It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 23, 2011

From My Kitchen : Seafood Lasagne

My 1st trial making seafood lasagne.



Malam ni aku masak seafood lasagne.
Tapi malam ni aku stay sorang, En Zul kursus kat Morib.
Temanya aku makan sorang-sorang sampai muntah!

Seafood lasagne.
Tak ada sotong.
Tak ada ketam.
Tak ada tiram.

So apa yang seafood nya?

Yang ada cuma udang saiz 'M' 8-9ekor.
Yang ada cuma crab stick.
Yang ada cuma bebola cuttlefish.

Lantak la kan?
Janji ada perisa seafood. Hehehe..

Bila dah masak, rasa macam banyak la pulak.
Padahal masa sebelum masak, masa nak prepare bahan-bahan, gila tamak nak potong & masukkan semua bahan.
Sekali bila dah masuk dalam kuali, rasanya boleh makan untuk saiz hidangan 5-6 orang.
Bila tengok kat kotak lasagne tu, 'hidangan untuk 6 orang'.

Sedangkan aku?
Sorang!

Ulang la makan untuk stock 2-3 hari.
Hahahaha..




Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang merah & bawang putih. Tumis sampai naik bau.



Masukkan cili boh. Kepedasan ikut citarasa ye.
Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air ye, puan-puan....
Air tu biar lebih supaya dapat memasakkan lasagne dengan sempurna.



Masukkan daging kisar. Apasal pucat je daging frozen ni?
Daging murah ni!



Masukkan crab stick & bebola sotong.



Masukkan sayur (lada benggala, celery, carrot, brokoli, tomato)
Masak sampai kuah mendidih.
Masukkan garam



Masukkan cendawan butang. Hiris nipis-nipis ye.



Masukkan sos tomato. Aku pilih Prego, sebab dah ada kat rumah.
Guna tin yang kecik je pun boleh.



Masukkan udang yang sudah dikupas kulitnya.
Jangan masak terlalu lama. Nanti hilang rasa manis & udang jadi keras.



Last sekali masukkan daun oregano & basil yang kering ni ye.


Baik lah.
Sekarang mari kita masak kuah cheese pulak.
Gambar tak banyak, jadi sila fahamkan betul-betul.
Hahahaa..



Panaskan butter dalam sauce pan.
Masukkan tepung gandum 3-4 sudu makan.
Gaul sampai sebati.
Masukkan susu segar 2 cawan.
Pastikan tepung tak berketul.
Masukkan garam sikit, dan masukkan cheddar cheese dalam sos.
Biarkan cair dan sebati.


Masukkan cheese 10 slices.



Lasagne ni tak perlu rebus dulu.
Susun lasagne dalam periuk atau dulang caserole. Pastikan lasagne menutup semua dasar dulang.
Curahkan kuah tomato tadi, berselang seli dengan sos cheese.
Susun lasagne dan curah kan lagi kuah tomato & cheese.
Ulang sehingga habis. Pastikan sos tomato tu banyak dan menenggelamkan semua lasagne.
Supaya lasagne masak sepenuhnya dan tidak menggeleding bila di bakar.



Ok, dah siap. Taburkan lagi oregano & basil di atas lasagne.
Bakar di dalam oven selama 40 minit menggunakan suhu 180 darjah celcius.
=)

No comments :