish, malu je kat En Zul. Nasib aku tak marah dia sebab banyak sangat soalan pepagi buta ni.

Anyway, Happy Diwali untuk semua rakyat Malaysia beragama Hindu =)

Sunday, October 23, 2011

From My Kitchen : Seafood Popia

Lepas entri masak lasagne, tangan mula gatal-gatal nak masak popia pulak.
Alang-alang bahan popia dah ada, tunggu apa lagi?

Buat bahan untuk jadi entri la kan?
Hakhakkk..

Ok, jom masak popia!
Harap-harap menjadi la popia ni..




Bawang merah & bawang putih untuk menumis



Sayur campur. Kalau tak suka sayur ni, boleh guna tauge & sengkuang.



Udang yang sudah dibuang kulit.



Crab stick. Hiris nipis-nipis dan memanjang.



Yang penting, kulit popia.


Ok, ini adalah cara memasak popia simple.
Jom lihat cara-caranya :




Tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau.
Nak masukkan udang kering yang ditumbuk pun boleh, lagi sedap!



Masukkan sayur campur.



Masukkan udang yang sudah dipotong kecil-kecil. Untuk jimat.....
Tapi kalau udang banyak, masukkan je sekor-sekor!



Masukkan garam & serbuk perasa (stock ayam).



Masukkan telur ayam.
Masak sampai sedikit kering.



Ambil sekeping kulit popia. Renjis sedikit air supaya kulit jadi lembap.
Isikan 1 sudu inti popia, dan taruk kepingan crab stick yang dihiris kat atas inti.



Gulung popia dengan kemas. Pastikan kulit popia tak koyak.
Sapukan telur putih pada hujung kulit popia sebagai 'gam'.



Gulung sampai inti habis. Sedia digoreng.
Popia ni aku hold dulu dalam esbok. Esok pagi baru goreng untuk En Zul.
Harap-harap En Zul suka dengan popia ni =)




Kalau budget HOWTTTT pun, biar la lojik sikit!

Seringkali aku tengok gambar-gambar awek kat FB ni yang stereotaip.

Mulut muncung-muncung.
Jari peace-peace.
Mata buntang-buntang.

Geli la.
Budget HOT!
Tapi hancurrrrr..
Iyarkkkkk!

Aku ada paste note kat Fb aku.
Aku CnP dari seorang kawan di FB.
Rasanya apa yang kawan aku share tu, macam betul.

Ni intipati note tu :




1. Berambut perang.. Tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir.. Kau nak jadi pornstar, eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook.. Geli dowh tengok.. Kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera.. Semuat-muat frame.. Bodoh!

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T'  macam shit kau tahu, tak?

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau.. Kau snap gambar sana-sini macam tempat tu tak de orang.. Annoying taikkk!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar.. Kau seronok lah abang misai pandang. Pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial!

7. Annoying giler tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex.. Kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett (Mamat yang aku CnP ni siap tau hage bilik ni. Hebat tak?? Hahaha..)

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu.. Lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy.. Weh.. Asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook.. Kononnye kau ni macam best. Kejap Single, kejap in relation, kejap open.. Asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri.. Padahal 2-3 plastik je.. Tu pun nak suruh balak kau.. Balak kau nyampah, ok.. Bukan suka pun..

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office.. Konon kau tak tahu nak buat ape.. Ape sial perangai kau??

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja.. Padahal dekat meja tu tengah lepak 4-5 orang.

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak. 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi.

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3-4 sudu kau cakap tak sedap.. Lepas tu tak habis.. Lepas tu ngadu lapar.. Gi makan kat tempat lain pulak.. Nak terajang muka kau siot.

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni.. Tak nak pegang tu, pegang ni.. Alasan kau kotor, jijik.. Habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis.. Dalam wayang, dalam kereta, huih.... Bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas.. Baik tak payah pakai tu semua.. Selalu nampak kat highway.

20. Kau cerewet.. Kena buat semua benda macam kau nak.. Kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah.. Cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau.. Muncung je mulut kau.

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taikkk ngan kau.. Kau ngamok, marah, benci & merajuk.. Last-last kau decide kau bunuh diri.. Terjun dr bumbung Pavi.. Tapi tak mati pun.. Silap-silap kena buang keluarga.. Lagi shit hidup kau!

