It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

From My Kitchen : Bergedil Sayur

Malam ni rasa lapar pulak.
Nak masak nasi, malas.
Nak masak megi, smlm dah makan. Kang terlebih makan kang botak pulak kepala aku.

So aku bukak My Resipi, cari mana-mana menu yang mudah dan cepat untuk dimasak.
Yang penting mesti sedap. Kalau setakat mudah dan cepat, goreng telur je pun cepat jugak kan?
Tak jumpa resipi yang best. Off lappy.

Pergi dapur dan bukak esbok tengok ada carrot, kentang, capsicum, kailan, tomato, cauliflower, crabstick dan udang.
So fikir-fikir, aku nak masak bergedil sayur je.
Aku belum pernah cuba, tapi cara memasaknya sama je macam nak masak bergedil daging tu.

Aku keluarkan bahan-bahan :


  • Kentang
  • Carrot
  • Capsicum
  • Telur
*udang tak masuk sebab malas nak kopek kulit dia. Crabstick tak sedap, tak minat. So tiada unsur binatang dalam masakan ini kecuali telur.


So start masak!


Kentang.
Potong la ikut suka.




Lepas potong, cuci dan goreng.
Nak rebus pun boleh, tapi Maklang cakap kalau goreng lagi mudah nak kepal.
Kalau rebus dia lembik. So, terpulang.



Hirisan carrot



Hirisan capsicum



Serbuk perisa ayam



Lepas lenyekkan kentang, masukkan carrot, capsicum, serbuk ayam dan blackpepper.
Kalau ada daun sup or daun ketumbar, pun boleh masuk. Lagi sedap.
Kalau serbuk ayam banyak, tak perlu masukkan garam.



Kepalkan dan buat bentuk bulat-bulat.



Pukul telur.
Aku campurkan je telur kuning dan putih telur sekali.
Celup bergedil ke dalam telur dan goreng hingga garing.


Siap!
Tapi terhangus sikit sebab leka tengok Maharaja Lawak Mega - Akhir.



Makan dengan mayonis & sos cili sambil layan MLM





Yes, Boboi tak menang!
Tahniah OSBON... =)

Friday, December 30, 2011

Nasi Ayam Bakar

Tadi aku keluar lunch dengan Abang..
Wah, 'abang' gitu! Hahahahaha..

Sebenarnya hari ni aku malas nak masak. So aku umpan En Zul, buat suara gedik-gedik, buat aksi-aksi manja, terlentik-lentok, maka En Zul ajak makan luar. Wahh.. Berjaya jugak aku goda dia (read : dia bukan tergoda, tapi dia menyampah).

Kitorang cadang nak gi makan kat Uniten, Bangi. Kat situ ada nasi briyani Gam. Memang sedap. Siap ada live band. Tapi jam pun dah pukul 3pm lebih, En Zul ajak makan kat Bandar Tasik Selatan je. Kat situ kitorang selalu makan Nasi Ayam Bakar. Memang sedap. Harga pun ok je. Cuma dia kedai tepi jalan, bukan restoran besar pun. So far tekak aku dengan tekak En Zul tak 'menolak' nak makan kat sini.


Ni kedai Nasi Ayam Bakar.
Nama kedai aku tak tahu, tapi aku nampak ada banner tulis 'Nasi Ayam Bakar'.
Tu nama kedai dia la kot.



Lepas sampai, ternampak menu baru ----> Itik bakar.
Wah, bestnya.. Selalunya dia jual menu nasi ayam bakar or nasi daging bakar. Menunya sama macam nasi ayam, cuma ayam tu di perap dengan rempah dan di bakar. Memang sedap. So kitorang order 2 set nasi itik bakar dan 1 pinggan ayam bakar. Ayam ni saja order extra, untuk ratah-ratah. (Macamana la badan aku tak menggajah kalau makan macam bela hantu raya?)




Ni set aku.
Nasi, itik bakar, kuah asam, kuah cili, sup kosong.
Memang sedap, walaupun sup kosong je.
Harga set nasi itik bakar RM7.
Kalau nasi ayam bakar RM5 kot.



Ni itik bakar dicurah kuah asam.
Rempah dia memang sedap, cuma daging itik ni keras. Huhu..
Memang terbaik!




Extra ayam bakar. Harga RM5. Adalah dalam 3 ketul.
Rasanya pun sedap.



