It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 23, 2011

Dasar MELAYU lupa diri!

Maaf sebab aku merempan pada bulan puasa. Tapi memang patut aku luahkan kat sini, sebelum aku naik hantu kat ofis atau kat rumah. Aku kan ada pembawakan saka! Hahaha..

Alkisahnya cenggini..... (perbualan telefon)



Aku : Assalamualaikum En Ali. Saya Yati dari Cohort, HUKM.

Melayu Lupa Diri (MLD) : Wa'alaikumussalam.. Ye, Cik Yati (perghh.. masih CIK ye!)

Aku : Macam ni En Ali. Insya Allah 23/9 depan ofis kami akan buat jamuan hari raya. Pegawai dari bahagian kewangan dah keluaran list company, kalau ikutkan tahun ni kami ada buat pembelian sebanyak RM3960.00 dari company En Ali. Boleh tak En Ali sponsor sedikit juadah untuk jamuan kami?

MLD : Oh, yeke? Errr.. Berapa tadi yang u all dah beli dari I?

Aku : tiga ribu sembilan.... (tak sempat nak habiskan ayat, hokeh!)

MLD : Tiga ribu je? Then u nak mintak i sponsor. Agak-agak u berapa i untung dari pembelian u yang harga tiga ribu tu? Sikit sangat u beli.

Aku : Kami akan buat 2 events, satu jamuan raya dan satu lagi dinner. Untuk pembelian yang melebihi RM20k kami akan mohon sponsor untuk dinner nanti. Jadi mana-mana company yang pembelian bawah RM20k kami mohon untuk jamuan raya. Lagipun kami dah banyak tahun deals dengan En Ali, rekod tahun-tahun lepas kami beli minimum 3 kali dalam setahun.

MLD : Tapi tahun ni u all beli 3 ribu je. Agak-agak berapa untung yang i dapat? (mula menekan suara)

Aku : Maaf la En Ali, itu keuntungan syarikat En Ali, saya tak tahu.

MLD : Kalau u beli cuma 3 ribu je, then i cuma dapat 20% dari pembelian tu, i cuma dapat RM600 je tau. Pastu u nak mintak i sponsor pulak?

Aku : Hmm.. Kalau En Ali boleh sponsor, Alhamdulillah.. Tapi kalau En Ali tak boleh, tak apa la...

MLD : Hm, tengok la nanti macamana, saya fikir dulu.

Aku : Ok, thanks.



Memang celaka En Ali ni!
Memang dasar Melayu lupa diri. Maaf, aku tak bermaksud nak cakap semua orang Melayu macam tu. Tapi En Ali ni adalah contoh terbaik orang Melayu yang lupa diri!

Masa dia tak ada job, dia sibuk beriya-iya menghantar quotation kat aku. Dia ni pembekal result sheet untuk mesin Inbody kat ofis aku. Mentang-mentang dia bumi agent, lagaknya bukan main lagi!

Dia quot harga untuk aku sekeping RM0.32 untuk pembelian 30,000 sheets. Dan RM0.36 untuk 900sheets. Ok, kat sini memang tak banyak perbezaan harganya.

Selama 4 tahun kami membeli result sheet ni dari company En Ali. Setahun adalah dalam 4 kali kami order dengan dia. So, paling bangsat pun sekali order harga jadi RM9600. Kalau setahun empat kali aku order, tak ke harga yang dia dapat RM38,400.00?? Tahun ni je baru order RM3960.00.

Beberapa bulan lepas company Inbody sendiri dah set up dan mendaftar company kat Malaysia. Company tu dari Korea. So secara strateginya diorang set up company kat Malaysia supaya boleh jual produk diorang secara terus dalam market Malaysia.

So, wakil dari company datang jumpa aku untuk bagi bisness card.
Sambil-sambil tu aku tanya harga result sheet. Dia quotkan aku harga RM0.16 sehelai!

Ulang suara.... RM0.16!

Gila murah dari company En Ali. Tapi mungkin En Ali ni 'orang tengah', sebab tu harga dia mark up separuh harga dari company asal.

Tapi, yang membuatkan aku jengkel dengan En Ali bila dia mempertikaikan pembelian ofis aku yang agak sedikit berbanding tahun lepas.

Weh, kenapa aku perlu teruskan pembelian tu, sedangkan aku boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah dekat company lain?

Yang paling aku geram adalah... Lepas hantar quotation, bukan main lagi dia siap merangkak-rangkak call aku untuk confirmkan sama ada dia dapat atau tak job tu? Tak kira la aku tengah bercuti ke, aku tengah meeting ke, tengah malam-malam buta ke, sibuk call nak tanya dapat job ke tak? Siap mintak aku pertimbangkan company kau untuk dapat job tu.

Hello, bai!
Kalau harga kau mahal, tak payah susah-susah suruh aku pertimbangkan untuk kau. Kau tu sendiri tolong turunkan harga untuk aku. Senang kan?

Hari tu, aku putuskan company Korea tu yang dapat job tu (memandangkan harga dia lebih murah). Maka, setelah berbulan En Ali tu tunggu tetapi masih tidak mendapat PO mahupun sebarang berita dari aku, terus dia call aku untuk susulan.


Maaf En Ali, kamu tidak dapat job itu.....*nangis*


Kau tersentap kan????

Masa tu bukan main lagi dia tanya soalan bertubi-tubi kat aku. Company mana yang dapat? Berapa harga yang dia tawarkan? Huhu.. Maaf En Ali, saya tak boleh bagitau kamu... Lalaala~

Tapi apa yang saya boleh bagtau pada En Ali tentang company tu adalah.....

1) Harga yang ditawarkan pada saya sangattttttt jauhhhhhhh lebih murah.
2) kertas dia lebih berkualiti, licin dan susah koyak.
3) dia provide untuk printkan sekali logo Cohort kat header result sheet tu.
4) staff dia sangat cantik, hensem dan SEKSI! Yesss..

Maka, lupakan ajer result SHIT En Ali tu yeeeee.....

No comments :