It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

From My Kitchen : Nasi Kerabu

Ntah kenapa aku suka makan Nasi Kerabu untuk breakfast.
Untuk breakfast je.

Kalau lunch ke, dinner ke, time bukak pose ke, memang aku tak layan.
Pandang pun tidak.
Tapi kalau breakfastttttt.. Nasi kerabu kosong tanpa lauk pun jalan!
Lebih-lebih lagi ada la beberapa gerai yang jadi top spot aku untuk mentekedarah nasi kerabu ni.

So hari ni aku nak belajar cara-cara buat nasi kerabu.
Kalau dah pandai buat, boleh buat untuk kenduri pulak.
Kalau dah pandai buat untuk kenduri, boleh buat untuk tempahan.

Eh?

Resepi ni aku mix-mix dengan beberapa resepi kat myresepi.
Kalau aku rajin (read : nak buang masa), aku akan mix-mix resepi.
Tapi kalau tak rajin, aku try je terus guna resepi asal.
Setel.

Hari ni aku buat resepi yang simple.
(Hari-hari pun aku masak yang simple derrrr~)
Agak-agak dah terror sikit, aku upgrade lauk nasi kerabu tu.
Hehehe.. Lauk je upgrade, tang nasi aku tak pandai nak upgrade or alter.

Semua kuantiti bahan adalah estimated.
Gua tak reti nak sukat-sukat der..
Asal boleh je!






Nasi Kerabu :

  • Beras (bersihkan)
  • Daun limau purut - 3 helai
  • Bunga Talang - 10 kuntum (aku tak tahu mana nak cari bunga ni. So aku pakai pewarna, modern la sikit :p)

*tak jumpa bunga talang, jangan memandai nak guna bunga morning glory or bunga kertas!
*Masak nasi seperti biasa bersama daun limau purut dan pewarna.




Sebelum masak nasi. Begini la warna nya. Kalau guna bunga, ada orang suruh rendam bunga dalam air, then perah bunga tu untuk keluarkan warna birunya. Ada sesetengah orang pulak cakap campak je bunga tu dalam periuk. Haaa.. Tang campak mencampak tu bunyinya macam menarik~





Sambal ikan :

  • Kelapa parut (2 cawan) - goreng sekejap tanpa minyak (macam masak kerisik)
  • Ikan kembung / sardin / selar (3 ekor) - direbus dengan sedikit garam.
  • Bawang besar (1 biji)

* Ikan yang direbus ditoskan air rebusan. Buang tulang ikan. Isi ikan diasingkan dan ditumbuk dengan bawang.
* Goreng ikan, bawang dan kelapa sehingga kekuningan. Taruk garam dan gula secukupnya.

P/s : Apsal nama dia SAMBAL IKAN, huh? Tak ada unsur cili pun dalam bahan-bahan ni. Ni kes sama macam kuih cucur badak yang tiada badak dalam cucur tu. (Konpius).





Nampak bawang yang ditumbuk tu?
Nampak??
Nampak takkkkkkk?

Ye, nampakkkk sangat pemalasnya! Tumbuk bawang pun tak hancurrrrr~



Ok, sambal ikan dah masak.
Tapi ada lagi kelapa yang putih-putih. Hmmm.. Belasah je la.





Sambal Tumis :

  • Cili kering (10 biji) - direndam dalam air panas.
  • Bawang besar (1 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Halia (1 inci)
  • Serai (2 batang)
  • Serbuk kunyit (1 sudu)
  • Santan pekat (200ml)
  • Asam keping/gelugur (2 keping)
  • Garam dan gula

*Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga lumat.




Serai ni aku guna 4 batang, sebab kecik sangat batangnya.



Selepas blend bahan, tumis bahan sehingga pecah minyak.




Ok, ni dah pecah minyak. Bau pun dah semerbak sampai selang 3 rumah. Hehee...




Masukkan santan pekat. Yang hitam tu asam keping ye, bukan telinga manusia.
Masukkan garam dan gula. Masak sampai sedikit kering.




Ok, sambal tumis dah siap.



Sayur-sayuran jangan dilupakan. Benda wajib ni.
Terpulang la nak taruk sayur apa pun. Tapi sayur kat gambar tu antara yang selalu digunakan.
Kacang panjang, bunga kantan, kobis dan taugeh.





Keropok ikan. Bukan keropok lekor ye.
Eh, ada ke orang guna keropok lekor dalam nasi kerabu??





Daging. Aku rebus dengan garam, then hiris nipis. Pastu gaul dengan kunyit dan bakar sekejap dalam oven.
Nak buat daging goreng pun ok...






Dah siap! Boleh hidang...






Tahu tak apa yang tiada?
BUDU DAN SAMBAL BELACAN =)



Love,

No comments :