It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 14, 2014

Bisnes Baking - Ok tak??

Ni wasap aku dengan Leen kelmarin.

Errr... Sedap giler babeng?
Kalau macam tu aku nak makan sendiri pun takut. Hahaha...

Sekarang kan sara hidup dah tinggi. So kena la cari side income.
Aku dulu rajin baking, Leen selalu jugak promot kat kawan-kawan kat sekolah dia (thanks ye Leen laling).
Antara yang selalu order kek aku adalah Kak Pura & Kak Shida.
(tenkiu banyak-banyak! Muah.. Muah.. Muahhh)
Sejak bulan puasa tahun lepas diorang asyik tanya bila aku nak start baking.
Diorang nak repeat order kek aku.
Aku kan pemalas, so selalu la bagi alasan mongok-mongok kat diorang.
Alasan pindah rumah laa, dapur sepah-sepah la, ada kelas la, ada exam laa..
Padahal kau memang malas kan? Terus terang je la ngok!
(eh, motip membongok kan diri sendiri, kau dah kenapa? Haha..)

Ramai jugak kawan-kawan yang suruh aku buat bisnes baking ni.
Kak Ain, Kak Ifah, Kak Azlin..
So agak-agak kalau aku buat bisnes ni, ada orang nak beli tak??

So far belum pernah lagi orang mati lepas makan masakan aku.
So petanda baik la tu kan?

^_^








Thursday, March 13, 2014

Steamboat & Grill

Lepas aku balik dari USM aritu, aku sempat keje seminggu je. Pastu aku terus outstation 2 minggu ke Segamat. Makin menjadi lambakan kerja kat ofis ni. Padan muka aku tak pandai manage keje. Hahaha.. Ikutkan tahun 2008 dulu aku pernah pegi ke Segamat. Tapi tak lama, dalam 3 hari. So aku tak berapa ingat jalan or memori aku kat sana.

Aku gerak hari Selasa 25/2/14 dengan Kak Ain. Naik kereta Ain sebab tak nak naik kenderaan ofis. Sampai sana dalam pukul 1pm, pastu Kak Ain hantar aku ke Neo Pegasus Hotel kat pekan Segamat. Kak Ain stay kat rumah makcik dia.

Sampai sana tengok hotel bersebelahan dengan kedai steamboat! Wahhhh.. Tetiba terasa diri ini dialu-alukan datang ke Segamat. Hahaha.. Malam pertama aku makan kat kedai sebelah steamboat, nama dia Ikan Bakar Juara kot. Aku makan nasi goreng daging merah, telur dadar & air laici kang. Total RM19 *telan air liur nak membayor!* Mahal gak la kalau nak kira menu yang aku order tu. Bukan mintak nasi goreng tenuk masak merah pun. Setakat nasi goreng tu dalam RM6, tambah telur dadar dalam RM2, pastu air laicikang dalam RM3. Tang mana yang hidden charge aku pun tak pasti.

Malam kedua aku makan kat Polkadot Steamboat. Perghh.. Teruja beb!

Selain steamboat, ada grill jugak uolss...
Harga RM20 untuk dewasa. Murah kan? Masa ni aku rasa nak maki-maki je kedai sebelah sana tu.
Yang sebelah kaler biru nunnnnnn..

Untuk kanak-kanak RM18. Untuk warga emas RM10.
Bagi aku harga macam ni kira sangat-sangat-sangat ok untuk steamboat & grill.
Kalau kat KL susah nak jumpa pakej bawah RM25/pax.
Lagipun makanan dia sangat variety.
Jom tengok pilihan yang ada.



First benda yang aku tala adalah eskrem. Ada 6 flavour.
Pilih je mana yang kau suka.
Aku pilih choc, vanila & oreo mint =)




Ni rencah-rencah untuk lempor atas eskrem.
Melt choc, kacang tumbuk (dua bendalah ni wajib rembat), yang dalam taperware tu ada cendol, marshmellow, nata de coco & macam-macam. Tak ingat dah ape yang ada.




Lepas tu kita serang ke bahagian seafood.
Untuk seafood ada 1 peti. Dalam tu ada daging, ayam, kepak, sotong, kerang, udang, dan pelbagai jenis kerang-kerangan seperti lala, kepah, scallop, mentarang, pepahat dan ntah macam benda lagi.




Pilihan aku cuma area sini.
Aku amik daging, udang, ayam, kepak, scallop, sotong.
Semua marinated kecuali scallop.
Yang lain-lain aku tak amik. Malas nak makan.




Ni sause untuk grill. Ada cream mushroom, blackpepper, bbq dan lain-lain yang aku tak tahu namanya.




Ni sause untuk cicah. Ada mustard, kicap, mayo, mayo jalepeno, mayo kari, blackpepper.
Lagi dua tu aku tak tahu sos ape.





Ni antara pilihan untuk yang frozen (yong tau foo).
Untuk frozen choice ada 2 peti. Pilih la mana yang kau suka.
Tapi aku tak amik ni. Aku lebih suka yang raw..
Yang jenis sejuk beku ni aku tak berapa gemar kalau bersteamboat grill ni.
Sebab selera aku dah tertangkap dek grill. Yang frozen ni budak-budak lain gi amik lempor dalam soup.
Aku tumpang-tumpang makan soup je laa...




