It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 6, 2012

Anniversary

Alhamdulillah... Hari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan kami berdua.
Tak ada yang special pun, cuma aku memasak pavlova untuk celebrate anniversary kami ni.

Kami bernikah pada 5 Mac, manakala majlis resepsi kami keesokkan harinya, 6 Mac.
Rasa sekejap je masa berlalu. Seolah-olah baru semalam kami sah bergelar suami isteri.

Entri kali ni aku buat khas untuk suami ku yang tersayang...

ZULFAKHA BIN SHAFIE (",)




Aku dan En Zul baru balik dari Anniversary Dato' W.A dan isterinya Dato' R.O
Now, it's our anniversary... (",)


First of all, mummy nak ucapkan jutaan terima kasih pada ayah atas kasih sayang yang tak terhingga pada mummy.

Ayah ingat lagi tak, mummy pernah tanya ayah, "kenapa ayah kawin dengan mummy?"

Tapi ayah diam je kannn...
Tak jawab pun soalan mummy. Ayah malu erkkkk?
Hahaha...

Mummy ingat lagi, ayah selalu cakap mummy ni kuat merajuk. Memang laaa.. Kalau mummy tak merajuk, ayah tak ada kerja pulak. Tugas ayah kan untuk menjaga, menyayangi dan memujuk mummy. So sila la jalankan tanggungjawab ayah tu...

Mummy suka bila ayah pujuk mummy.
Ayah akan datang peluk mummy dari belakang, walaupun mummy lebih besar dari ayah tapi ayah tetapppp nak peluk mummy.
Then ayah cium pipi mummy dan cubit dagu mummy. Kan ayah suka cubit dagu mummy. Dulu ayah cakap dagu mummy panjang, tapi sejak mummy dah bambam ni, dagu mummy dah tak panjang macam dulu...

Tapi paling yang ayah tak suka bila mummy tengah marah, kan??
Bukan sebab ayah takut kat mummy, tapi ayah menyampah bila mummy marah mesti nak hempas pintu.
Lebih-lebih lagi pintu toilet kita tu.
Apa la dosa pintu tu pada mummy? Sebab dia asyik kena hempas je, sampai dah rosak tombolnya.
Bila mummy suruh tukar, ayah cakap "tak payah. Nanti rugi...."
Eh, apa yang rugi pulakkk??

Ayah : Rugi kalau tukar sekarang. Tunggu kita pindah rumah baru nanti. Masa tu pintu rumah baru ayah tukar pintu kaca yang tak berkesan bila dihempas. Pintu toilet ni, ayah akan tukar bila nak sewakan pada penyewa. Kang kalau tukar sekarang, esok lusa mummy hempas lagi. Kan dah rugi......

Wekk!
Dasarrrrrrrr nak cari gaduh dengan mummy, kan?
Alaaa.. Mummy mesti la kena hempas pintu tu. Kalau tak hempas, macamana nak 'bagitau' ayah yang mummy sedang marah. Kan ayah selalu buat-buat tak paham bila mummy marah.. So dengan adanya kuasa hempas menghempas ni, mesti ayah faham kannn??

Kalau hempas pintu jamban pun ayah buat-buat tak pahammmm, maka nya mummy akan hempas ayah pulak. Insya Allah ayah akan paham.

Ayah, kadang-kadang mesti ayah stress dengan mummy kan? Yela, mummy ni kan pemalas sikit (read : bukan 'sikit', tapi 'banyak'). Mummy ni malas kemas rumah, malas cuci baju, malas lipat baju, malas kemas katil, malas masak, malas basuh pinggan mangkuk. Haishhhh... Malas melampau-lampau kan? Tapi nak buat macamana? Itu kan memang dah genetik mummy. Terima lah diriku seadanya, eh?

Kan ayah suka karaoke, so sempena anniversary kita mummy nak bawa ayah pergi karaoke. Kita bantai nyanyi lagu 3 jam non-stop. Tapi mummy tak suka sangat dengar ayah nyanyi lagu rock. Sebab ayah suka meneran macam nak terberak. Hish, huduh bunyinya..

Ayah suka makan ikan bakar, masakan kampung yang bersantan like gulai kari, masak lemak cili api.. So sempena anniversary ni mummy nak masak western. Ye, memang tak ada kena mengena dengan makanan faveret ayah tu! Eh, ni kan anniversary mummy jugak. Kalau bab tekak mummy bawak ayah gi karaoke, so bab cekik mencekik ni biar la ikut selera mummy pulak. Baru la adil kan? =)

So mummy masak Pulut Kuning, Rendang Daging dan Pavlova.
Sedap tak?




First time buat pulut kuning dan rendang daging. Eh, rasa macam majlis khatam Quran je.
Resepi Pulut Kuning klik SINI
Resepi Rendang Daging klik SINI


Tadaaaa.. Pavlova!!!!!!
Resepi Pavlova klik SINI.



Ayah ingat lagi tak masa mula-mula kita ambil keputusan nak kawin? Macam tak caya je. Kita mula-mula kenal dulu dengan satu situasi yang tidak begitu 'indah'. Sebetulnya, masa mula-mula kita kenal, kita bergaduh kat restoran sebelah Hotel Bahau tu. Kita sama-sama outstation ke Bahau, then kita bergaduh sebab mummy gelak kuat-kuat kat restoran tu. Apa la ayah ni. Berani-berani je nak sound mummy. Lepas dari tu mummy menyampah gila kalau tersempak dengan ayah kat HUKM.

Tapi tak sangka kan... Dalam menyampah-menyampah, kawin jugak mummy dengan ayah =P
Itu la jodoh.

Jom, mummy nak bawa ayah putar semula kenangan kita bersama......



E-day
Hari untuk kita diikat dengan ikatan pertunangan



Mak abang menyarung cincin merisik dan bertunang pada jari mummy.
See.. Panjang kan dagu mummy :p



Saat bergelar tunangan abang :)



Selesai majlis. Then kita akan mula memikirkan dan merancang untuk disatukan



Dan.. Bila tiba saat itu..........



Saat kita bakal disatukan...




"Aku terima nikah Hayati Binti Aziz dengan mas kahwin......."



Alhamdulillah, kini mummy sah menjadi milik ayah...



Tanda ikatan suci
(see.. inai mummy pun dah pudar. Nampak benauuuu mummy ni rajin memasak dan membasuh pinggan.. Hehe..)






Kucupan buat seorang isteri.
Dagu jugak yang dicubit :)



Selepas sah bergelar isteri



Sesaat melangkah ke alam baru





(",)



Masih jauh perjalanan kita. Semoga dipermudahkan oleh-Nya.
(Eh, mummy nampak kurus kat pic ni kan?)



Otw balik kampung ayah untuk resepsi menerima menantu :)
Apa la Aleeya ni snap pic macam ni?



Bermula pelayaran bahtera kita bersama.
Semoga ayah dapat membimbing mummy ke arah kebaikan.
Amin....


Walaupun perkahwinan kita masih lagi jauh perjalanannya, mummy harap ia dapat kekal hingga ke nyawa kita. Alhamdulillah, kita masih mampu bersabar dengan dugaan yang datang. Kita saling cuba memahami antara satu sama lain. Insya Allah kita akan cuba yang terbaik untuk perkahwinan kita ini. Semoga hari-hari yang mendatang akan memberi seribu rahmat buat kita.




Love,

No comments :