It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 31, 2014

School Holiday 2014

Sebelum aku nak sembang-sembang teh tarik pasal school holiday ni, aku nak selitkan doa mengenai banjir di pantai timur.

Aku doakan semoga Malaysia, khususnya negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir ni selamat dan mendapat bantuan dengan semaksimumnya. Aku juga doakan agar negara ni dijauhkan dari malapetaka yang lain di masa hadapan. Juga aku hulurkan doa untuk penumpang dan anak kapal AirAsia QZ8501 (Surabaya-Singapura) agar semuanya selamat.

Amin ya robbal'alamin....


Dan aku nak combine semua sekali cerita school holiday dalam entry ni.
Tapi untuk school holiday hujung tahun ni la. Kiranya penutup tahun 2014.

Kali ni percutian lebih kepada meraikan anak-anak.
Nak menggembirakan anak-anak.. Walaupun keputusan periksa so-and-so je..
Janji peratus keseluruhan naik, nombor kedudukan pun naik, kira ok la.

Jadi mari kita menggembirakan hati anak-anak.
Kalau anak-anak happy, mak ayah pun happy.
Tapi kalau mak ayah tak happy, anak-anak sila jangan tambah lagi ketidakhappyan mak bapak korang ni ye.



Percutian kali ni bukan pegi tepi laut sambil duduk atas dahan pokok ye.
Percutian ala-ala Demorian Crew Nora Danish ni bukan pilihan kami.
Sebab style gini bukan boleh menggembirakan sangat jiwa anak-anak aku.
Mungkin aku sendiri tak boleh nak relaks-relaks tenangkan fikirkan, sebab anak-anak meroyan tak boleh buat aktiviti diorang - what else? Main-main la!



Hari Khamis (19 Dis) adik En Zul (gelaran Paklang & Maklang) datang dari Kedah.
Sebelum tu diorang singgah kat Cameron Highland dan terus ke KL.
Diorang sampai rumah aku dalam pukul 10pm.
Malam tu diorang just rehat-rehat je.
Ye la, kau nak ke mana malam-malam buta?
Down town? Dataran Merdeka?
Lupakan je laa.. Baik rehat tidur kat rumah. Lagi syok.

Dah lama anak-anak tak jumpa sedara-sedara Kedah ni, kemain lagi kencang sembang diorang.
Dah pukul 1am masih tak tidur-tidur.
Ntah apa yang disembangkan aku pun tak tahu.
Yang pasti dari dalam bilik aku boleh dengar suara hiruk pikuk diorang bersembang.



Pukul 2am masih mampu open table makan eskrem.
Mampu?
Nak lepak kopitiam pun tak boleh sebab masih bawah umur.
Siapa nak drive ke kopitiam kan?
Jadi penyelesaiannya adalah lepak-lepak kat rumah je la.


..... dan pukul 5am baru masing-masing terlelap.
(kalau time tu kau bertahajud insya Allah banyak pahala kau nak...)


Nah, sampai ke tengahari masih terbongkang kat depan.
Dengan tak berbantal, tak berselimut, asal mata lelap kira okeh sangat dah!



Hari Jumaat diorang jalan-jalan ke Ikea dan Times Square.
Malam pukul 10am baru balik.
Again, malam tu pun diorang tidur lewat jugak.
Takpe.. Takpe.. Mummy bagi chance sebab cuti sekolah.
Kau tunggu nanti bila sekolah dah bukak.
Kau buat perangai tidur lambat & bangun lambat, mummy libas bontot kau dengan belt.

Hari Sabtu Paklang & Maklang sekeluarga balik ke kampung.
Pagi tu aku ke rumah jiran. Ada kenduri cukur jambul cucu jiran aku.
Jiran tu suruh datang pagi. So kitorang pun datang pagi la.
Ingatkan sekejap je la nak pegi rumah dia.
Sekali dia pulun buat 5 majlis sekali!
Dengan majlis cukur jambul, majlis bertunang, kenduri doa selamat, kenduri tahlil..
Ntah kenduri apa lagi ntah. Naik lemau aku duduk rumah dia lama-lama.
Anak aku sampai tertidur-tidur kat situ.
Dah kau tidur lambat main-main dengan sepupu kau siapa suruh?!!

Sampaikan Paklang & Maklang balik ke kampung tak sempat nak jumpa aku.
Minta maaf ye.. Nanti datang lagi rumah ye.
Sebab aku pun tak ambil cuti untuk bawa diorang jalan-jalan.
Pandai-pandai la gamble pusing cari jalan sendiri.



