It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

Adakah mengandung itu cuma 10 hari sahaja?

Gila!
Tengok tajuk entri mesti akan ada orang cakap aku gila.
Tapi ini benar-benar terjadi! Memang ada perempuan yang mengandung 10 hari je, pastu terus bersalin!
Seriusssss!
(Ini bukan entri mistik ye, ini entri nak lepas geram!)

10 September yang lepas aku buat perjumpaan dengan kawan-kawan group assignment aku.
Ada 2 subjek yang kami nak discuss kan.
English & Teras Keusahawanan.
Memandangkan aku tak berapa berkenan dengan perangai kawan-kawan group aku yang lepas, maka tahun ni aku cari kawan-kawan yang baru.

Nadia antara kawan aku yang masih setia berhubung dari tahun lepas.
Dia major math, tapi kena ambil elektif Fizik.
Since aku major fizik & elektif math, so kitorang saling bantu-membantu.
Tapi tahun lepas dia bukan group dengan aku, cuma dia selalu study fizik dengan aku.

Kami memerlukan 2-3 orang ahli yang lain.
Aku ada iklankan kekosongan ahli di dalam Group PPPJJ kat facebook.
Student PJJ lebih gemar berinteraksi dalam FB, berbanding di portal rasmi. (padahal kau memang suka menghadap FB 24-7 je kan?)

Lepas aku iklan kan kekosongan ahli tu, ada sorang lelaki nama Khairudin nak join group kitorang.
Din ni siap nak ajak sorang lagi kawan nama Mawi. (Eh, Mawi penyanyi AF yang dah kurang glamour tu ke?)
Ok, ahli dah cukup 4 orang. Dah sesuai sangat untuk mula menyiapkan tugasan.
Tiba-tiba Nadia nak masukkan sorang lagi kawan nama Wazli.
Ok, aku tak kisah. Ahli terbaru menjadi 5 orang.

So, atas dasar teknologi yang maju, Din selaku ketua kumpulan ada create group untuk tugasan English dan Teras keusahawanan kat dalam FB (memandangkan semua orang suka layan FB kan?).
Maka kami berhubung di group tu sahaja.

Masa 10 September tu, kami semua berjumpa di pusat wilayah (SM Sains Kuala Lumpur).
Kami membahagikan tugas untuk semua.
Lepas pembahagian tugas, kami setkan dateline untuk Din compile semua tugasan dan hantar ke USM.

Sambil-sambil bincang, aku tanya kat kawan-kawan.


Aku : Kenapa korang cari group lain? Kenapa tak teruskan dengan group tahun lepas?


Din : Aku tak suka group yang lepas sebab diorang tak serius. Korang kenapa cari group lain pulak?


Aku : Aku tak suka dengan cara kerjasama diorang. Ahli 4 orang, tapi aku sorang je perempuan. So budak lelaki lain suka lepas tangan suruh aku siapkan semua tugasan. Lagipun diorang ni suka bagi banyak alasan.


Mawi : Aku saja je. Mana-mana yang nak cari group, aku join je. So aku join Din.


Nadia : Saya pula sebab kawan-kawan saya semua guru. Diorang dapat offer lain, so diorang stop study dengan USM. Nasib baik Yati ada. (Yeah, nasib baik aku ada kan? Hahahahaha...)


Din : Aku harap group kali ni tak main-main macam group yang lepas. Kita kena serius, kena study betul-betul. Aku tak suka orang yang tak serius!


Aku & Nadia : ....... *diam*


Ok, habis sampai situ, kami tak pernah berjumpa.
Semua perbincangan hanya melalui sms, call atau di FB.
Alhamdulillah semua ahli memberikan kerjasama yang baik.

Lepas sebulan aku dapat sms dari Din.



Salam, untuk makluman Mawi tak dapat teruskan pengajian atas alasan tertentu. Dia mohon maaf banyak-banyak dan mintak kita teruskan tugasan tanpa dia. Jadi tugasan dia saya akan ambil alih.


Ok, fine!
Itu dia bagitau melalui Din.
Lagipun dia dah sub semua kerja dia kat Din, so lantak dia la nak siapkan macamana kan?
Kami pun tak banyak tanya, so kami teruskan tugasan macam biasa.

