It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

AKTIVITI MEMBUANG MASA


Hari ni sungguh bosan di ofis. Kerja seperti biasa – BERTIMBUN!

Kesian En Zul. Hari ni dia demam. Baring je ruang tamu. Masa aku nak keluar rumah, berat je hati nak tinggalkan dia sorang-sorang (eh, sayang jugak aku kat mamat ni walaupun dia suka sakitkan hati aku). Pukul 11am En Zul pergi Klinik Warga. Dapat mc 1 hari. Dia budget dapat mc 2 hari. Ek eleeeeeh… Ada hati nak cuti lama-lama. Sakit betul kah kau ni bang?????

Kat ofis ni ada pulak orang buat construction. Hadoi…. Kau tak boleh ke buat bukan waktu kerja? Selepas pukul 5pm ke, weekend ke.. Ni tak, pukul 8am dah berdondang sayang dengar bunyi dari drill dia tu.
Time bosan macam ni, aku layan la mp3 kat computer aku ni. Tapi, nak dengar lagu ape yek??

Lagu Siti?
Dah selalu dengar…
Lagu rock kapak?
Hari ni jiwa tak terasa nak layan lagu macam ni…
Lagu nasyid?
Hish.. Mana ada lagu-lagu Islamik dalam pc aku ni.

Sedang menggodek-godek mouse, mata aku tertancap pada folder ni --->

tengok folder yang dah aku bulatkan dengan warna merah tu. boleh percaya????



Haaaa… kau! Hari ni aku layan lagu-lagu HINDUSTAN!!!


Bolecudiyannnnnn!
Kabhi kushi kabhi gam~


Hehehe….
Terasa macam Aisywarya  Rai pulak!
Sambil dengar lagu-lagu ni, kaki aku ni bukan main rancak lagi bergoyang!






Tetiba……………..
Dussshhhhh!!!!!!! (petir sabung menyabung~!!!)




Lagu Hum Ko Humise Chura Lo keluar!
Secara tidak semena, air mata aku berjujurannnnnnnnn……

Wahhhh.. Shahrukh Khan sedang men'SKODENG' lurah dendam Aisywarya Rai!!


Uwaaaaa…  Sedihnya lagu ni.


Hish, over la kau ni Chempaka!
Setakat nak bayangkan video clip lagu ni tak pe la. Kan best tengok Shahrukh Khan menyanyi dan menari dengan Aisywarya Rai . tapi yang kau tetiba menangis tu ape kessssssss???


MEROYAN KERRRRRRR???????

Sunday, March 27, 2011

APAKAH AKU MASIH DI TAKUK YANG KUNO?

Hari ni aku & En Zul balik ke rumah mak lang di Gombak. Urusan nya adalah untuk mengangkut set bilik tidur kami yang masih berparking di rumah mak lang semenjak perkahwinan kami. Sampai di rumah, yang ada cuma Leen yang masih belum mandi (sebab tu orang tak berani nak masuk meminang kau!).

Lima minit kemudian, mak lang kepoh-kepoh melihat aku bawak balik peti ais.

Mak Lang : Eh, peti ais sape ni dik? (panggilan aku di rumah adalah ADIK. muda remaja gitu haaaaa...)
Aku : Peti ais mak la.
Mak Lang : Yang mana 1?
Aku : Yang lama punya. Masa bujang dulu kan adik ada pinjam peti ais mak. Pas kawin nak pulangkan balik la.
Mak Lang : Ooo... Elok lagi ke?
Aku : Dah rosak!
Mak Lang : Itu bukan nya pulang balik. Itu campak buang kat umah aku!



Okkkkkk... Esok lusa kami buang benda lain pulak yer! Ala makkkkk.... Bukan rosak la, tapi gas dah abis. dah setahun pun kondisi nya cenggitu.

Hahaha....



Sementara kami menunggu lori sampai, kami duduk melayan Astro dulu. Pepagi ni ntah ape cerita, aku pun tak tahu, belasah la labuuuuuu!


Lalu, datang la Leen dengan dulang emasnya.



Leen : Jemput la minum.
En Zul : Ok
Aku : Ape cerita ikan-ikan anak aku? Dah mampos ker??? (Ika & Aleeya main Aquarium kat FB untie Leen diorang)
Leen : Eh, tak la. Hidup je lagi.
Aku : O, yeke??? Kau yang jaga? Sanggup plak kau? Aku ingatkan kau dah tak nak main lagi game bodoh tu.
Leen : Bukan aku yang jaga, mak yang jaga!



