It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 31, 2012

Earth Hour 2012





Hari ni 31 Mac 2012, pada jam 8.30pm sampai 9.30pm (60minit) akan berlangsungnya Earth Hour Malaysia 2012.

Mari menyokong kempem ini untuk menyelamatkan Bumi kita.
Show our little support to Earth Hour.



P/s : Lepas Maghrib aku dah nak start tutup lampu. Sebab aku nak masuk tidur. Hehehe =)
Itu kira support la kan????

Friday, March 30, 2012

From My Kitchen : Nasi Kerabu

Ntah kenapa aku suka makan Nasi Kerabu untuk breakfast.
Untuk breakfast je.

Kalau lunch ke, dinner ke, time bukak pose ke, memang aku tak layan.
Pandang pun tidak.
Tapi kalau breakfastttttt.. Nasi kerabu kosong tanpa lauk pun jalan!
Lebih-lebih lagi ada la beberapa gerai yang jadi top spot aku untuk mentekedarah nasi kerabu ni.

So hari ni aku nak belajar cara-cara buat nasi kerabu.
Kalau dah pandai buat, boleh buat untuk kenduri pulak.
Kalau dah pandai buat untuk kenduri, boleh buat untuk tempahan.

Eh?

Resepi ni aku mix-mix dengan beberapa resepi kat myresepi.
Kalau aku rajin (read : nak buang masa), aku akan mix-mix resepi.
Tapi kalau tak rajin, aku try je terus guna resepi asal.
Setel.

Hari ni aku buat resepi yang simple.
(Hari-hari pun aku masak yang simple derrrr~)
Agak-agak dah terror sikit, aku upgrade lauk nasi kerabu tu.
Hehehe.. Lauk je upgrade, tang nasi aku tak pandai nak upgrade or alter.

Semua kuantiti bahan adalah estimated.
Gua tak reti nak sukat-sukat der..
Asal boleh je!






Nasi Kerabu :

  • Beras (bersihkan)
  • Daun limau purut - 3 helai
  • Bunga Talang - 10 kuntum (aku tak tahu mana nak cari bunga ni. So aku pakai pewarna, modern la sikit :p)

*tak jumpa bunga talang, jangan memandai nak guna bunga morning glory or bunga kertas!
*Masak nasi seperti biasa bersama daun limau purut dan pewarna.




Sebelum masak nasi. Begini la warna nya. Kalau guna bunga, ada orang suruh rendam bunga dalam air, then perah bunga tu untuk keluarkan warna birunya. Ada sesetengah orang pulak cakap campak je bunga tu dalam periuk. Haaa.. Tang campak mencampak tu bunyinya macam menarik~





Sambal ikan :

  • Kelapa parut (2 cawan) - goreng sekejap tanpa minyak (macam masak kerisik)
  • Ikan kembung / sardin / selar (3 ekor) - direbus dengan sedikit garam.
  • Bawang besar (1 biji)

* Ikan yang direbus ditoskan air rebusan. Buang tulang ikan. Isi ikan diasingkan dan ditumbuk dengan bawang.
* Goreng ikan, bawang dan kelapa sehingga kekuningan. Taruk garam dan gula secukupnya.

P/s : Apsal nama dia SAMBAL IKAN, huh? Tak ada unsur cili pun dalam bahan-bahan ni. Ni kes sama macam kuih cucur badak yang tiada badak dalam cucur tu. (Konpius).





Nampak bawang yang ditumbuk tu?
Nampak??
Nampak takkkkkkk?

Ye, nampakkkk sangat pemalasnya! Tumbuk bawang pun tak hancurrrrr~



Ok, sambal ikan dah masak.
Tapi ada lagi kelapa yang putih-putih. Hmmm.. Belasah je la.





Sambal Tumis :

  • Cili kering (10 biji) - direndam dalam air panas.
  • Bawang besar (1 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Halia (1 inci)
  • Serai (2 batang)
  • Serbuk kunyit (1 sudu)
  • Santan pekat (200ml)
  • Asam keping/gelugur (2 keping)
  • Garam dan gula

*Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga lumat.




Serai ni aku guna 4 batang, sebab kecik sangat batangnya.



Selepas blend bahan, tumis bahan sehingga pecah minyak.