Hari semakin berlalu.
Isi karangan semua orang dah hantar, kecuali Din.
Tak apa la, sebab dia yang akan compile semua karangan kami.
Cuma Nadia minta Din masukkan karangan yang sudah di compile ke dalam FB untuk kami lihat hasil final karangan English tu.
Tapi Din tak pernah respon pada permintaan Nadia.
Pernah sekali Din chat dengan Nadia, minta semua ahli emailkan voice recording untuk part masing-masing.
So far sampai ke masa sekarang, semua voice recording sudah di emailkan ke Din.

Dateline untuk tugasan English 30 Oktober 2011.
Din masih menyepi.
Nadia tak putus-putus menghantar email ke Din.
Wazli dan aku tak henti-henti post kat group FB.
Tapi Din tak respon langsung.

Jumaat lepas Nadia call aku, tanya pendapat aku pasal Din.
Untuk memuaskan hati Nadia, aku cakap aku akan sms sendiri Din.
Mungkin Din dah jarang buka email dan FB sekarang ni.
So baik aku hantar sms pada Din.
Nadia setuju dengan cadangan aku.

Lepas Nadia call, aku terus sms Din.


Salam, Din. Macamana dengan assignment JUE200 kita? Dah siap? Due date 30hb ni kan?


Tiada respon.
Ok, fine!

Esoknya hari Sabtu (Sabtu : hari ni - 29/10/11), aku bangun lewat dari kebiasaannya.
Ada phone call dari someone.
Lepas aku sembang-sembang, aku tengok ada sms.
Aku baca la sms tu.
Dari Din.
(hidup lagi rupanya mamat ni!)


Minta maaf. Din baru keluar dari wad kena denggi. My wife pulak semalam bersalin. Korang teruskan je la tanpa Din. Sorry.


Wadefak!
Ko sedar tak yang kau sms aku tu, SEHARI SEBELUM DATELINE?
Bangang!

Jangan nak bagi alasan macam-macam la wei.
Kalau kau admit ward sekali pun, bukannya kau admit sampai sebulan kan?
Paling tidak pun seminggu dua.
Kalau kau dah memang tak boleh nak commit, kau sms bagi tau awal-awal la!

Dan aku tak faham bila kau cakap, 'semalam my wife bersalin'.
Sure-sure la masa kita buat assignment tu, bini kau dah 7-8 bulan mengandung kan?
So kau tak boleh predict ke bila bini kau nak bersalin?

Ok, kau bukan Doktor. Kau tak tahu bila due date yang sebenar.
Tapi itu kan anak kedua kau.
Takkan kau tak boleh nak agak.
Lagipun Doktor bini kau mesti dah bagi due date kan?
Kalau bini kau dah mengandung 7-8 bulan, kenapa la kau tak maklumkan awal-awal.
Atleast lepas jumpa tu, kau rasa tak boleh nak commit, terus la bagitau kat aku, BODOH!

Tang Mawi tu kau boleh pulak maklumkan kat aku.
Tapi masalah kau tu, kau senyap je kan!
Nak naya kawan-kawan ke?

Bahabi!

Serius aku menyampah dengan manusia macam ni!
Kalau kau dah tau bini kau tengah sarat nak tunggu masa bersalin, kenapa la kau tak bagitau awal-awal?
Kenapa kau nak tunggu aku sms directly kat kau, baru kau nak bagitau?
Atleast minggu lepas kau dah boleh maklumkan kat aku.
Paling bangsat pun dalam 7-10 hari yang lepas kau dah boleh sms aku.

Takkan la 10 hari yang lepas, kau baru tau bini kau mengandung, alih-alih semalam bini kau terberanak?
Logik?

Aku tak kuasa nak balas sms kau.
Aku terus sms Nadia & bincang untuk selesaikan masalah kitorang ni.

Untuk Din, jangan ingat apa yang kau buat kat aku, Nadia & Wazli macam ni, kau akan selamat dunia akhirat!
Kau nak cari kawan yang serius konon?
Kau sendiri pun cakap macam orang mabuk, ada hati nak cari kawan yang serius & boleh commit macam aku, Nadia & Wazli.

Pergi mampus!

Sori, aku manusia yang pegang pada janji.
Lepas ni jangan cari aku kalau kau ada sebarang masalah.
Kalau kau tak boleh nak tunaikan janji kau, kau boleh pergi neraka jahanam!

No comments :