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar.. Masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai-ramai.  Pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks'  Memang gud-gud la kau!

23. Mekap tebal ala ala mak ayam.. Atas mata tu dah macam pelangi.. Tambah plak bulu mata palsu.. Klip pah klip pah mata tu dah macam berus cat.. Kelopak mata tak larat nak angkat.. Cam sial.. Satu level ngan bapok belakang lorong Haji Taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak nampak puting.. Lengan himpit tetek bagi terkepit.. Konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... Buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. What the hell..Saje menambah bilangan orang laki masuk naraka jahanam.

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri.. Kau upload beribu-ribu gambar muka kau je sampai 10 album.. Bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot!





Trend bergambar perempuan gedik zaman sekarang.
Sama kan? Hahahaha....

From My Kitchen : Seafood Lasagne

My 1st trial making seafood lasagne.



Malam ni aku masak seafood lasagne.
Tapi malam ni aku stay sorang, En Zul kursus kat Morib.
Temanya aku makan sorang-sorang sampai muntah!

Seafood lasagne.
Tak ada sotong.
Tak ada ketam.
Tak ada tiram.

So apa yang seafood nya?

Yang ada cuma udang saiz 'M' 8-9ekor.
Yang ada cuma crab stick.
Yang ada cuma bebola cuttlefish.

Lantak la kan?
Janji ada perisa seafood. Hehehe..

Bila dah masak, rasa macam banyak la pulak.
Padahal masa sebelum masak, masa nak prepare bahan-bahan, gila tamak nak potong & masukkan semua bahan.
Sekali bila dah masuk dalam kuali, rasanya boleh makan untuk saiz hidangan 5-6 orang.
Bila tengok kat kotak lasagne tu, 'hidangan untuk 6 orang'.

Sedangkan aku?
Sorang!

Ulang la makan untuk stock 2-3 hari.
Hahahaha..




Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang merah & bawang putih. Tumis sampai naik bau.



Masukkan cili boh. Kepedasan ikut citarasa ye.
Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air ye, puan-puan....
Air tu biar lebih supaya dapat memasakkan lasagne dengan sempurna.



Masukkan daging kisar. Apasal pucat je daging frozen ni?
Daging murah ni!



Masukkan crab stick & bebola sotong.



Masukkan sayur (lada benggala, celery, carrot, brokoli, tomato)
Masak sampai kuah mendidih.
Masukkan garam



Masukkan cendawan butang. Hiris nipis-nipis ye.



Masukkan sos tomato. Aku pilih Prego, sebab dah ada kat rumah.
Guna tin yang kecik je pun boleh.



Masukkan udang yang sudah dikupas kulitnya.
Jangan masak terlalu lama. Nanti hilang rasa manis & udang jadi keras.



Last sekali masukkan daun oregano & basil yang kering ni ye.


Baik lah.
Sekarang mari kita masak kuah cheese pulak.
Gambar tak banyak, jadi sila fahamkan betul-betul.
Hahahaa..



Panaskan butter dalam sauce pan.
Masukkan tepung gandum 3-4 sudu makan.
Gaul sampai sebati.
Masukkan susu segar 2 cawan.
Pastikan tepung tak berketul.
Masukkan garam sikit, dan masukkan cheddar cheese dalam sos.
Biarkan cair dan sebati.


Masukkan cheese 10 slices.



Lasagne ni tak perlu rebus dulu.
Susun lasagne dalam periuk atau dulang caserole. Pastikan lasagne menutup semua dasar dulang.
Curahkan kuah tomato tadi, berselang seli dengan sos cheese.
Susun lasagne dan curah kan lagi kuah tomato & cheese.
Ulang sehingga habis. Pastikan sos tomato tu banyak dan menenggelamkan semua lasagne.
Supaya lasagne masak sepenuhnya dan tidak menggeleding bila di bakar.



Ok, dah siap. Taburkan lagi oregano & basil di atas lasagne.
Bakar di dalam oven selama 40 minit menggunakan suhu 180 darjah celcius.
=)

Friday, October 21, 2011

Lama dah teringin nak beli benda ni semua.

Cakk!
Lama tak update. Rindu kat blog ni....

Hari ni aku nak cerita pasal barang-barang yang aku dah lama teringin, tapi tak tahu la kenapa tak terbeli-beli sampai la semalam.