Ok, ni dah pecah minyak. Bau pun dah semerbak sampai selang 3 rumah. Hehee...




Masukkan santan pekat. Yang hitam tu asam keping ye, bukan telinga manusia.
Masukkan garam dan gula. Masak sampai sedikit kering.




Ok, sambal tumis dah siap.



Sayur-sayuran jangan dilupakan. Benda wajib ni.
Terpulang la nak taruk sayur apa pun. Tapi sayur kat gambar tu antara yang selalu digunakan.
Kacang panjang, bunga kantan, kobis dan taugeh.





Keropok ikan. Bukan keropok lekor ye.
Eh, ada ke orang guna keropok lekor dalam nasi kerabu??





Daging. Aku rebus dengan garam, then hiris nipis. Pastu gaul dengan kunyit dan bakar sekejap dalam oven.
Nak buat daging goreng pun ok...






Dah siap! Boleh hidang...






Tahu tak apa yang tiada?
BUDU DAN SAMBAL BELACAN =)



Love,

Thursday, March 29, 2012

Colourful of Life

Selalu aku dapat email dari sorang pegawai kat ofis aku.
Salah satu tugas dia untuk mengeluarkan jadual staff backup untuk proses offsite.
Nama aku ada dalam jadual tu - tak terkecuali walaupun aku cantik jelita (wekksss!).

Jadual ni bukan la tiap-tiap bulan dikeluarkan. Bila ada kekurangan staff, baru la kitorang akan back up. So kiranya nama kitorang dalam jadual tu just stand by kalau-kalau khidmat kami diperlukan. Bila aku terima jadual ni, aku akan highlight nama aku sebagai reminder untuk aku.

Ye la, aku kan pelupa. Harus catat segala tarikh-tarikh dan events yang melibatkan aku.

Duluuuu... Jadual ni putih.
Kalau ada kaler pun cuma dihighlightkan pada bahagian yang penting-penting je.

Tapi sekarangggggggg.........
Jadual ni penuh dengan kaler!
Semua kaler pegawai ni bubuh.
Be it kaler pada font, or pada highlight, semua dia belasah taruk.




See..??
Putih, hitam, purple, merah, biru, kuning, hijau...
Semua kaler ada. Memang colourful hidup si yenna ni! So macamana aku nak highlight nama aku??




Penyelesaiannya, aku terpaksa buat macam ni --------->









Font - Putih
Highlight - HITAM!


Ni kalau lupa nak standby, memang la dasar mintak penampor!

Dah tak ada kerja sangat la tu!

Tadi aku tengah berhempas pulas nak menyiapkan lab report aku.
Ada 6 report semuanya. Dalam 6 report tu ada 'anak-anak' experiment pulak. So secara tak langsung dari 6 manual amali tu dah jadi berbelas experiment pulak! Tu belum campur dengan assignment JIF216 dan JIF217. Memang hilang nyawa aku nak menyiapkannya.

Tengah aku buat report tu, aku sambil-sambil main FB dan layan tv. Boleh jugak aku like-like status kawan, komen-komen, post gambar.. Sekali sekala ada jugak layan chat. Tapi malam ni ramai pulak yang masuk chat aku. Antaranya kawan study aku Liza. Dia tu exclude dari list la, sebab aku yang ajak dia chat. Aku tengok status dia macam jiwa kacau je, so aku ajak sembang.

Yang lain tu kawan-kawan aku jugak. Tapi ada yang 'kawan atas kawan' (mutual friend) yang add aku sebagai friend, then nak ber-chat dengan aku. Ok la, aku layankan saja. Yang peliknya, ada pulak manusia yang masuk chat box aku tanpa Salam or Hi, tup-tup terus taip "sy... Hahaha". Ok, ayat tu memang seperti mahu minta penampar.

Itu memang aku tak layan. Sampai mampus pun aku biar je chat tu tak berbalas. Ada pulak yang selalu chat dengan aku, tapi asyik speaking London memanjang. Ptuihhh! Sepatah haram Melayu pun tak keluar dari ayat dia. Ok la, budget mat saleh sangat la kan? Malam ni memang aku tak layan. Dia said Hi, aku balas dengan SMILEY FACE je. Hahaha... Ok la kan? Daripada aku balas dalam bahasa Jawa. Jangankan kau tak paham, kang dengan aku pun tak paham jugak!

