It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 2, 2011

Queen Control

Dah lama aku teringin nak makan nasi ayam bakar kat Sg Besi.
Istimewanya nasi ayam ni sebab ayam nya di perap dan di bakar.
Rasanya seperti ayam percik. Malah sambal & kuah asamnya juga sedap.
So tadi aku ajak En Zul lunch kat sana.

Masa kitorang sampai, kedai tu belum ada pelanggan.
Eh, awal sangat ke aku sampai?
Rasanya macam dah betul dah timing ni.

Lepas park kereta, aku cari seat yang paling dekat dengan kereta.
Eh, kau ni dah kenapa Chempaka?
Nak duduk dekat-dekat dengan kereta, baik kau makan mekdi drivetru je.
Bengong betul.

Then aku order 2 nasi ayam bakar dan minuman teh ais & teh o ais limau.
Belum pun sempat nasi sampai, aku order lagi ayam bakar sahaja (saiz hidangan : sepinggan)

Nak jugak mention saiz hidangan tu buat apa?
Kalau dah tambah extra ayam, tak perlu la nak state saiz hidangan pulak!
Kalori tetap kalori.
Saiz gajah tetap saiz gajah!
Terima je la keadaan diri ini dengan pasrah...

Lebih kurang 5 min kami menunggu, makanan kami tiba dengan penuh seri nya. (seri? betul ke ayat aku ni?)
Serius aku tengah lapar sesangat.
Tak menyempat nak pelawa En Zul, terus ngappp je nasi depan mata.
Pelahap betul aku ni kan?
Lantak!

Tengah sedap makan, tetiba datang satu kereta Satria Neo hitam parking sebelah meja aku.
Then keluar sorang perempuan India, seorang perempuan melayu dan seorang lelaki melayu dari kereta.
Diorang park betul-betul depan meja kitorang.

Dari start duduk, sampai lah aku nak berambus dari gerai tu, suara perempuan India tu menyeringai seluruh kedai.
Ada je point yang dia bebelkan.
Dalam dia duk membebel kuat-kuat tu, tetiba dia istighfar pulak.


Astaghfirullah.......


Laaa.. Islam rupanya. Cakap slang utara, mungkin keturunan Mamak.
Ok, itu bukan persoalannya.
Yang buat aku rasa jengkel bila aku dengar ayat bebelan dia yang sangat bengong.


Eh, kalau aku la, aku sound direct je hantu tetek tu!
Hantu tetek tu tak kenal iPad siot!
Aku tak main la main internet kat ofis, aku main internet kat iPad ni ha..
Perempuan hantu tetek tu sebenarnya takut suami! Aku ajak keluar pegi makan ikan bakar pun kena bagitahu suami! Aku ni dah lama dah makan ikan bakar tu. Tapi dia baru nak makan!


Haaa.. Ayat yang terakhir tu yang aku tak faham.
Seriesly memang aku tak faham.
Bukan tak faham struktur ayat, tapi aku tak faham tang mana betulnya ayat tu.


Isteri takut suami?


Kau pasti perempuan yang kau gelar Hantu tetek tu takut suami?
Kau pasti perkataan TAKUT tu betul dalam struktur ayat kau?

Aku tergelak bila dengar perempuan tu bercakap.
Hadoiiiii la..
Mana ada istilah isteri takut suami.
Kalau perempuan tu kena bagitahu suami, atau lebih tepat MINTA IZIN SUAMI, itukan dah jatuh hukum WAJIB!


Wajib, kak!
Wajib!

So, kenapa la benda itu pun kau nak isu?
Ke kau memang tahu hukum itu, tetapi kau tetappppp nak jadikan ia sebagai bahan untuk kau mengutuk si perempuan itu?
Eh, kau dah ape hal?

Setahu aku zaman sekarang ni mana ada isteri takut suami.
Suami yang takut isteri ada lah!
Queen control namanya kak.
Tapi fenomena Queen control ni tak sepatutnya ada dalam institusi kekeluargaan kita.
Tapi aku tak tahu la institusi keluarga kau.
Mungkin suami kau takut kat kau! Hahahaha...

Macam ni la.
Aku rasa bab-bab hukum hakam ni bukan aku yang selayaknya nak bercakap.
Tapi kalau hukum-hukum asas dalam perkahwinan tu, memang bangang la kalau aku tak tahu kan?

Sebagai isteri, tidak ada istilah 'takutkan suami'.
Yang jelas ia adalah hormat dan mentaati suami, jika tidak melanggari hukum Islam.
Jadi, segala perbuatan atau keputusan isteri wajib mendahulukan suami.
Dari sebesar-besar perkara, hingga lah sekecil-kecil perkara.

Kau nak potong rambut, kau wajib minta izin suami.
Kau nak keluar rumah, kau wajib minta izin suami.
Kau nak balik rumah mak ayah kau sendiri pun wajib minta izin suami.

Jadi adalah wajib perempuan itu untuk minta izin suaminya untuk keluar makan ikan bakar tu!
Faham?

Tak faham jugak?
Baik. Aku terangkan dengan bahasa yang lebih mudah untuk kau faham.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


நீ போய் முன் உங்கள் கணவர் அனுமதி சொல்லவேண்டும்.





Ada faham?
Ada?


Nan adoooo?
Pergi mampus!


Makcik yang rambut curl & pegang Samsung Galaxy Tab tu sungguh menjengkelkan!
Suara kau je dah bergema satu gerai!
Tengok muka dia menggerut & mulut membebel tak henti-henti.
Sudah-sudah la kak...
Jangan nak tunjuk sangat bengis kau tu.
Muak aku dengar cerita kau!




Ok, im done.



No comments :