Terus terang memang sedap makanan kat sini. Even lebih sedap dari Nasi Itik Panggang kat Restoran Chan Abdullah. Last year En Zul naik pangkat, dia wat jamuan makan-makan pun order makanan kat sini. Kitorang selalu makan kat sini (nampak sangat aku jarang masak), tapi baru kali ni nak update buat kenangan. Hari tu aku nak update, tapi ada pulak perempuan gila meroyan pasal Hantu Tetek masa aku nak makan. Terus kansel nak update entri pasal makanan, terus aku update entri Hantu Tetek a.k.a Queen Control.



Adakah itu normal?

Nampak tak dinding yang pecah tu?
Kurang jelas?
Ok, aku zoom kan sikit.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dinding ni diperbuat daripada gabus.
Ye, GABUS.




Adakah rumah pangsa di sekitar KL ni dah mula dibina menggunakan gabus?
Adakah itu memang procedure dia?
Adakah itu normal?

Aku ngeri.





Thursday, December 29, 2011

Aku benci bila kena jadi GPS!

Last Selasa aku keluar makan dengan Leen. Cadangnya nak pergi makan sotong bakar Jalan Bellamy. Selalunya Leen yang belanja aku. Since dah dapat bonus ni, aku belanja la dia makan pulak. Leen belanja aku tiap-tiap bulan, tapi aku belanja dia setahun sekali. Itupun kalau ada bonus. Kalau tak ada, memang tak belanja la jawabnya! Hahaha...

Kami dah plan dari malam sebelum 'dating' lagi. Selalunya Leen ambil aku kat HUKM sebab dia tak tahu jalan. Tapi kali ni dia menggatal nak pergi sendiri ke Bellamy. Konon-konon tahu jalan. Dengan yakin nak jugak pergi sendiri, tak mahu aku pick up dia kat mana-mana.

Ok-ok, deal.

Malas nak gaduh-gaduh. Janji pukul 11am mesti dah ada kat sana. Aku tak kuasa la nak redah jammed, nak berlengas cari parking, nak berlendir satu badan bersesak-sesak dengan orang ramai. So kalau datang pukul 11am tu, kira selamat lagi la.

Dalam pukul 10.30am Leen sms cakap tak ada transport. Maklang guna kereta katanya. Dah tu? Kau tak reti pinjam motor pencen Paklang tu? Hahaha.. Aku dapat bayangkan macamana rupa dan gaya Leen naik motor Paklang. Series comellllll~~~ (Ok, ni aku gurau je. Tak comel pun. Kahh~~)

So aku cadang nak pergi ambil Leen kat rumah. Baru je nak ke kereta Leen sms cakap Maklang dah balik. Makanya dia boleh datang sendiri ke Bellamy. Dalam pukul 10.50am aku dah sampai sana. Masa tu Leen baru lepas Sentul. Maknanya dalam 20-15minit jugak baru nak sampai. Aku pun siap-siap ambil nasi, lauk dan order air.



2 pinggan nasi
2 ekor sotong
1 pinggan kerang
1 bahagian ikan pari
1 mangkuk laici kang
*bungkus = 3 ekor sotong, 1 ekor kembung



Sotong yang besar penuh dengan telurrrrr..
Yummy, sedappp!!!



Dah pukul 11.00am, Leen masih tak sampai.
Dah pukul 11.15am, Leen masih tak sampai.
Dah pukul 11.30am, Leen masih tak sampai!

Aku dah makin lapar. Dia pulak tak muncul-muncul batang hidung. Orang makin ramai kat kedai ni. Nasib baik aku pandai cari port yang dekat dengan kipas. Paling penting, kipas tu rosak tak boleh rotate. Duk menghala ke muka aku je...! Hahahaha...



Kipas oh kipas..
Kau la penawar hati ku yang tengah panas menunggu Leen tak sampai-sampai!



Lepas dah makin ramai orang, aku mula tak senang duduk. Leen masih tak sampai-sampai. Tetiba Leen call. Dia cakap dah terlepas exit Istana Negara. Sialpalisssss! Dah tak pasal-pasal dia terlajak ke CM. Ape kejadah dia ke sana pulakkkk? Hadoiiii.. Aku pun terus call dia tanya ada kat mana? Apa landmark? Apa signboard? Dan-dan dia dah menuju ke PJ.

Pulak.