Dalam friend list aku yang cuma ada 1500++ tu, ada la beberapa orang yang aku dapat kenalpasti yang suka melucah dalam chatbox. Nak peluk la, nak cium la, tanya dah kawin ke belum. Orang-orang macam ni memang aku black list diorang. Sekali diorang melucah, aku diamkan je. Elok-elok kau tanya dah makan ke belum, sihat ke tidak... Aku layan je chat kau tu. Tapiiiiiii, kalau dah sampai tanya aku benda-benda lucah, secara automatik aku akan diam.

Dan aku tak de la kejam sangat nak terus maki kau, or nak remove kau dari friendlist aku. Tapi kalau hari-hari yang mendatang, kau tetapppppp nak chat pasal hal-hal blue ni... Ok, selamat jalan Romeo! Aku akan block kau, so kau tak payah nak kecik hati bila aku tak layan kau.

Sama jugak la dengan mamat yang sekor malam ni. Balik-balik tanya aku duduk mana? Dah kawin ke? Asal mana? Weh, perlu ke setiap kali kau chat dengan aku, setiap kali tu jugak la kau nak tanya soalan yang sama? Then mula la cakap melucah! Bahabi betul! Kau ingat aku ni Zarina Ann Joulie ke??? Tak pun up sikit, Luna Maya????

Elok-elok aku tengah kumpul mood nak siapkan kerja aku, terus hilang mood aku! Bengong betul. Nampak sangat diorang ni tak ada kerja nak dibuat. Yang diorang tahu, cari awek-awek yang available untuk chat, pastu start melucah! Tu belum lagi yang buat video call, pastu taip "nak tengok batang? Besttttt..."

Best waklu!
Sangap.

Mamat yang tadi duk cucuk-cucuk jarum nak melucah, dah selamat kena maki dengan aku. Bila aku dah puas maki hamun dia, then aku block profile dia. Sekarang, aku yang jadi puas! Hahaha...


Ada sesapa nak tengok se-BATANG jari tengah aku?

Tuesday, March 27, 2012

From My Kitchen : Mee Bandung

Rasanya aku tak pernah lagi update entri masakan pasal mee or bihun.
Dan seingat aku, aku belum pernah masak benda-benda ni pada En Zul. Kalau setakat mee segera, banyak kali la. Tapi itu out of list ok!

Hari ni dan esok aku off. Konon-konon nak siapkan lab report dan assignment yang berlonggok tu.
Pffffff....

Bangun pagi tadi pun lewat. Baru siap satu report dah mula guling-guling, set reminder astro, main game, pastu layan FB. So bila nak siap semua kerja aku? Nampak benauuuuu suka mengelat.

Hari ni malas nak masak nasi. So aku nak masak mee bandung. Hmm. Dah lama tak makan mee bandung. Dulu masa kecik-kecik suka beli mee bandung kat gerai Cik Zan belakang rumah. Sedap mee bandung dia. Maklang punya mee bandung pun sodap gak! Tapi Maklang jarang masak mee. Ye la, Paklang tak suka makan mee. Kalau masak tapi suami tak makan, kan dah kecik hati.

Resepi kali ni aku ilhamkan dari resepi Maklang. Ceh, ayat 'ilham' kononnnnn! Padahal kat internet tu berlambak-lambak resepi ni. Macam-macam adooooo~~~~

Meh kita mula memasak!



Mee kuning.
Ini adalah bahan utama nak buat mee bandung. Kalau tak ada mee, bukan la mee bandung namanya.
Guna la apa jenama yang halal, rasanya sama je. Pastikan cuci bersih-bersih untuk hilangkan kapur.
Bukan kapur barus ye. Itu untuk mandikan jenazah.
Dah cuci, lalukan dengan air panas. Toskan mee tu.
Jangan rendam lama-lama, nanti mee tu kembang sangat.
Kang nak makan pun rasa kembang je tekak.





Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Agak-agak je la kuantiti nya ye.
Haaa.. Ini adalah gaya seorang bibik yang pemalas.Tumbuk bawang macam tak ikhlas je.
Tak lumat langsung. Takpe, kalau nak lumat baik aku blend je kan?
Hahahaa...






