It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 23, 2012

Kadang-kadang SELEBET itu okey wut?

Kadang-kadang kita selalu fikir yang cantik tu adalah kemestian. Yang cantik itu jugak yang menjadi tarikan. Aku pun mudah tertarik pada kecantikkan dan keindahan. Be it pada manusia, benda or alam, mesti aku tertarik pada yang cantik-cantik. Itu normal.

Rasanya bukan aku je yang suka benda cantik-cantik ni. Cantik kan subjektif. Mungkin pada mata aku ia adalah cantik, tapi pada mata orang lain ia sesuatu yang biasa saja. Kadang-kadang susah kita nak claim sesuatu benda itu cantik. Ye la, lain orang punya mata, lain la citarasanya. Iya dak?

Same goes pada keburukkan. Pada rupa wajah, tiada yang buruk ciptaan-Nya. Semuanya cantik. Semuanya indah. Cuma, bezanya samada orang itu pandai bergaya, menjaga penampilan or selekeh. Selekeh, selebet, serabai. Macam-macam perkataan yang menggambarkan satu penampilan. Perkataan-perkataan ni mungkin kasar pada penerimaan seseorang. Tapi itu bukan persoalan. Kalau penampilan yang digayakan tidak sesuai dengan karekter dan peribadi kita, mungkin pada diri kita itu dah habis cun dah. Tapi pada mata orang lain, mungkin ada yang kata kita tak ada citarasa or selebet. Paling bangsat pun orang akan cakap syok sendiri.

Baru-baru ni aku suka layan cerita-cerita ‘kemelayuan’. I mean, cerita kemelayuan yang ada Datuk dan Datin, Tan Sri dan Puan Sri, anak orang kaya bercinta dengan anak orang miskin, beza dua darjat. Arghh.. So clich√©! Sebab aku dah mula layan cerita-cerita macam ni, maka ada la beberapa buah drama yang termasuk dalam list cerita kemelayuan aku. Antaranya Jangan Ambil Padang Kami.

Ok, cerita ni berkisar pada sekumpulan anak muda yang mempertahankan padang permainan di kawasan perumahan flat diorang. Aku bukan nak jadi pengulas cerita tu, cuma aku nak highlight kan pada pelakon yang main watak Roy dalam cerita tu. Haaa.. kenal tak? Alaaa.. Anak orang kaya yang syok kat pelakon Syera Ayob tu. Mamat tu berlakon jugak dalam cerita Cik Paris Diva Kampung.

Yes, cerita tu la yang mula-mula aku minat dengan mamat tu. Nama dia Izzue Islam. Nama asal Mohd Izzul Islam. Dia ni penyanyi dalam kumpulan Forteen. Berumur 21 tahun dan berasal dari Kelantan.

Haa, cukup tak details tu?
Tak cukup?

Ok, aku up lagi story pasal dia. Dia lahir pada 17 Mac 1991, anak bongsu dari 6 orang adik beradik, no tel 012-6487951. Amacam? Gila fanatic tak aku dengan mamat ni?

Ok, aku tipu je details yang last-last tu.

Sebelum ni Izzue dah banyak berlakon dalam drama dan filem. Aku penah je tengok lakonan dia dalam cerita Cintaku 120km/j dengan Zizan Hidung. Tapi aku tak noticed pun kewujudan dia dalam drama tu. Yang aku tahu dia tu pelakon pembantu yang digandingkan dengan Zizan Hidung. Tak terasa nak search pun siapa empunya nama. Drama-drama lain pun aku tak perasan jugak.  Macam drama Jangan Ambil Padang Kami, aku tak perasan pun dia berlakon dalam drama tu, until dia promote drama tu dalam FB dia. Apsal la dalam banyak-banyak drama, cerita Cik Paris Diva Kampung ni jugak yang aku perasan? Haa… Kenapa?

Sebab dia SELEBET.

Ye, sebab dia selebet. Dalam cerita tu dia memang sesuai sangat berlakon sebagai pemuda kampung yang jobless. Serius. Tak caya?

Nah tengok à






Aku sendiri macam tak caya aku boleh berkenan dengan mamat ni. Hanya dengan pembawakan watak pemuda selebet. Tak perlu costume yang hebat-hebat, make up yang tebal-tebal, gaya yang gojes-gojes. Dia just pakai t-shirt lusuh, short slack, rambut serabai-serabai sikit, misai semak-semak macam setahun tak pernah potong, then muka blurr je. Agak-agak korang muka macam ni laku ke kalau nak ngorat anak Tan Sri?

Nan hadoooooo…

Tak de nya anak Tan sri berkenan kat muka macam tu. Aku je yang kebulur nak muka blurr selebet macam tu. Weh, walaupun muka dia selebet, tapi muka dia natural. Sedap mata aku memandang. Itu mata aku la.. Mata orang lain aku tak tahu.

Kalau tengok pic ni, pada saat scene ni la aku betul-betul dah syok kat mamat selebet ni. Sumpah muka dia memang betul-betul jadi macam muka pemuda kampung yang innocent. 




Pic yang ni kira ok sikit keselebetannya. Kira macam muka jambuuuuu gitu~



Seeeee? Walaupun selebet, tapi tetap macho ok.
Sebenarnya kalau dia nak bergaya, tak de hal derrrr.. Memang meletop la kalau nak tengok penampilan sebenar dia. Silap hari bulan kalau Rozita Che Wan terlanggar bahu dengan mamat ni, mahu dia tinggalkan Zain mamat baju berbunga-bunga tu. Haaa.. Jangan main-main dengan kehenseman dia ni. Dalam banyak-banyak gambar dia kat FB tu, gambar ni yang aku rasa stylo. Banyak lagi gambar-gambar yang smart, tapi semua tu banyak edit dan terlalu ‘kemas’ penampilan dia. Rambut tersisir rapi, baju smart, mimik muka pun ala-ala anak ikan. So aku taruk la gambar ni kat diari mak ni eh....





