It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 6, 2011

Astro & TV3, plis! Aku nak tengok balik cerita-cerita ni!

Kat tajuk entry pun dah menggambarkan betapa hati aku mendambakan cerita-cerita yang aku minat ditayangkan semula di kaca tv. Semuanya cerita yang merepek-repek la. Bukan cerita tentang agama, bukan juga tentang seks. Tapi cerita tersebut wajib ada unsur-unsur keseksian dan keghairahan gitu.....

Ok, kita pergi ke cerita yang pertama :

Merlin
Kat Astro masih ditayangkan cerita ni. Tapi urutan ceritanya berterabur. Celaka! Sekejap Merlin 1, sekejap Merlin 2, esoknya Merlin 1 balik! Haram jadah! Masa cerita ni ditayangkan kat TV3 mula-mula dulu, aku rasa Merlin 3 macam sekejap je. Alih-alih dah habis. Sebab cerita tu diganggu oleh Konsert Jom Heboh yang bangang tu! Pastu panggil artis yang warm-warm nail je. Setakat Mawi naik pentas, pastu Mas Idayu pulak meronggeng atas pentas siap sekali dengan goyang gerudi tu, ada aku kesah?? Sekali sekala panggil la Jay Z ke, JLS ke, Scorpion ke.. Aku hadap la jugak!



Xena : The Warrior Princess (Sebutan Xena perlu disebut as ZINA ye...)
Cerita ni mengisahkan puteri raja yang mengembara untuk menyelamatkan negaranya. Eh, kalau nak menyelamatkan negara, perlu ke nak mengembara bagai? Ke, aku yang salah sinopsis? Tak kesah la Cik Bedah... Asalkan aku tahu ceritanya. Aku masih ingat ada satu episode, Si Xena ni berkampung kat satu perkampungan tepi sungai. Ada seorang gadis yang sedang bersedih menunggu kekasihnya pulang dari berperang. Lantas Si Xena menegurnya, "Awak mengandung, tapi tiada siapa yang tahu.." Eh.. Tetiba gitu.... Lalu si gadis yang bangang rupanya itu terus bertanya, "bagaimana awak tahu?" Lebih kurang begitu la gadis itu bertanya. Dan Si Xena menjawab, "dari rambut awak saya dah tahu" Wahhhhh.. Hebat gitu! Dari rambut je dah boleh wat pregnancy test! Rambut rebonding ke, rambut berkelumumur ke, rambut bercabang ke, anak rambut pun boleh.. Memang aku ingat lagi babak itu..... Yang paling best cerita ni sebab aku suka tengok costume Xena. Tang dada dia tu sangat unik karung tetek dia! Wahhhhh.. Ada besi bagai... Kalau ada orang jahat tusuk tetek dia, tak la tembus kan? Tetek itu penting tauuuuuuu... Sangat menjadi dambaan Maknyah kat luar sana. Hekhekkk...



Hercules
Cerita ni masa zaman gladiator dulu-dulu. Hercules ni ada kuasa Badang. Aku tak tahu la dia ni makan muntah jin ape. Tapi kuasa nya memang tiada tolok bandingan nya. Agak-agak kalau dia 'main', hujung-hujung game tu mahu lembik perempuan tu kan? Zaman Hercules ni, siap ada dewa dewi Zeus la, hape la.. Aku pun tak berapa nak ingat. Tapi bila tengok body Hercules ni, mula la aku nak berangan jadi heroin dia. Sekali dia angkat & julang aku, perghhhh... Terasa bagai diawangan tau!



Jake 2.0
Maaf ye, ini bukan cerita Chuck! Ini cerita Jake 2.0. Cerita ni mengisarkan seorang agen yang tak seberapa nak hero sangat, ada hormon ajaib yang boleh halimunan kan dirinya! Kat pergelangan tangannya, ada lingkaran ular kaler hijau dan merah. Kalau dah sampai ke kaler merah, Si Jake ni perlu balik ke makmal untuk suntik hormon halimunan itu. Dan hormon tu ada limitnya. Kalau kerap guna, cepat jugak la habisnya. Bila dah nak habis hormon tu, badan Si Jake ni mula jadi menggeletar dan terherot-bengot macam tak dapat supply dadah! Aku suka cerita ni, rasa macam kat tangan aku ni ada lingkaran ular pulak!



True Calling
Si Eliza Dushku ni memegang watak True. Setiap kali dia tidur, dia akan mimpi suatu kejadian. Bila dia terjaga, kejadian itu benar-benar berlaku! Nak tak nak, True terpaksa jadi hero untuk menyelamatkan orang-orang yang terkorban dalam mimpi tu. Episod pertama, di mana dia perlu menduduki exam MCAT untuk melepasi ujian jadi doktor gitu. Tapi sebab masa exam dia terbayang-bayang kejadian dalam mimpi itu, dia harus selamatkan orang yang bakal mati itu. Impian dia, biar tak dapat jadi doktor, asalkan dapat jadi hero. Boleh pulak? Hmmm.. Tapi cerita ni memang best. Memang aku nak sangat cerita ni diulang semula.



Smallville aka Kampung Kecil
Clark jatuh hati pada Lana Lang. Tapi Lana berkahwin dengan Lex Luthor. Siot je.. Tapi sebab cerita asalkan Clark dengan Lois. Tapi bagi aku Lois tak secantik Lana. Lois sebijik muka mat saleh. Tapi Lana Lang muka kacuk. Jelita betul..... Aku tak minat sangat cerita Superman, tapi cerita Smallville ni aku minat. Cuma last-last tu aku jarang follow. Sebab ada gangguan Konsert Jom Heboh... Again??



Honey, I Shrunk The Kids
Cerita ni memang kelakar. Ada satu episod tu, anak perempuan dia ada kuasa yang boleh menghafal. Hari ni nak exam, pagi ni just belek buku teks, terus boleh hafal dan salin ayat tu sebijik-sebijik! Haaa.. Kau!! Aku tengok cerita ni masa zaman aku form 1 or form 2 gitu. So memang aku teruja sangat kalau aku ada kuasa macam tu. Tak payah aku susah-susah nak hafal segala rumus. Boleh pecah kepala aku ni dibuatnya!

No comments :