Errrrkkkk!!!!

Adakah aku salah dengar @ Leen yang salah sebut???
Mak Lang main game Facebook???
Sudah hilang akalkah???


Sedangkan aku yang muda remaja ni pun tak main benda-benda macam tu, inikan pulak mak aku yang dah menopos tu???

Hadoiiiiii... Sungguh aku ketinggalan zaman!




Okkkkk... Malam ni kau tidur sorang ye bang! Aku nak main game Facebook jap. Agak-agak dah bosan, aku naik katil then kita sambung GAME kita pulak ye bang! muehehehee...

Wednesday, March 23, 2011

aku sendiri tak tahu apakah perbezaannya???

sedang kami berjalan-jalan di dalam Muzium Seni di Bandar Kuching........


Aleeya : Mummy, orang tu India ke Keling?

Mummy : India ke, Keling? berbeza ke dua-dua tu??

Aleeya : a'ah. India tu hitam sikit. tapi Keling tu hitam banyak.....

Mummy : ooo.. ye ke?? habis tu, ape bezanya Keling dengan Paria?

Aleeya : Mummy ni.. Keling tu keling la. Paria tu kan sayur yang mummy suka makan tu la.. (peria)



okkkkkk....!!!!!!

HOLIDAY & HONEYMOON DI SARAWAK SAMBIL MENYAMBUT BESDAY

haaaa, title entry kali ni memang merapu!

holiday?
honeymoon?
celebrate besday??


3 in 1 cik kiah oiiii~!!!!!!!

ni temanya nak save budget. takkan la arini nak gi honeymoon. selang 2 hari bawak anak-anak gi holiday. pastu nak gi celebrate besday pulak! kan banyak nak makan belanja tu... kan lebih baik sekalikan aje semua event dalam 1 pakej. hahaha..


tapi, besday sape erkkkkkkk....???

ehem.. ehem...


BESDAY SAYA LAAAAAAAAA....!!!!


hepi besday to me...
hepi besday to me...
hepi besday to CHEMPAKA MERAH...
hepi besday to meeeeeeeeee....... ooo ye yeaaahhhhh~!!!



over la ko ni Chempaka!


ok. aku mulakan cerita entry selepas pulang dari cameron..
(cer cite.. cer cite...)


selepas sampai umah, aku terus mengemas baju-baju yang nak di bawa ke sana. cukup la sekadar 1 beg besar yang boleh menampung 4 orang selama 4 hari 3 malam. kami akan bertolak pada 15 Mac 2011 pukul 7.20am. kami naik air asia (murah sikit la... untuk tiket 4 orang pergi balik with extra luggage dengan harga RM508. padahal aku boleh dapat harga yang lebih murah, sebab mase airasia buat promosi, aku jual mahal tak nak beli tiket! BODOH!!!)

malam tu, Leen tidur kat umah kami sebab dia akan tolong hantar kami ke airport. Leen tu kakak aku (masih single & available, hokeh!). anak-anak aku punya syok la main game kat facebook dengan untie Leen diorang. dah pukul 1am masih belum tido sebab seronok main game! ape lagi, menjerit la anak tekak aku menyuruh diorang tido!

kalau naik air asia, mesti 2 jam lebih awal datang ke airport untuk check in kan? mase ni aku tak check in online dari rumah. saje nak pedajalkan anak-anak suruh bangun awal. pukul 4am diorang dah kena bangun tido, hokeh!! hahahahaa... menggeletar la badan diorang mandi pagi-pagi buta ni. sape suruh tido lewat?? dah pesan awal-awal suruh tido awal sebab nak kena bangun awal.

sampai di LCCT, dah nak masuk ke pintu berlepas, si ayah nya pulak pepagi nak memerut! arghhh.. dah la lambat ke airport. aku cakap 2 jam lebih awal. nak jugak dengar cakap dia. 1 jam 30min pun boleh.... tapi kalau dah campur dengan masa anak-anak melenggang kangkung, dengan kau nak gi berak plak, tak ke dah makan masa lebih dari 2 jam bang oiiiiii...???

