It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

Perlu ke semua tu?

Pre-wedding.

Ramai artis yang buat pre-wedding.
Antaranya Tomok, Nurul Syuhada Nurul Ain, Nabil, Umie Aida, Elyana, Memey dan ramai lagi.
Sheikh Muzaphar pun ada. Siap guna khidmat Kuku Besi sebagai jurugambar. (eh, dia ni kategori artis ke?)

Tak kurang jugak orang yang bukan artis.
Aku tengok kawan-kawan aku pun ada yang buat pre-wedding.

Setahu aku, pre-wedding ni bukan ada majlis makan-makan pun. Sekadar snap beberapa shot gambar or buat video pendek yang comel-comel tu je.
Comel ke?
Mungkin ada yang comel, tapi kebanyakkannya aku tengok macam tak kena dek pandangan mata aku.

Terbaru, aku tengok pre-wedding Memey & Norman, juga pre-wedding Nabil & Zira.
Dari segi kualiti gambar, mungkin cantik.
Tapi aku rasa lagi cantik kalau buat gambar lepas kahwin.

Bukan ke pre-wedding ni suatu perkara yang membazir?
Ye la, nak bayar upah jurugambar je dah berapa?
Belum masuk costing harga album, harga cd @ dvd, harga transportation untuk ke tempat shooting.
Harga baju dan make up dah sah-sah kena tempah kat mak andam.
Kan makan harga beribu-raban semua tu?

Adalah lebih baik duit tu simpan untuk kegunaan masa majlis perkahwinan nanti.
Bayar catering, pelamin, hantaran dan lain-lain.
Jangan pulak nanti makanan tak cukup untuk dijamu kepada para tetamu.
Dengan alasan makanan ditempah untuk 500pax je. Tapi yang datang 1000pax, sebab tu tak cukup makanan.
Padahal kau boleh je guna duit pre-wedding untuk bayar makanan tambahan per pax kan?

Oh, tak pe.. Tak pe...
Mungkin kau anak orang kaya.
Duit yang melambak-lambak tak tahu nak campak mana. Iye dop?

Tapi pre-wedding tu menjaminkan suatu hubungan yang halal dan kekal ke?
Bayangkan kalau beriya-iya buat pre-wedding, sekali ikatan perkahwinan cuma bertahan cuma beberapa tahun je.
Bukan maksud aku orang yang berkahwin tanpa buat pre-wedding tidak akan mengalami masalah rumah tangga atau bercerai-berai.
Tapi kalau kita buat pre-wedding, then hubungan tu tak kekal, bukan ke membazir?

Then album dan video tu nak campak mana?
Gambar nak kerat-kerat, aku amik gambar aku, kau amik gambar kau.
Gitu?
Habis tu video/dvd nak buat macam mana? Kerat dua?

Paling haru bila kau beriya-iya buat pre-wedding, tapi lepas siap segala bagai video dan gambar, kau tak jadi nak kawin!
Ape kes?
Dah la kau habis melabur kat pre-wedding, tup-tup tak jadi kawin.
Tak pe la, duit kau banyak. Atleast kau merasa jugak jadi pengantin sekejap. Iye dop?
Lepas tu, kau hadap la video dan gambar kau, diiringi dengan air mata.

Sedehhhh!

Dan yang menghairankan aku, apa bezanya gambar pre-wedding dengan wedding?
Kan sama je?
Dan selalunya mesti ada gambar post-wedding kan?
Maksud aku, gambar outdoor.

Oh, mungkin gambar pre-wedding tu pengganti gambar outdoor.
Tapi kebanyakkannya akan ada jugak gambar outdoor selepas sesi resepi tu, walaupun awal-awalnya kau dah ambil gambar pre-wedding.
So, kau ada tiga sesi bergambar la?
Gambar pre-wed, gambar wed & gambar post-wed?
Itu belum campur gambar kat kenduri sebelah pihak lelaki!

Hebat betul la orang zaman sekarang.

Nanti bila dah dapat anak, boleh tunjuk gambar semua tu kat anak korang kan?

"Ni gambar mak sebelum kawin"
"Ni pulak gambar mak masa kawin"
"Dan yang ni gambar mak lepas kawin..."

Sweet gitu...



Sweet tengkorak kau!

Aku rasa mesti anak akan cakap,  "apa bezanya gambar sebelum, semasa dan selepas kawin, mak?"

Hah, apa perbezaan nya?
Ado bezo?
Nan adoooooo..!!

