It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah 1433

Hari ni adalah 1 Muharam 1433.
Selalunya kalau masa sekolah dulu kena datang sekolah untuk join perarakan ramai-ramai.
Bawa sepanduk, nyanyi lagu 1 Muharam, dan ada ceramah agama.
Lepas ceramah ada persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar (selalunya pelajar yang samaaa je buat persembahan tiap-tiap tahun sampai diorang habis sekolah. Pelajar lain duduk bawah pentas tadah air liur diorang ni je)

Aku pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1425. (Ha, sesape nak muntah silakan.)
Masa tu aku form 5.
Selalunya Tokoh Maal Hijrah ada 2 orang.
Lelaki (Izwan-classmate aku) dan perempuan (aku yang hina dina ni).

Selain dari tu aku juga seorang Ketua Pelajar pada tahun berkenaan.
Masa tu aku pelajar pertama perempuan yang dilantik jadi Ketua Pelajar.
Mengikut rekod sebelum tu, Ketua Pelajar adalah pelajar lelaki.
Malah pengetua masa tu (En Sharif) pun prefer pelajar lelaki menjadi Ketua Pelajar daripada pelajar perempuan.
Mungkin nasib aku lebih baik, maka aku mendapat sokongan dari En Aznam & Pn Zahuarah (Guru Disiplin) untuk aku jadi Ketua Pelajar.








Macam gergasi badan aku kan?
Itu aset, okeh!






Kalau aku cerita pada kawan-kawan yang aku adalah bekas Ketua Pelajar, ramai yang tak percaya.
Ye la, dengan perangai aku yang tak senonoh, ditambah pulak dengan mulut aku yang puaka haram jadah ni, mana la layak jadi Ketua Pelajar kan?


Itu hakikat.

Tapi kalau aku cakap yang aku ni Tokoh Maal Hijrah, kompem ada yang curah asid kat aku.

Serius aku tak layak!
Tak layak!

Aku sendiri sampai sekarang masih duk terfikir-fikir, apa ciri-ciri dan kriteria yang cikgu-cikgu nampak pada aku?
Selain berbadan macam gajah, tinggi macam zirafah, aku sendiri tak nampak kelebihannya.

Masa sambutan Maal Hijrah 1425 tu diadakan, ada ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah di dewan.
Aku sebagai ketua pengawas/pelajar mesti la kena round sekolah untuk memastikan semua pelajar turun ke dewan.
Selepas tu, aku parked punggung aku kat tepi pintu dewan (senang untuk aku keluar).
Then lepas 20min ceramah berlangsung, aku mula panas punggung.
Dah macam setan pulak aku ni.
Dengar ceramah agama badan terus rasa nak terbakar.

So aku angkat punggung, keluar dewan dengan alasan nak pergi tandas.
Lepas aku pergi tandas, aku naik ke padang sekolah. (padang atas bukit).
Tujuannya nak tengok Cikgu Khairul yang hensem tengah training rugbi (see, macam ni ke perangai Tokoh?)
Haaa.. kau!
Memang jahat aku ni.
Lebih kurang 15 minit datang si Aziza naik tangga padang sambil mencungap-cungap.

"Yati.. Huh..Huh... Nama kau kena naik atas pentas... Huh..Huh..Huh.. Sekarang jugak! Huh..Huh.."

Gila mencungap minah ni.

Aku yang tak tahu apa-apa ni terus turun ke dewan dan naik atas pentas.

Dengan muka tak malu terus salam pengetua dan sambut trofi tu.
Eh, selamba badak je aku kan?
Hahaaha...

Paling tak boleh blah bila biodata aku dibacakan oleh Ustazah Zaitun.
Aku tuan punya badan pun rasa nak muntah dengar biodata sendiri.

Lepas ambil trofi, Ustazah Suhaila panggil aku dan Izwan untuk sesi bergambar.
Owhhh.. Bab ni memang aku gedik sikit.
Terus cari celah nak menyelit, terus senyum lebar menanti lampu flash memancar!

Lepas bergambar, aku tanya Ustazah Suhaila, "Ustazah, kenapa saya yang dipilih?"

Tapi jawapan yang aku terima dari Ustazah sangat blurr.. (ke, aku yang blurr sangat?)

"Yati, ada something pada diri awak yang awak mungkin tak nampak, tapi kami cikgu-cikgu yang nampak. Cuma cikgu-cikgu semua harap awak belajar rajin-rajin dan jadi anak yang solehah dan insan yang berguna.."

Ok, serius macam tak menjawab soalan aku.
Tapi jawapan tu adalah jawapan paling senang untuk diucapkan.
Dengan harapan aku tak tanya lagi soalan yang macam-macam.

Sebab jawapan tu sangat cliche, maka aku terus ke kantin untuk mentekedarah.
Lapar ok....

Dengan trofi berbentuk Masjid Kristal (bagi aku sangat cantik), aku usung ke hulu ke hilir.
Bila orang tanya apa makna hijrah pada aku?
Aku diam...
Sebab aku tak tahu (ni bukan ciri-ciri tokoh yang baik ye adik-adik!)
Paling hebat pun jawapan aku, 'perpindahan dari yang buruk kepada yang baik..'

Itu lah jawapan paling selamat untuk Tokoh yang bengap macam aku ni.

Now aku ada kat rumah aku.
Rasanya seperti mahu pulang ke rumah Maklang untuk aku tengok trofi Tokoh Maal Hijrah itu.
Dulu aku selalu bersihkan ia dari sawang labah-labah.
Mesti la sawang labah-labah, sebab aku bersihkan setahun sekali je.
Kalau bersihkan tiap-tiap minggu, just lap habuk je kan?

Kalau dah tak ada erti or makna HIJRAH dalam diri, cukup lah menghayati trofi tu.
Mana la tahu Tuhan nak bukakan pintu hati aku untuk berhijrah masa tengah bersihkan trofi tu kan...

Apa-apa pun, aku cuma berharap aku dapat berubah menjadi insan yang lebih baik.
Isteri yang solehah... Itu yang penting.
Semoga hidup aku lebih bermakna dan lebih gembira.

Selain aku rasa gembira, aku harap aku dapat menggembirakan orang sekeliling.

Kurangkan mulut puaka,
Kurangkan makan!

Sebab badan aku semakin menggajah!!!!!!
Sedihhhhhhhhh!!!!
Huhuhuuuu~~~~

No comments :