So aku suruh dia cari Midvalley. Dah jumpa Midvalley, aku nak suruh dia patah balik ke Pusat Bandaraya, kang tak pasal-pasal dia lajak ke Ipoh pulak. So baik aku suruh dia masuk ke Cheras melalui Midvalley tu. Senang aku nak bagi direction. Maknanya aku sebagai adik harus bertukar menjadi GPS! Serius aku dah hafal segala bagai papan tanda dan exit dari Midvalley ke Cheras.

Sepanjang perjalanan tu aku online je dengan Leen. Sampaikan dia stucked kat jammed pun aku still online dengan dia. Amacam? Hebat tak GPS Leen? Siapa mampu mempunyai adik seperti aku? Selama 34minit duk bergayut dengan Leen semata-mata nak bagi direction kat dia. Padahal dalam HP dia memang dah ada GPS. Tapi dia cakap, "dah tu kau nak aku mengadap pulak GPS tu? Satu hal pulakkkk" Habis tu, apa gunanya GPS kau tu? Kalau tak nak guna, baik pakai HP Nokia 3310 je... Nak tak nak aku pun dengan paksarela hati bertukar menjadi GPS dia, asalkan dia selamat sampai ke Bellamy (read : tak de la rela sangat. Pasni aku claim duit bil tepon kat dia)

Jam dah sampai pukul 12 tengahari. Orang makin sesak. Tapi aku masih tak berlendir ketiak sebab aku ada 'aircond'. Kan aku ada kipas sakti. Hahahaa.. Tapi aku panas hati jugak dengan Leen. Dah la beriya-iya nak datang sendiri. Tapi boleh pulak sesat barat! Dalam hati aku, kalau minah ni tak sampai jugak, aku bungkus je semua makanan, bawak balik umah makan dengan En Zul. Weh, malu baiiii.. Orang datang, pas kenyang makan orang pun blah. Tapi aku? Dah parking baik punya depan kipas tapi dah sejam lebih tak makan-makan. Duduk je sorang-sorang mengadap makanan. Sampaikan air laici kang aku habis semangkuk. Nak order air yang baru aku maluuuuuu.. Huhuhu..



Ni sape nak ganti balik air laici kang aku ni? Tak pasal-pasal je habis sebelum waktunya!



Punya la tunggu lama sangat sampaikan kecut ulam aku!
Nasi pun jadi kering. Dah boleh jadi beras balik!



Bukti aku tengah kelaparan. Curi-curi 2 ekor kerang.
Sebenarnya aku curi-curi makan lebih dari 2 ekor. Sebab yang lain kulit cengkerang masih  lagi di dalam pinggan.
Hahahah...




Dalam pukul 12 lebih Leen sampai. Aku rasa masa tu dah membuak-buak asid kat dalam perut aku ni. Kalau dalam 5 minit dia tak sampai, mahu terbalik meja makan tu aku kerjakan. Elok je dia sampai, terus je aku ngapp! Tak payah la baca doa panjang-panjang. Baca Bismillah je dalam hati. Serius laparrrrrr~~~

Masa tu, Leen order laici kang, so aku pun join order sekali. Ye la, air aku kan dah habis setengah jam yang lalu. Harus lah order yang baru, kan?????? Lepas makan, borak-borak jap. Then aku nak blah. Tak larat nak duduk kat situ lama-lama. Tengok bil murah jugak. Tak de la mahal sangat macam kat sesetengah kedai. Lebih-lebih lagi bila makan sotong yang besar-besar...


Harga makan dan termasuk yang bungkus sekali.
Not bad laaa...





So, kepada Leen (aku tahu kau silent reader blog aku). Jadi sila baca pesanan aku ni betul-betul!

AKU DAH SERIK NAK TUNGGU KAU. PASNI KALAU KITA NAK DATING GI MANA-MANA, KAU DATANG JE AMIK AKU KAT CHERAS. THEN KITA GI SAMA-SAMA. SERIUS MENYAMPAH KALAU SEJARAH BELLAMY BERULANG SEMULA!


ADA PAHAMMMMM??


P/S : Orang cakap berdua lebih baik. Tapi kalau aku makan sorang-sorang lagi baik kot.