nasib baik kami tak tertinggal flight. kalau tak kompem aku akan jadi amukan puaka! naik flight anak-anak meragam nak makan. ok la, memang adat la masa pepagi ni anak-anak rasa lapar. si aleeya order set pizza sekali dengan toys. si Ika pulak order nasi ayam. bile dia tengok aleeya dapat toy, mula la dia nak buat taikkkk!!!! mengamuk nak toy pulak!! dah le crew cabin tu hensem tahap universe. masa ni la kau nak buat perangai! buat malu mummy je tau. kau sedar tak muka dia macam mamat ni ------>


errr... nama mamat hensem ni ZUL.. adakah semua orang yang nama ZUL hensem-hensem belaka?? adakah?????


aku ni dah malu tahap ciban ni! kebetulan set pizza tu dah habis, tinggal 1 je lagi untuk aleeya. memang tak duduk diam la ika. disebabkan mummy terlalu cantik, maka Zul hensem ni menawarkan lagi 1 mainan untuk ika secara percuma! (sape2 nak muntah, silakan!)

sampai je kat airport Kuching, kami disambut oleh Narun aka paksu. dia ni sepupu En Zul. dia pilot dan bekerja di airport Kuching ni. isteri dia, Vict aka maksu bekerja kat salah satu restoran kat airport ni jugak. paksu amik cuti sebab nak bawak kami jalan-jalan. tapi maksu tak dapat cuti. diorang tinggal di 4rd Mile, umah semi-D dan hanya tinggal berdua saje.

kak Vict & abg Narun (maksu & paksu)

lepas breakfast kat restoren maksu, kami ke Jong's Crocodile Farm & Zoo. saja nak tengok-tengok buaya kat sana. (macam la tak puas tengok buaya darat kat KL ni). best jugak kat sana, dapat tengok binatang liar, tengok buaya makan ayam mentah.rasa-rasenya farm ni yang paling best antara farm-farm buaya yang pernah aku pegi. taman buaya kat melaka??? nama je taman buaya, tapi buaya langsung tak ada!!

saje nak tunjuk inai di jari. motif??
budak kecik berdua ni kalau dah jumpa makanan merepek diorang, mula la nak menggedik! arghhh..
NO WAYYYYY!!!!

berkejaran untuk melihat show memberi buaya makan. sungguh over kau ni la banggggg........

skali ngappp je tu!

geng buaya yang tersadai kekenyangan.

opsss... cube lagi dik!

korang tengok tu. memang over En Zul ni. anak pun ditinggal kat belakang

hi darling, boleh berkenalan???

binatang ni memang bangsa pemalas! tido je kejenya!

Tailless Crocodile.. kesian dia x de batang ekor....

Bujang Senang's Skull. betul ke ni???? ko tengok gigi dia... humang aih!!!!


biawak ni baru nak tukar kulit

pic ni aku tengah gaduh dengan En Zul (sebab pergaduhan dirahsiakan!)

kau tengok tu muka En Zul. badan dia senget sebab nak pegang tangan aku. konon-konon nak memujuk aku semula.
eh, pandainya aku berlakon seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. cheh!



selama 4 hari disana, makanan kami sangat mewah. bahan mentah sangat murah. jadi makanan tengahari kami sampai 4-5 jenis lauk. penuh 1 meja makan! percutian kami ni sangat best sebab adanya paksu & maksu. diorang sangat sporting, tak berkira & mesra. kami berjalan-jalan sekitar kuching sampai ke santubong. banyak kenangan kami di sana... harap-harap selepas ni paksu & maksu sudi menerima kunjungan kami lagi.












GALERI


tugu kuching yang lama

tugu kuching yang baru

Kampung Budaya, Santubong

pantai di Kampung Santubong

smile~

Ika, apsal ko macam tugu negara plak kat situ???

makanan fav! NASI AYAM PENYEK & TEH C PENG SPECIAL

Kampung Budaya (anak dah mengantuk)

pantai Kampung Santubong


bergambar di potret Brookes



amboi aleeya..... cantiknya kamu duduk!!!!



malam sebelum kami pulang, 4 ekor kucing paksu jenis American Shorthair di curi orang. ada orang yang pecah masuk rumah paksu (panjat pagar belakang & kopak pintu sangkar kucing). harga seekor kucing RM3000. kalau dah 4 ekor hilang???

harga kucing dah sama mahal dengan harga hantaran kawin!