Ni peti untuk frozen. Gila banyak kan?
Peti seafood (raw) ada kat hujung sana. Terlindung dek orang tu.




Ni mee yang disediakan.
Ada megi dan mee halus kaler hijau. Mee bayam kot.
Pastu yang dalam balang tu aku tak pasti ape benda nya.
Lupa nak tengok.




Cooker sebelah kanan adalah mushroom soup. Sedap hokeh! Creamy betul soup dia.
Yang sebelah kiri tu bubur jagung kalau tak silap.
Budak-budak ni makan bubur jagung ni manis gila babsss katanya!
Nasib aku tak amik. Hahaha..




Pilihan air ada 3. Oren, laici & sarsi.
Yang panas pun ada. Tapi kena bancuh sendiri - 3 in 1 coffee.




Antara pilihan sayur yang ada. Kangkung jangan dilupakan (paling tidak mendapat sambutan)
Pilihan aku untuk lempor dalam sup adalah tomato cherry, oyster mushroom & cendawan jarum tu.
Pastu amik jagung seketul nak buat bakar. Yang lain-lain aku tak amik.


Tambahan (tiada dalam gambar) :
Ada nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, bihun plain (untuk masuk dalam sup),
kek buah, jeruk buah, roti bakar. Yang lain aku tak ingat. Maklum la, dah tua.




Sape-sape nak tengok kat Facebook, sila lawat "polkadot steamboat & grill"
Kalau makanan tak habis, dia timbang setiap100g dikenakan bayaran tambahan RM5.
Nasib baik aku tak kena extra charge. Well, aku kan hebat bab mentekedarah ni.
Tak rugi bawak aku makan buffet ni weiiii..
Sila la bawak aku ye.. Insya Allah selamat duit korang dari extra charge.




Ni first plate aku.
Scallop, chic wing, sotong, daging.
Beriya amik daging nak feling-feling macam Running Man bakar daging. Nampak sedapppppp sangat!




Nah, selamat lempor atas grill.
Nampak udang aku kat sebelah kepak ayam tu? Sama besar okeyyyyy....
Jagung pun siap bakar sekali. Yang dalam sup tu aku cuma lempor sayur-sayur & scallop aku.
Yang lain semua aku bakar.

Eh lupa nak cakap.
Pilihan kuah ada tomyam dan sup biasa.
So kitorang pilih tomyam. Sedapppp.. Siap ada daun limau purut & ketumbar.
Wangi!




Tadaaa.. Dah siap first plate aku.
Sedap gak marinate dia. Lagipun dia potong daging & seafood kecik-kecik.
So perapan tu memang rasa la..


Balik KL weekend tu aku report kat En Zul.
Ahad tu En Zul & anak-anak hantar aku ke Segamat. So aku ajak diorang makan steamboat grill lagi.
(sebenarnya aku yang nak repeat makan situ. Beriya ajak family konon-konon family yang teringin nak makan. Puiiii!! Alasan semata-mata!)




Kali ni En Zul pilih sup pulak. Tak nak amik tomyam sebab takut anak-anak pedas.
Padahal anak-anak suka makan tomyam. Apadaaaaa...

Sup dia sedap. Tapi podehhh!
Dia hiris cili api kecik-kecik dan campur dalam sup.
Dah la dia masuk dengan daun bawang sekali. Memang susah nak beza antara daun bawang & cili kalau dah hiris kecik-kecik gitu.
Kesian anak-anak aku tergigit cili..
Kali ni memang banyak makanan frozen. Sebab anak aku yang amik.
Yang raw tu aku amik dalam 2 plates je. Lagipun En Zul ni tak kuat makan. Anak-anak pun cepat kenyang.
So aku je la yang tukang memperabiskan makanan tu.


Lepas En Zul & anak-anak balik, aku repeat steamboat & grill dengan Siti Payung hari selasa depannya (jangan tanya kenapa aku panggil Siti tu payung. Rahsia kerajaan katanya. Hahaha). Selang 2 hari aku makan steamboat. Agaknya pekerja kedai tu pun dah kenal dah aku. Maklum la. Kuat makan. Setiap kali makan mesti licin, memang mudah dikenali la kan.. Tambah dengan badan saiz gajah ni lagi mudah orang nak cam. Hahahaha..




Kitorang amik tomyam. Sedappp..
Kali ni ada ketam la pulakkkkk... Besar wehhh! Tapi udang tak ada.
Takpe laa... Janji aku puas hati. Payung banyak amik yang frozen.
Yang raw tu aku je yang amik, pas masak aku bagi payung makan.
Sebab kitorang makan berdua je, so atas grill tu agak kosong.




Well, as usual aku amik makanan raw.
Besar kan ketam aku? Pueh hati!




Masanya Mr Crab aku nak terjum dalam sup tomyam.
Kali ni ada bahan raw yang tak marinated. Payung amik sotong, pegi lempor dalam sup.
Maka hitam la tomyam aku sebab mata sotong pecah. Hahahaha...
Tapi sebab masuk bahan seafood dalam sup, tomyam aku makin manis..
Memang kenyang la aku hirup sup tu.




Hey, where's my hammer?


Ain cakap 2 minggu aku duduk kat Segamat, 3 kali aku makan steamboat & grill.
So better aku balik KL cepat-cepat.
Kang aku kena gout sebab banyak makan seafood kat Polkadot ni.

Huh, dengki.