Adik Leen aka GPS Leen,

From My Kitchen : Roti Boy

Petang ni nak buat benda lain pulak. Asyik menge'kek je kan. So sekali sekala nak try jugak bakat membuat roti. So roti yang menjadi pilihan adalah Roti Boy or Mexican Bun, sebab ia adalah roti kegemaran En Zul.  Kelmarin aku dah siap-siap beli bahan. Tapi memandangkan aku belum siapkan lagi assignment Teras Keusahawanan (JUS101), maka aku tangguhkan dulu aktiviti membakar roti untuk memberi tumpuan kepada proses penyiapan tugasan JUS.

Meh tengok resepi =)


Bahan-bahan:


Inti :


  • 200g butter
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 150g gula perang

Cara-cara :


Pukul semua bahan sampai kembang.


Masukkan adunan ke dalam plastik ising. Simpan dalam esbok untuk prepare bahan lain.





Topping :


  • 100g butter
  • 100g gula ising
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar  nescafe' / kopi (bancuh dengan 1 sudu kecil air panas)
  • secubit serbuk kayu manis (campur dalam nescafe')
  • 100g tepung gandum

Cara-cara :



- Pukul butter dan gula sampai kembang.
- Masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati.
- Masukkan tepung gandum dan nescafe'. Gaul hingga sebati.


Masukkan adunan ke dalam plastik ising dan simpan dalam esbok.




Roti :


  • 200g tepung roti / high protein
  • 50g tepung gandum
  • 20g tepung susu
  • 50g gula ising
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 10g yis segera
  • 2 biji kuning telur
  • 20g butter
  • 90g air
  • 90g water roux

*water roux
- 30g tepung gandum
- 125ml air
>> bancuh tepung gandum dan air sampai sebati. Masak adunan menggunakan api yang kecil sehingga adunan menjadi pekat. Sejukkan sebelum guna.



Water Roux
(nape nama dia macam tu eh? Nape nak taruk je 'bancuhan tepung gandum'?)


Cara-cara :

  • Masukkan semua bahan-bahan (kecuali butter dan garam) dan uli sehingga sebati dan kenyal.
  • Masukkan butter dan garam, uli lagi sampai semuanya sebati.
  • Biarkan adunan selama 40minit atau adunan naik dua kali ganda.
  • Timbang adunan seberat 60g untuk setiap biji (boleh dapat dapat 9 biji ).
  • Bentukkan bulat-bulat dan perap selama 15 minit.
  • Masukkan inti dan tutup dengan rapi. Biarkan adunan kembang semula menjadi dua kali ganda.
  • Paipkan topping diatasnya.
  • Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 175darjah celcius.




Proses pengembangan (pic blurr sikit)



Bahagi kepada 9 bahagian (60g setiap satu) dan biarkan kembang.



Paipkan inti (ini cara aku yang tak reti nak buat).
Tutup dengan rapi.


Paipkan topping ke atas adunan.
Hasil tangan En Zul..
*Pasrah*


Sebenarnya kena paipkan topping macam ni ye!




Bakar dalam oven.
Kena pantau suhu. Pic sangat huduh..
Huhuhu...



Dah siappppp!!!
Cuma roti kurang manis macam Original Roti Boy....



Love,

Wednesday, December 28, 2011

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama

Pernah dengar pepatah 'lembu punya susu, sapi dapat nama'?
Itu maknanya 'hasil titik peluh orang menjadi kemuliaan orang lain'.
Means, kita yang susah payah buat kerja, tapi orang lain yang dapat nama.

Aku selalu berada dalam situasi begitu.
Terbaru, aku terkena lagi.............















Aku susah-payah main, tetiba nama 'KAKAK' yang appears!
Ntah bila masa si Ika ni tukar setting player ntah?




Love,

Tuesday, December 27, 2011

Vlogging Part 3

video



video




Aku rindukan anak-anak aku.. Dengar suara sumbang diorang pun jadik la kan?


*kalau rakam video guna HP macam ni pun kira Vlogging jugak ke?





Monday, December 26, 2011

Rho Alif Mim Ba Wau Ta

Petang tadi aku saja-saja pintal rambut. Bulan ni aku baru tukar syampu. Sebelum ni aku pakai Pantene. Kadang-kadang aku pakai yang baby punya, Johnson's & Johnson. Ntah macamana bulan ni aku pakai Tresemme'.


Aku amik set For Dry and Frizz Prone Hair.
Sekali dengan conditioner dia.


Kalau ikutkan hasil pemakaian syampu ni memang memuaskan. Rambut aku kurang kusut, malah lebih lembut dan lurus kalau pakai conditioner sekali. Tapi kalau rambut dah memang kerinting macam Sathiya Si Babyface tu, kau jangan mimpi la nak dapat rambut lurus macam rebonding tu!

