It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 1, 2015

From My Kitchen : Egg Basket

Lately aku rajin bereksperimentasi kat dapur.
Beli barang dapur macam-macam, then cuba pelbagai resepi.
Antaranya Egg Basket.
First time aku tengok resepi ni masa Celina Khor masak untuk tema breakfast.
Eh, nice la menu ni... (konon-konon masa tu aku dok habaq dalam hati laaa)
Jatuh cinta pulak aku.

Terus gugel resepi.
Based nya cuma white bread. Ada yang tambah bacon untuk kasi sedap.
So aku adjust sikit supaya sesuai untuk En Zul dan anak.
Yang penting, mudah sangat uols....



Gambar pembuka selera cedok dari gugel.
Harus la kasi tengok yang cantik dan indah-indah.
Kang terus tunjuk yang aku buat, mahu kena carut dengan korang,
Hahaha..


Pastu kasi tunjuk yang rentung ni pulak.
Dengan harapan korang tak de la nak kutuk egg basket aku lepas tengok kehancuran egg basket member ni punya. Hahaha motif sangat tau!!

(ni pun cedok dari gugel. Tak nak sebut dari web mana. Hihihi)



Ok, meh kita start.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Roti putih / fiber
  • telur 3 biji
  • susu full cream / fresh
  • Garam secukup rasa
  • Sosej (diced)
  • Shiitake mushroom (diced)
  • Mozarella cheese
  • mix herbs / oregano
  • blackpepper (ikut hangpa la nak taruk ka tak. Aku tak boh)



Mula-mula susun roti atas muffin tray.



Pukul telur dengan susu dan garam
Kalau ikutkan, 1 basket pakai 1 biji telur ayam.
Tapi sebab aku nak buat 7 basket, takkan nak pakai sampai 7 biji telur kan?
Dah macam hantu raya pulak punya pelahap makan 7 biji telur ayam.
Sebab tu aku gantikan dengan susu.




Tuang adunan dalam basket.
Masukkan sosej dan shiitake mushroom.
Untuk aku, boh banyak sikit isinya. Untuk anak aku, boh sikit ja laa..
Tak bulih banyak-banyak, nanti hang gemok susah nak cari saiz sluaq.




Last tabur la mozarella cheese.
Kalau suka capsicum, letak la yang kaler merah or hijau.
Kasi ceria riang ria di hari raya gitu...




Masuk dalam oven, bakar lebih kurang 15-20minit.
Suhu aku set kan dalam 150 darjah celcius.
Ikut kepakaran oven masing-masing la ye..
Aku tak guna microwave sebab tak nak roti tu kasi keras.
Kalau nak guna microwave, letak 1 cup air kat tepi untuk elakkan roti jadi kering dan keras.

Sambil tunggu egg basket aku masak, moh kita pi gosok tudung gheja dulu.




Dah siap bakar, tabur la bunga-bungaan di pusara..
Eh, bukan.. bukannnnn...
Tabur la oregano ke, parsli ke, basil ke..
Aku taboq mix herbs jaa..




Nah, untuk bekal anak dan boifren ceq.
Walaupun rupanya sedikit huduh, tapi ia di bakar dengan penuh kasih sayang...

Hahahaha...

No comments :