Semalam aku balik kerja dengan En Zul. Dia ajak makan kuew teow goreng kat Bandar Tun Razak, tempat favorite dia la.
En Zul order kuew teow goreng, aku pulak laksa kedah.
Pergh, memang sedap!

Lepas makan, kitorang ke Tesco Cheras.
Jalan-jalan sambil cuci mata.
Hehehe..

So malam tadi adalah malam operasi membeli barang yang aku suka.
Cuma ada satu benda je yang aku dah ambil, tapi sebab tak ada tag atau barkod harga, maka aku kansel.
Terpaksa beli kat tempat lain.

Kuali oh, kuali!
Aku terpaksa korban kan kau.
Takpe, malam ni ada lagi. Esok lusa pun cuti. Boleh aku beli lagi kat tempat lain.

Ok, ni barang-barang yang aku suka.
Gambar barang-barang lain tak payah upload ye.










Indoor Game.
Old Maid, Happy Family, Donkey & Dominoes.
Since anak-anak aku dah nak habis exam, maka aku belikan game ni.
Last month aku belikan Jutaria.
Dengan-dengan aku sekali join main sekali.
Aku kan mata duitan. So aku jadi banker!



Raspberries.
Sedap!



Yummy!



Set periuk dengan penutup kaca.
Orang lain dah lama ada, tapi aku baru nak beli.
Asyik beli benda yang tak sepatutnya je!
Hahaha..




Tabung Ika & Aleeya.
Kena la ajar anak-anak menabung sejak dari kecil kan?
En Zul cakap, siapa yang dapat kumpul duit yang paling banyak, akan dapat hadiah.
Hadiahnya adalah, TABUNG YANG LEBIH BESAR!
*nampaknya Ika seorang yang penyimpan*



Tuesday, October 11, 2011

Kau kalau nak menipu aku, agak² sikit ye!

Sekarang ni aku tengah risau pasal badan aku yang semakin menggajah ni.
Agak-agak kalau anak gajah lalu sebelah aku, mesti ramai yang konpius antara aku dengan anak gajah.
Dah sama saiz je rupanya.
Cuma aku comel lagi dari anak gajah tu. Hakkkk~

Bila aku dah mula risau pasal berat badan, mulalah aku nak cari macam-macam produk untuk menurunkan berat badan.
Siap survey melalui kawan-kawan, google internet.
Tapi kalau nak contact balik personal consultant aku tu, baik tak payah!
Kang pengsan pulak dia lepas tengok saiz aku sekarang berbanding 2 tahun yang lepas!

Sedang aku tengah busy mencari produk yang sesuai (read : yang cepat membuahkan hasil, tetapi MURAH), aku terlihat satu status FB seorang teman di Home FB aku.

Biar aku gelarkan dia sebagai A.
Ni adalah status FB dia yang berjaya menarik perhatian aku.


Dari 68kg trun ke 65kg dlm mse 1 minggu....dari saiz sluar 34" trun ke 31" dlm mse 1 minggu jgk...bju2 lmer dah mule bleh kluar dr dlm kotak utk dpkai smula...sronok sgt...x sbr nak share ngan frenz yg brmint nak tau!!!Impian utk mndpt brt yg ideal mgkin akn trcapai...Tanpa perlu mnhn lapar & dahaga...mudah sgt!!! "




Haaaa...
Mahu nya aku tak menggelabah tengok status ni?
Walaupun seminggu berat dia just turun 3 kg, compared than berat aku dulu (seminggu turun 10kg! Ada sesiapa yang berani challenge?), tapi itu dah cukup menggembirakan bagi pemilik badan bersaiz gajah macam aku.

Lantas, aku dengan pantasnya terus menaip message untuk sahabat itu....

Wahhh... Betul-betul nak kurus ek?
Hahahah...

Tapi bila aku dah berbalas message dengan minah tu, aku mula 'menghidu' sesuatu yang kurang best.
Bukan bau busuk, tapi bau 'bangkai' MLM!



Aku : Salam. Saya nak tau mcmana nak turun berat badan


A : Sy mmg teruja nak share ngan yati.. yati dok mne skg? <--- ok, aku anggap ni sesi nak merapatkan silaturahim. Kawan sekolah la katakan!