Yang berbezanya cuma....

Pre-wed : Dalam gambar ayah peluk pinggang mak. Mak pegang muka dan paut leher ayah
Wed : Mak letak kepala kat dada ayah, ayah ramas bontot mak.
Post-wed : ayah letak kepala atas riba mak, mak letak bibir kat atas bibir ayah.

Hak tuih.
Belum apa-apa dah pegang-pegang, ok!
Hish-hish.... Anggap aku tak nampak semua tu....

Sampai sekarang aku masih tak nampak tang mana relevannya gambar sebelum kawin ni?

Yang aku tau...

Ia pembaziran.
Ia belum tentu menjamin perkahwinan selepas pre-wed.
Ia mengarut!

Takpe...Takpe...
Jangan emo, diorang banyak duit. Boleh bayar semua pembaziran tu....

Aku masih menunggu majlis seorang teman.
Esok dah nak masuk bulan 10.
Dia dah shot gambar pre-wed sebelum bulan puasa lagi.
That's mean bulan 7 lagi dah ada gambar pre-wed..
Hebat!

Kau ado?
Nan adoooo!

Gambar diorang pun dah upload dalam FB.
Ramai orang dah memuji-muji kecantikkan baju dan make-upnya.
Meleret-leret komen dan 'thumbs up' kat setiap gambar.

So, bila majlisnya?
Hm?

From My Kitchen : Nasi Daging

Sejak semalam aku mencari resepi Nasi Daging.
Bukan Nasi Dagang, bukan juga Nasi Briyani Daging.
Cuma konsep dan cara memasak je yang sama.
Rasanya memang berbeza.

Seingat aku, first time makan Nasi Daging masa kat Alor Setar.
Itu pun masa kecik-kecik dulu.
Masa tu kami sekeluarga pergi melawat ex-neighbour yang dah pindah ke sana.
Cara memasaknya menggunakan pes nasi daging

(mana pulak aku nak cari pes ni? Jenama pun aku tak ingat)

Orang cakap Nasi Daging ni memang makanan orang Utara.
Tapi En Zul tak pernah pulak kalut cerita pasal Nasi Daging ni.

Ada pula yang cakap nasi daging adalah nama lain untuk nasi briyani & nasi bukhari.
Hish, mana pulak... Nasi daging tak la menggunakan rempah ratus yang heavy.
Rasa pun lain. Lauknya cuma daging & kuah asam jawa.
Kalau bukhari & briyani kan makan dengan ayam masak merah @ kurma.
Lain bebenorrrr tu....

So. setelah mencari resepi tu kat internet, malangnya tiada yang aku berkenan..
Ada juga kawan-kawan yang mencadangkan beberapa resepi dan pes yang sesuai.
Hm... Macam best je resepi tu. Yang bestnya sebab ada pes segala bagai.
Mungkin aku tak yakin nak masak nasi daging tanpa menggunakan pes. (read : nak masak yang senang je)

Last-last aku mix and match je mana-mana bahan yang aku rasa sesuai & mudah di dapati, then aku try masak menggunakan kaedah masak Nasi Ayam.

Tapi macam mana pulak dengan rasa nya?
Belasah!
Asal aku & suami tak mati keracunan, dah cukup baik.

So, operasi menggabungkan bahan-bahan dan merekacipta resepi bermula.........


Bahan-bahan :

  • Beras (lagi best guna beras basmati)
  • Daging
  • Sup bunjut
  • Serbuk kurma (bancuh dengan sedikit air)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun pandan
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kulit kayu manis
  • Minyak sapi
  • Tomato
  • Susu cair
  • Garam



Cara-cara :

  • Rebus daging dengan sup bunjut sampai empuk. Masukkan sedikit garam.(air rebusan jangan buang)
  • Basuh beras dan toskan
  • Panaskan sedikit minyak sapi. Tumis bawang merah, bawang puti, halia, daun pandan, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan serbuk kurma. Tumis sehingga naik bau.
  • Potong tomato bentuk dadu. Masukkan ke dalam tumisan tadi dan masak sehingga tomato jadi separuh masak.
  • Masukkan beras dan daging beserta air rebusan daging sekali. (kalau air rebusan tawar, boleh tambah garam lagi, bersesuaian dengan beras)
  • Masak sehingga kembang. Masukkan sedikit susu cair. Masak nasi sehingga kering.
  • Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar (optional)



Nasi daging ni boleh dimakan dengan kuah asam.
Tak perlu la aku nak taip cara-cara menyediakan kuah asam kan?
Senang sangat....
Kalau ada sesiapa yang nak jugak resepi kuah asam, sila pm aku.

