It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 15, 2012

Mimpi

Aku tak tahu kenapa aku selalu mimpi perkara yang sama. Ye, mungkin itu semua mainan tidur. Tapi kalau jalan ceritanya sama dan asyik mimpi ulang kali, mesti aku cuak jugak kan? Gila kau tak cuak, mana tahu jadi betul-betul... Hah, macamana?!!

Malam tadi aku agak sukar nak tidur. Dah pukul 3am lebih tapi masih mengadap henfon & main game. Lepas kacau-kacau En Zul tidur (lately dia selalu mengigau, so seronok la aku menyakat dia tidur), then aku tak tahu nak buat apa dah? Bukak lappy, main-main facebook sekejap, then bukak blog gossip (gosip tu macam ubat tidur & ubat penenang aku pulak), bila jam dah pukul 4am lebih baru terasa nak tidur.

Alhamdulillah, berjaya tidur walaupun dah lewat pagi.

Malam tadi mimpi tsunami. Hmm, dah banyak kali aku mimpi tsunami ni. Dalam tahun ni je lebih kurang 4-5 kali aku mimpi. Malam tadi ombak tu sangat besar, hampir menenggelamkan KLCC! Dasyat kan? Malam tadi aku bersama seorang perempuan (aku tak sure siapa, yang pasti dalam mimpi tu dia kawan baik aku). Selain perempuan tu, aku ada kendong seorang bayi lelaki yang sangat comel. Badan sedap-sedap debab dan putih. Kiranya aku berjaya selamatkan perempuan dan bayi tu.

Tadi aku godek-godek kat gugel, aku cari tafsir mimpi. Dan aku cari tafsir mimpi ombak besar atau pun tsunami. Dalam banyak-banyak info yang aku dapat, aku ringkaskan la apa yang aku dapat. Aku copy la dari tuan tanah Maya Kirana. Thanks ye tuan tanah....

Ok, meh kita lihat tafsirannya..

(maaf ye, ini sekadar tafsiran.. mohon jangan percaya sampai terpesong akidah. Kalau ada yang sama dalam kehidupan seharian, mungkin itu kebetulan sahaja.)



1. Mimpi melihat gelombang tinggi : Akan hampa dalam percintaan

2. Petanda rezeki nak datang bergolek (Mudah-mudahan...)


3. Petanda rumahtangga atau hidup nak dilanda gelombang (Nauzubillah...minta dijauhkan...)


3. Mimpi ombak besar bermakna rezeki anda sedang dipermainkan (moga aku sekeluarga dimurahkan rezeki)


4. Petanda nak dapat jodoh (errr....?)


5. kedatangan air yg besar itu tandanya rezeki akan datang melimpah ruah. Jika ombak besar atau tinggi, bererti rezeki sedang bagus. Begitu juga sebaliknya. kalau mimpi air, itu rezeki... lagi besar ombak....lagi besarlah rezeki... 


6. Mimpi air keruh dan arus deras biasa nya nak menghadapi kesusahan..


7. Menurut Ibn Sireen, mimpi air boleh bermaksud:
   -kehidupan yang gembira
   -wang
   -kemeriahan
   -penambahan dalam perniagaan
   -pendapatan
   -perkahwinan


8. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan mendapatkan rezeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna akan mendapatkan khabar yang mengejutkan


9. Kalau air jernih, rezeki elok.. kalau air kotor, dapat sakit...




Wallahualam....

13 comments :

Farina Mohd Sazali said...

Smlm bru mmpi kne tsunami. ... Dlm mmpi tue ade sy, nenek, 3 org sepupu (2 org perempuan brumur 14 thn dan 14 tahun serta 1 lelaki brumur 3 tahun ) dan kekasih sy. ... Suasana dlm uma flat tp sy xpasti smada dlm hspital @ rumah. .. Mcm dlm hspital sbb ramai org. .. Berbalik pd mmpi sy. .. Mule2 ombak kecik jd naik la tgkat dlm tgkat 3 mcm tue (xpasti bape tgkat flat tue) mulenye sume yg sy katekn ade bersama ngan sy tp sepupu yg berumur 14 thn degil. .. Jd terpisahlah kami ngan dea. ...selepas ombak yg kecil berlalu igtkan da reda. ..tp dtg seorang hamba Allah xpasti siapa xkenal muke. ...bgtau ade ombak besar. ..bile sy tgk mmg betol. ..jd kekasih sy bgtau suh naik tgkat last. .kami naik da mncari tmpat perlindungan disebalik batu2. ...alhamdullillah kami selamat. ..kami trun smule ke bwh. .dan masuk ke rumah. ..sy mule mencari sepupu sy yg bumur 14 thn. ..alhamdulillah dea masih bernyawa kami diketemukan. .. Ape maksud mmpi tersebut? adekah same spt saudari?