Aku : Cheras


A : yati kje kew? kat ne? <-- masih dengan sesi silaturahim itu


Aku : HUKM


A : nurse ke @ admin? @ doc?  <--- ok, kat sini aku dah mula timbul syak wasangka! Step 1 untuk MLM'mers.


Aku : Hmmm... Kenapa ye?


A : sje je tnye.. k camni yati bg no fon t sy col <--- Step 2 warga MLM'ers.


Aku : Buleh je.. Tp tak leh nak share kat sini ke? Juz nak tau secara roughly je... <-- aku pun masih tak nak mengalah!


A : x syiok nak citer.... <---- NI ADALAH AYAT YANG PALING MUDAH UNTUK MENGENALI MLM'mers!


Aku : Ooo.. Ok, 012-644****


A : tq... bile free? Hehehe.. $%*%(^&)$^#^#%^&$ (siap taruk link!)


Aku : petang ni pun bleh. pagi-pagi ni nak buat keje dulu (padahal main FB!)


A : Heeee.. Balik pukul berapa? <--- mula nak ajak berjumpa


Aku : pukul 5. Eh, kenapa tak boleh buka link tu? <--- aku saja nak tukar topik


A : Kita boleh jumpa? <-- tak jawab soalan aku, tup-tup nak jugak ajak jumpa!


Aku : Actually saya just nak tau secara general ke... Ni produk MLM ke?  <--- aku tanya direct je


A : tak ada kena mengena dengan MLM... Sebab produk ni kena pakai dulu baru tau... FOC je... Jangan takutla.. Saya datang Cheras boleh, datang HUKM pun boleh. <---- dia nak datang jugakkkkk! Ok, ni lagi satu petanda dia adalah MLM'mer tegar = beriya-iya nak ajak jumpa!


Aku : Pakai? Huhuhu.. Kamu buat saya takut~~ Hahahaa... Macam ni la. Why not u call dulu saya, kalau saya berminat, kamu datang la HUKM. Kang kamu dah datang, tetiba saya tak berminat, kesian kat kamu nak datang sini pulak. Boleh?  <--- Aku tak berminat, hokeh!


A : Tak ada la yati... Tak perlu takut.. ok, tak pe.. Saya tak kisahla sebab saya nak share ngan orang lain apa yang saya rasa.. Saya dah sampai Bangi, Seremban.. Kalau yati tengok confirm berkenan punya. hehehe... *(%*()&*(&)(+_%#$%* (still taruk link)


Aku : Pagi ni saya ada appointment dengan supplier. Petang baru free sikit.


A : Ok, tak pe. Pukul berapa free? <--- memang MLM'mer tegar!


Aku : The link still cannot be opened... Pukul 5 baru free. <--- Ni waktu tamat ofis hour. Kau tak faham-faham orang nak balik rehat kat rumah?


A : Ok jumpa kat sana pukul 5pm.





Hmmm.. Boleh agak apa yang terjadi tak?
Aku rasa aku tak la sebodoh yang dia sangka.
Lepas aku chat dengan dia, aku siapkan dulu kerja yang urgent.

Lepas lunch, aku mulakan operasi mengskodeng profile dia!

Aku bukak satu-satu segala post status dia.
Humaingaihhhhhhhh!!!!!

Terkejut mak!!!

Banyak status yang menunjukkan siapa dia yang sebenar!
Yes, dia memang seorang MLM'mer!
Tapi mati-mati tak nak mengaku!

Kejamnya kamuuuuuuu~~~~
Huhuhu....


Status 1 :

" Suker sgtttt ari nieeee!!! "

Komen kawan-kawan :

B : Suke eh? Byk ke dpt? Share2 la sikit... hehehe... Sharing is caring orang kata..
A : U're my biz partner...confirm i can share my happiest.. hahaha.. pasni selalu la kite berhubung ek.. pape jangan lost contact ok.. 


Jangan gelak sangat ye, cik kak! Bukan happiest, tapi happiness..
Ulang suara... Happinessssssss~


Status 2 :

7*%#(@*($)(!%)$@*%_@+*!+#&!    <---- post pasal budget 2012. Malas aku nak amik port.