Sayur-sayuran.
Kali ni aku taruk sawi, capsicum, carrot, cauliflower dan cabbage.
Kalau nak taruk babycorn ke, broccoli ke.. Pun boleh.
Aku masukkan tomato, tapi lupa nak snap pic.



Bahan-bahan penyedap tekak.
Udang, ayam dan sotong.
Nak masukkan daging pun sedap jugak. Tapi aku malas nak rebus kasi lembut daging tu.



Cili kering yang diblend.
Nak guna cili api pun boleh. Nanti jadi lagi pedas la.
Just tumbuk cili api sekali dengan bawang tadi.
Memandangkan aku tak makan pedas (read : tak suka pedas), so aku guna cili kering yang diblend je.



Ok, mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
Tapi aku guna periuk. Senang nak campak semua bahan-bahan.
Kuali aku kecik je.



Tumis bawang merah, bawang putih dan halia tadi sehingga naik bau.



Masukkan cili. Tumis sampai cili masak.
Aku masukkan 3 sudu je. Cukup sekadar kasi syarat rasa cili.
Tak pedas langsung. Hehehe...
Then masukkan ayam dulu. Udang dan sotong jangan masuk lagi.
Tumis sampai daging ayam separuh masak.



Masukkan air (sampai separuh periuk).
Campak je semua sayur, udang dan sotong.
Campak.. Campak... Campak!! Ok, done!
Senang kan resepi aku? Semua campak je, tak payah nak sukat-sukat derrr~

Masukkan sos cili dan sos tomato. Aku guna brand Life.
Brand lain pun ok jugak.



Masukkan garam. Pecahkan telur ayam ke dalam kuah yang tengah mendidih.
Kalau kuah masih cair, boleh tambahkan sos cili lagi.
Last sekali masukkan tomato.



Ok, ni untuk hidangan.
Masukkan mee ke dalam mangkuk.



Curahkan kuah ke dalam mangkuk.
Perghhh!! Berasap kuah mee bandung aku.



Hidangkan dengan limau kasturi.
Kalau nak lebih menarik, hidangkan dengan daun sup, bawang goreng dan cili merah.
Semua tu aku lupa beli. So limau je la yang ada...
Tak pe.. Tak pe... Itu pun dah sedappppp!!
(ceh, puji masakan sendiri. Wekkk!)




Petua :

  1. Kalau rebus daging, masukkan air rebusan daging kedalam kuah. Lagi manis kuah tu... Kalau ada air rebusan tulang lagi sodappp!!! Lagiiiii manis kuah tu berbanding air rebusan daging. Tak caya? Cubalah!
  2. Telur ayam tu masuk sebelum tutup api. Lepas masukkan telur ayam, biar ia masak dalam masa seminit or 2 minit. Telur tu akan jadi separuh masak. Mee bandung ni sedap kalau telur ayam tu separuh masak.
  3. Untuk daging ayam tu, boleh gantikan dengan ayam bahagian tulang. Be it mee bandung or apa-apa mee pun, memang tulang yang akan jadi penyedap kuah. Tapi sebab aku malas nak potong tulang ayam, aku rembat je ayam bahagian daging. Senang aku nak potong. Hehehe..



Selamat Menjamu Selera!



Sunday, March 25, 2012

Jom Karok!

Lately aku selalu rasa stress. Stress yang sampai aku boleh menangis tiba-tiba! Bila aku datang kerja, aku menangis, bila aku kat rumah, pun aku menangis. Tapi tak la sampai menangis depan orang lain. Even kat depan En Zul pun aku tak nangis. Cuma pernah sekali ada satu malam, aku menangis kat dapur (aku kan bibik, harus la menangis kat tempat seorang bibik). Sekali En Zul yang tengah tidur sedar aku tak ada kat sebelah dia. Alih-alih dia jumpa aku kat dapur tengah nangis tepi pintu yard! Apa ke gila aku nangis sorang-sorang kat situ.

Some people said, kalau asyik menangis tak tentu pasal, itu tandanya dah nak GILA!

Pfffffff...
Aku belum sampai tahap macam tu kot. Kalau aku stress, aku cuma lakukan some activities untuk release kan tension aku. Be it makan-makan or karoake, mesti aku ok lepas tu.