Tuesday, March 22, 2011

SIAPAKAH...???

mungkin ada yang tertanya-tanya, siapakah ------>>

* En Zul ??
* Ika ??
* Aleeya ??

haaaa... di sini aku nak bagitahu kat korang yang aku baru je berkahwin dengan duda anak dua.



apee????



takkan terkejut pulak? sedangkan Siti Nurhaliza kawin dengan Datuk K anak 4, tak de kesah punnnnnn...



eh, itu Siti... ape kena mengena dengan ko plak Chempaka???
wakakakakakaaaa...


ok, nama En Zul adalah ZULFAKHA SHAFIE. ni wajah yang sering mengganggu mimpi-mimpi tidur malam ku ---->>





En Zul adalah di sebelah kanan. yang kiri berbaju batik adalah ayahandanya. TOLONG JANGAN TERTUKAR PULAK!!!!





ok, sekarang giliran ika pula. namanya adalah Nur Natasha Zulaikha Binti Zulfakha. ni gambarnya ---->





Ika with her turtle



last but not least, Nur Aleeya Zaakirah binti Zulfakha. ni gambarnya ----->>





ala-ala princess. untuk persembahan akhir tahun (mak aihhhh.. gelapnya kamu.. xpe, mummy tetap syg aleeya)





haaaa.. mereka ni la yang menceriakan hidup aku sekarang. biar la ape pun orang nak cakap, aku x peduli. asalkan KEBAHAGIAAN ADALAH MILIK AKU!



MUMMY LOVES U ALL!!!! MUAAAHHHH!!!!

Monday, March 21, 2011

CAMERON HIGHLAND

lepas kenduri menyambut menantu dijalankan di Pokok Sena, Alor Star (12/3.11), kami berangkat ke Cameron Highland. saje nak jalan-jalan bawa anak. alang-alang dah nak balik KL kami naik ikut Simpang Pulai dan turun lalu Tapah.

ikutkan hati nak beli macam-macam kat sini. tapi memandangkan esok (15/03/11) kami akan terbang je Kuching, so kami cuma beli sayur-sayuran untuk maklang & strawberry celup coklat untuk makan dalam perjalanan.

kami cuma berjalan-jalan dan mengambil gambar je. itu pun aku dha rase macam nak patah kaki & nak putus urat belikat berjalan-jalan melayan karenah anak-anak. tak banyak pun gambar yang menarik. dari pemerhatian kami, cameron highland ni tak best macam masa dulu-dulu. cuaca pun dah panas. mungkin akibat dari kemajuan yang di bawa masuk ke cameron ni. sepanjang perjalanan banyak construction dan pembukaan tanah.

melihat keseronokkan ika & aleeya di sini, sempat aku lakarkan kenangan kami bersama...

Nur Natasha Zulaikha

Ika with her strawberry

Nur Aleeya Zaakirah

Aleeya with her roses

Aleeya, Mummy & Ika

Aleeya, Daddy & Ika
Ika & Aleeya

love u all


Mummy & Daddy love u



esok, kami terbang ke Kuching, Sarawak~

Sunday, March 20, 2011

HONEYMOON @ HOLIDAY...???

arghh.. lama betul tak update blog. lepas kawin je, mula la kami berjalan-jalan.


tak pe, tunggu aku pilih pics yang best-best. then aku update blog ni dengan segala macam cerita yang ada.



insya Allah..........

Thursday, March 10, 2011

MASA TERLUANG

bile tengok title entry, macam banyak sangat masa terluang aku. padahal banyak gila kerja yang perlu diselesaikan kat rumah ni.

sebenarnya, sekarang ni la aku punya masa yang boleh digunakan untuk update blog ni. sebelum ni nak sentuh mouse pun rasa pendek je tangan ni nak capai. huhu..

sebut pasal rumah, YESSSSSS.... PN CHEMPAKA DAH PINDAH KE RUMAH EN ZUL!


rumah kami terletak di Bandar Sri Permaisuri. Alhamdulillah, walaupun rumah ni kecil berbanding dengan rumah orang lain, tapi cukup la untuk menjadi tempat kami berdua berlindung dan melakukan aktiviti riadah menambah umat Nabi Muhammad.. kahkahkahkah....

motif : MULA NAK MENGGATAL!
mode : TERANGSANG!

kuang...kuang...kuang...

buat masa ni rumah kami memang la tidak lengkap sepenuhnya. set bilik tidur masih di gombak. insya Allah lepas balik dari honeymoon, kami angkut set bilik tidur balik ke cheras.