Balik dari kenduri tengok ada hiasan dinding.
Huhuhuuu.. Sepupu budak-budak ni pakat conteng dinding ruang tamu.
Nasib la conteng pakai pensel IKEA.
Boleh jugak padam dengan pemadam. 




Sekali terpandang kerusi kat ruang tamu kedua.
Alamak! Kali ni kena conteng dengan pen.
Masak lerrrr..
Try tonyoh dengan clorox, nasib baik hilang ink dia.
Phewww...



Petang tu selepas Maklang & Paklang balik, adik En Zul yang lain pulak sampai.
Ni Makteh, Pakteh dan parents-in-law aku datang naik satu kereta.
Diorang sampai dalam pukul 6.30pm.
Malam nya pulak dalam pukul 12tghamalm datang pula lagi 2 kereta.
Semua ada.
Maklong, makjang, pakjang, makndak, pakndak, makcik, paksu dan semua anak-anak diorang.

Ok, untuk pertama kali rumah aku penuh dengan tetamu.
Alhamdulillah =)

Sejak pindah rumah ni tak pernah lebih dari 10 orang.
Kali ni meriah sikit rumah aku.
Tetamu kan bawa rezeki Allah.
Semoga rezeki kami sekeluarga melimpah ruah la hendaknya.
Amin....

Esoknya kitorang balik ke rumah Mak ayah aku.
Mak aku memang happy la family besan dia datang.
Siap-siap masak untuk lunch.
Kitorang naik 4 kereta serang ke Gombak dengan perut yang lapar.

Pakjang pulak bawak satu tong ikan untuk masak kat rumah aku.
Tapi sebab dah plan nak ke rumah mak aku, so kitorang bawak sikit ikan bawal putih & sotong ke Gombak.

Lepas setel makan, Makteh, Pakteh & mertua aku terus balik ke Kedah.
Sebab Pakteh kena duty hari keesokkannya.

Tinggal la tiga kereta terus pecut ke IKEA.
Plan nak ke KidZania. tapi dah lewat maka aktiviti emak-emak pulak kita buat.
Bila mak-mak dah puash shopping, the next activities boleh la buat untuk anak-anak pula.



My little cayang..
- AM -



Am muka masham sebab baru bangun tidur.



Lepas IKEA, dua kereta gerak ke Shah Alam - yes, ke ICT pulak.
Aku dah tak larat, so aku ajak En Zul balik dulu.
Sampai rumah dalam pukul 10pm.
Lemauuuuuu.

Geng-geng ICT sampai rumah pukul 2am.
Amboihhh.. Kemain lagi pusing-pusing tengok lampu ye.


Esoknya kitorang naik ke Bukit Tinggi.
Sepanjang perjalanan hujan renyai.
Sejukkkk.. Kabus pun tebal.
Sampai Rabbit Farm, hujan masih renyai. Nak naik Colmar Tropika pun segan-segan.
So tukar plan B.

Turun dari Bukit Tinggi, terus ke Times Square.
Terpaksa redah jammed orang balik dari kerja.

Damn!



My little cayang tidur je all the way.
Penat main-main dengan geng-geng.
Tambah hujan kat luar, nyaman je cayang tidur kan?




Tukar posisi sikit cayang...
* kiss muah-muah *




Gambar ramai-ramai.
Eh, mana paklang & maklang sekeluarga?

(tak cukup korum.. huhuhuu)


Sebab tak semua budak-budak ni lepas nak main Theme Park, terpaksa tukar plan.
Again...


Bawak diorang main kat Pusat Video je la.
Hahaha!










Bapak boroi, anak rintik.

-simpulan bahasa aku-




Kaki tak sampai. Terpaksa paklang kena tekankan minyak.
Kereta pun main langgar je kiri kanan.
Janji Am dapat pegang stereng.
Kahkahkahhh...



Let's race, dude!

... kata Dominic Toretto kepada Brian O'Conner.




Si abah nya main sampai lupa kat anak.
Hish..hish...hishhh...

Nampak gaya orang dewasa yang melebih-lebih dari kanak-kanak.




Sebab Arash asyik kacau abah, meh sini abah belanja kasi satu race.
Lepas ni jangan kacau abah main tembak-tembak ye.




Golongan ibu-ibu mithali duduk tepi standby duit nak tukar token je.




En Zul : Ni bila turn aku pulak ni??

- cekak pinggang -




Pritttttttt.... *bunyi wisel abam polis trafik*

Sila berhenti ke tepi puan..
Kenderaan puan melebihi had penumpang ni.