Ok, aku karoake 3jam non-stop. Sorang-sorang pulak tu!
Kau mampu?





video
Setia Ku Korbankan - Fauziah Latif
Jangan terkejut kalau tiba-tiba aku menjerit meroyan macam orang sewel.
Sila tahan telinga.
Hahahahahahahaaa!!!




video
Boulevard - Dan Byrd
Aku tahu lagu ni masa Jep Sepah nyanyi masa Maharaja Lawak Minggu ke 6
Terus jatuh cinta pada lagu ni, sesaat aku jatuh hati pada Jep Sepah!
Muaahhhh!!!
(Ampun En Zul~~~~~)


Tengah nyanyi satu lagu feberet, baru aku terfikir macamana boleh terwujudnya nama blog aku ni.
Chempaka Merah.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SORI, FAIL TERLALU BESAR. TAK BOLEH UPLOAD.
HEHEHEEH...
Ok-ok, last video.
Kalau dah nak termuntah, sila telan balik muntah tu.
Pas dengar video yang last ni, kalau nak muntah pun muntah la~




video


Amacam?
Sedap telan balik muntah sendiri?
Wakakakaa!!!!!

Next time aku karok lagi, nanti aku upload banyak-banyak kat blog ni.
Pastu nak layan balik sorang-sorang.
Feeling-feeling artis layan album sendiri.
Pffffffffff~





Love,

Monday, March 19, 2012

Janji ado!

Semalam aku tak tidur semata-mata nak siapkan assignment dan lab report aku.
Bukan niat tak nak tidur, tapi aku syok sangat buat keje yang bertimbun tu.
Alih-alih pagi tengok jam dah pukul 6.20am.
Terus aku siap-siap nak gi keje. So tidur malam tadi akan aku claim malam kang..

Sebab aku dah mengantuk sangat kat ofis ni, aku saje-saje jalan cuci mata kat blog orang lain.
Lalu terjumpa entri yang menarik ni.

Dulu Kak Emy pernah tunjukkan entry ni kat aku.
And even dia pun dah CnP entry tu ke dalam blog dia.
Cuma aku tak sure dia dapat dari sumber yang sama or sumber lain.
Takpe la, janji entry ni betul-betul dapat membantu aku yang tengah berulang kali menguap ni.

Let's check it out~!!!


Copy from Abu Musaddad.

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk atau pun tengah mengalami tekanan, sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat mencuba!!


LANGKAH 1 

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
Kalau nak lagi cepat panas, lakukan taichi di tepi dapur atau oven.
Insya Allah kompem cepat panas.


LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
Buat dalam 50 ulangan, pasti lega bahu anda.


LANGKAH 3
Wa..wa..wachaaahhh!!!
Ala-ala otromen gitu..


LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
Lakukan dengan penuh penghayatan.


LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
Iyaahhhh.. Kiri.. Kanan... Kiri... Kanan...


LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
Kalau nak lagi berkesan, tepuk dahi dengan secawan kopi panas.
Pasti menyegarrrrrkannn!!


LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
Macam rama-rama terbang.. Lakukan seperti kita tiada masalah…
Terasa ringan kan badan anda?


LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Buat seperti anda terkena renjatan letrik.
Pedulikan orang yang memandang anda.
Sekejap lagi pasti diorang akan tiru aksi anda.
Cayeeee laaa!!


LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
Ingat! Harus agresif!
Makin laju makin maksimum nikmatnya... Eh??
-sensored-


LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
Amacam? Berhasil? =)


LANGKAH 11
Belum? Ok, pusingkan kepala…
Pusing... Pusing... Pusing....
Tak cukup lagi? Lakukan dengan cara berlawanan arah jam.
Pusing... Pusing... Pusing.... 


LANGKAH 12
Tengok muka sendiri kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…??
Kalau tak lawa, sila cari cermin lain.
Bukan salah anda kalau mempunyai wajah yang kurang lawa.
Semuanya salah cermin.


LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
Tak suka kucing? Takpe... Takpe..
Takde masalah.....
Joget tenuk pun boleh.
Harimau ke, singa ke, zirafah ke, badak ke.
Should be ok...

————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA~~