It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 20, 2011

Akhirnya baju saiz gajah+zirafah dapat jugak dibeli.

Semalam aku keluar lagi dengan En Zul. Hala tuju kami adalah ke Carrefour Wangsa Maju. Setelah 45 minit meredah jammed, kami sampai di sana dengan penuh harapan baju raya saiz 'gajah+zirafah' ada dijual.

Sampai je dalam Carrefour kami terus menuju ke restoran untuk book meja. MALANG sungguh nasib kami kerana semua restoran dah full house! Hatta KFC sekali pun! Huhuhu...

Tahun ni aku teringin sangat nak pakai jubah (sebenarnya badan dah naik mendadak! So tak ada saiz maka terpaksa lah membeli jubah! Kahhhhh..!!). Lepas puas memusing dan menge'test' semua jubah yang En Zul berkenan (bukan aku yang berkenan, sebab dia yang tukang bayar dan tukang menghadap aku sepanjang masa memakai baju raya, so dia yang pilih design), aku hampir give-up sebab baju yang ada paling besar sedang-sedang muat je untuk badan aku. Tapiiiii... (ada jugak tapinya!) Jubah tu SENTENG!

Tahu apa maksud senteng?

SINGKAT!
PENDEK!
TERGANTUNG!


Memang pundek!

Uwaaaaaa... Sedihnya aku. Saiz gajah dah ada, tapi saiz zirafah jugak failed!

Last-last aku ke First Lady. Berdasarkan sejarah hidup aku dengan butik ni, memang dia ada jual baju yang besar. Cuma kadang-kadang design untuk saiz besar agak ke'makcik'kan gitu.. Lantak!

Aku rembat dua helai baju kaftan untuk fitting. Akhirnya aku pilih kaftan yang sangat lah kelawar yang kaler hijau..

Lepas rembat baju, aku rembat kasut. Dapat 2 pasang. Hahaha..

Masa dah pukul 7.15pm. Plan nak berbuka puasa masih tergendala. Dalam banyak-banyak restoran, cuma SUBWAY je yang kosong.

Kami masuk ke Subway.

TERPAKSA! (faham-faham je la maksud aku tu)

So aku order :
- 1 sandwich 6inch-tuna
- 1 sandwich Subway Melt footlonggggg...





Kerana desakan hidup, maka aku TERPAKSA berbuka menghadap benda ni!


Agenda mencari tudung sangat mudah! Just jumpa selendang yang harga RM7.90, terus beli!

Malas nak fikir pasal style. Lagipun aku bukan model @ artis yang nak kena jaga penampilan beriya-iya. Lepas beli tudung, TERLUPA beli inner. Padan muka aku!

Terus ambil anak kat rumah babysitter, then balik rumah Maklang untuk makan nasi pulak!



Lepas ni saiz gajah+zirafah KOMPEM akan bertukar menjadi saiz dinasour plak!

No comments :