HONEYMOON @ HOLIDAY???

oleh sebab kami akan membawa kedua-dua puteri hati kami [Nur Natasha Zulaikha & Nur Aleeya Zaakirah ], jadi honeymoon ni bertukar menjadi holiday.. memandangkan kami berada di Kuching selama 4 hari pada waktu cuti sekolah.

En Zul cakap, insya Allah lepas balik dari Kuching, kami akan ke Pangkor & Cameron untuk berbulan madu untuk kali kedua. tak kesah la bang, janji kita berdua je ok..???? HANYA KITA BERDUA...

mode gatal makin menjadi-jadi!!
hahahahaha.....


semalam lepas En Zul balik kerja, dia ajak aku pegi beli mesin basuh. haaa.. kat sini aku nak highlight besar-besar.. harga mesin basuh aku beribu raban okeh! 


aku bukannya nak menunjuk sangat, tapi alang-alang dah nak membuatkan si hidung penyet tu rase bengkek, tu yang aku highlight besar-besar. eh, dia baca ke blog aku ni?? wakakakakkaa...

aku ingat lagi si hidung penyet penah cite kat aku. mase tu agak lama jugak la dia nak beli mesin basuh baru. tak mampu katanya! ek elehhh.. merendah diri yang sememangnya dah rendang.... blah la kau!!!!

tapi yang sedihnya, tak kesah la kalau betul kau tak mampu. tapi tak perlu kan kau canang kat semua orang yang laki lurus bendul kau tu yang basuhkan baju kau secara manual. termasuk al-kesah anak beranak baju & seluar kecik kau???


budget kau hebat ke???????
aku tak rase pun...
rase kesiannnnnnnnn ada laaaaaaaaa....

ok, cukup pasal si hidung penyet.

insya Allah pas balik dari honeymoon, kami akan beli peti ais pulak. beli sikit-sikit je dulu. kesian kat En Zul kalau nak beli sekali lump sum.

kalau ikutkan macam-macam aku nak buat. nak beli langsir baru,  nak beli tv baru (padahal tv yang ada tu pun ok lagi), nak neli kabinet dapur baru, nak besarkan bilik air.. tapi semua tu pakai banyak duit. aku ni gaji ciput je. nak hulur-hulur kat En Zul pun tak cukup rasanya.

tak apa la. En Zul cakap kena beli slow-slow. jangan ikutkan nafsu. kalau orang lain mampu, biarkan aje. kita yang kurang mampu ni, tunggu je la Bersamamu TV3 datang membantu...

erk?!

ayat Bersamamu tu aku yang saja gatal-gatal tambah. En Zul tak cakap pun cenggitu. kalau dia baca, mahunya dia bagi pelempang kat aku.. wawawawawa.......

Sunday, March 6, 2011

ALHAMDULILLAH....

ALHAMDULILLAH....




PADA HARI SABTU, 5 MAC 2011.......




TEPAT PADA JAM 10.14AM SAYA SECARA HALALNYA MENJADI SURI HATI KEPADA EN ZULFAKHA SHAFIE DENGAN HANYA SEKALI LAFAZ......




TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BANYAK MEMBANTU MAJLIS SAYA INI....


HANYA TUHAN YANG DAPAT MEMBANTU....








p/s : kepada Fazia, i dah update blog pada hari kejadian majlis sanding i... x main la 3 mggu selepas majlis baru nak hapdet! hahahah....

Friday, March 4, 2011

penCATUan?

aku bakal menikah esok. insya Allah...
nerves??? x rase la plak...
tapi rase nak pelempang orang ada laaaa!!!!



ko percaya tak kalau makan berlebihan akan menjadi GEMUK??
ITU FAKTA, HOKEH!!! BUKAN AUTA!!!!

tapi masalahnya, jika korang makan dinner mlm ni, adakah secara automatiknya pagi esok korang akan bertukar saiz baju dari saiz M kepada XXXL?????


keparat kepala hotakkkkk!!!!!!


memang la esok aku nak berkahwin? tapi apesal plak makanan aku  nak dicatu-catu oleh orang yang narrow minded ni??? hahahaharaaaammmmmm!!!!!!!

memang syiallllllll orang berkenaan!!!