Smart kan? Rasa macam nak pengsannnnnn
Nak tengok pic dia yang mantap-mantap, boleh tengok kat sini.




Ok, itu pihak lelaki. Kalau pihak perempuan, memang susah nak cari pelakon yang selebet, tapi cantik. Haaa.. Ada ke? Setakat nak harap Neelofa, Rozita Che Wan, baik tak payah! Diorang tu plastik! Tapi memang betul, susah nak cari perempuan yang selebet, but she looks beautiful in her own ways. Kalau pelakon perempuan yang ada sekarang ni, kebanyakkan mereka dah di make up tebal-tebal bak pelakon opera cina, sampaikan sebarang cacat cela semua hilang. Yang nampak pada diorang cuma tergedik-gedik, dagu panjang dan pipi benjol sebab suntik botok, punggung melentik bak bontot itik. Itu belum cite pasal bibir Hanjingelina Jolie! Menjuih macam kena sengat lebah.

Hari tu aku layan cerita Pulau Pandan Jauh Ke? Cerita ntah apa-apa. Tapi yang buat aku layan cerita tu sebab pelakon perempuan tu sumpah gila selebet, but she’s beautiful without make up!





Beautiful? Serieslyyyyyyy….? Hazab sungguh selebet budak ni..




Jom tengok tahap keselebetan dia.





Haaa.. Amacam? Ada tak macam Pontianak?


Hahahaa.. Perempuan ni betul la selebet! Dengan rambut kusut masai, baju pun dah macam langsir raya zaman P Ramlee.. Tapi dia comel. Nama dia Fiffy Natasha. Dia ni pelakon umur 18 tahun. Dulu masa dia kecik-kecik dia penyanyi nasyid kumpulanWardah. Tapi itu dulu laaaa. Sekarang ni dia dah jadi pelakon cerita KLIK, Vanila Coklat, Cinta Kolestrol, I Know What U Did Last Raya, dan banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak cerita, tang drama selebet ni jugak yang aku berkenan, even aku noticed kewujudan dia.

Sebab pada aku orang perempuan ni kalau bab kecantikkan dan kecomelan memang tak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kalau dengan muka ala-ala duck-face yang macam mintak penampor tu. Lagi la tak boleh dipisahkan. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa dia sangat cantik dan comel dalam drama tu. Muka selamberrrrr je. Rambut kusut masai pun tak der hal derrrr..

Tapi bila aku search FB budak ni, humangaihhhhhh.. Gila bergaya budak ni! Macam tak percaya! Ala-ala korean pun ada. Ala-ala Bollywood je aku tak nampak lagi. Hmm.. Walaupun dia ni bukan la seselebet seperti yang aku sangka, tapi dia berjaya membawa watak minah kampung yang serabai, cakap merapu. Tapi disebalik kemerapuan dan keserabaian tu, terserlah kecomelan dia.

Wahahahaa... Beriya-iya aku puji kau, dek!




Kalau nak tengok pelbagai wajah ala-ala Korean, boleh klik kat SINI



Mungkin aku dah rimas dengan wajah-wajah 'plastik' pelakon perempuan kat Malaysia ni. Banyak sangat yang kebotoxan dan kekoleganan yang diserap masuk dalam diri diorang. Pastu pemakaiaan pun pelik-pelik je aku tengok. Tak sesuai dengan diri diorang. Asal sapuuuu je baju sponser. Lebih-lebih lagi kalau artis yang dapat sponsor kawin. Lagi merapu baju diorang! Macam hampagasssss.


Like ofismate aku, sorang lelaki, sorang lagi perempuan. Orang cakap dia hensem, yang sorang tu cantik. Tapi sorry to say, aku masih belum nampak tang mana hensem dan cantiknya diorang tu? Teruk betul mata aku ni. Ramai yang memuji, tapi bagi aku dia biasa je. Belum sampai tahap hensem. Sebab aku rasa dia sangat 'berusaha' untuk jadi dan nampak hensem dan cantik. Pada aku la, kalau kau dah memang memiliki wajah yang hensem or cantik, tak perlu la kau nak bersusah-susah payah beli baju mahal-mahal, pakai make  up tebal-tebal dan beli aksesori yang ntah-apa-apa untuk jadi menarik. Pakai je apa-apa yang simple, pun still mampu menarik perhatian orang lain. Kan?



P/s : Muka Izzue Islam mengingatkan aku pada seseorang =)

Monday, April 16, 2012

Riadah yang tak dirancang

Semalam aku tak plan apa-apa untuk spend masa time weekend. Bangun tidur terus kemas rumah, lipat baju, dan iron baju kerja. Dah pukul 2.30pm En Zul ajak aku keluar makan. Anak-anak pulak jenis tak kesah tak makan asalkan diorang ada mainan kat tangan. So semalam memang hari malas masak sedunia la bagi aku.

Lepas siap-siap, En Zul bawak pergi makan rojak Bellamy. Petang tu tak terasa pulak nak makan nasi. So makan rojak pun ok la nak alas perut.


