It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 6, 2011

Edisi geledah handbag ARTIS!

Semalam aku bergesel-gesel dengan En Zul sambil buat aksi menggoda....



Anggap je la muka aku kat dalam gambar ni


Aku : Sayangggggg.... (masih meneruskan aktiviti menggesel...)


En Zul : Hmmmm...


Aku : Yati rasa handbag Yati dah kecik la. Dah tak muat nak sumbat macam-macam.


En Zul : Sooo...? (wahhh.. speaking London laki aku!)


Aku : Boleh tak nak beli handbag baru?


En Zul : Bulan 3 lepas kan dah beli. Ni baru je 4 bulan dah nak beli baru? Kalau nak beli, guna duit sendiri.


Aku : Tapi yati tak de duit. Abg belanja la yati.


En Zul : Nak buat pe bag banyak? Abg tengok Yati tak jugak cantik pun pakai bag baru!



Siot je orang tua ni! Ada je yang dia nak kenakan aku! Nasib baik belum Maghrib. Kalau dah bukak puasa, sah-sah aku telan dia ni! Bikin aku panas hati je... Abang, sekali yati baham abg, tinggal serdak je tau!


Ni bukan aktiviti membaham ye tuan-tuan, puan-puan....
Ni aktiviti beromen!


Lepas bukak puasa, En Zul keluar ke ofis. Tinggal aku sorang-sorang sambil melayan perasaan. Aku masuk bilik, pastu aku belek-belek bag-bag aku dalam lemari tu. Then aku capai handbag yang aku selalu pakai ke ofis.

Sekali humban je, berselerak barang-barang aku. Ya Allah, macam tong sampah! Macam-macam ada. Dah mengalahkan bag artis. Hehehe...


Ok, koranggggg... Kembali semula bersama Cik Peah Slongkar ye! Haaa, kali ni kita akan selongkar bag artis terkenal tanah air ye. Artis tersebut baru-baru ini telah menerima anugerah Artis Paling Berperasaan untuk julung-julung kalinya! Artis tersebut adalah Siti Nurhaliza.. Eh, silap! Siti Nurhayati!!!!!!!!!


Apa lagi korangggg, jom selongkar bag artis tuuuu...!!! Kita tengok apa yang artis kali ni bawak...


Jeng..jeng...jeng......




Nasib la hp sekarang kecik-kecik, kalau besar macam botol air tu? Mampos kau nak usung ke hulur ke hilir!


Handphone Zaman Batu
Orang lain semua dah pakai iPhone. Kalau tak iPhone pun, mesti pakai Blackberry. Boleh main tenet kat hp free 24jam. Hujung bulan bayar berapa hengget je. Then boleh main FB, boleh tweet sana, tweet sini... Kau?? Pakai nokia N8 je.. Memang la boleh main tenet jugak, tapi kau main tenet berbayar! Seminit je dah berapa hengget? Hujung bulan memang hazab kau nak bayar bil Maxis kau, kan? Hehe.. Ok, pic ni aku Google search je. Tak boleh nak snap hp sendiri sebab hp lagi 1 tak boleh on, camera pulak En Zul bawak keluar. Mula-mula guna webcam, tapi huduh pulak rupanya. Then, nasib baik ada En Google. Setel! Aku rasa hp ni memang satu keperluan. Kalau tak de, boleh putus nyawa wooo.. Tapi aku selalu tertinggal hp kat rumah. Bagi aku kalau tertinggal, lantak la! Malas aku nak patah balik ambil. Hp je pun.. Kalau ada orang yang call @ sms, malammmmm sikit baru aku layan. Biar hp tertinggal, jangan pepek aku yang tertinggal! Ha, kauuuuu..  Mulut aku mula la nak puaka, kan? Lalaalala.... Dan hp ni jugak la yang banyak membantu aku dalam berblogging ni. Ambil gambar sana, ambil gambar sini... Nak ambil gambar anjing beromen pun bolehhhhh....





