It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 6, 2012

From My Kitchen : Pulut Kuning

Sila abaikan gambar yang tidak menarik ini.


Sempena anniversary aku dengan En Zul, aku teringin nak masak Pulut Kuning dengan Rendang Daging. Tapi aku ni tak pernah masak pulut kuning. Ntah jadi ke tak, aku pun tak tahu. Aku belasah je la buat pulut kuning tu. Jumaat lepas aku ada search resepi pulut kuning. Kebanyakannya semua resepi disediakan dalam kuantiti yang banyak (2 kilo & keatas). Sedangkan yang nak makan cuma aku dan En Zul je. Kalau ada lebih, aku akan bawa ke ofis. Tapi kalau dah kena masak sampai 2 kilo, itu bukan untuk makan berdua, tapi nak makan buat kenduri-kendara.

So aku belasah je la kuantiti beras pulut dan kuantiti bahan rendang. Asal jadi je. Kalau tak jadi, aku bawa ke ofis. Kompem selesai.

Jumaat malam Sabtu aku sediakan bahan-bahannya...


Bahan-bahan :

  • Beras pulut
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Santan
  • Daun pandan

Cara-cara :
  • Bersihkan beras pulut. Rendam dengan air, kunyit dan garam. Kunyit tu terpulang la nak banyak mana. Kalau suka kuning menyala, taruk la banyak sikit. Kalau suka yang light-light je, letak sikit je.
  • Rendam beras pulut semalaman (aku rendam seharian. Lepas masak, pulut tu jadi terlembik sikit. Hahaha)
  • Dah rendam, buang air rendaman dan basuh semula beras pulut tu. Jangan risau, takkan pudar warna kuning pulut tu, sebab dah rendam semalaman so kalernya dah sebati.
  • Panaskan steamer. Masukkan beras pulut ke dalam bekas/loyang. Masukkan bersama pati santan (campur 1/2 cawan air) dan daun pandan (carik-carik dan ikat). Kalau rasa garam yang direndam dengan beras pulut tu sikit sangat, boleh tambah masa nak kukus ni.
  • Kukus selama 20minit. Tambah pati santan dan gaul semula. Kukus semula selama 30minit atau sehingga masak. Masak yang dimaksudkan adalah beras tu dah lembut. Kalau makan, tak ada la bunyi krup-krup masa kita gigit/kunyah pulut tu.
  • boleh dihidang dengan rendang ayam/daging atau sambal ikan bilis.


Abang, jom makan!



Love,

No comments :