aku rase ayat-ayat macam ni sering kali aku dengar di majlis kahwin :

eh, pengantin tak boleh makan banyak. nanti baju pengantin tak muat... (hello, esok dah nak pakai baju kawin, mana ada effect pun! lain la kalau lagi sebulan sebelum majlis! habis-habis kuat pun pengantin akan cirit-birit di pagi majlis kerana makan pedas pada malam sebelum nya!)

eh, pengantin kena duduk umah, jangan keluar... nanti hilang seri.. (dah tu, takkan la nak terperuk dalam bilik & menunggu orang datang menjengah???? seri???? wadehellllllllllll..... kalau muka dah memang hitam berlengas, memang haram la nak berseri!)




aku heran la dengan orang-orang yang dah lama duduk kat KL, tapi kepala hotak masih berkarat. aku boleh terima kalau alasannya, 'jangan keluar.. bahaya.. nanti kalau eksiden macamana???' tak pun... 'jangan makan banyak, nanti pagi esok sakit perut, tak selesa pulak nak akad nikah..'


aku rase macam nak pelempang je muka sekor-sekor yang berani membuat aku sebagai Raja Sehari berasa panas hati!

dah le korang makan langsung tak beringat kat orang belakang! kalau benda tu dari sumbangan orang ramai, memang la sikit benda nya! ko hengat ada ke orang nak sumbang ikan tenggiri 800 ekor untuk satu-satu majlis???? ada kerrrrrrr????

benda dah sikit, ko jangan la mentekedarah benda tu macam mak bapak korang yang punya! ni amik macam kebulur setahun tak makan!!! pastu ada hati nak sound-sound orang lain supaya jangan makan banyak!


hello...????
patutnya ko tu yang sedar diri!! pinggan ko anak beranak penuh dengan makanan, tapi ada hati nak sound orang lain???


pegi mampooooooossssssss!!!!!!!!!!




aku tak dapat bayangkan macamana tahap 'kebulur' korang bila nampak makanan pengantin masa nak makan beradap nanti!!

Thursday, March 3, 2011

KAULAH SEGALANYA....

terasa tangan aku gatal-gatal plak. bukan sebab nak dapat @ keluar duit (bak kata-kata orang tua), bukan juga sebab tangan berinai (kalau dah pakai inai, macamana aku boleh update blog ni? ke, ada kuli batak yang tolong aku taipkan?? NEHIIIIIII....)


TANGAN AKU GATAL SEBAB NAK UPDATE BLOG WALAUPUN SEKARANG BANYAK KEJE YANG PERLU DISELESAIKAN UNTUK MAJLIS AKU!


eh, aku kan pengantin...
perlu ke nak buat semua keje?
masa orang lain yang kawin, aku tolong buat keje...
time aku nak kawin, apesal pulak aku kene buat keje jugak?????
wadehelllllll.......




jap lagi aku kene pakai inai. tapi inai belum blend. jap lagi laaaa... sekarang, kena update banyak-banyak sebab lepas ni dah tak boleh nak sentuh keyboard ni guna jari tangan mahupun jari kaki!






so, entry kali ni agak geli... (kalau tak nak baca pun aku tak kesah!)


bile tengok title entry.... KAULAH SEGALANYA....


yessssss.... entry kali ni aku tujukan khas buat suami tersayang...








eh, bakal suami tersayang.... EN ZUL


abg suka takkkkkkkk??
ekekekekee....




sebenarnya, sy nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat abg sebab sudi menerima baik buruk diri saya ni (baiknya sikit je, tapi yang buruk banyak sangatttttt...)




walaupun saya tak cantik (tapi muka saya macam Tyra Banks, kan???), tapi abg tetap sayangkan saya... saya ni kuat merajuk, abg pulak kuat tak nak memujuk. tapi, ada saya kesah??? tak ape la abg.. abg tak nak pujuk pun saya tak kesah, asalkan abg bagi cukup duit shopping untuk saya, dah cukup memadai daripada pujukan abg itu...




hish, mata duitan rupenya ko i chempaka!




yesssss, i am!!






sebab tu la En Zul sayangkan saya... sebab saya jujur seadanya.. (poyooooo la kau minah!)




banyak sebab yang En Zul sayangkan saya. kan abg kan??? tapi malas plak nak nyatakan di sini. kalau saya cakap pun, korang nak percaya kerrrrr??? lebih-lebih lagi yang jenis bangsa pendengki kan?? (sape-sape yang terasa, sila la tinggalkan komen yang tidak membina! aku nak tengok bape ramai yang mengaku dirinya BANGSA PENDENGKI! hahahhaa..)


biarlah saya & En Zul je yang tahu kenapa saya sayang dia & dia sayangkan saya...


tak gitu, En Zul....????




well, saya sendiri tak penah membayangkan yang saya akan berkahwin dengan abg. tapi selepas saya jatuh hati dengan abg, saya mula la berangan nak kawin dengan abg (jujur gile ni!)










sedang aku syok-syok nak menaip, tetibe mak lang memanggil-manggil aku plak!






hisshhhhh.... kaco daun la!


tetibe teringan daun inai yang belum di blend lagi tu..
alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........