Kalau sape-sape terjumpa bag ini, sila pulangkan pada saya. Pastikan duit di dalamnya sekurang-kurangnya RM500. Kalau tak cukup, sila tambah kan duit anda ke dalamnya.


Bag duit
Ha, ni pun penting jugak. Jenama tak penting, yang penting adalah isi dalamnya. Kalau dalam tu cuma ada kad Tesco, kad Jusco, Maidin dan sebagainya, baik kau buang je ke lombong! Duit mesti ada, hokeh! Paling bangsat pun biar lah RM10. Lepas jugak la nak makan kan. Syiling pun penting gak. Agak-agak nak beli air ke, nak masuk toilet ke, kau korek-korek la syiling tu. So selamat la duit kertas tu. Aku ni kalau dah start guna duit kertas, kompem selesai dalam sekelip mata! Jadi, adalah lebih selamat jika guna syiling. Selain dari itu, ringan sikit purse aku ni. Ni bila bawak syiling banyak-banyak, serius menambahkan otot kat jari-jari tembam aku ni. Gila huduh!




Segugus kunci
Ni amat mudah bagi aku. Kunci kereta sekalikan dengan kunci rumah. Kalau ada pencuri yang dapat curi kunci aku ni memang bertuah. Pakej kau dapat! Curi kereta dapat rumah! Kunci solex je ada 3. Lagi satu kunci pintu. Kunci grill aku tak duplicate. Sebab kunci grill tu aku sorok bawah pasu. Sorok ek? Haha.. Cari la, sampai mampos pun tak de sape-sape boleh jumpa, kecuali aku dan En Zul je. Selain tu, aku gantung sekali dengan pengepit kuku. Aku memang suka kepit kuku. Jadi kalau ada pontianak nak berkawan dengan aku, meh aku cantaskan dulu kukunya. Kasi bersih dan kontot! Muahahaha...


Simplyati
 Alat men'touchup'
Dalam bag aku cuma ada bedak Miyami, lipstik Avon, lipstik Maybelline, lipstik Nutrimetics. Semua jenama murah-murah sebab aku yakin sesangat, kalau aku pakai yang murah pun muka aku nampak gojes! Walla!! Memang berperasaan aku ni... Kalau gojes, baik tak payah pakai ape-ape kan? Lagi satu mesti ada perfume. Sekarang ni aku bawak perfume Victoria Secret - Love Spell. Perfume ni bekas kawan aku yang bagi. Dia beli masa dia keje kat States dulu. Sila baca betul-betul ye... BEKAS KAWAN! Kalau kat dalam lemari, aku cuma ada perfume Polo, Silky Girl dan Avon. Yang beli kat downtown pun ada gak! Hahahaa.... Bedak tu gunanya bila aku duduk di kalangan wanita-wanita, haruslah aku tepek bedak tu sekurang-kurangnya 5inci. Biar aku nampak putih dan flawless diantara mereka. Diva gituuu! Kalau perfume pulak bila aku jalan-jalan yang ada ramai pakwe-pakwe hensem, aku kasi sembur sikit biar mencocok-cocok lubang hidung diorang! Jangan sesekali biarkan bau ketiak kepam tu tersebar ye puan-puan.... Kalau ada lelaki rasa bau badan aku macam ketiak kepam, itu tandanya korang TAK HENSEM! Sebab aku hanya akan sembur bila jumpa lelaki hensem sahaja. Sekian.


Berjuntai-juntai pendrive aku. Baik beli hard disk je kan??

5 biji Pendrive
Kalau ikutkan aku ada 6 pendrives. Tapi lagi satu yang berkapasiti 4G tu Amy pinjam. Aku ni bukanlah pekerja yang serba serbi busy. Tapi aku banyak benda nak save dalam pendrive ni. Antaranya, lagu-lagu je memerlukan sekurang-kurangnya 8G. Campur gambar dalam 8G jugak. Selebihnya dokumen kerja aku dalam 1G je.. Seeee... Sungguh komited aku kan? Kenapa aku tak guna hard disk? Sebab, kalau rosak 1, still ada 4 lagi yang ok. Tapi kalau hard disk rosak @ terformatttttt... 1 benda haram tak boleh diselamatkan! Hujungnya, menangis la jawabnya!