Komen kawan-kawan :

A : C, heee... camne baby? seronok tak jadi umi?
C : Ok.. :) mesti la happy.. tapi sekarang penat sikit la kena shift malam selalu.
A : Happy dapat baby.. happy dapat cuti 3 bulan.. banyak syiok ar..
C : Syiok sangat ni.. tak sabar bak tunggu habis 44 hari. Nak gi jalan-jalan.
A : C pakai bengkuk apa ek? <--- dah mula nak masuk line!
C : Bengkung biasa je yang lekat punya, nape?
A : Maknya tau bukan baby punya. <--- nak mulakan perangkap
C : ha maknya la ni... Nape A?
A : Alignment lari tak? Heeee... <--- slow-slow nak cari isu supaya dia boleh bukak biz!

Tetiba another friend of A masuk komen jugak pasal budget tu...

D : betul ke ni... Mana dapat info ni? Macam terbalik je ni... Huhuhu... Sempat lagi nak promote bengkung ye... :) <--- see... orang lain pun dah boleh hidu bangkai MLM ni!
C : Hahaha... dah urut betulkan balik dah..
A : C, pantang betul-betul tau.. nanti dapat berat yang ideal ok. Sambil menyelam minum air.. produk ni bukan sebarang produk tau.. aku dicabar kembali ke bentuk asal @ BMI yang ideal ni. tengah semangat! bukan tu je, tengah bulan je akaun aku penuh dengan $$$$.. tak minat ke??  <---- kau sendiri yang canang kat semua orang yang kau berbisnes melalui program kurus mengurus ni. Then apa kejadahnya kau nak kelentong aku cakap bukan MLM? Ke kau yang tak tahu apa maksud MLM?


Status 3 :

" 3 bulan kembali kepada 34",25",26" then mengungguli saiz S @ SS.. IMPIAN kini PASTI dengan PB! "

Komen kawan-kawan :

Aku : Premium Beautiful? <--- saje nak provok dia. konon-konon aku tak tahu yang dia ni kaki kencing. Macam la aku tak tahu apa tu PB!
A : Memang terbukti... kesihatan perlu dijaga supaya semuanya berjalan lancar... berminat nak tau, inbox no frenz ya...  <-- Haktuih!






Cik kak, kenapa nak tipu kawan-kawan cakap bukan MLM?
Kalau iya, cakap iya.
Jangan nak putar belit boleh?

Ke kau tu tak tahu apa itu MLM?
Multi Level Marketing.

Ni ha gambar MLM yang aku ambil dari wall kau.
Wall kau ye, bukan wall Cik Kiah atau wall Usop Wilcha!



Upline kena cari downline.
Downline kena cari downline.
Downline punya downline kena cari downline jugak.
Dan seterusnya!





Jadi, berdasarkan gambar yang aku ambil dari FB kau, ada sebarang bantahan yang ingin kau kemukakan?

Ingin ditegaskan ye... Aku bukan anti-MLM.
Malah aku jugak ada ramai kawan yang dah terjebak dengan MLM ni.
Sesiapa nak join MLM, terpulang.
Kawan is kawan, bisness is bisness. Ok?
Tapi sorry to say, aku memang tak berminat nak cari downline-downline ni.

Bukan saja nak cari, tapi beriya-iya nak MEMAKSA untuk jadi ahli dan beli segala barang tok nenek company kau tu!
Aku paling benci bila orang suka memaksa.
Macam pagi tadi, belum apa-apa kau dah sibuk nak mintak no tel, nak mintak ajak jumpa!
Lain yang aku tanya, lain yang kau jawab.
Terencat kah?

MLM'mers ni apahal eh?
Nak bisness buat cara bisnes ye. Jangan nak jadi pecacai nak paksa-paksa orang ikut jejak langkah kau!

Apa yang aku lihat, MLM'mers ni ramai yang hangat-hangat taik ayam je.
Yang dah berjaya tu, memang la berjaya.
Tapi ramai yang melingkup dari yang berjaya!
Bukan niat nak kondemkan kawan-kawan, lebih-lebih lagi bangsa sendiri.

Tapi cuba kau lihat orang yang berniaga mini market.
Takpun cukup la kalau kau lihat orang yang berniaga cendol tepi jalan.
Ada kau nampak dia paksa-paksa orang datang beli barang atau cendol dia?
Ada?

Nan adooo!