En Zul,
saya sangat sayangkan abg..
saya akan cuba untuk jadi isteri yang taat..
saya akan cuba untuk jadi ibu yang penyayang..
saya akan cuba untuk jadi sahabat yang setia & memahami..








(walaupun mulut aku puaka kan??? sekurang-kurangnya aku mengaku! tak macam sesetengah orang, perangai macam sial tapi heboh mengaku baik macam malaikat! hakktuiiihhhh~!!!!)














KAULAH SEGALANYA.... [ EN ZUL ]





AKTIVITI DUA HARI SEBELUM HARI KEJADIAN

MAAF!




MUNGKIN PERLU STOP UPDATE BLOG UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA AKTIVITI INI........




















INI BUKAN TANGAN AKU. KALAU X, MACAMANA NAK UPDATE BLOG KAN??






p/s :  mana lagi baik?? inai tube @ inai daun @ inai serbuk?????
(kalau x pakai inai, x boleh kerrrrr???)

Wednesday, March 2, 2011

REQUEST~!!!!!!

kepada kekanda ku En Zul...


dengarlah keluhan hatiku ini......


sesungguhnya adinda amat la penat menyiapkan segala tok nenek utk majlis kita ni.....


sedang adinda berehat sebab keletihan yang teramat sangat, tetiba tercetus la satu idea yang sangattttttt la bernas! (mgkin sbb byk mkn beras cap Bernas kot..)


ape kata lepas kawin...........................














KANDA AMIK MAID UNTUK BANTU ADINDA BUAT KEJE UMAH??


BOLEH LA ADINDA MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN DINDA KEPADA KANDA....


SUNGGUH BERNAS KAN IDEA ADINDA INI???????



muehehehehehe.....

KAHWIN

LAGI 3 HARI AKU BAKAL BERTUKAR TITLE KEHIDUPAN!








CIK CHEMPAKA ------->> PUAN CHEMPAKA






SILA PERHATIKAN BETUL-BETUL PERUBAHAN ITU DAN PASTIKAN IA MELEKAT KAT KEPALA HOTAK MASING-MASING!




p/s : banyak lagi benda yang aku kena tolong mak lang ni buat untuk persiapan....

SI HIDUNG PENYET

entry kali ni mgkin agak kasar bagi pengguna-pengguna blog yang baru macam aku.




tapi ini kan blog aku, so.....
ada aku kesah..............???


aku pernah ada seorang kawan perempuan. sila baca betul-betul... PERNAH! 3 tahun jugak la aku berkawan dengan dia. nak kata BFF, hishh.. idak la.. tapi pernah la beberapa bulan, almost setahun kami jadi BFF (sebab dah tak ada sape-sape nak berkawan dengan dia. boleh gitu??)




ok. dia ni agak katek la orang nya. katek?? alaaaa.. pendek tak cukup inci la, kawan.... dalam adik beradik dia, semua cantik-cantik. tapi....... (ada jugak tapinya tu) dia ni je yang lain sangat mukanya. anak angkatkah??? eh, tidak..... sebab perangai dia dengan kakak-kakak dia lebih kurang je. cuma adik perempuan dia baik. x macam dia dan kakak-kakaknya.. (adakah adik perempuan dia yang sebenarnya anak angkat?? confius sebentar...) arghh, persetankan! cume mak ayah dia je tau status mereka adik beradik, kan???




asalnya aku nak mention nama dia kat entry ni. tapi masih ada saki baki sifat berperikemanusiaan dalam diri aku ni (sape rase nak muntah, lantakkk!!). so aku gelarkan dia sebagai SI HIDUNG PENYET sebab hidung dia macam ni................


















lebih kurang la hidung dia. thanks to the model sebab sudi pakai mask itu... kehkehkeh...






