It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 8, 2013

From My Kitchen : Nesty Fruity Cheese

Jumaat lepas ada jamuan potluck sempena menyambut Ramadhan di ofis mak.
So mak pun pasang angan-angan nak masak puding oreo & puding Nesty Fruity Cheese (NFC).
Hari Khamis tu mak buat blogwalking dengan Kak Maya & Kak Saly.
Punya la sakan melihat resepi-resepi kat blog orang, kemain lagi kitorang gelak macam tengok raja lawak.
Ntah apa yang kelakar mak pun tak tahu.

Eh, sejak bila raja lawak ada yang kelakar?
Aku tengok macam majlis tahlil je hambarnya!

Petang khamis tu, mak pergi beli barang dengan Kak Saly.
Menu mak untuk potluck adalah puding oreo, puding NFC dan sambal udang.
Sambal udang tu mak tolong masakkan je.
Bukan duit mak yang sponsor pun. Hehehe..

Malam tu mak nak prepare buat semua menu tu.
Alhamdulillah puding oreo setel mak buat.
Then mak nak sambung buat puding NFC.
Lepas mak buat based puding & mix cheese, mak masak agar-agar kat dapur.
Dek sebab leka tengok tv, maka hangus la agar-agar mak.
Cibs.
Habis semua bahan mak lemporrrr ke sinki.

Maka dah pukul 11pm lebih.
Laki mak pulak tak balik-balik lagi dari KLIA.
So mak cadang nak pegi beli bahan-bahan kat NSK.
Elok laki mak balik pukul 1am, dia ajak gi beli bahan.
Huk alohhhh.. Dah pukul 1am, ape kejadah nak beli barang lagi banggg??
Memang la NSK bukak 24jam, tapi aku pun kena berjaga 24jam jugak ke?

So malam tu aku setelkan sambal udang, then aku masuk tidur.
Nak menunggu laki mak balik memang sampai berembun la jawabnya.

So esok time potluck mak bawak puding oreo & sambal udang je la.
Puding NFC mak hold dulu, cadang nak bawak hari Isnin.
Ye la, cheese dah pukul kan. Takkan nak buang jugak?
So cheese mak simpan dalam esbok, then hari sabtu mak beli bahan-bahannya.
Tadi mak balik dari show house dengan Leen, mak terus masak puding ni.

Eh, nanti mak nak story pasal rumah banglo yang mak tengok dengan Leen tadi.
Murah sangat uolls... Banglo pulak tu.
Memang la jauh sikit, tapi diorang akan buat jalan shortcut.
So tak jauh la dah. Hehehe.. Nanti mak story eh.


Meh la kita tengok resepi.
Sebab mak dah lama tak update entri From My Kitchen, so kali ni mak jadi nebes pulakkkk..

Huh, ape motif nak rasa nebes??



Resepi asal : SINI








Bahan A : 

30 g marjerin (aku guna 3 sudu)
3 cawan nestum

- cairkan marjerin, dan masukkan nestum. Goreng hingga garing.
- Masukkan nestum ke dalam bekas dan tekan sehingga mampat.
- Sejukkan ke dalam peti sejuk (aku simpan 30min, lebih kurang menunggu puding masak)


Bahan B :
250g cream cheese
1 sudu jus lemon

- pukul cream cheese sampai kembang.
- masukkan jus lemon dan pukul sampai sebati


Bahan C :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1/2 tin air
20g serbuk agar-agar (aku guna 1 bungkus agar-agar tali)
* 1 tin buah cocktail.

- masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali buah cocktail).
- masak sehingga agar-agar larut.
- campurkan cream cheese yang dah dipukul ke dalam aduan agar-agar.
- kacau sampai sebati.
- tuang adunan ke atas based nestum.
- taburkan buah cocktail atas adunan dan simpan sampai puding mengeras.










Jemput makan :)



2 comments :

Unknown said...

Nak sikit.. hehe..

Chempaka Merah said...

Dah habis la zam.. nnti sy buat lagi :)