(aku hempuk kepala aku dengan lesung..... huhu..)

Maka, siaplah Nasi Daging yang penuh dengan kasih sayang....
Over aku ni kan?
Muahahahahaa....








Thursday, September 29, 2011

From My Kitchen : Puding Roti Kastard

Malam ni aku nak pergi ke rumah Nazihah. Dah banyak kali makcik ni mengajak aku datang ke rumah dia.
Dari sebelum dia bersalin, sampai la dah nak masuk kerja, dia asyik mengajak aku dan family ke rumah dia.

Memandangkan hari ni adalah 30 Syawal, maka aku bercadang memilih rumah Nazihah sebagai Rumah Penghujung Syawal. (Tahniah, Ziha! Rumah anda terpilih!)
Pasni dah habis raya. So, jangan mimpi la nak pergi beraya rumah orang lain kan?

Tunggu Hari Raya Haji pulak la nampak gayanya baru nak merasa open house lagi.....
Masa tu juadah mesti banyak yang berasaskan lembu.
Raya Korban la katakan.
Itupun kalau ada orang yang buat open house yang nak menjemput kau, Yati oiiiii.....

Masa kat ofis, seperti biasa kena la bercerita dengan kawan-kawan ofis.



Aku : Ain, malam ni I pergi rumah Ziha.


Ain : Kenapa?


Aku : Dia jemput I datang.


Ain : Aik, u sorang je ke? Kenapa mesti u?


Aku : Sebab dia memang nakkkkk sangattttt I datang rumah dia.


Ain : ........... *diam*




Hehe.. Jeles la tuh! :p

Lepas balik kerja, aku ke Tesco untuk beli sedikit barang. Cadangnya nak buat Puding Roti Kastard.
Ye la, takkan aku nak datang rumah dia tanpa bawa apa-apa buah tangan kan?

Orang berbudi, kita berbahasa.
Orang memberi, kita merasa.

Tapi kalau orang memberi, dan asyik kauuuuu je yang merasaaaa....
Memang nak makan pelempangggggg!!!

(macam pernah ada pengalaman, je? Hahahaa..)


Ok, mari kita mula memasak!



Bahan-bahannya :

Bahan A

  • Susu segar
  • Roti (Gardenia / high 5)


Bahan B


  • 2 sudu Gula halus
  • 2 sudu butter /  marjerin (cairkan dulu)
  • 2 biji telur ayam
  • 1 camca esen vanila
  • 1 sudu tepung jagung


Bahan C

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 sudu tepung kastard



Cara-cara :

Hancurkan roti ke dalam loyang yang sudah digris dengan marjerin/minyak



Masukkan susu segar dan kismis/buah-buahan kering.
Nak lebih sedap, campurkan kacang walnut / pecan.



Cairkan butter / marjerin



Masukkan gula pasir



Masukkan garam sedikit, biar ada rasa lemak-masin-manis :)



Telur mesti 2 yeee... :))
Kalau tak ada 2 biji, rasanya macam tak sedapppp je..
Hekhekhekkkk...


Campurkan butter yang dah cair tadi tu



Esen vanila



Tepung jagung


Adunan harus dipukul sehingga kembang. Kalau nak elakkan tepung berketul (read : nak lagi senanggggg), guna je mixer. Pukul dalam 2-3 minit, setel!



Campurkan adunan ke dalam loyang


Adunan ini dibakar dengan suhu 160-180 darjah celcius selama 30 minit. Pastikan jangan hangus ye puan-puan...

Untuk sos kastard, senang je nak buat. Kalau fail jugak, kau hempuk je lesung batu kat kepala kau! Kompem lepas ni jadi pandai.




Masukkan gula pasir



Masukkan pula susu cair. Tak ada susu cair, masukkan je susu ibu.
Terbaik untuk anak-anak & suami :)



Masukkan pula tepung kastard.
Kacau sampai semuanya sebati dan tepung tidak berketul.
Masak di atas api yang perlahan. Pastikan sentiasa kacau supaya sos tidak berketul.



Sentiasa pantau puding yang dibakar dalam oven.
Jangan sampai hangus.
Macam yang ini, pengembangan amat berjaya!

Memperkenalkan....
Puding Roti Kastard!
Tapi sos kastard tak curah lagi. Hehee...



Menarik tak?
Selamat mencuba!