Ni bunyi lagu dah on lama dah.
Tapi si kenik ni tak menari-nari pun.
Kaku je atas platform. Kahkahkahhh...


Lusanya kitorang ke Rabbit Fun Land.
Sedara mara tak ikut sebab diorang dah balik ke kampung.
Terima kasih kerana sudi datang ke teratak buruk kami.
Senang-senang singgah la lagi ye.

Kitorang ke Rabbit Fun Land ni sebab nak lepas dendam kesumat kat Bukit Tinggi.
So anak-anak pakat lepas geram nak feeding the rabbits.



Rabbit Fun Land ni belakang rumah aku je...
Selama ni tak pernah tahu pun.
Kalau tahu nak hujan kat Bukit Tinggi, baik aku bawak sedara mara datang sini je,
Dekat sangat... 15 minit dah sampai.




Sampai je tengok tak ada pelawat.
Boss farm pun nak keluar jalan-jalan.
Dia bagi permission parking bawah garaj.
Kerlasss kau!




Ok, lokasi Rabbit Fun Land ni betul-betul depan pintu masuk laluan ke Bukit Broga.
Kalau dari Semenyih kena exit depan Petronas menghala ke Nottingham Uni & Bukit Broga.
Kat ladang tu memang boleh nampak Bukit Broga la.



Masuk RM5. Kalau kat Bukit Tinggi bayaran masuk RM3 je.
Tapi makanan sini pakai carrot. RM10 kauuuu!!! Maheiiii...
Kat Bukit Tinggi makanan guna pelet. Kitorang dah siap-siap beli pelet.
Rugiiiii..

Lepas ni kena standby carrot banyak-banyak.
Beli kat NSK 5 kilo terus. Murah je.




Sebab tak ada pelawat, kitorang dapat harga total RM50 je.

Masuk = RM20
Carrot 3 paket =  RM30
Pony Ride = RM16

Jumlah = RM66
Penjimatan = RM6 (boleh beli air mineral. Air karbonate tak lepas)


Malas nak taip panjang-panjang.
Tengok je la gambar ni kat bawah.
Sila buat caption sendiri ye.






Harap badan menggajah tapi penakut ni weh!




























Apa nama binatang ni ye?
Aritu ada En Zul sebut. Tapi aku lupa nama dia.
Serius besar wehhh!! Tak pernah aku tengok badak sebesar ni.
Y_Y



Panjang gila reban rabbit ni.

Eh, reban ke? Bukan kandang?
Ke sangkar? Hurmm.. Rumah barangkali.




































Kakak memang berani.
Tak sia-sia bawak budak ni.













Pony ride.
Haa.. Ni mak dia yang lebih-lebih paksa anak naik.
Padahal anak tak nak naik sangat pun.
Paksarela je la anak oiiii..

Kahkahkahhh...












Haippppp.. Tangan kat mana tu??
Nak kena babap ni!








Terpaksa suruh En Zul follow diorang.
Takut ada kes raba pulakkk...
















































Susah sangat si Aleeya ni nak tangkap bunny.




Masih gagal.




Tengok ayah kau.. Relaks je.
Siap bunny yang datang menyerah diri.
Tu En Zul curi-curi bagi pelet kat bunny. Carrot dah habis.












Abaikan kaki gajah aku tu.
Berani bunny gigit-gigit nak curi selipar aku.




Ika dah mula buat drama...


The next day (Christmas) anak-anak pegi A Famosa pulak.
Plan nak pegi Gambang Waterpark. Tapi banjir melanda Pahang so cancel.
Tukar venue pegi Melaka.

Credit photo : Leen's





















Hari ke 2 di Melaka.











Auntie Leen belanja kasut. Tenkiu!!












*biar gambar berbicara*







Gajah. Dugong. Cicak Tokek.



Aku tak paham apa motif gambar ni. Semua sama je...
Rupa-rupanya bak kata Leen :
"Perkara yang difokus kan dalam gambar ni adalah latar belakang yang berbeza"

Oooooo....

So sila abaikan gambar depan.

Tenkiu Auntie Leen sebab bawa Ika & Aleeya jalan-jalan.
* kiss & hugs *


Next day pulak.
Last activities - Memancing di Cyberjaya ^_^







Tak ramai orang.



Kakak berjaya dapat 2 ekor ikan keli.
Yeayyy..

Ikan di bawa ke kolam ofis En Zul.





Video memancing.


Sekian, tamat la sudah aktiviti cuti sekolah 2014.
Oh, cuti sekolah sambung lagi sebab bencana banjir?
No more jalan-jalan. Aku dah sengkek.