Tapi itu bukan alasan untuk diorang tidak menjadi kaya-raya.
Ada yang meniaga kecil-kecilan, dan akhirnya berjaya meletakkan nama mereka di paras jutawan.
Tapi belum pernah lagi aku jumpa peniaga-peniaga yang memaksa orang untuk jadi downline, semata-mata nak bagi points kepada kau.

Pergi mampus!

Aku memang suka tengok orang yang bersemangat waja nak berjaya dalam hidup.
Tapi aku hanginnnn je bila kau nak berjaya dengan cara melingkupkan kawan-kawan kau!

Haram jadah!

Plis la.
Jangan la kau nak ambil kesempatan dengan rezeki orang lain.
Kau pujuk rayu orang ramai mintak keluarkan modal.
Kau paksa orang beli barang-barang kau dengan harga beribu-raban.
Kau paksa orang pergi cari mangsa yang lain untuk diorang dapatkan hasil points yang tak seberapa!

Last week ada seorang perempuan yang chat dengan aku, ajak aku buat bisnes myKad.
Cakap dapat permission dari JPN.
Lepas korek punya korek, yang berbisnes cuma kau sorang!
Tapi aku cuma mangsa kau yang menggunakan myKad aku untuk meng'KAYA'kan kau!

Asal aku shopping je, kau yang dapat duit masuk dalam akaun.
Dah tu, tang mana yang aku dikatakan berbisnes tu?
Time shopping?

Aku shopping = Aku berbisnes
Gitu?

Amik jari tengah aku!

Last-last baru dia bagitahu yang aku kena daftar sebagai dealer.
Baru la dapat merasa bonus HASIL SHOPPING ORANG LAIN tu!
Kalau tak daftar, maka nya aku cuma sekadar tukang shopping, dan kau sebagai tukang sapu-bonus-hasil-shopping-orang-lain!

Wadefak!

Plis, ye.
Jangan ambil kesempatan orang lain!
Jangan mempergunakan orang lain untuk kejayaan kau!

Kau kaya atas dasar titik peluh orang.
Kau paksa orang cari downline, konon-konon kalau dia tak ada downline, dia tak akan dapat bonus.
Padahal pencarian downline tu hanyalah untuk men'genarate bonus pada akaun kau.
Hujung-hujung kau hidup mewah & kaya-raya.
Siap boleh melancong all around the world.
Orang lain yang jadi mangsa kau yang putih mata!
Hebat!



Status 4 :

" Semangat makin terbakar & rase meluap2 nak share biz ngan member2 lain... semangat utk melihat bunga tulip yang berwarna-warni di Holland... InsyaAllah... "



Wah....
Nak pergi Holland ye?

Ada aku kesah~?

Pesanan aku, sebelum bertolak ke KLIA, jangan lupa kunci elok-elok 'hasil-sapu-bonus-orang' ni ye...


" Menjadi idaman dan igauan 2012... "
Katanya laaaa....



Sekarang dah pukul 6.25pm.
Mana nya si A ni?
Cakap nak call, siap nak datang HUKM.
Baru syiok nak cerita kan.. Tapi batang hidung pun tak nampak!
Macam ni ke nak berjaya?
Pung-pang pung-pang kat dalam FB je belum tentu berjaya, cik kak!

Ye, aku setuju sangat-sangat dengan Aidid Muadib 200%!

Sunday, October 9, 2011

Aku semakin pening dengan budak Ika & Aleeya ni.

Tapi baru-baru ni perangai Ika yang membuatkan aku semakin risau.
Dah semakin berani & laju otaknya berfikir secara merapu.
Macam aku jugak!
Huhu...

Semalam En Zul bawa aku & anak-anak pergi Tesco Cheras.
Memandangkan En Zul yang bayar, maka aku & anak-anak mengambil kesempatan seperti biasa untuk mengepaw barang-barang yang kami suka.

Then Ika mintak nak beli minuman.
Aku bawak la dia ke bahagian minuman.
Sekali dia tunjuk satu air.





Aku : Kakak nak air ape?


Ika : Kakak nak air tu. (jari tunjuk kat satu air)





Mummy, kakak nak air tu



Bertuah punya budakkkkkk!





Hampeh!
Air Kacip Fatimah yang dia nak!
Kau nak bagi ketat lubang ape, Ika?
Meh Mummy jahit lubang tu, biar sampai bila-bila ketattttt je!



