It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 20, 2011

From My Kitchen : Brownies

Ehem-ehem..
Sejak dua menjak ni terasa teringin sangat nak makan brownies yang sedap. Nak beli, rasanya macam mahal pulak harganya. Sepotong lebih kurang RM7 lebih. Baik beli Indulgence, puas hati makan. Tapi kalau dah sedap, kenapa nak pertikaikan harganya pulak? Hmm, normal la manusia macam aku yang kufur nikmat ni.

Lepas search resepi, aku try cara buat brownies ni. Main belasah je campur adukkan bahan-bahan. Macam biasa, En Zul akan jadi mangsa aku untuk test rasa makanan yang aku masak. Agak-agak tak boleh nak telan atau macam keracunan makanan, aku lempar je makanan tu ke dalam tong sampah.

Setel.

Ok, bahan-bahan dan cara-cara menyediakan BROWNIES adalah :

Langkah A :



Butter (250g) - any brand should be ok.



400g coklat masakan.



First thing first, butter dan coklat masakan dicairkan dahulu dengan menggunakan kaedah double boiler.
(Double boiler - mencairkan choc dan butter menggunakan 2 periuk. Periuk bawah (besar) diisi dengan air, periuk atas (kecil) diisi dengan choc dan butter. Guna api perlahan sehingga bahan cair)



Teknik double boil. Sangat mudah. Jangan lupa, gunakan api yang perlahan.




Setelah butter dan coklat masakan cair, ketepikan dan biar ia sejuk.




Orait, langkah seterusnya (dalam bekas yang lain) :

Langkah B :




6 biji telur ayam (gred A)



2 cawan gula perang
(manis bergantung kepada selera. Boleh dikurangkan sukatan jika mahu).
Kalau tak ada, gula pasir pun boleh...




1 sudu esen vanila.



Semua bahan B dicampur dan dikacau sehingga sebati.
Kacau guna sudu je, tak perlu guna mixer.



3/4 cawan tepung gandum.
Ayak tepung.



1/2 cawan serbuk koko.



Tepung gandum dan serbuk koko dimasukkan ke dalam bekas bahan B dan dikacau sehingga sebati sekali lagi.





Masukkan badam / macadamia / hazel / pecan




Setelah semua bahan dikacau sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah digris dengan minyak/mentega.





Bakar di dalam oven selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
Cucuk tengah-tengah brownies menggunakan lidi.
Jika brownies tidak melekat pada batang lidi, itu menandakan ia sudah masak
=)



Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi dengan jayanya.



Jika nak taruk topping atas brownies, lepas brownies masak, patah/potong coklat masakan dan tabur atas brownies.
Masukkan semula brownies ke dalam oven dan biar coklat cair dengan suhu oven.
Selepas coklat cair, ratakan coklat dan biarkan sejuk.




Untuk tempahan :
Sila maklumkan seminggu lebih awal.



Eh?

Ok, aku merapu.



Love,

No comments :