It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 11, 2012

Home work

Khamis lepas Aleeya minta tolong aku buatkan kerja sekolah dia.


Aleeya : Mummy, tolong adik buat kerja sekolah.


Aku : Ok, nak buat apa?


Aleeya : Mummy tolong lukis gambar haiwan. Pastu tolong kaler. Dah kaler, tolong guntingkan pulak. Dah gunting, Mummy tampal kat kertas-kertas kaler ni. Itu je.



Perghhh.. Sajaknya mulut kamu memberi arahan kat Mummy. Dah tu kamu buat apa? Goyang kaki saja ke? Tak de.. Tak de.. Kamu kena buat jugak kerja sekolah kamu tu. Mummy tolong sikit-sikit je.

So bermula la operasi menyiapkan kerja sekolah Aleeya.


Budak comot ni dah mula buat kerja sekolah dia.



Tampal-tampal....


Dan... Ini lah hasil lukisan haiwan Aleeya. Mummy senaraikan haiwan-haiwan yang mudah je. Kang tak terlukis pulak si motek tu.



Ini semut ye, bukan gajah.



Ketam. Aku rasa dia lukis lagi cantik dari aku. Atleast gambar ni ada la jugak rupa ketam.
Kalau aku yang lukis, tak tahu la rupa apa yang jadi.



Ini kucing ye, bukan harimau.



She tried to draw a dolphin, tapi ikan lampam jugak yang jadi. Hahaha...


Ok, ni mummy yang lukis. Macam tak ada beza pun dengan lukisan Aleeya. Buruk.










Dah siap lukis, kena tulis nama. Tapi perlu ke tulis kelas sampai 3 kali?







Dah siap lukis gambar haiwan, Aleeya mintak lukiskan gambar tumbuhan pulak..... Hadoiiii.. Malasnya aku!!




5 jenis je la yang mummy larat lukis. Maaf sayang, mummy tak pandai lukis...
Jangan la lepas ni dia mintak lukis gambar orang pulakkkk~~




Aleeya : Mummy, adik rasa kena lukis gambar manusia laaaaa.. Dia kena lukis gambar haiwan, tumbuhan dan manusia.



Arghhh!!! Tak payah! Masuk tidur sekarang!! Mummy dah ngantuk. Besok-besok je la kau lukis kat rumah babysitter.


Esoknya lepas habis sekolah....


Aleeya : Mummy, kerja sekolah yang mummy tolong buat malam tadi tu, cikgu cakap salah. Semuanya salah.



Ok, kamu memang sengaja nak bagi aku hangin satu badan!



No comments :