teruk la kau ni, chempaka...
itu kan ciptaan Tuhan...


eh, aku tau la itu ciptaan Tuhan. aku x kata buruk pun... haaaa, ada ke???






ok, back to the story.....


si hidung penyet ni ada masalah mental sikit. dia selalu cakap dia ni HEBAT.... CANTIK..... PANDAI.....




tapi....
hakikatnya.......






dia adalah manusia yang langsung tidak boleh menerima pendapat orang lain, tidak boleh menerima kritikan, tiada taste (yang cantik dikatanya buruk, yang buruk itu la yang dipuja-puja). lembab otak pun satu hal... susah betul nak faham apa yang orang lain cakap! (agak-agaknya kalau dia baca entry ni, mesti dia ingat aku tengah memuji dia tahap gaban. ye la, orang lembab la katakannnnnnn....)




dia cite kat kami semua, dulu dia berhenti keje kat tempat keje lama dia sebab x-boipren dia tak boleh menerima hakikat yang dia dah naik pangkat. ok la... kami semua terima la cerita dia tu bulat-bulat. selepas beberapa lama, dia bercerita sedikit demi sedikit. rupa-rupanya dia berhenti keje sebab dia bergaduh dengan ofismate dia. wadehellllllllllll..... patut la ko benti keje... dah x laku rupenya. dah x ada sape-sape nak berkawan dengan ko... KESIALLLLLLLL....




bile ko datang keje kat tempat kami, ingatkan ko dah buang la semua perangai buruk ko tu. rupe-rupenya dah jadi sebati plak dalam diri ko. makin bermaharajalela plak. sampaikan boss aku cakap, 'she shows no respect!'


haaa.. kau!
kalau dah boss yang berpangkat Dato' cakap cenggitu, kau rase-rase macamana la agaknya perangai si hidung penyet ni kan???






si hidung penyet ni tak la jahat sangat. in terms of berkawan, dia sangattttt la baik. sampaikan kawan nak gi mengadap lubang jamban pun nak diikutnya! gile ke hape???




dia ni berkawin dalam usia yang agak lewat berbanding kawan-kawannya. suaminya pulak muda 2 tahun dari dia. kesian kat laki dia...... macam kena ubat senyonyong! dari mula berkawan, kemudian bercinta, sampailah berkawin.... kena di queen control dek si hidung penyet ni.




paling aku tak suka tengok perangai dia ni, suka sangat tergedik-gedik, terkinja-kinja macam budak lepasan SPM.


hello...??
umur ko berapa??? jangan jadi macam bohsia boleh tak?? berbulu mata aku tengok ko tergedik-gedik merenyam tak tentu hala!


eh, macam la aku ni baik sgt kan?
so, sila la kutuk aku kat entry korang.
aku x kesahhhhhhh....




sebenarnya aku cuma nak sedarkan diri aku, yang aku dengan dia dah bukan lagi pemegang title SAHABAT.... sebab dia dah terkantoi! dia punya la syok kutuk-kutuk kawan ofis dia kat blog rasmi dia tu. dia ingat kami semua x baca agaknya! sekali ada yang komen kat entry dia, terus dia tukar URL page dia!


wakakakakakakaa...


paling besttttttttt...






dia remove kami yang dia tak suka (termasuk aku, hokeh!) kat laman soSIAL facebook! ek elehhhhhh... ape ko hengat aku heran sangat nak jadik kawan ko???








helloooooo...????
wake up girl!! tolong sedar skit ye...




KO YANG TERHENGEH-HENGEH NAK BERKAWAN DENGAN KAMI! 






ko tak sedar ke yang tak ada sape-sape pun yang nak keluar break dengan ko? aku ni dulu temankan ko lunch pun sebab kesian kan ko yang memboyot dengan perut. kalau aku tak temankan ko makan, agak-agaknya anak ko tu dah jadi anak yang kekurangan zat, tau tak???




okeh-okeh....
cukup bab ungkit mengungkit!




aku cuma nak sedarkan diri aku ni sekali lagi (dah berapa kali nak cakap daaa~), ko bukan lagi kawan aku. kalau rase-rase teringin nak berkawan, aku cari je orang lain. tapi bukan ko, hokeh!




kalau tetibe aku rase ko adalah kawan aku, akan ku sedarkan diri aku ni dengan pelemPANGGGGGGGGGGGG sakti aku ni!!




muahahahahhahaa..............