Ni la mainan diorang. Untie Leen belikan masa diorang jalan-jalan kat Genting kelmarin.
(Pergi Genting semata-mata beli belon buih je? Ntah apa-apa la diorang ni)




Lepas makan, En Zul tak tahu nak pergi mana, terus dia menghala ke Taman Metropolitan Kepong. Alang-alang anak sibuk nak ajak ke taman untuk main belon buih tu, so kitorang terus ke sana je la. Tapi sampai kat TMK tu, diorang bukan nak main belon buih, tapi main layang-layang.




Terpancar kegembiraan kat muka Aleeya.
Kau jangan nak hepi sangat dapat main ye Aleeya. Result exam pun teruk kan?
Beringat sikit ye!




Tak menyempat dah sibuk berlari-larian kat parking lot.
Sabar Aleeya, sabarrrrr...




Ika dah lari laju ke depan semata-mata nak naikkan layang-layang dia.
Padahal angin pun tak ada, macamana layang-layang nak naik?




Haaaa... Ni yang aku tak gemar ni.
Anak-anak tak beriya sangat, tapi si bapak nya yang excited lelebih!





Bersungguh-sungguh Ika nak naikkan layang-layang dia. Tapi hujung-hujung... HAMPA!
Kesian Aleeya, tengok je En Zul main layang-layang dia.





Cuaca yang tak begitu mengizinkan.
Tapi seronok jugak sebab aku tak payah nak berjemur bawah terik panas matahari.
Hehehe..




Menanti hujan turun






Ni aku rakam puting beliung. Lama jugak puting beliung tu kat taman tu. Semorang jadi takut.
Tapi bila upload kat blog ni, tak nampak pulak puting beliung nya.
Padahal kalau tengok video asal, nampak jelas. Hmmmm...




Anak aku datang nak minum air.
Sungguh debabbbbbbb!




Tengok peha dia. Pejal bebenor!
Ni peha dia ni kalau buat salai, 3 hari 3 malam bakar atas api pun belum tentu empuk.





Tengok dari belakang lagi menggerunkan!
Tak sanggup mak nak menengoknya, nakkkk... Huhuhu...




Aku ni cuma tukang jaga air dan barang-barang je la. Tak kuasa la aku nak berlari-lari menaikkan layang-layang tu. Kang layang-layang tak naik, semput aku pulak yang datang. Hari tu main sekali senang nak naikkan sebab banyak angin. Hari ni tak ada angin sangat. So mesti penat nak naikkan layang-layang tu.




Ni la pokok kelapa yang setia menemani aku. Harap-harap tak ada buah kelapa yang jatuh atas kepala aku.
Huhuhu....




Kumpulan orang Cina ni datang nak buat broadcast untuk page Mitomall kat FB.
Diorang sedang mencari bahan iklan (dari public) untuk jadi model page diorang.
Guest what? Aku salah seorang yang terpilih!!!!
Yeayyyyyyy!!!
Tengah aku duduk sorang-sorang, sekali ketua dia datang kat aku minta aku jadi model diorang. Sedangkan aku yang selebet serabai ni pun boleh terpilih. Buta kayu ke hape diorang ni?
Diorang akan masukkan gambar-gambar public yang diorang snap tu kat page diorang. Then gambar yang mendapat paling banyak "LIKE" akan mendapat hadiah.
(bab like-mengelike ni yang palinggggggg aku tak suka ni!)
Tengah syok-syok amik gambar, sekali datang si Ika. So dia pun join sekali amik gambar tu.



Ika : Mummy, nanti kita dapat hadiah eh?
Aku : Kalau gambar kita ramai yang LIKE, kita boleh menang hadiah.
Ika : Mummy suruh la orang like banyak-banyak. Pastu hadiah tu kakak punya tau. Sebab tu gambar kakak.


Eh? Banyak cantik muka kauuuuuu! Kau tu yang datang menyelit kat aku, hujung-hujung kau mengaku tu gambar kau? Alahaiiiii la anakkkkk~~~




Budak ni dah tak larat nak berlari-larian So dia main kat playground ni je la....
Hahahahaaaa...




Tetiba datang si motek ni nangis-nangis kat aku.
Rupa-rupanya En Zul terputuskan tali layang-layang dia masa nak naikkan layang-layang tu.
Sabar la nakkkkk... Bapak kamu tu memang excited lebih. Kamu mengalah la yeeee...




En Zul ni tak cukup dia rembat layang-layang Aleeya, dengan layang-layang Ika pun dia sapu sekali.
Yang Ika pulak main belon buih je la. Dah itu yang tak mendatangkan penat. Hahaha!!!




Tengah syok-syok main, sekali hujan turun. Kelam-kabut semua lari mengendong barang-barang. Aku la yang paling teruk nak mengangkut semua barang-barang diorang. Yang En Zul dan anak-anak masing-masing dah angkut kaki dulu. Tinggal la aku yang menggajah ni nak berlari-larian dengan barang kat kiri kanan tangan aku. Boleh bayangkan tak macamana MAK GAJAH berlari-larian?


Boleh?
Bolehhhhhhhhhh???
Hekkk!




Dalam kereta, sambung main belon buih lagi. Wangi je kereta aku bau sabun. Pastu kat dashboard, pintu dan tingkap melekit-lekit dengan sabun tu. Aduhhhhh... Satu hal nak mengelap pulakkkk~




Love,

Si Kurus Vs Si Debab

Anak aku sorang umur 9 tahun (Ika) dan sorang lagi umur 8 tahun (Aleeya). Kalau ikutkan badan Aleeya lebih besar dari Ika sebab badan dia pejal dan berisi. Si Ika pulak jenis badan kurus kering. Last year berat Ika cuma 19kg je, tapi berat si budak montel tu dah lebih 20kg. Agaknya tahun ni berat dia dah mencapai 25kg kot.

