It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 18, 2012

Happy Birthday to Me!

Selamat Hari Ulang Tahun ke 26!

Alhamdulillah, syukur ku pada Allah swt atas lindungan dan rahmat-Nya... Aku masih dapat meneruskan hidup bersama insan-insan yang tersayang, rakan-rakan yang menyokong ku dan juga semua yang mengenaliku. Terima kasih atas kasih sayang dan kepercayaan kalian terhadap diri ku. Syukur juga kepada Tuhan sekalian alam yang memberi limpah kurnia dan rezeki yang tidak terhingga pada ku dan juga keluarga ku... Syukur Ya Rabb!


17-03-1986, aku dilahirkan pada jam 3.06pm di HBKL. Terima kasih mak, kerana menjagaku selama 9 bulan 10 hari di dalam kandungan mu. Penat lelah mak dan abah membesarkan ku sehingga aku dewasa, malah sehingga aku di'serah'kan kepada suamiku... Pada saat itu, jatuh air mata mak untuk melepaskan aku kepada seorang insan yang akan memikul segala amanah terhadap diri ku. Malah Syurga dan Neraka ku terletak pada telapak kaki nya... Terima kasih untuk segala-galanya, MAK...ABAH....

17-03-2012... Aku sudah berusia 26 tahun. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidupku. Syukur aku dikurniakan seorang suami yang penyayang, anak-anak yang comel dan manja (read : GEDIKSSS) dan keluarga yang pengasih dan rakan-rakan menyokong aku selama ini. Kalian sungguh bermakna pada ku.

Ok, back to normal. Aku tak reti la nak taip ayat-ayat serius dan bermadah ni. Hahaha..

Semalam En Zul ke Melaka. Ada kursus untuk unit kenderaan. Katanya nak launch sistem baru, so kena la berkursus dulu sebelum launch. Ok la, aku redha laki aku tak ada sempena besday aku kali ni. Sambut sorang-sorang je laaaa...

Bangun pagi tadi aku tengok ada miscall dari En Zul. Nak wish untuk aku kot. Tapi aku malas nak return call. Takut dia ada program waktu tu. Aku tunggu je la dia call aku balik. Lepas kemas rumah, aku layan TV sambil buat lab report. Sumpah aku tak buat apa-apa pun lagi. Lagi 2 minggu dah nak kena submit. Assigment pun minggu depan kena hantar. Mati la aku kali ni...

Tengah syok-syok buat lab report, Leen masuk chat. Dia nak ajak aku keluar. Yeayyyyyy.. Nak pergi celebrate besday aku!!! Tapi sebenarnya dia nak ajak aku cari kanvas untuk cover kereta masa parking. Ye la, orang dah beli kereta baru, kena la jaga betul-betul kan?? Sampai kan nak beli syampu kereta pun nak yang branded punya. Haktuihhh~ Hahahahahaha!!!!!

So Leen ajak aku ke IKEA. Ok la, aku malas nak fikir banyak, aku pun layan je la. Tu pun sempat lagi dia order kek coklat lembap aku 2 bekas. Alhamdulillah, ada rezeki aku lagi =)

Sambil-sambil aku layan balas komen kawan-kawan kat FB yang wish besday aku, aku buat la sikit-sikit lab report aku tu. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi yang jadi bukit bukan hasil kerja aku, tapi lemak dalam badan aku. Sebab buat kerja nya ciputttttt je, tapi tidur yang banyak! Hahahaa...

Pukul 5.30pm Leen sampai rumah dengan 'siput' barunya tu. Perghhhh.. Stylo beb! Sekali plastik seat pun tak bukak lagi. Hadoiiiiii la Leeen! Tak pe la, feeling-feeling kereta baru kan? Mesti la nak bau plastik kan? Hehe...

Kitorang terus ke IKEA. Nak cari kanvas yang sesuai. Sampaikan aku suruh dia amik kain kanvas yang dalam toilet sebagai penghadang pintu tu. Tu kan kalis air. Tapi lepas jalan-jalan kat bahagian lampu hiasan, ternampak plastik biru (macam beg plastik IKEA tu), saiz agak besar, so boleh digunakan untuk jadi cover kereta. Pas bayar, kitorang terus keluar dari IKEA untuk pergi dinner.






Langsir ni bukan kalis air. So bukan pilihan hati Leen!



Yang ni memang kalis air. Tapi pendek. Tak muat nak cover 'siput' Leen tu...
Last-last ambil yang murah punya, kaler sebijik macam beg plastik IKEA.


Dah beli plastik cover kereta tu, kitorang menghala ke Petaling Jaya SS2. Nak pergi makan kat kedai Uncle William. Leen cakap Nasi Goreng Ketam dia sedap. Ok, jom kita try! Sambil-sambil celebrate besday mak, nokkkk~~

Lepas masuk simpang SS2, Leen tersalah masuk simpang! Means kitorang SESAT!!! Uwaaaaaa... Bengangnya makkkkkk.... Again, aku terpaksa jadi GPS lagi. Apa la nasib aku, asal keluar dengan dia ni mesti sesat. Huhuhu.. Demi perut yang lapar ni, aku redhooooo je la... Lepas hampir sejam kitorang sesat, dengan bantuan GPS kat henfon aku akhirnya jumpa balik jalan asal. Jalan ke IKEA! So patah balik ikut jalan asal.. Perut aku dah makin perit ni, siap sendawa angin banyak kali. Takpe perut, sabar ye.. Nanti sampai kedai Uncle William, mak order macam-macam makanan yeeeeee....