Ika : Kakak nak try air yang makcik Fatimah ni buat....



*pengsan*



Sekarang ni Ika dah mula memandai-mandai (bukan PANDAI, tapi MEMANDAI) untuk set reminder kat Astro.
Kalau sebelum ni dia cuma reti nak ACCEPT @ CANCEL program yang aku dah set.
Tapi sekarang, tak payah suruh dah reti nak set program sendiri.
Semua program dari Astro CERIA.

Korang la yang CERIA.
Tapi aku yang DUKA LARA!
Asyik nengok cerita kartun je memanjang.
Tak dapek nak nengok cite lainnnnnn..


Huhuhuhuhu...





Dah pandai set reminder cerita kat Astro Ceria.
Padahal cerita tu semuanya berderet.
Perlu ke nak reminder?





Sekarang ni bila aku nak memasak, Ika akan datang ke dapur.
Konon-konon nak temankan aku masak.

Banyak la kau punya teman!
Aku berasap-asap kat dapur, kau cuma berdiri tegak depan fridge.


Motif?


Dia nak main fridge magnet Angry Bird aku kat depan fridge tu.
Siap buat dialog macam-macam.
Temanya bercakap sorang-sorang sambil main fridge magnet aku.
Ntah apa yang seronok, aku sendiri tak faham!

Bila aku dah siap masak, dia pun dah siap main.
Temanya dia takut duduk dapur sorang-sorang!

Aku masak, dia start main.
Aku cuci pinggan mangkuk hatta cuma seketul dua pun dia start main.
Aku buang sampah dalam tong tepi fridge pun dia start main!

Aku rasa nak bawak fridge tu ke depan ruang tamu.
Biar dia main kat depan. Buat semak dapur aku je.
Nak bagi magnet aje, dia tak nak....
Nak main magnet yang melekat kat fridge jugak!



Kalau melekat kat fridge, baru la namanya fridge magnet kan?



Hahahahahaaaaaaaa....




Gila ke hape budak ni cakap sorang-sorang?

From My Kitchen : Whipped Potato Ala-ala KFC

Dessert petang ni aku masak Whipped Potato.
Rasanya macam tak rajin nak melecek kentang rebus, tapi blender kan ada.
Campak je dalam blender, tekan suis & siap.

Kalau ada food processor yang macam kat dapur Chef Wan @ Martha Steward lagi best :)

Eh, nak mintak En Zul belikan satu untuk aku la.
Hahahahaaa..

Untuk kentang, kupas kentang, bersihkan dan rebus.
Lepas dah empuk, keluarkan dan toskan kentang.
Lenyek kentang bersama garam dan susu segar (1/2 cawan).
Kalau malas, blend je kentang tu.
Setel.

Ok, sebab aku tak seberapa rajin nak taip panjang-panjang (read : Penerjun negara tengah mengacau aku), maka aku upload gambar & taip sikit-sikit dah la ye.




Masukkan mentega, tumis bawang sampai naik bau.



Masukkan celeri.



Masukkan serbuk pati ayam.
Kalau ada stock ayam lagi best :)



Masukkan air.


Yang lain tiada gambar.
Lupa nak snap.

- Tapis isi kuah (bawang & celeri). Tinggalkan kuah sahaja, masak di atas api yang perlahan.
- Masukkan tepung gandum 1 sudu (kalau suka pekat, masukkan lebih)
- Masukkan sos tiram & lada hitam.
- Masukkan kicap pekat setitik demi setitik, sehingga warna whipped potato KFC diperolehi.


Masukkan kentang dalam mangkuk, curah kuah ke atas kentang.



Sedia di hidang =)

Thursday, October 6, 2011

Fire Drill

Hari ni ada latihan kebakaran kat Cohort & UMBI. Tapi rasanya ia lebih kepada Latihan pengungsian bangunan la.. (eh, betul ke ayat tu?)

Latihan ni dah lama di rancang. Hampir sebulan jugak laaa..
Tapi latihan tu cuma berlangsung selama 20 minit je!

Hampeh.

Kronologi latihan bermula apabila Andri menjerit-jerit, terpekik-terlolong seolah-olah ada berlakunya kebakaran di ofis..


Andri : Api...!! Api..!!! Apiiiii...!!!!