Awal bulan hari tu aku beli baju dan seluar baru untuk diorang, sebab kebanyakkan nya baju diorang semua dah tak muat. Lebih-lebih lagi si Aleeya. Serba-serbi sendat. Sampai lemak kat badan dia pun dah tersentil-sentil keluar. Huduh benor aku menengoknya. So aku beli 3 pasang untuk setiap seorang, termasuk baju untuk pakai kat rumah. 



Aku amik saiz 9 tahun. Memandangkan Ika jenis tinggi, so sesuai la umur dia dengan saiz seluar dan baju.
Yang Aleeya pulak kena amik saiz 9 tahun jugak sebab badan dia memang besar.
Itu hakikat.




Aku jadi pelik bila tengok saiz yang sama, cuma ukuran dia berbeza.
Tengok kat pinggang, seluar yang belakang tu seluar Aleeya.
Nak kata getah tu dah loose, tak jugak. Still boleh merenggang bila aku tarik.



Panjang pun berbeza.
Saiz apakah ini??? Kat tag saiz 9, tapi ukuran berbeza-beza pulak.
Sebab ni seluar murah kottttt...
(Baju budak buat apa beli yang mahal-mahal sampai beratus-ratus? Beli bulan ni, bulan depan dah tak boleh pakai dah. Membazir namanya tu...)




Galeri : Ni pic masa celebrate besday Untie Leen diorang.
See? Seluar Ika senteng, dah rupa macam penari hip-hopper pulak si Ika tu.
Seluar Aleeya just nice. Pinggang ok, panjang pun ok.
Komen Aleeya : Adik suka pakai seluar ni. Selesa. Sebab senang nak buka kalau nak kencing.

(Dah pinggang guna getah, memang la senang nak bukak. Kalau jeans berzip tu memang la susah. Tak de nya aku nak beli seluar yang susah nak pakai. Hujung-hujung aku yang jadi susah sebab aku jugak yang nak tolong bukak kan seluar kamu itu.)




Memandangkan semua baju Aleeya kena beli saiz yang besar sikit, so panties dia pun aku kena cari yang besar. MALANGNYAAAAAA... Saiz kanak-kanak tak ada yang sesuai untuk Aleeya. Maka, aku belikan saiz S tapi saiz untuk orang dewasa punya. Hambikkkk kau!


Aleeya : Mummy, kenapa spender adik ni saiz 'ibubapa' punya?? <--- (read : ibubapa = orang dewasa)



Tuesday, April 10, 2012

Just admit it!

Last week Kak Saly datang mengadu kat aku pasal buku manual soal selidik hilang. Buku tu dari rekrutmen kat Rawang tarikh 15/2/12. Kalau ikutkan buku tu dah memang ada kat ofis sebab Faizal dah key in data enumerator untuk tarikh tu. Mungkin ada staf back up yang ambil buku tu untuk buat qc tapi dia tak pulangkan lagi buku tu.

Then, past few days Kak Saly datang jumpa aku lagi cakap buku tu masih tak jumpa. Dia sampai email kat semua sekretariat untuk mohon jasa baik kepada sesapa yang ambil buku tu, untuk pulangkan semula supaya dia boleh compile rekod qc bulan 2. Sebab buku tu tak ada back up lain, Kak Saly terpaksa dengar semula semua rakaman suara soal-selidik dan salin semula data ke dalam buku manual. Dah la peserta ramai, tak pasal-pasal je kena salin semula data tu.

Semalam Kak Saly cari aku, then dia cakap macam nak tanya sesuatu..


Kak Saly : Yati, Sabtu lepas kau datang ofis kan? Kau ada nampak sesapa yang datang ofis pergi ke belakang tak?

Aku : Aah, aku datang hari Sabtu. Masa tu pukul 1pm. Tak nampak pulak. Kenapa kak? (aku dah risau kot-kot ada orang nampak akak 'jelita' datang ofis)

Kak Saly : Tak de la.. Kau nak tahu tak? Khamis lepas kan aku email kat semua orang, mintak pulangkan balik buku manual tu. Tapi haram sorang pun tak pulangkan. Alih-alih tadi Kak Ani jumpa buku tu kat tempat rak buku. Pelik tak? Macamana boleh ada kat situ, sedangkan Faizal dah cari satu persatu kat situ. Bukan sekali, tapi banyak kali. Tapi memang tak ada. Alih-alih tadi boleh ada pulak. Takkan akak 'jelita' kau yang taruk pulak? Ni mesti ada orang yang pulangkan buku tu senyap-senyap. Mungkin dia tak buat rekod kata dah ambil, bila dia tak sempat siapkan pastu bila aku dah bising-bising, terus dia hantar.

Aku : Hah? Dah jumpa? Biar betul? Sape yang kurang hajar sangat buat macam tu? Kalau tak boleh buat, cakap je la. Jangan nak aniaya orang macam tu. Cuba check cctv tengok sape yang datang hari weekend.

Kak Saly : Tu la pasalllllllll.. Aku ni dah nak siap salin balik semua data tu kat buku baru. Tetiba buku lama boleh ada balik. Banyak kali si Faizal tu cari kat situ, memang tak ada. Even aku dengan budak-budak lain pun dah cari dah...