Untuk resepi ni, masa yang diperuntukkan cuma 30-45 minit je.
Tapi sebab aku asyik snap pic je, maka masa yang singkat tu dah drag sampai ke 1jam 30 min!
Gila nak bergambar punya pasal!
Hahaha.....

Nasib baik puding ni menjadi, walaupun ianya adalah percubaan pertama :)
Kalau tak jadi puding ni, memang malang nasib aku.

Dah la membuang masa sibuk nak ambil gambar, alih-alih bukan je buang masa nak ambil gambar, tapi puding pun selamat kena buang sebab tak menjadi!

Tapi kali ni memang bernasib baik sebab puding jadi dengan jayanya!
Boleh bukak kedai roti la macam ni :)


Perasan.
Boleh blahhhh!



Lepas dah packing dalam tupperware, puding ni di beri kepada Nazihah.
Thanks, Ziha.. Sebab sudi jamu I & En Zul makan nasi ayam kat umah U.
Sedap nasi ayam U. Boleh la masakkan lagi untuk I...

Lagipun, tupperware puding I tertinggal kat rumah U kan?
Boleh la u masak & isi dalam tupperware I tuuuuuuu....


Melampau aku, kan!
Hahahahahaha......

Tuesday, September 27, 2011

Semoga Allah mengampuni hamba-hambaNya...

Tadi lepas selesai post-mortem untuk Jamuan Hari Raya UMBI - Cohort, aku lepak sekejap dengan Ain & Emy kat dalam bilik meeting.

Lebih kurang setengah jam kami bersembang, aku terus ke meja aku untuk sambung kerja yang bertimbun ni (konon-konon je la kan?). Sekali aku terpandang kat FB aku, ada 11 notifications yang baru masuk.

Ok, biarkan dulu.

Eh, selalunya aku akan terus membaca notification tu. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku terpaku melihat aktiviti kawan-kawan di Home FB aku..


Ni adalah aktiviti mereka -------->









Emmmmuuaahhhh...!!!!!!





Terkedu.


Itu je perkataan yang aku boleh nyatakan kat sini.
Serius aku terkejut tengok gambar diorang.
Macam dah tak fikir langsung pasal hukum hakam or sensitivity masyarakat sekeliling.

Untuk makluman ye, mereka bukan sahaja bercium di pipi, tetapi berkucupan mulut ke mulut!

Yang budak perempuan ni adalah bekas staff di ofis aku.
Yang jantan pulak, aku memang tak kenal.

Setahu aku budak perempuan ni memang ada masalah attitude sikit. Tapi aku tak sangka pulak yang dia bukan sahaja ada masalah attitude, tapi ada masalah mental jugak!

Mana tak mental, kalau gambar tak senonoh tu dia memang sengaja upload dalam fb dia?
Kalau dia di sabotaj, itu lain cerita.
Tapi ini memang dia sengaja pose maut sambil mengucup bibir jantan dia!

Dan setahu aku budak perempuan ni belum bernikah lagi.
Tapi kalau dah nikah, masing-masing dah rasa sedappppp, dah tak heran nak tunjuk semua tu kan?
Selalunya yang belum ada ikatan yang sah tu la yang nakkkk sangat buat benda-benda ni.

Lepas 10minit, aku ternampak pulak gambar jiran aku yang mempunyai iras-iras gaya gambar budak perempuan tu.

Ya Allah... Apa nak jadi ni?
Seronok sangat ke bercium depan orang ramai dan publish dalam FB?

Jiran aku ni sebaya dengan aku, kami sekolah pun sama-sama cuma lain kelas.
Dalam gambar tu bukan main syok lagi dia bercium dengan awek dia.
Siap ada kawan-kawan lain yang 'LIKE' gambar dia tu.
Nauzubillah..

Aku tau, kita semua tak lari dari kesilapan.
Itu tak dinafikan, kan?
Tapi kenapa perlu bangga menunjuk dosa-dosa kita pada orang lain?
Aku tengok kedua-dua gambar tadi, ada jugak kawan-kawan yang 'menegur' perbuatan mereka.
Tapi budak berdua ni siap membalas komen-komen diorang seolah-olah tiada perasaan malu!

Aku tak tergamak nak upload gambar diorang kat sini.
Kalau diorang tak ada perasaan malu, tak apa.
Biar aku je yang malu tengok gambar diorang.

Aku jugak tak nak nyatakan nama mereka. Cukup la aku mengingatkan pada diri aku dan juga kepada sesiapa yang membaca blog ni, supaya kita lebih matang dan beringat.

