It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 1, 2011

Sahur pertama sebagai Mrs. Zul

Salam Ramadhan semua... (eh, macam la ada orang baca blog kau ni!)

Hmm.. Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah. Kali ni malas nak taip panjang-panjang. Nanti banyak pulak aku maki hamun orang kat blog aku ni. Bulan puasa ni aku nak kurangkan ayat-ayat puaka ni. Nanti kurang pulak pahala puasa aku. Hekhek..

Pagi tadi aku bangun pukul 4.00pagi. Itu pun selepas suara ringtone alarm aku semakin nyaring memekak kat telinga aku. Elok kaki aku jejak kat lantai lepas turun dari katil, En Zul dah 'order' makanan dia. Apa dia ingat aku ni pelayan kedai mamak? Main order-order bagai? Hahaha...

Pergi dapur, nasib baik nasi aku dah siap-siap masak malam tadi. Tinggal nak panaskan balik je. Tekan button 'keep warm', setel.

Disebabkan En Zul nak makan ikan pekasam, jadi aku gorengkan 2 ekor untuk dia. Hiris bawang dan cili padi, gorengkan sekali. Untuk aku ala-ala western sikit. Drummet ayam! Hehehehe.. Sayur tak ada, sebab aku malas ye puan-puan sekalian..... Air sekadar milo je. Itu pun aku dah bancuh dengan penuh kasih-sayang. Walla~

Aku budget nak makan pukul 5am. Sebab tu aku kunci alarm pukul 4am sebab nak amik masa 1 jam untuk memasak. Tapi sebab En Zul order yang paling senang, iaitu ikan pekasam, maka sesi memasak adalah sangat singkat. Pukul 4.30am kami dah start makan.

Alhamdulillah, rezeki kami untuk sahur pertama ini cukuplah sekadar nasi putih, ikam pekasam, drummet ayam dan air milo suam. Oh, tak lupa pada En Kipas Udang... Kicap yang paling sedap seantero dunia.

Lepas makan aku iron baju kerja. Aku terpaksa iron pagi ni sebab hari Sabtu dan Ahad aku busy melayan anak-anak aku. Chewaahh.. Macam dah ada anak kecik pulak nak melayan bagai! En Zul dah sambung tidur semula. (Eleeehhh.. Cakap nak diet masa bulan puasa. Tapi lepas makan dah membuta, macamana nak diet?)

Lepas siap iron baju, aku join En Zul membongkang sama sampai la pukul 6.30am! Hahaha..




*teringat situasi malam tadi.

En Zul : Adik, baca niat puasa. Nanti esok lupa pulak nak baca. Baca dalam bahasa Melayu pun tak apa. Baca je dalam hati.

Adik : Adik pandai baca dalam Jawi je. Dalam melayu adik tak reti. (oh, berlagaknya!)

Aku : Ok, adik baca la yang Jawi tu. Mummy nak dengar.

Adik : Nawaitu ramadhan Lillahi ta'ala....

Aku : Huh?

No comments :