Aku : Cuba kau tanya kat Wani atau Kak Saniah. Kot-kot diorang tau sape yang datang semalam. Sebab diorang keje hari Ahad. Masa hari Sabtu, tak de sape pulak yang datang ofis.


Lepas Kak Saly jumpa Wani...


Kak Saly : Yati, aku dah tahu sape yang datang ofis hari Jumaat. Wani nampak &(%#$I()^ datang ofis. Mungkin dia yang letak.

Aku : Ye ke? Dia buat QC tak sebelum ni?

Kak Afifah : Eh, Jumaat lepas orang tu terakhir keluar dari ofis. Mungkin hari Jumaat kot...

Kak Saly : Ntah la Kak Ifah, kita bukan nak tuduh, tapi suspek tu dah menghala ke arah dia. Dia yang terakhir balik Jumaat lepas, then hari Ahad dia datang ofis. Mungkin masa tu dia letak buku manual kat rak tu. Agaknya dia tak sempat nak buat, bila saya dah bising-bising, terus dia taruk senyap-senyap. Saya tak marah pun kalau dia tak sempat nak buat. Tapi mengaku je la kalau ambil buku tu. Sebab perangai dia tu, saya dan budak-budak saya dah buang masa banyak untuk salin balik semua data tu.



Hmmmm... Ntah la. Aku tak nak la mistik sangat sampai nak tuduh Cik Ponti yang sorokkan buku tu. Ni mesti la kerja manusia yang teringin nak jadi setan. Pada aku la, memang tugas kau untuk back up tugas kawan-kawan. Kalau kau dah ambil buku tu, kau kena la siapkan tugas kau sampai selesai. Kalau memang tugas kau terlalu banyak, sehinggakan kau tak boleh nak siapkan tugas back up tu sampai dateline, kau just bagi je berapa banyak kerja yang kau dah buat. Selebihnya pandai-pandai la Kak Saly dengan team dia nak siapkan. Mungkin untuk tarikh tu kau kena siapkan QC sebanyak15 sid. Tapi kalau kau betul-betul tak boleh nak siapkan, hantar je dulu mana-mana yang dah siap. Tapi kena betul-betul jujur la. Jangan la kau sengaja lengah-lengahkan kerja, then bila dah sampai dateline, bodoh-bodoh je kau hantar 1 sid yang dah siap. Itu memang mencari nahas namanya.

Kesian jugak pada Kak Saly. Dia dan team punya la berhempas pulas nak siapkan data untuk buku yang hilang tu. Si Faizal tu dah nak berhenti kerja, bila dah jadi kes macam ni dia rasa macam tak senang hati nak berhenti kerja. Sebab dia orang terakhir yang pegang buku tu. Serius aku tak paham orang yang macam ni. Kau nak selamatkan diri kau dengan cara menganiaya orang lain. Jangan la kau fikir cara kau tu dah cukup bagus, senyap-senyap pergi letak buku tu kat tempat asal. Dengan harapan buku tu memang dah lama ada kat situ. Memang silap la... Team Saly tu dah cari betul-betul, siap selak setiap satu lagi. Tapi memang tak ada buku tu.

Semalam aku sengaja perli-perli si *@$%&*^ tu... Dia lalu depan aku dan Kak Ifah, jadi aku sengaja nak provok dia. Selalunya dia tu kalau orang gurau-gurau dengan dia, kalau betul dia tak buat, dia akan 'layan' gurauan tu dengan hati terbuka, riang gembira... Tapiiiiiii, semalam muka dia lain sangat.. Cakap pun gelabah-gelabah, ambil serius dengan kata-kata aku, siap istighfar panjang bila aku provok dia.


Aku : Haaaaaa.... *(#@#()#   yang ambil buku Kak Saly ye? Pastu senyap-senyap letak balik kat rak buku tu. Hahahaa.... (Aku dan Kak Ifah siap gelak-gelak lagi)

Kak Ifah : Aah... Ni mesti &%(*#%%  yang ambil kan?? Haaaa..... Baik ngakuuuuuu... 

*(#$#&(&* : Hmmmm... Tuduh laaa.. (nada gelabah siap tangan tutup mulut) Astagafirullah... Tuduh laaaaa.. Tak baik buat macam tu.

Aku : Eh, kenapa serius ni? Kitorang gurau je.. Kalau tak buat, tak perlu la nak gelabah sangat kan?


Then orang tu terus blah!
See..? Baru provok sikit dah nak terkantoi. Kenapa la ada jugak manusia perangai macam ni. Tak bertanggung jawab langsung. Tak siapkan keje dah satu hal, pastu sorok buku tu satu hal lagi. Kot iye pun kau dah sorok, mengakuuuuu je laaaaa! Ni senyap-senyap pegi taruk kat rak buku tu. Kau ingat bila kau buat macam tu, kerja kau tu automatiknya jadi siap ke? Bangang!

Tadi aku tengok dia duduk kat tempat QC. Hmmm.. Nak siapkan hutang tertunggak dengan team QC kot. Nasib kau la kan?


Itu kes semalam.
Lepas Kak Saly mengamuk-ngmuk cerita pasal buku tu, aku teringat kat sorang junior aku. Hari tu dia ada add aku kat FB. Sebab aku masih ingat lagi kat dia, aku approve la request dia. Seingat aku, masa aku form 5, dia baru naik form 1. Tapi aku kenal dia sebab masa tu aku Ketua Pelajar/Pengawas, budak tu pulak pengawas sesi petang. So kira dia tu anak buah aku dalam geng pengawas la.