Aku ni suka cabut rambut gatal yang tebal-tebal dan kasar-kasar tu. Makin aku cabut makin lega kepala aku. Tapi kepala aku dah mula botak kat bahagian tengah. Tidak la botak sepenuhnya, tapi kalau tak control pencabutan rambut tu kompem akan jadi botak jua akhirnya. Kalau sekali pandang je dah memang nampak rambut aku pada bahagian tengah dah susut. Serius macam laluan untuk semut-semut untuk membawa makanan!


Semut-semut ni kalau lalu kat kepala aku memang bahagia.
Tak perlu susah-susah nak tebas rambut aku sebab 'laluan'nya memang dah tersedia ada.


Sedang aku tarik-tarik rambut, tetiba aku ternampak rambut putih berkilat. Terus aku cabut! Sekali tengok uban!!!!!! Uwaaaa.. Apasal rambut aku beruban ni? Then aku jumpa lagi 2 helai. So totalnya menjadi 3 helai, hokeh! Dan ketiga-tiga helai tu kat area yang sama. Aku tengok dari tekstur uban tu, bahagian umbi masih berwarna hitam, cuma keseluruhan rambut dah jadi putih. Macam rambut rosak, bukan uban semulajadi (masih nak pujuk hati tu..) Adakah aku sedang STRESS? Sampai rambut jadi beruban?


Warna putih dan hitam tidak sekata.
Luruh hati aku tengok uban ni... Huhuhu...

Berlekuk-lekuk pulak tu uban ni!


Then aku mms gambar rambut ni ke En Zul. Seperti jangkaan aku, jawapan balas dari En Zul memang menyakitkan hati (kalau tak sakitkan hati aku, macam bukan laki aku pulak!)


Aku : (MMS gambar) Uban Mummy ada 3 helai.. Huhuhu..


En Zul : Mummy dah tua! Hahahaha...


Aku : Bukan. Ni sebab Mummy stress. Lagi pun sebab asyik tukar syampu.


En Zul : Ye ke? Ooooo bukan dah tua ke?


Aku : Pasni ayah pulak kena cabut uban Mummy. Jangan mengelat!


En Zul : Tak nak lah. Rambut Mummy panjang!


Aku : Rambut panjang la senang nak cabut.


En Zul : Tak nak lah


Aku : Kena jugak!


En Zul : Rambut panjang senang nampak. Mummy leh cabut sendiri kan.


Aku : Wek!



P/s : Aku rasa rambut aku beruban sebab faktor berkahwin dengan orang tua. Ubat tu berjangkit dari rambut En Zul ke rambut aku. Hahahaa..

Walaupun aku amat berpuas hati dengan hasil pemakaian syampu Tresemme' ni (rambut jadi lembut da lurus), tapi aku mula takut bila tengok uban ni. Tak pe.. Tak pe.. Tunggu dulu sebulan dua, kalau masih beruban, better tukar je syampu tu. Pakai pulak syampu Bawang Jackie Chan tu. Boleh feeling-feeling macam aktress HongKong.



Makcik yang masih  muda remaja dan bergetah,

Master la sangat... Ptuih!

Tadi aku dan En Zul tengok siaran ulangan Masterchef. Dah bosan sangat kat Astro ni memanjang je duk ulang cerita yang sama beratus kali. So aku layankan aje cerita Masterchef Malaysia ni. Dulu aku rajin gak follow Masterchef Australia, Masterchef Amerika & Masterchef Junior tu. Since dah ada yang Malaysia punya, jenuh aku menunggu siaran tu ditayangkan. Tapi indah khabar dari rupa. Program yang sungguh mendukacitakan! So drama.

Ok, aku bukan follow sangat cerita tu. Tapi apa yang membuatkan aku dan En Zul tersentap bila melihat reaksi juri program Masterchef tu. SENTAP, ok! Maknanya serius jengkel. Aku tak tahu la kalau kami je yang over, tapi rasanya tak salah kalau aku nak jadi over kalau apa yang aku nampak adalah perkara sebenar. Am i right?