Farina Mohd Sazali said...

Smlm bru mmpi kne tsunami. ... Dlm mmpi tue ade sy, nenek, 3 org sepupu (2 org perempuan brumur 14 thn dan 14 tahun serta 1 lelaki brumur 3 tahun ) dan kekasih sy. ... Suasana dlm uma flat tp sy xpasti smada dlm hspital @ rumah. .. Mcm dlm hspital sbb ramai org. .. Berbalik pd mmpi sy. .. Mule2 ombak kecik jd naik la tgkat dlm tgkat 3 mcm tue (xpasti bape tgkat flat tue) mulenye sume yg sy katekn ade bersama ngan sy tp sepupu yg berumur 14 thn degil. .. Jd terpisahlah kami ngan dea. ...selepas ombak yg kecil berlalu igtkan da reda. ..tp dtg seorang hamba Allah xpasti siapa xkenal muke. ...bgtau ade ombak besar. ..bile sy tgk mmg betol. ..jd kekasih sy bgtau suh naik tgkat last. .kami naik da mncari tmpat perlindungan disebalik batu2. ...alhamdullillah kami selamat. ..kami trun smule ke bwh. .dan masuk ke rumah. ..sy mule mencari sepupu sy yg bumur 14 thn. ..alhamdulillah dea masih bernyawa kami diketemukan. .. Ape maksud mmpi tersebut? adekah same spt saudari?

Chempaka Merah said...

maaf, sy tak pasti.. sy tak berani nak tafsir sbb itu bukan kepakaran sy. cdgan sy, jika ingin kepastian mohon cik merujuk kepada orang yg lebih arif, spt ustaz2 atau ilmuan2 agama.. tq

Myschqa Qylla said...

Sy kerap sgt alami deja vu ( mimpi jadi kenyataan ). Ingat nak jumpa ustaz la.. :(

Mohd Shahrul Shah said...

malam tadi sy mimpi tsunami....Allahuakhbar...

Mohd Shahrul Shah said...

malam tadi sy mimpi tsunami....Allahuakhbar...

Margaret Liou said...

@Myschqa Qylla

huhu..sy pn slalu gak mcm tu..2 kali dh..seminggu sblum tsunami kat Acheh dengan Jepun, sy mimpi tsunami besar..dn kbnyakan mimpi sy tu, brlaku dlu dlm sblm dlm dunia nyata...risau pulak.. :(

Unknown said...

Assalamualaikum..ari tu saye ade mimpi ada ombak besar nak datang,lepas tu dah nak sampai kat pantai dia lesap mcm tu je..pastu ada ombak besar lagi sekali yang nk datang..ap maksud tu ye..boleh tolong jelaskan.


Hasanul Azmi said...

Assalam sy juga mimpi tsunami dah 4 kali rasanya...yg terbaru sy tgh duduk dalam surau nak solat..kat penang tepi laut..sy tgh kat luar surau tu air laut jadi hitam dan air mencucuk mcm bukit..suasa di luar gelap..tiba2 air emergency kat surau tu pecah mcm air hujan la dlm surau tu..dgn basah sy keluar dari suaru melihat keadaan sekeliling...sy jumpa mak saudara saya dekat tepi gerai berhampiran laut..tiba2 dari jauh saya nampak air tsunami xla tinggi sangat datang dengan laju..saya dengan cepat naik toyota hilux..mak su saudara masih leka..saya panggil dia tapi dia xdatang dekat kereta..saya bsredar tsrus dari situ..tanpa sempat selamatkan dia..moral of the story jgn lupa beli hilux...hehehe..lwk ja...mudahan dengan kejadian tersebut dapat menguatkan lagi amalan kita kepada allah s.w.t..

Norhanim Baharuddin said...

Assalamualaikum. mimpi kita lebih kurang aje. sy pun sering mimpi ttg tsunami. ombak besar. air pasang. air laut. mengendong bayi. melihat bayi malah menyusukan bayi. moga ianya sekadar mainan tidur aje kan?

ryan rayz said...

Saya pun dalam tahun ni dah beberapa kali mimpi tsunami. seram gile. mcm hari ni tadi saya mimpi lagi. tapi kali ni tgk ombak tsunami bwk sekali kontena, kapal segala.(mimpi saya berkisar kat pelabuhan). lepas tu menyorok dlm kontena biar kena hanyut. giler lah mcm real.

Chempaka Merah said...

@Unknown maaf, sy tak pandai tafsir mimpi. bukan kepakaran saya.

Chempaka Merah said...

@Norhanim Baharuddin harap2 mainan tido la. tp klu kerap mimpi bayi, seeloknya pegi berubat secara islam. cthnya berjumpa ustaz.. takut2 ada gangguan iblis.