Satu hari tu aku update status. Aku bengang dengan seseorang (itu cerita lain la, tapi terkait pulak dengan status aku ni) Then ada la kot ayat aku kat status tu yang membuatkan budak ni tertarik... 


Tarikh : 07 Mac 2012.
Pada aku, ayat tu biasa je. Kalau ada orang yang berminat ke, terpulang la nak share or nak copy. Aku tak kesah apa-apa pun...



Tapi bila aku perasan yang junior aku dah copy ayat aku tu, aku ok je la.. Then aku komen kat status dia, "eh, ayat ni macam ayat kat wall akak ye?"  <-------- ni ayat pertanyaan hokeh, bukan ayat penyata. Maknanya aku sendiri pun tak confirm itu ayat aku ke bukan! Kalau ayat penyata, maknanya aku memang kompom itu ayat aku! Hahahaa..

Lepas beberapa jam kemudian, aku dapat notification dari dia. Owh, dia ada komen! Teruja nya aku nak tahu apa jawapan dia!!!! Tapiiiiiiiiiii.... Jawapan yang aku dapat cuma ni -------->


Tarikh : 08 Mac 2012
Dia delete komen aku, then dia balas komen kawan dia Si Ahmoi Masyuk tu. Hamboiiiiii!!!! Bagusnya perangai! Berani kamu delete komen akak ye?


Huhuhu.. Aku tak de la marah dia copy ayat tu. Hal biasa je derrr.. Tapi bab yang nak 'sorok' sangat komen aku tu apa hal beb? Takut ke kawan-kawan kau 15 orang yang LIKE tu tahu itu sebenarnya ayat orang lain? Kau cuma tukang copy jerrrrr?? Kemon la dikkkk.. Jangan la buat perangai busuk macam tu... Malu, okeh? (eh, boleh bau ek perangai dia busuk ke tak? huhu..)

Macam ni la.. Kalau kat FB, kita nak share apa-apa, kita minta la izin tuan punya info tu. Kalau tuan punya info tu pulak tak minta izin dengan orang yang sebelumnya, itu dia punya pasal la. Ni kita ni... KITA! Jangan jadi macam tu. Bila nak share apa-apa, minta izin dulu. Kan lebih elok.. Melainkan kalau dia dah mention 'tak perlu minta izin', then kau share je laaa.. Macam jugak kat blog. Kalau nak copy apa-apa, or nak share apa-apa, bagi la credit pada owner blog. Taruk link blog orang tu. Kau tak rugi apa-apa pun.. Kalau dah lupa sangat, tak payah la taruk link, atleast sebut la nama dia or nama blog dia.. Itu etika berblogging, dikkkk...

Harap ia menjadi peringatan pada diri aku jugak.


Now, aku dah buat setting supaya budak ni tak boleh lihat wall FB aku.
Aku tak remove dia, tapi aku cuma hide je.
Baik kan aku? Hehehe...

Love,

Saturday, April 7, 2012

From My Kitchen : Mee Kari

Cak!!

Haaa.... Kali ni resepi mee lagi. Sejak dua menjak ni bibik suka masak aneka jenis mee. Bukan apa, masak mee ni senang je. Setakat celur mee dalam air mendidih seminit dua, then sediakan kuah pulak. Memang senang. Aritu bibik buat mee goreng, tapi tak update dalam blog pun. Sebab masa tu bibik dah lapar sangat. Tak tahan perut memulas-mulas mintak di isi. Jadi operasi mengambil gambar untuk masuk blog di tunda ke hari lain. Hehehe...

So semalam bibik masak mee kari. Mee kari ni antara salah satu makanan fevret bibik. Bibik suka sangat makan mee kari. Eh, macam la ada benda yang aku tak suka makan. Semuanya aku bedal. Kalau gigi aku ni kuat, batu dan kayu pun aku kunyah!






Mempersembahkan, MEE KARI...

Ni Diaaaaaaa!!!!!!



Mari kita start memasak!

Kena sediakan bahan tumis.
Bawang merah, bawang putih, halia, daun kari.
Daun kari tu dah berbulan duk dalam esbok aku. Tu yang kecut sikit. Takpe, janji kuar bau.




Ok, bawang merah, bawang putih dan halia harus ditumbuk
(Tumbuk ye puan-puan.. Walaupun rupa di dalam gambar seperti dihiris kasar..)
Sediakan rempah - kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Kuantiti agak-agak je la ye..
(ada sesetengah orang taruk buah keras untuk pekatkan dan melemakkan kuah. Tapi aku tak taruk)




Bahan penyedap tekak : Fish cake dan fish ball.
Aku taruk ayam, potong kecik-kecik. Tapi aku lupa snap gambar.




Bahan penyedap tekak :Kerang rebus. Lagi banyak lagiiiiiiiii sedap!
Kalau tak suka kerang, korang punya pasal. Aku suka makan kerang.




Tak lupa jugak rempah kari. Any brand should be ok.. Bancuh dengan air supaya tak berketul.
Jangan guna rempah kurma, nanti nama mee pun kena tukar jadi Mee Kurma.
Ada paham?




Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan rempah ratus.
Tumis sampai naik bau.




Masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak. Kalau nak pedas, masukkan cili giling atau cili boh.




Masukkan ayam. Biar masak sekejap daging ayam tu. Nak masuk daging pun ok jerrrr..




Masukkan santan (sederhana pekat), fish cake dan fish ball.
Biar mendidih dan masak.
Masukkan garam.



