It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Tahniah, Nurul Ain Mhd Yusuf & Mohd Nazeri Osman

Tanggal 24 Feb 2012 (Jumaat), Ain selamat bergelar isteri kepada Nazeri.
Tahniah...
Entri ni saje aku nak contribute untuk korang berdua.

Last Disember, sebelum aku ke Penang, aku sempat ke majlis pertunangan diorang.
Ain & Nazeri ni adalah kawan se-ofis aku.
Ain duduk kat Selayang, dekat bebenor dengan umah Maklang. Dulu masa aku bujang, kalau aku nak balik Gombak, aku selalu tumpang Ain.

Masa Dis lepas, aku memang nak pergi majlis tunang diorang.
Majlis start pukul 11am, tapi aku keluar rumah pukul 12tgh.
Bagus betul!
Dengan jalan Loke Yew dan MRR2 tu jammed. Serius boleh mendatangkan amukan.

Sampai rumah Ain dalam pukul 2pm.
Terus aku call Ain. Dia ajak masuk rumah.
Sekali tengok caterer dah mula angkut makanan. Aku pun cepat-cepat la sambar makanan untuk aku dan En Zul.
Ni la bahana nya kalau datang lewat. Bangun lambat dah satu hal, memang tolak rezeki betul la.

Nasib baik ada jugak baki-baki makanan untuk kami suami isteri.
So sejak hari tu aku pasang niat nak jadi orang pertama yang datang kenduri kawin Ain (pertama dikalangan kawan-kawan ofis)

Majlis resepsi Ain & Nazeri pada 25 Januari 2012 (Sabtu).
Masa tu En Zul on call. So better aku tak payah menaruh harapan untuk dia ikut sekali.
Aku pun plan dengan Nadia untuk dating sama-sama.
Jadinya aku bawak la Nadia sekali pergi ke kenduri Ain, sebagai pengganti En Zul.

Sampai rumah Ain dalam pukul 11.30am.
Yessssss.. Kami orang pertama yang sampai (kawan-kawan lain tak sampai lagi).
So operasi menyambar makanan harus la terlaksana dengan jayanya! Makanan pun ada banyak lagi.
Lepas salam mak dan adik-adik Ain, aku terus ke tingkat atas rumah.
Mesti la nak terjah bilik pengantin :)

Masa tu Ain dah siap-siap dah.
Tinggal tunggu rombongan Nazeri datang je lagi. Lepas ambil gambar, aku turun makan.
Lapar beb!

Dah siap makan, aku & Nadia terus ke Cheras untuk beronggeng.
Layan karaoke 3 jam!
Serius sakit tekak aku.

Takpe... Takpe.. Hal karok tu lain kali aku citer.
Nak citer pasal kenduri Ain dulu.
Hekkkk~






Alhamdulillah, selepas 4 kali akad nikah (Bro nerves lebih ni~), Ain sudah bergelar isteri.
Makcik belakang yang baju hijau tu Mak Ain.
Makcik, sabar laaa.. Jangan sedih-sedih anak makcik dah di ambil orang.
Saya kan ada :p

Tahniah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...



Teringat masa aku kawin dulu.. Perghh.. Aku la yang paling jelita menawan.. (feeling-feeling je lebih!)

Friday, February 24, 2012

From My Kitchen : Rebung Masak Lemak Cili Api Dengan Udang

Aku malas nak taip panjang-panjang.
Just gambar dan caption je la =)



Rebung, fresh from Tapah :)
Beli dari Orang Asli Tapah




Bersihkan dan hiris.
Ni terlebih nipis hirisannya. Hekk..



Udang.
Ikut saiz la, kalau lagi besar lagi sedappppp..



Dah siap!


Amacam?
Simple tak?
Hahahaha...
Memang dasar mintak pelempang betul la.
Baru tunjuk bahan rebung dan udang, tup-tup terus siap!
Apadaaaa...

Ok-ok..
Baik aku update betul-betul. Kang esok lusa nak masak lagi lauk ni, terlupa bahan itu dan ini, mula la nak mengamuk tak tentu pasal.
Kat blog ni jugak yang jadi alas cacian percuma aku.