Roti kering sapu jem strawberry.. Euuwww!

Pad dan pantiliner
Selalunya aku guna Kotex. Tapi sebab saja nak try Libresse, nak rasa kelembutan dan kesegarannya. Baru la boleh feeling-feeling macam Yuna. Kenapa Yuna, bukan Adibah Noor? Sukati aku la kan! Hekhekkk.. Perempuan mesti selalu bawak ni. Agaknya ter'eksiden, benda ni boleh jadi penyelamat. Selalunya aku bawak 2 keping sebagai back up. Kalau bawak banyak-banyak, baik aku bawak guni je, instead of handbag! Kan best kalau pad ni ada bau ala-ala perfume. Selalunya dia bau fresh je. Itu memang wajib, beb! Mesti kena fresh. Kalau bau hapak, bau pantat, baik aku pakai pampers Tenna je. Balut depan belakang! Punggung pun jadik mantoppp!!!


Ye, saya bekerja di PPUKM. Walaupun bekerja di hospital, tapi saya selalu sakit.

Kad klinik panel dan kad matriks
Kad klinik tu aku yang punya, tapi atas nama En Zul, sebab aku adalah tanggungan dia (memang tak tertanggung la kau banggggg...). Kalau aku jatuh sakit time ofis hour, aku pegi je menempelkan muka aku kat Klinik Warga. Cuma nak menunggu giliran tu memang hazab la. Kalau aku demam ke, sakit perut ke, agak-agak dah nak mampos baru nombor aku naik. Tapi kalau aku sakit lepas ofis hour, aku pergi ke klinik panel je. Itu common la untuk semua kan? Tapi masa menunggu tu ikut nasib jugak la. Pernah sekali aku kena menunggu hampir 45min walaupun cuma aku sorang je pesakitnya. Gila hazab tak??? Rasa nak bakar je klinik tu. Siaalllllll...!!!!


Nyawa kepada HP aku


Charger HP dan USB
Charger wajib bawak! Kalau tak bawak, serupa tak payah bawak hp. Tapi kalau dalam kereta, guna je yang jenis car charger. USB pulak untuk aku transfer gambar atau lagu. Selalunya aku guna bila nak upload gambar dalam FB atau blog. Kan boleh upload terus dari hp? Ye! Memang boleh! Tapi aku ni kedekut nak bayar bil Maxis yang mahal tahap setan tu! Nak tunggu dia upload memang boleh gila meroyan aku dibuatnya! Lembab! Dan-dan hujung bulan tengok bil RM400 lebih! Haram jadah!!! Jadi, adalah lebih baik aku guna USB dan internet pc. Murah, jimat dan senang! Melainkan kalau aku tak duduk kat depan pc ofis atau depan lappy aku, dan badan aku pulak dah gatal-gatal alergik nak sesangatttt upload gambar jugakkkkk.. Hm, kena la mobile upload ye....


Note pad dan pen

Note pad dan pen
Aku bukan reporter ye. Aku blogger. Buku kecik ni gunanya untuk anak-anak dara aku menconteng bila kami keluar travel kemana-mana. Anak-anak aku kan macam penerjun negara. Kerja nya cuma nak melompat dan menjunam dalam kereta. Agak-agak tahap kesabaran aku dah menipis, aku bagi buku ni kat diorang. Kasi diorang conteng-conteng, mengeja dan melukis. Aman hidup aku! Tapi keamanan mula hilang bila diorang suruh aku pilih benda dan perkataan untuk diorang lukis dan eja. Hmmm.. Aku pun pilih pokok, kereta, buah, lampu, kucing... Tapi tak adventure katanya! Ok...... Korang eja MULTIMEDIA, UNIVERSITI, DEMOKRASI, EXTRAVAGANZA! Haaaa... Mencungap korang! Kalau korang bising jugak, duk melompat-lompat jugakkkkk.. Aku bukak tingkap luas-luas, pastu aku lempar je korang keluar! Senang! Hahahaha.. Tapi dalam kereta pun masih ada buku log yang besar gedabak tu. Agak-agak diorang bosan buku kecik, aku bagi buku besar. Korang conteng la sampai lebam, ok?