Bila sampai kat kedai, perghhhhh! Punya la ramai!!!! Ada la dalam 500 orang dalam satu-satu masa. Parking lot lagi susah la nak cari. Hujung-hujung kami parked je kereta kat belakang blok kedai makan tu. Tapi tak la jauh sangat. Nama pun belakang blok je kan.

Sampai kedai, nasib baik ada meja kosong. Tapi tu pun belum dikemaskan lagi. Lepas kitorang mintak bersihkan meja, kami order minuman dan makanan. Nampak gayanya, lambat la makanan kitorang sampai. Ye la, sebab memang ramai sangat orang makan kat kedai tu. Tapi Alhamdulillah order kami cuma mengambil masa 10 minit je.. Best gila!!!!



Suasana kedai Uncle William
Susunan meja sehingga hujung blok! Gila panjanggggg..




Ni la Uncle William. Sangat peramah.
Beliau seorang chinese muslim berasal dari Kelantan.
Bahasa melayu beliau sangat fluent!



Sila abaikan gambar Leen.
Objek sebenar yang difokuskan adalah lelaki di belakang Leen (bertanda anak panah)
Siapakah beliau?



Dapat teka tak? Pic pun blurrrrrr (gerak-gerak)



Chakkkk!!
Ni pelakon Arash Mohammad. Macam tahu-tahu je aku nak snap pic dia...



Ni minuman aku. Nak order jus mangga, tapi dah habis.
So aku minta tembikai. Cantik kan cawan dia? Macam balang Nescafe'.
Harga RM8.00



Kalau ada penutup dia, boleh tutup dan terus bawa balik =)



Ni minuman jumbo Leen. Air Ribena Laici. Sedapppppp.. Cuma kurang manis.
Harga RM8.00. So aku rugi sebab cawan aku tak sebesar JUMBO GLASS ni.



Panjang gelas ni dari leher Leen sampai ke dada.
Besar kan cawan ni? Boleh share minum 3 orang...



Laici yang sangattttttt banyak! Macam
dia taruk 1 tin laici!



Lamb chop.
Dihidang dengan kentang lenyek, black pepper sause dan wasabi.
Sedappppp.. Ada 5 slices. Saiz setiap size pun besarrrrr... Kentang lenyek pun banyak!
Harga RM30.00. Boleh makan untuk 3 orang.
Selalunya harga lamb chop dalam RM18 ke atas. Itu pun paling banyak dia bagi 2 slices yang nipis dan kecik. Taruk fries pun ciput je. Yang ni memang berbaloiiiii!!!!



Besar kan pinggan dia???



Tuuuuu dia!!!!
Nasi goreng ketam.
Agak pedas (bagi tekak aku la), ada sotong, ada udang 6 ekor...
Ketam dia guna soft shell crab. Ada la dalam 6-7 ekor..
Nasi untuk sepinggan memang banyak, boleh makan untuk 2 orang.
Harga RM25 sepinggan.



Nasi goreng ketam.
Sedap, cuma ketam dia banyak minyak. Sebab dia goreng ketam celup tepung dan guna minyak yang banyak.
Bila makan sikit dah rasa muak. But not bad... Kalau share 2 orang makan untuk sepinggan, memang kenyang gileeeee!
Ni kan pulak makan sorang untuk sepinggan. Sangat sesuai dimakan dengan saka-saka yang di bela!
Hahahahhaa!!!!



Lamb chop



Total = RM96.00
Tidak termasuk harga HP Leen dan purse aku. Hahaha..
Thanks my dear sis sebab sudi open table untuk besday aku.
(sumpah makanan ni boleh dimakan untuk 5 orang!)



Alhamdulillah kenyang......
Masih berbaki makanan kitorang.



Lamb chop berbaki 3 slices.
Soft shell crab berbaki dalam 5 ketul.
Semua ni bungkussss bawak balik!! Siap mintak extra blackpepper sauce. Hehee..



Ni la 'siput' baru Leen..
Sama kaler dan sama model dengan siput aku & En Zul...
Pasni boleh konvoi sama-sama =)




Di kesempatan ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi wish for my besday. Terima kasih atas doa-doa kalian untuk aku dan keluarga. Hanya Tuhan yang Maha Esa yang mampu membalas jasa baik kalian.

Thanks again Leen sebab sudi belanja makan. Tahun depan belanja lagi eh? Kita gi bercuti pulak ke. Hehehe..

Now, aku nak tunggu En Zul balik dari kursus dan 'paw' poket dia pulak! =)

Love,

No comments :