Bahan tambahan : Tauhu goreng.
Kalau ada yang jenis tauhu kembang (goreng) tu, masukkan dalam kuah. Biar dia terapung-apung dalam kuah. Aku tak beli yang jenis tu sebab dah habis kat kedai. So ganti dengan tauhu ni.




Bahan tambahan : Taugeh dan sawi.
Rebus air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sayur ke dalam periuk. Biar seminit dua dan toskan.




Bahan tambahan : Telur rebus, limau nipis.
Kalau ada cili merah, daun sup dan bawang goreng, lagi sedap!
Aku tak taruk sebab lupa nak beli.
(Lupa lagi? Teruk benar dimensia aku ni! Huhuhu..)




Tadaaa! Dah siap.. Boleh makan.. =)
Masukkan mee dalam mangkuk, curah kuah bersama bahan penyedap tekak. Then taruk bahan tambahan.
Then slurpppp!!!!




Pekat kan kuah kari aku? Hmmm.. Sedap!
(Eh, puji makanan sendiri pulak! Lempang sedassss kang~)





*Motif masak mee : sebenarnya aku malas nak masak nasi & lauk-pauk. Sumpah aku malas!


Love,

Thursday, April 5, 2012

Akak 'Jelita'

Semalam aku tengah buat kerja kat ofis, sekali datang si Nazihah duk menyembang kat meja Kak Ifa (berhadapan dengan meja aku). Masa tu aku tengah pakai headphone dengar lagu-lagu kat pc aku ni. Tapi sebab suara Nazihah tu maha kuat (maaf ye Jihah, itu kenyataan. hahaha...), maka secara tak langsung aku boleh dengar cerita yang diorang gosipkan.

Sebenarnya dari keseluruhan cerita yang diorang borak tu, aku cuma dapat tangkap perkataan 'baju putih' dan 'rambut panjang'. Itu je. Aku rasa kalau sesapa yang tengah baca entry aku ni mesti dapat agak jugak apa story yang diorang tengah cerita tu kan. (Ada ker orang baca? Blog aku kan tak glamer, sekadar suam-suam air kencing budak je..)

Dari cerita yang aku dengar, 'benda' tu datang kacau si Nurul yang buat kerja kat bilik Genvault. Kebetulan malam tu Nurul tutup pintu (selalu pintu dibuka). Tengah minah tu seronok-seronok buat kerja, tetiba dia terasa macam ada orang kat sebelah. Bila dia toleh sikit, ternampak kelibat Cik Ponti kat sebelah dia. Terus dia pusing belakang lari keluar dari Genvault dan pergi ke lab processing. Langsung tak toleh kat benda tu. Bapak gila berani budak Nurul ni. Nasib baik masa tengah nak lari tu, kan selisih dengan Cik Ponti, dia tak tegur, 'nak kemana dikkkkk?'

Haaa, kan haru!

Dah banyak versi aku dengar pasal kes ni kat ofis. Ada yang nampak 'benda' tu tengah bertenggek kat atas freezer, ada yang nampak macam kelibat Dr Zul datang ofis malam-malam (padahal Dr Zul tengah sedap membuta kat rumah), ada yang dengar bunyi macam-macam, ada yang nampak troli bergerak sendiri, ada yang bau kemenyan....

Mana-mana staff yang dah 'biasa' dengan benda ni, siap dah mesra macam bff pulak. Kalau benda tu datang kacau, selamber badak je budak-budak ni sound, 'tak payah la kacau orang nak buat kerja'. Pastu, terus benda tu blah! Wahhh, hebat budak-budak ni. Dah macam Abang Long Malek pulak. Kahh~

Kalau kat premis Alam Damai (tempat penyimpanan freezer dan LN tank), pun pernah terjadi jugak. Tapi aku tak tahu apa details ceritanya (kalau boleh tak nak tahu pun. Huhu) Sampaikan budak-budak ni pergi buat majlis bacaan Yaasin kat sana. Teruk sangat ke gangguan nya tu? Ada yang cakap, "kita kena buat bacaan Yaasin, kita kena halau benda tu. Kalau tak, habis semua sampel darah kita benda tu makan!"

Mungokksss laa!

Dari aku mula-mula masuk kerja sampai hari ni, banyak jugak aku dengar cerita pasal 'benda' tu. Tapi Alhamdulillah sepanjang aku kerja tak pernah la kena kacau dek makhluk tu. Kalau kat rumah tu lain cite. Kalau aku dengar je, aku masuk bilik, tutup telinga dengan bantal, terus tido. Setel. Tapi kalau kat ofis, takkan aku nak amik bantal kecik kat kerusi aku ni, then tido time keje pulak. Kang bukan Cik Ponti je yang datang jerkah, dengan-dengan bos aku kang datang menyembur kat telinga aku! Huhuhu..

Eh, tengah syok-syok update cerita, baru aku perasan yang aku sorang je kat ofis ni. Budak-budak lab tengah proses sampel. Kang Cik Ponti datang 'menyapa' aku, tak pasal je aku ber'BFF pulak dengan dia.

Simpangggggggg~



Miss Bella Swan,

Wednesday, April 4, 2012

Selamat Hari Lahir Untie Leen

Dah lewat 2 hari untuk story-mory pasal besday Leen.
Besday Leen 2 April 2012 - Isnin.
Semalam memang bercadang nak celebrate, tapi bila Maklang sibuk dengan aktiviti 'Datins Club' dia, maka kami adik beradik terpaksa postpone majlis makan-makan sempena besday Leen.