Kalau dah ketagih sangat nak buat dosa, lantak!
Tapi jangan sampai kau nak babitkan orang lain dalam dosa korang.
Jika ada yang menegur, korang jangan marah tak tentu pasal.
Orang bukan saja-saja nak masuk campur hal korang, tapi sebagai saudara seagama, menjadi tanggungjawab untuk menegur.

Kalau dengan teguran pun tak jalan, cukup la dengan kita membenci perbuatan itu.









Monday, September 26, 2011

Hati saya bukan sahaja KECIL, tetapi dah hancur lumat.....

.......sambungan entry sebelum ni. Konon-konon nak hapdet lepas Maghrib. Eh, bukan ke sekarang dah lepas Isyak?











Lantak!




Saya mula tersentap dengan kata-katanya.





Semakin banyak status yang dia hapdet, semakin sesak nafas saya.




Mata saya sudah bergenang........




Jiwa saya sudah bergelora............




Fikiran saya mulai kusut................




Mata saya..........




Ya! Mata saya!




Mata saya mulai kabur...................




Ya Allah, dugaan apakah ini? Dia insan yang saya sayang...................




Dia insan yang setia menemani ku di kala suka dan duka............




Walaupun hatinya bersedih, namun kasih dan setianya tetap padaku..............




Ya, jiwa ku semakin meronta!




Perasaanku makin tersiksa!





Sedang aku cuba menahan air mata ku jatuh menitik...............................





Tiba-tiba......................................





Kring..... Kring........ (maaf, aku tak reti nak buat sound effect bunyi ringtong hp aku)





En Zul : Yati kat mana?


Aku : Ofis.


En Zul : Dah solat?


Aku : Dah.


En Zul : Ok, jom gi shopping. Abang tunggu kat bawah. Turun sekarang ye.



Yessssss!!!!!!!!




Tak jadi nak nangis-nangis. Tak jadi nak sebak-sebak, konon-konon sampai sesak nafas dan kabur pandangan mata segala bagai......


Serius aku membuang masa nak emo tak tentu pasal. Baik aku perg shopping.
Shopping kan terapi jiwa :)

Ya.... memang saya berkecil hati! Sangat-sangat ni!

Tadi tersengaja melawat wall seorang teman...........




Tiba-tiba.....




Mata aku terpandang pada statusnya yang di hapdet setengah jam yang lepas......




Lantas, bebola mata ku terus menerkam kata-kata itu....






(eh, apasal ayat aku macam puisi je ni?)




Secara tiba-tiba.....................................

















...................bersambung selepas solat Maghrib.....
(bongoksssss...)

Sunday, September 25, 2011

Jamuan Hari Raya UMBI - Cohort (Jumaat, 23 Sept 2011)

Malas nak taip panjang-panjang.

Just upload gambar & sambung muntah untuk ntah-ke-berapa-kali.

Serius penangan kambing golek amat powerrrr!!!

Errrkkkk.. Muntah!! *uweeekkkkk*




Hampers


Hampers again










I got u, u got me :)


Menu


Kambing golek dari Nilai


Smart songkok bro ni :)




Sempat buat koktel lagi :)


Gadis ayu....


Not ready yet, but still AYUUUUU... Hakhakhakkk..


Mak-mak budak & bakal Mak budak


Di UMBI


Mandat dari Prof Datuk A Rahman A Jamal :)


Menonton video dari Sarawak


Team berbaju HIJAU


Team berbaju MERAH


Pasangan berbaju KUNING









Pertandingan makan paling cepat



Sorang je peserta WANITA :)


Sampai nak termuntah kauuuuu!


Rashid - Peserta fevret :)


Pertandingan anyam ketupat


Baju hitam tu juri ye, sebab tu gayanya GARANGGGG.. :P






Pemenang tempat ke 3 -  Saniah Than


Pertandingan mengikat samping


















Mari menari zapin
Ewahhh...

































Perbarisan kawad kaki.
Dia ni komando! Hahaha...



Sweet~


Pertandingan mengikat selendang















Selendang tema Taliban :)


Selendang tema Shrek
Sesuaaaiiiii... :)






Hari mak lah yang paling jelitaaaa, nyahh!



Andri yang comel :)


Thanks pada semua yang sudi hadir & memeriahkan suasana majlis.
Kepada yang join aktiviti, tahun depan sila la join lagi.
Anda memang sporting :)