Fuh, suara Andri memang bergema satu ofis. Terasa macam betul-betul berlaku kebakaran.
Tapi yang tak bestnya bila ada stafs yang mentertawakan Andri sebab dia terlalu beriya-iya menjerit buat trigger. Padahal, itu cuma lakonan je pun..

Aku pun gelakkan jugak!
Kelakar la si Andri ni :)

Hahahahaa.....

Kami keluar dari ofis beramai-ramai sambil berpegang tangan dan bersembang!
Rasa-rasanya boleh agak tak bagaimana situasinya?
Hahahaha..

Kami terpaksa menggunakan tangga kecemasan dari tingkat 7 sampai la ke ground floor.
Terpaksa, hokeh!
Bapak gila tinggi nak menapak satu persatu anak tangga.
Nasib baik turun tangga.
Kalau naik tangga?

Kompem aku orang pertama yang duduk bersila kat tepi tangga.
Letih.


Kalau ikutkan aku, aku nakkkk je turun sampai tingkat 6, pastu turun pakai lif sampai ke bawah.
Aci tak?
Muahahaha....
Dasar besar punggung! Pemalas sungguh aku ni.


Sampai je kat Zone 2, iaitu tempat untuk kami berkumpul, head count dimulakan.
Ini adalah head count kali kedua.
Si Amir tu awal-awal dah head count kat depan pintu ofis masa kami nak keluar tadi.

Masa 1st head count, jumlah stafs adalah 63 orang.
Masa 2nd head count. jumlah stafs adalah 67 orang.

Pulak!

Ada hantu ke yang follow kitorang ni?
Ke, si Amir ni yang tak reti nak kira kepala orang?
Huhu...

Di Zone 2 ni, pak security dah block kat kedua-dua hujung jalan daripada kenderaan yang lalu lalang di situ.
Baiknya pak security ni... I lap u la, pakcik~
Jadi, kami boleh la nak berkeliaran ke, nak berkejar-kejaran ke, berguling-guling pun boleh.

Yang kami ni pulak, dah berlendir menunggu kat bawah pancaran matahari yang terik ni.

Mana ketiak berkepam tu, dah mula mengeluarkan gas-gas menusuk hidung.
Mana yang berpeluh tu, kompem badan dah melendir siap meleleh-leleh peluh satu badan!

Yarkkkk!!

Ok-ok... Cukup cerita pasal lendir orang.
Baik tengok gambar, mana la tahu ada lendir-lendir yang sempat aku snap.

Aku tak berlendir, ye.
Sebab aku tak snap gambar sendiri.
Hahahahahaa....



Andri
Pencetus kebakaran
Eh, apasal muka Andri dengan Nazmi ni macam iras-iras? Sedara kah?




Masing-masing sedang melihat Andri yang tengah berlendir....



Posing dulu, sebelum 2nd head count.
Semua steady je, macam tak ada apa-apa yang berlaku.



Achiiii, ini latihan kebakaran, bukan latihan hari hujan!



2nd Head count.
Yang berjaket hijau adalah Pegawai Insiden.
Yang ber T-shirt hijau adalah Pegawai Penyebuk.
Hahaha...



Ain



Muka mangsa kebakaran.
Separuh rentung dah ni :)



Zone 2
Menanti ketibaan warga UMBI



Sempat lagi dia ni pergi membeli makanan & minuman di luar pagar!



Ya, kami terselamat!
Kata Mak-mak buyung kepada blogger sejati ni.....



Abang-abang keselamatan..



Aik, muka dia ni lagi?



Perhimpunan PATI



Tengah kepanasan.
Sabar ye cik kak..



Masing-masing dah berlendirrrrrr~



Mak kepada semua Pegawai Insiden.
'Mak besar' ni :)



Pegawai yang terlibat





Yang aku tak faham, macamana ada yang boleh bawak payung?
Macam dah ready je nak berjemur bawah panas terik.
Kalau betul-betul ada kebakaran, jangan kan payung, nak bawak beg pun tak sempat!





Ratu England ni



Siap bawak losyen Loreal lagi, kauuuuu~



Sebagai ganjaran atas kerjasama semua pihak, jamuan kecil diadakan.
Menu : Mee goreng basah, popia goreng (tak sempat nak snap dah habis) dan air teh tarik.




Nak cari sotong, tapi udang yang aku dapat :)