Oh obat.. Oh obat... Mari beli obat.. Kalau dah terlambat, tak dapattttt!

Penawar pening kus-kus
Inhaler tu untuk hilangkan hidung tersumbat. Balm tu untuk pening-pening dan mual-mual. En Zul ni kan bawak kereta macam pelesit. Berdesupppp je kalau malam tadi tak dapat main. Huahaha.. Mula la aku pening bila dia cilok sana, cilok sini. Satu lagi gunanya bila anak-anak duk garu-garu badan diorang. Terutamanya Si Ika. Tangan memang tak bedung! Asyik nak menggaru je. Sekali aku tenyeh dengan balm, terus tangan menggeletar!



Set anak-anak
Set rambut anak-anak
Ni memang wajib! Dalam kereta pun ada jugak. Mahu nya tak wajib, kalau dah sorang-sorang rambut macam kuntilanak, mengerbang je aku tengok. Senang je nak buat. Lumurkan baby oil tu, sikat ala kadar, ikat tocang. Setel! Kalau nak ubah angin sikit, dari ikat tocang aku tukar jadi ponnytail. Simple. Aku memang pantang la tengok rambut mengerbang. Rimas mata aku nengok! Agaknya sebab tu aku tak jadi model iklan syampu, sebab aku tak suka lepaskan rambut mengerbang. Serius aku tengok macam sundal! Dah la panjang rambut tu. Kasi la kemas sikit. Itu belum kalau ada kutu ke, kelumumur ke.. Memang aku bakar je rambut tu. Sungguh rimas!


Dan lain-lain.....
Lain-lain (jarang-jarang je ada dalam bag aku)
Buku bank, pasport, panadol, brooch, syiling kat celah-celah bag, pensil Ikea kontot. Kenapa semua ni ada dalam bag aku? Sebab aku tak tahu nak taruk mana? Contoh, buku bank. Kalau aku simpan kat rumah, tiba-tiba time ofis aku nak draw duit. Kan dah tambah satu keje aku nak patah balik rumah nak amik buku bank? Jadi, aku ada 4 buku bank yang ciputttt sangat isi nya. Selain dari kad bank, aku simpan 1 buku dalam bag. Selebihnya aku simpan kat peti besi kat ofis. Syiling pulak aku selit kat celah-celah bag, sebab aku malas nak keluarkan purse kalau nak gi toilet, lebih-lebih lagi bila air kuning tu dah sampai-sampai hujunggggg je! Brooch pulak aku spare 1 kat dalam bag untuk aku back up kan kepada brooch kat tudung yang aku pakai. Pensel Ikea, aku simpan sebab kalau anak-anak aku rembat pen aku, aku guna je yang kontot ni. Selain dari jimat space, ia sangat mudah didapati. Bila aku ke Ikea, aku rembat la segenggam! Wah, beli perabotnya tidak! Tapi pensel yang aku sambar. Panadol untuk aku dan En Zul kalau kami pening tahap gaban. Ambil sebijik, telan je. Tak payah nak berair bagai! Lambat!


Haaa... Itu yang aku snap gambar. Yang aku tak snap pun ada. Agak-agaknya, apa jenis handbag yang patut aku pakai?

A) handbag saiz 30cmx70cm
B) bag plastik Ikea kaler biru
C) karung guni






Korek punya korek........... Terjumpa ni. Ia adalah penyumbang kekurangan space dalam bag aku ni......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Erk?

Sampah sarap!

No comments :