Bahan-bahan :

  • Rebung
  • Udang
  • Santan
  • Cili Api
  • Kunyit hidup
  • Serai @ daun limau purut
  • Garam dan perasa
*bawang aku tak taruk. Saja nak try guna resepi orang nogori. Diorang tak pakai bawang-bawang ni haaa...


Cara-cara :
  • Tumbuk cili dengan kunyit.
  • Rebus dulu rebung (2 kali rebus dan dibuang air rebusan)
  • Campurkan air,santan, rebung dan bahan yang ditumbuk.
  • Masukkan serai dan biar masak.
  • Masukkan udang, garam dan perasa.
  • Siap!


Dah siap masak, amik gambar banyak-banyak then upload dalam FB.
Motif?

Hahaha...


Thursday, February 23, 2012

D'Terapung, Port Dickson

Hari tu tengok cite Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).
Ada la segmen makan kat Restoran D'Terapung kat Port Dickson.
Yang membuatkan En Zul bermati-matian nak makan kat sini sebab ikan bakar dia menggunakan bara api masa membakar.
Bukan guna kuali leper macam orang lain buat tu.
En Zul cakap rasanya lain kalau nak dibandingkan dengan ikan yang dibakar atas kuali leper.

Ye ke?
Bagi aku sama je. Asalkan nama ikan bakar, so rasanya pun macam bakar la kan?
Cuma beza nya kalau ikan tu diperap dengan rempah.
Macam yang kat Istana Negara tu.
Memang mabelesssss!

So Ahad lepas (lepas membuat operasi semburan kutu tu), kitorang ajak Maklang, Paklang & Leen ke sana.
Tapi Paklang tak ikut.
Cuma Leen & Maklang je yang join.
Memandangkan masa kat Kedah, En Zul belanja ahli keluarga dia makan besar kat Jitra (4 family), so kali ni turn family aku la pulak kan?

Alaaaa bangggg.. Berapa la sangat setakat nak belanja aku, Maklang & Leen makan kan??

So kitorang konvoi 2 kete je la.
Nak naik 1 kete macam tak muat pulak.
Dengan anak-anak aku yang asyik melompat-lompat macam Ahli Penerjun Negara tu...
Memang sakit pinggang la kalau naik ramai-ramai.

Kitorang gerak dari Cheras dalam pukul 6 lebih.
Campur masa sesat, kitorang sampai sana dalam pukul 7pm.
Ok la, orang tak de la ramai sangat.
So terus menuju cari meja tepi laut :)




Terletak kat Medan Selera MPPD, 10km dari PD.



Maklang yang sedang melayan perasaan blues.



Haaaa.. Yang ini la punca aku sampai sesat-sesat datang ke sini!
Ikan yang dibakar atas bara api.

Operasi menyerang meja tepi laut!



Yessss.. Ini la permandangan laut terbentang luas.
Kedai ni memang terapung atas laut.
Besttttt!



En Zul mula memilih ikan.



Antara ikan yang ada disediakan.
So En Zul 'pancing' ikan kerapu merah tu.
Tinggal 1 je pun..



Antara hasil kerang-kerangan.
Ni cuma display. Kalau nak order, just cakap berapa pinggan order, nanti dia masak (ambil stock kat dapur).
Aku suka makan pepahat tu. First time makan kat Thistle,PD.
Mungkin benda ni banyak kat pesisiran pantai arah selatan kottttt...



Udang, sotong, ketam yang besarrrrrrr..
Ni stok yang belum ditop-up.



Ikan kerapu merah menjadi pilihan  En Zul.
Memandang kami semua belum pernah rasa ikan ni, so kami setuju sahaja.
Menu : Bakar je.



Harga mengikut pasaran.
Katanyaaaaaa!!



Senja berlabuh (Ika yang snap pic ni)



Aleeya tegak berdiri macam tugu











Cedok-cedok udang. Tengok saiz kononnya...








Masih mencedok-cedokkkkkk...



Ni hasil 'tangkapan' Maklang.
Siput sudu kot nama dia.



Ni hasil kami...



