It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 13, 2012

Main sorok-sorok

Last weekend aku, En Zul dan anak-anak just spend masa kat rumah je. Sabtu lepas dah pergi naik Genting, so Ahad just lepak kat rumah. Dapat jimat duit sikit kan. Haha..

Si Ika dah bising-bising nak main lappy aku. Nak main fb la tu. Tak payah! Exam kau dah menurun markahnya! Paper Penulisan dapat 65 je. Last year paling rendah pun markah 85. So selagi tak naik sampai 90 dan ke atas, kamu jangan mimpi nak sentuh lappy aku.

Bila aku dah bising-bising tak bagi main lappy aku, temanya diorang dua beradik main la benda lain. Like main lukis-lukis (read : perabihkan paper aku), main gunting-gunting kertas buat origami, main masak-masak dan main kemas-kemas rumah (haaa.. bab main kemas-kemas rumah ni memang mummy sokong 200%. Kalau nak main hari-hari pun takpe.)

Then petang tu aku nak tidur. En Zul tengah layan tv kat depan. Aku baru nak lelapkan mata, sekali Ika masuk. Arghhh.. Mula la tu nak kacau kenikmatan tidur petang aku.


Aku : Kakak nak ape? Mummy nak tidur la sayang....

Ika : Kakak nak temankan mummy.

Aku : Tak pe la. Mummy tidur sorang je. Gi main kat depan dengan adik.


Sekali datang pulak si Aleeya. Ok, makin ramai kaum kerabat datang bertandang atas katil aku.


Aleeya : Mummyyyy!! (lompat atas aku. Dah macam bom atom jatuh atas badan aku) Mummy nak tido eh?

Aku : Aah.. Adik dengan kakak pergi main kat luar eh, sayang.

Aleeya : Tak nak. Adik nak duduk sini dengan kakak, dengan Mummy.


Okkkkkkk... Aku dah malas nak layan diorang! Sebelum aku naik hantu, baik aku cari ikhtiar untuk keluarkan diorang ni.


Aku : Ok-ok, jom kita main nyorok-nyorok nak?

Aleeya : Jom. Sape nak kira?

Aku : Mummy kira. Kakak dengan adik pergi nyorok. Mummy kira sampai 20, pastu mummy cari eh?

Ika : Mummy jangan tipuuuuu...

Aku : Tak laaa.. Ok, cepat sorok. Satu... Dua... Tiga...... Bla.. Blaa.. Blaaa... Dua puluh! Dah ke??



Senyap.

Bagus! Sekarang baru aku boleh lelap. Nasib korang la gi menyorok. Tak kuasa aku nak cari. Hahaha..


5minit kemudian...


Ika : Mummy tipu! Mummy tak cari pun!! (terus naik atas badan aku)

Gila terkejut bila dia datang himpap aku!
Aku ingatkan hantu mana datang himpap. Baru je nak baca mana-mana ayat Quran yang aku hafal untuk halau hantu tu. Rupanya anak aku yang himpap. Nasib baik bukan bapaknya yang himpap. Kang doa lain pulak yang aku baca! Hekk~

Kesian anak-anak aku. Bulat-bulat je kena tipu. Hehehee... Tak pe la, korang main la nyorok-nyorok berdua. Mummy tolong tunjukkan tempat untuk menyorok je la erk.

So temanya bila Ika kira, Aleeya akan pergi menyorok. And vice versa. Kalau Ika yang menyorok, lamaaaaaa sikit baru Aleeya jumpa. Tapi kalau Aleeya yang menyorok, tak sampai seminit Ika dah jumpa dah. Aku tak faham la, adakah kerana Aleeya ni tak pandai menyorok atau dia tu gemuk sangat sampai tak boleh nak sorokkan diri?

Konpius.

Takpe la nak. Janji kamu hepi main berdua dan tak ganggu mummy =)





Si motek feeling-feeling mempunyai badan yang slim dan cuba menyorok di dalam bakul baju

 

Ika di dalam closet aku. Nasib baik kamu slim wahai anak ku.
Kalau si Motek ni yang nyorok dalam lemari tu... Alamatnya roboh la lemari mak, nakkkk~
(baru aku perasan baju Aleeya kotor. Comot betul kamu ni Aleeya)



Tang Ika menyorok dalam closet aku ni, sumpah aku gelak terbahak-bahak...


Aleeya : Mummy, mana kakak. Adik cari tak jumpa pun.


Aku : Adik berdiri kat situ. meh mummy amik gambar. (Then aku tunjuk pic kat Aleeya). Tuuuuu, kakak kat belakang adik.


Aleeya : Manaaaaa?? Tak ada punnnnn..... *nangis*





Love,

No comments :