So bila dah tak jadi nak celebrate, aku bawa anak-anak pergi shopping baju. Masing-masing badan dah menggajah (cepat betul membesar, macam berlumba-lumba siapa yang paling gajah) so terpaksa la pergi cari baju untuk jalan-jalan dan baju rumah. Lebih-lebih si Aleeya, peha dia dah macam kayu balak 2 pemeluk!

Last-last besday Leen kitorang celebrate semalam. Sebelum aku gi amik anak-anak kat sekolah, aku pergi beli kek dulu. Sebelum tu kat ofis bagai nak gila aku search kedai kek yang jual kek aiskrim. Baskin Robbins mahal, kecik pulak tu. Aku sekali ngappp je dah setel kek tu. Aku call King's, diorang cakap kena tempah dulu. Then aku call Secret Recipe. Tapi ini yang aku dapat ---->





Pas aku tension-tension dengan kek ni, aku call Leen. Tapi Leen cakap beli kek biasa je, asalkan perisa blueberry cheese. Hoi, makcik! Setakat blueberry cheese, aku pun boleh buat maaa! Mungokss betul :p




Last-last sebelum aku pergi ambil anak-anak kat sekolah, aku singgah Pistachios. Aku search internet, ada orang bagi feed back cakap bun kat sini sedap. Ok, selain beli kek, jom kita try rasa kesedapan bun tu.
Perghhh.. Memang sedap! Aku tak tipu.
Aku beli kek blueberry dan bun tuna dengan harga RM60.00
Lepas tu aku jadi ahli untuk 2 tahun, kena bayar lagi RM20.
Dan aku dapat another kek choc free! (Sound great, rite?)

Total selepas diskaun guna kad ahli :
Kek blueberry + Bun tuna + Harga Ahli + Kek Choc = RM54.
Best gila kan????


Lepas beli kek, terus ke Restoren Intai-Intai kat Ulu Kelang (berdekatan dengan Kilang Texas Instrument), Jalan MRR2.


Sampai Intai-intai, tengok ada 3 buah kereta termasuk kereta kitorang.
Entah-entah kereta pekerja restoren. Kahhhh~





Welcome! Welcome! Welcome!
Bapak gila peramah pekerja kat situ. Ada sebab kenapa diorang begitu mesra. Nak tahu? Jap yeeee...





Sebabnyaaaaa.. Restoran ni cuma ada 1 family je yang datang makan. Sumpah aku terkejut tengok sambutan kat restoran ni!




Restoran sikit punya besarrrrrr... Tapi tiada pelanggan




Mengelilingi kolam buatan.
Kawasan restoran besar and nice scenery.




Deco pun cantik









Ika belikan hadiah untuk Untie Leen nya. Terharu aku sebab anak aku pandai membeli hadiah, walaupun hadiah tu tak seberapa pun.. (dia beli ni ikhlas atau tak, itu aku tak nak amik tahu)




Aku tengok anak-anak aku ni dah macam rappers or hip-hoppers pulakkk...






Muka macam tak puas hati. Ngehhh ngehhhhhhhh!




Apsal la suka buat muka dengan mata juling ni?




Eh, apasal mata kanan Ika macam ada ketumbit ek?


















Buku menu ni kosong je. Ada 4 helai menu je pun.. Huhu..




See.. Buruk gila kertas menu nya!





Kedut seribu!









Banyak menu yang non-adoooo!




Pudding Kelapa di Tebuk Tupai.
Apakah???





Menarik nama minuman dia kan?





Fresh red tilapia - catch, clean and cook!! Wow, our specialty!!
Specialty wak lu!
Kalau dah dipangkah, apa yang specialnya???






Yeayyy! Untie Leen dapat hadiah dari Ika.




Maklang merampas hadiah dari Untie Leen. Sabar ye Maklang... Besday kamu hujung bulan ni. Nanti kami bagi hadiah. Hehehee =)




Baru Maklang nak tengok, sekaliiiiiiiii Aleeya pulak yang rampas!
Hahaha!




Alahai anak aku... Bersabar je la ye Maklangggggg...
(Aleeya dengan muka sangatttt puas merampas hadiah tu)




Yessss.. PUAS!!!!!





Tadaaaaa! Ni la kek nya. Cantik kan?








Mata Aleeya : memandang abang yang hensem (sumpah muka Aleeya macam tengah merembessss.. Haha)
Mata Ika : sedang merenung macarons & strawberry. Tunggu masa nak ngappp!




Wajah kesayangan hamba =)
I love you all
(eh, comelnya Maklang bergambar~~~)





Aleeya ni macam feeling-feeling besday girl pulak. Dia yang beriya!
Sekali dia tiup lilin, macam nak terbalik meja tu dibuatnya.




Potong kek.




Ika dah bersedia nak menyambar macaron dan strawberry
On your mark, get set, gooo!!!









Intai-intai Fried Rice Special




Ikan siakap masak hape ntah?





Tomyam Survanabhumi. Sangat pekat dan sedapppp!
TERBAIK!




Butter prawn. Not bad





Asparagus with prawn




Pandan chicken. Sedap gak.





Cantik balutan pandannya.
Kalau pandan chicken yang aku balutttttttt --->
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Huduh! Serabai!
Tapi sedapppppp! Heheheee...





Ok, jemput makan ye semua.
Bismillahirohmanirahimmmmm...




Harga tak semenggah dengan makanan!
Mahal!!!!!!
Thanks Leen.. Besday Lady yang kena belanja. Kahh~ =)




Love,