It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 1, 2012

From My Kitchen : Blueberry Oreo Cheesecake

Hari ni last day tahun 2011. Sebelum tamat tahun 2011 dan tiba tahun baru 2012, aku nak buat Blueberry Oreo Cheesecake (ntah apa kaitannya?). Sebelum ni aku buat Cheese Cake yang sungguh mendapat sambutan kawan-kawan dan Leen (tak tahu la ikhlas ke tidak), tapi itu bukan cheese cake yang aku nak aim buat. So hari ni semua bahan dah ada, aku kena jugak try buat sempena sambut tahun baru.


Amacam? Tergoda tak?




Bahan-bahan :


Base :


  • Biskut Oreo (ikut sukati nak base tebal mana)
  • Butter (agak-agak je ikut biskut banyak mana)


Filling :

  • 3 biji telur
  • 400g cream cheese
  • 250g sour cream (aku tak ada benda ni, so aku ganti dengan plain yogurt)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 30g butter
  • 1 sudu jus perahan lemon (kena guna ni sikirt sebab nak ganti rasa masam sour cream. Yogurt tak cukup masam)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Jem blueberry


Cara-cara :

Base :

  • Biskut Oreo dibuang krim dan di blend sampai hancur (aku beli je yang dah siap. Aku kan pemalas)



  • Cairkan butter dan masukkan biskut yang hancur tadi. Gaul sampai sebati.


  • Sapukan loyang atau springform pan dengan butter (digriskan)
  • Letakkan adunan biskut Oreo ke dalam loyang dan tekan firmly supaya sekata.
  • Sejukkan di dalam esbok atau bakar di dalam oven sekejap supaya base tu keras (aku bakar selama 5min dengan suhu 150 darjah celcius)

Filling :

  • Pukul cream cheese sampai kembang.
  • Tambah gula dan butter. Pukul sampai kembang dan sebati.
  • Tambah esen vanila dan yogurt, pukul lagi sampai sekata.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan sebiji telur dan pukul, diikuti dengan telur seterusnya. Pukul sampai kembang.
  • Masukkan tepung jagung dan pukul sebati.
  • Masukkan jus lemon. Kalau tak cukup masam, tambah sikit lagi. Tapi jangan terlampau masam. Pukul sampai sebati.
  • Masukkan adunan cheese ini ke dala springform pan yang dah ada base tadi.
  • Bakar menggunakan teknik Water Bath dengan suhu 180 darjah celcius selama 50minit. Jangan buka oven 30minit yang pertama, takut cheese tadi crack dan jatuh (bentat).



  • Lepas masak, sejukkan pada suhu bilik selama 1 jam. Masukkan ke dalam esbok (kalau boleh overnight), then curah jem blueberry atas kek.



Yang ni aku guna loyang 9". So lapisan cheese jadi leper.
Untuk lapisan yang lebih tebal & cantik, guna loyang 7".



Curahkan jem Blueberry atas lapisan cheese



Pergghhh.. Boleh ngappp!!
LEEN, SILA JELES! Kahh~




Sebabkan nak upload pic line lambat sangat, maka entri ni dah jadi entri pertama tahun baru.
Bukan lagi entri penutup tahun 2011.

It's ok. Yang penting kek aku menjadi =)


SELAMAT TAHUN BARU 2012, PEEPS~



Love,

No comments :