It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Dengki betul dengan aku!

Jumaat lepas En Zul outstation ke Langkawi.
Kena bawa staff untuk Sanggar Kerja.
Sampai je kat jeti Kuala Perlis, dia tinggalkan staff dan dia terus melencong ke Pokok Sena, kampung halaman dia.
Cuma staff yang berkenaan je yang masuk pulau.

Cadangnya aku nak ikut sekali, tapi bas pulak penuh.
Tak apa la, aku duduk sorang-sorang je la kat rumah layan Astro yang ulang-ulang cerita beratus kali tu.

Malam tadi En Zul sampai rumah jam 1.40am.
Gila lambat sampai. Mungkin sebab cuti panjang, ramai yang balik kampung & jalan jadi sesak.

Lepas dia mandi, dia tengok aku tengah sedappppp membuta.



Tidur yang enak sambil disulami bunyi enjin motorbot.
Krohhhhhh~~~


Agaknya En Zul tak boleh nak lelap mata, maka dia mula menjadi tak keruan.
Terus dia kejutkan aku untuk diajak sembang bersama.
Bolehhhh??

Aku yang terpisat-pisat mata terpaksa jugak la bangun untuk bersembang dengan dia.
Mithali betul aku kan?
*muntah*

Dia cerita pasal rumah ayah dia yang sedang dibina.
Rumah tu dijangka siap awal tahun depan.
Cerita pasal kenduri kendara kat kampung dia.
Bla.. Blaa.. Blaaaaaa...




Dik non, akak ni kusyukkk mendengar cerita si kucing jantan itu.
Tapi sepatah haram akak tak paham apa yang kucing jantan itu cerita.


Dalam pukul 2 lebih dia mula menguap.
Haaa, dah mengantuk la tu.
Yessss!

Dia slowkan aircond dan tarik selimut.
Aku senyum sorang-sorang.
Tak payah la aku susah-susah nak taruk batang mancis untuk tegakkan kelopak mata aku melayan En Zul ni.

Lebih kurang pukul 2.40am, mata aku masih segar!
En Zul dah lama 'terbang' ke Paris.
Langsung tak sedar aku yang duk tergolek ke kiri, tergolek ke kanan.

Mampus!
Aku tak boleh nak tidur dah!
Hadoiiiiiii... Nak buat macamana ni?

Aku kejutkan En Zul.
Dia kena temankan aku sembang pulak.
Dia bukak mata.
Belum sempat aku nak bukak mulut bercerita, dia sambung tidur balik!
Siap tarik bantal tutup telinga.

Haramjadahhhhh!



Hahahaaa.. Tak boleh dengar!
Tak boleh dengarrrrr!!



Aku ke ruang tamu.
Bukak tv layan Astro.
Banyak cerita hantu la pulakkkkk..

Tak nak tengok! Tak nak tengok!
Aku layan game pulak.



Hisshhh.. Bosan ni.. Layan game pun best jugakkkkk!


Tak cukup dengan game, aku layan mp3.
Pun tak jalan!

Bukak balik TV.
Layan la cerita ntah apa-apa kat tv tu.
Dalam jam 3.10am aku selongkar esbok.
Kot ada cokelat yang sedap-sedap untuk dikunyah pagi-pagi buta ni.


Ni namanya 'supper' ye.
Orang lain makan lewat malam jam 11-12malam.
Aku makan jam 3 pagi.
Haaa, kau mampu?


Hm, En Zul bawak balik coklat Daim.
Mesti kawan dia yang bagi.

Aku ambil coklat tu, makan depan tv.
Kunyah-kunyah coklat dengan penuh perasaan.

Alamak, lupa!
Coklat akan menyebabkan badan jadi aktif!
Kompem la aku makin susah nak tidur!
Badan semakin aktif seolah-olah dicucuk Adrenalin.
Alahaaiiiiiiiii....



Lepas kena cucuk ni, aku akan melakukan akrobatik.
Lompat sana, lompat sini.
Yeaaahhhh~
Aku la Cat Woman!!!!!



Jam 4am, aku masih segar bugar!
Serius aku tak boleh nak tidur.
En Zul dah memang tak sedar apa dah!
Huwaaaa... Nak tidurrrrrr!!




Aku mula termenung di jendela.
Mengenang nasib aku malam ni.
Tiba-tiba terdengar bunyi yang pelik-pelik.
Terus aku lari masuk bilik!



Aku baring kat sebelah En Zul.
Mula main game hp aku ni balik.
Dengan harapan En Zul tersedar bila cahaya hp aku terpancar ke muka dia.

Tapi harammmmm...
Sikit pun tak ada kesan.
Tak apa lah. Mungkin dia penat sangat.

Yang aku ni pulak, mesti tidur jugak!
Dah pukul 4 lebih ni.
Takkan la nak berjaga sampai subuh?
So, aku menyelit la bawah selimut yang kecik tu.
(Eh, selimut yang kecik or aku yang menggajah?)
Lantak!

Aku peluk En Zul, tidur bawah ketiak dia.
Nasib baik wangi... Hahahaha..



Selesanya.....
Tapi mata masih tak boleh nak lelap!


Akhirnya aku terlelap....

Lepas dengar bunyi alarm, aku kejutkan En Zul.
Dia cuma cakap, "Yati mandi la dulu..."

Amboiiiii, bang!
Kau dah tidur dulu, time mandi pun nak mengelat???

Masa nak bersiap pergi kerja, aku cerita kat En Zul pasal malam tadi dengan penuh sayu...
Konon-konon nak raih simpati.
Tapi "bluweeekkk" yang dia bagi!



Bluweekk!
Tak caya! Tak caya!
Padan muka! Padan muka!




Gila jahat En Zul.
Dengki dengan aku yang tengah sedap membuta!
Dia tak boleh tidur, diajaknya aku sembang.
Tapi bila aku pulak tak boleh tidur, dia buat selamber je dengan aku.
Uwaaaaa....


Sekarang aku kat ofis mula rasa mengantuk.
Tersengguk-sengguk aku depan PC.
Rasanya aku patut cari port untuk aku lelapkan mata time lunch hour nanti.
Bawah meja ke, dalam stor ke... Tak kesah la!
Asalkan boleh lelap..



Dalam kotak pun boleh.
Asalkan tak ada orang yang kacau aku.
Kotak? Muat kerrrrrrr?


No comments :