Minggu ni peserta dikehendaki menyediakan makanan berasaskan belut. Ye, belut. Yang ala-ala ular tu. Hishh, tetiba kembang pulak tekak aku. Belut ni elok untuk mengubati sakit kulit. Dulu Maklang pernah tahan bubu dalam kolam, sekali dapat tangkap belut seekor. Then belut tu Maklang bagi orang Indon masakkan jadi lauk berlada, macam lauk ikan keli masak berlada tu (sumpah tak makan lauk tu dah!).



Ok, ni ikan keli. Bukan belut. (Ehsan dari Google)
Tapi masa tu lauk tu lebih kurang macam ni la, cuma tang kepala tu tak ada.
Haaa, ada sesapa berani nak makan tak?
Lepas aku tengok Masterchef tu, tetiba aku teringat kat lauk tu,
Kembang tekak mak, nyaahhhh~~


Aku, Leen dan Paklang tak tahu itu belut, pakat ramai-ramai kendurikan lauk tu. Masa tu memang makan sampai menjilat jari beb. Memang rasa macam keli, cuma tekstur dia lain sikit. Dah malam sikit, masa tu semua lauk dah licin, baru la Maklang cakap lauk yang kami makan tu belut. Pastu dia buat muka selamba!

Boleh?

Bertahun jugak la aku tak makan ikan keli. Takut tertipu lagi. Hahahaha.. Tapi start tahun ni aku dah mula makan balik ikan keli, tapi syaratnya ikan tu mesti masak tanpa dipotong atau potong separuh. Kalau dah potong kecik-kecik, memang aku tak pandang! Kembang tekakkkk!!!

Berbalik pada cerita Masterchef tadi, peserta-peserta mulanya memang geli-geleman tengok belut tu. Tapi kalau nak menang pertandingan, kena lah buat jugak kan. Lepas diorang bertungkus-lumus memasak lauk tu, tiba masa untuk penilaian dari juri. Tang penilaian tu yang aku dan En Zul tak boleh blah!

Kebanyakkan peserta masak lauk belut ni bersama bahan sampingan. Like nasi, sayur, sup, kekacang dan lain-lain. Tapi bila masa penilaian dari juri, semua juri cuma kuis-kuis bahan sampingan je (ulang suara : BAHAN SAMPINGAN) dan menilai keseluruhan masakan! Pastu cakap masakan orang ni tak sedap, masakan orang tu tak lengkap, tak sesuai. What the ...???

Serius macam bodoh! Kau cuma makan bahan sampingan yang kena kuah sikit-sikit tu, then kau nilai secara keseluruhan. Lansung tak makan belut tu! Kenapa? Geli? Haaa.. Agak-agak sikit ye. Kau ingat peserta-peserta tu tak geli? Bersusah-payah diorang masak, kau setakat kuis-kuis sikit pastu seronok hentam masakan diorang. Memang la kau juri, dah tahap profesional (ye ke profesional kalau CV pun dipalsukan?), so kau perlu la menilai dengan cara profesional. Kalau diorang kena masak belut, kau pun kena la nilai belut tu dengan cara memakannya.

Peserta yang terakhir (Wahidan dari Sabah) memasak belut gulung ntah apa ntah (dimasak dengan membuang tulang dan menggulung belut tu. Serius nampak bentuk asal belut). Dan masakan dia tiada bahan sampingan lain, hanya belut semata-mata. So juri tiada pilihan lain, nak tak nak memang kena makan jugak belut tu. Masa tu muka juri tu pun dah kelat semacam je. Aku dan En Zul bantai gelak cukup-cukup. Dan juri puji masakan Wahidan tu. Haaa.. Itu baru adil dan profesional baiiii...

Pusingan kedua kena memasak berasaskan tuna dan Japanese style. Siap jemput chef pakar masakan Jepun dari Renaissance Hotel untuk jadi juri jemputan. Bila time penilaian, cuma juri jemputan je yang beriya-iya makan ikan tuna mentah tu. Juri yang lain? Macam biasa laaa.. Kuis-kuis bahan sampingan, then "I'm done"! Mungkin itu yang dikatakan 'profesional' kot. Tak perlu rasa bahan utama, dah cukup untuk menilai rasa keselurahan masakan tersebut.

Kalau dah profesional tahap macam tu, tak perlu la nak kuis-kuis bahan sampingan tu. Apa kata kau cukup sekadar 'Tengok dan amik bau je', then kau dah profesional untuk menilai. Baru la dikatakan HEBAT kan?




Ikhlas dari,
Gordon Ramsay (Hell Kitchen)