It's nice, isn't it?
=)
(masa ni aku memang mendambakan kamera DSLR)



Untie Leen bersama ahli penerjun negara



1 HAPPY FAMILY



Keindahan Tuhan.....



Ika ni memang tak pandai snap pic!



Cair gila air tembikai ni!!!



Aleeya mencari ikan yang freshhhhhh...



Chakkk! My baby buat ape tuuu??



Us



Menu : Ikan pari bakar (bungkus untuk Paklang), Ikan siakap masak merah, ikan kerapu merah bakar, udang goreng tepung, ketam masak pedas, sayur pecal, siput sudu masak cili api, air tembikai.
(ternganga mulut Aleeya! Hahahaha..!!!)


Ketam saiz XXL!



Udang saiz XXL.



Siput sudu masak cili api



Siakap masak merah



Ikan kerapu merah bakar.
Pilihan En Zul.







Sayur pecal







D'Terapung


Rasa makanan : Average. (Rasa ikan siakap masak merah sedap)
Harga : RM340.00
(Thanks Leen sebab sudi 'tong-tong' RM150 dengan En Zul)

Ikan bakar kurang sedap.
Ikan bakar kat Istana Negara jugak yang sedapppp!!!!

Wednesday, February 22, 2012

Kap Wau Ta Wau

Ahad lepas aku cadang nak ke ofis untuk siapkan keje aku sikit.
Memandangkan anak-anak ada, so aku angkut diorang ke ofis sekali.
Pagi tu aku ke Restoran Amal untuk breakfast.
Tengah tunggu order sampai, tetiba aku ternampak something bergerak-gerak atas kepala Ika.
Bila aku usha dekat sikit, sekali tengok kutu tengah jalan-jalan makan angin atas rambut dia!

Sialllll!
Macamana anak aku ni boleh ada kutu???
Terus aku nak kutil kutu tu. Tapi tak sempat, kutu tu dah lari kat celah-celah rambut Ika.

Hangin la aku!
Setahu aku anak aku ni tak ada kutu.
En Zul tengok kepala Aleeya pun ada telur kutu. Dia tanya anak-anak, diorang cakap babysitter ada jaga anak orang lain yang ada kutu.
Mungkin berjangkit dari diorang.

Alamak, malam tadi Ika tido sebelah aku.
Mati la aku....
Jangan la ada kutu yang tengah jalan-jalan, tetiba nampak rambut aku yang lagi cantik dan menawan, terus dia melompat singgah atas kepala aku.
Hohohoho!!!

Plis laaaaaa...
Tak sanggup kalau kepala ada kutu!!!!!!

Balik dari ofis, En Zul mula naik hantu.
Dia panggil Ika & Aleeya, dia nak spray kepala diorang dengan Ridsects

Menggelupur la budak-budak ni lari.
Sampai menyorok kat celah-celah katil aku.
Si Aleeya siap menyorok bawah selimut.

Motif?
Macam la kitorang tak nampak dia yang bulat tu kat bawah selimut.
Hadoiiiiiiiiii!!

Terus En Zul bungkus kepala diorang dengan plastik, tanpa buang masa terus dia spray Ridsects kat kepala diorang.

Menggelupur anak-anak aku!



Memulakan operasi semburan dengan Bismillah....



Ika yang mula kepedihan mata



Aleeya yang baik hati menolong si kakak ke bilik air untuk mencuci mata.
Amboiiii... Bukan main lagi kau gelak ye Aleeya.
Kau jangan nak hepi sangat ye, pasni turn kau pulak!



Cuci muka.



Turn Aleeya pulak.
Apsal leher dia macam pendek je?



Menjerit-jerit mintak dikasihani.
Simpang ye! Kalau bab kutu ni memang En Zul tak bagi chance untuk kutu hidup membiakkan zuriat kat kepala anak-anak.


Lepas 30minit kepala berbalut, aku mandikan budak-budak tu.
Habis syampu aku guna nak curah ke kepala diorang.
Petang tu aku cari kutu, ada yang dah mati.
Cuma ada sikit telur yang masih berisi.
So operasi mencari telur kutu pulak on!

Sambil cari telur kutu, sambil mulut aku membebel.
Sila tahan telinga.