It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 1, 2011

Singa betina yang terkinja-kinja.

Sape ada tengok Maharaja Lawak Mega Jumaat minggu lepas?
Show ala-ala Maharaja Lawak yang dimenangi oleh kumpulan Sepah tu.
Tapi show ni melibatkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Antara kumpulan yang kelakar macam BP, Saehu, Comel, Pi Mai dan Boboi.
Kumpulan yang suam-suam susu pulak seperti Anje, Caer, RAP, Hiro dan Osbon.
Kalau yang solo, persembahan Jalil Hamid dan Adlin Aman Ramli boleh dikatakan 'happening' jugak la.

Cuma tang cerita Adlin mengenai AR Tompel, P Ramlee dan Saloma tu je yang aku tak berkenan.
Pada pemahaman aku, cara penceritaan dan penyampaian Adlin tu menunjukkan arwah bapa dia (Tompel) dengan terlalu 'murah hati' untuk menyerahkan hak milik isteri beliau (Saloma) kepada kawan baiknya (P Ramlee).

Itu yang aku faham la. Orang lain mungkin faham dengan cara yang lain.
Mungkin ada cerita dan kisah yang kita tak tahu antara mereka.
Tapi sebagai anak, kot iya pun kau nak melawak, tak perlu la nak menceritakan segala hal tok nenek keluarga kau di khalayak ramai, kan?
Lebih-lebih lagi hal yang tak patut di ceritakan. Kan kesemuanya sudah arwah. Hormatilah sikit, bai...
Cuma aku serius tak suka dengan penyampaian dan kata-kata Adlin. Sebagai penghibur yang professional (konon-konon la...) kau kena la tahu batas-batas persembahan kau.
Jangan la mentang-mentang subjek yang hendak kau ceritakan itu adalah ahli keluarga kau, dengan senang hati kau nak mengaibkan mereka.

Ok, i'm done with Adlin.

Now let's move to kumpulan wanita.

Bagi aku kumpulan Ifa Raziah (Syok) biasa-biasa saja.
Untuk kumpulan Enot dan Didie Alias (3G), boleh tahan kelakar sebab bagi aku diorang selamba dan neutral.
Cuma tang Enot menari gedik-gedik ala-ala show Kalau Berani tu standard la. Selalu dah tengok dia macam tu.
Kumpulan Saehu dari Indonesia boleh dikategorikan kelakar, walaupun pada mulanya aku tak faham apa yang diorang omongkan!
Cuma intonasi mereka yang bersahaja tu yang membuatkan aku boleh adapt dengan lawak diorang.
Thumbs up untuk Saehu!

Tapi....
Tang kumpulan GEBU, hish..hish...hish... *tutup mata & geleng kepala*

Gila teruk persembahan diorang!
Awal-awal persembahan kan ada playback yang diorang record sebelum bermulanya pertandingan.
Dari playback tu je dah buat aku rasa nak muntah!

Uwekkk!

Terkinja-kinja macam orang gila.
Awak kena la sedar diri sikit.
Awak tu berbadan besar, berbadan GEBU.
Kena la ada sensitiviti dan ada sedikit perasaan malu.
Kalau sedar diri setakat pada NAMA sahaja tak guna!

Dah la intipati persembahan kaw-kaw diorang kutuk artis Malaysia seperti Azwan Ali, Memey dan Norman Hakim.
Ok, aku sendiri memang tak suka dengan artis yang mereka kutuk ni.
Tapi beragak-agak la sikit kau nak jadikan diorang 'bahan' lawak korang.

Kenapa, Singapura dah tak ada artis lagi kah?
Aku rasa artis Singapura lagi hanjing kan?
Tak payah cakap artis la, orang yang bukan artis pun lebih kurang je.
Contohnya, isteri ketua pasukan bola sepak Singapura, Hidayah Shahril pun boleh tahan jugak mulut hanjingnya tu.
Jadi, kenapa tak jadikan je dia bahan korang? Mesti gempak kan?

Pastu mata aku sakit tengok si Hani dan Azian tu menari atas stage.
Ya Allah... Retak lantai stage. Bergegar!
Menari macam $^$*%#*#$%

Serius bernanah mata tengok lemak-lemak Hani bergegar.
Nasib baik dia pakai baju jubah hitam (mungkin props tak ada saiz yang muat untuk dia).
Kau bayangkan lemak-lemak tepu sekitar pinggang dan tetek dia tu bergegar, serius macam tak ada perasaan malu!

Aku yang duduk depan tv ni siap tutup mata sebab malu tengok kaum sendiri memalukan diri diorang sendiri!
Eeeee.. Tolong la wahai wanita-wanita singapura.
Jangan la bersifat seperti singa betina.
Duk terkinja-kinja menerkam je kerja nya!

No comments :