Sekarang ni En Zul bagi aku pakai kereta Vios. Kaler putih, basic dan selesa untuk kami berdua.
Sila baca betul-betul. SELESA UNTUK KAMI BERDUA!
Tapi kalau berempat?
WSL **** |
Itu belum campur anak aku berdua tu. Dengan ada bantal kusyen segi empat sama tu, dengan buku conteng anak-anak, dengan jaket En Zul bergantung, dengan mainan anak-anak lagi. Memang hazab kalau nak travel jauh-jauh. Tambah lak anak-anak aku kan penerjun negara! Dalam seminit tak melompat dan menjunam memang tak sah!
Baru-baru ni En Zul sibuk nak beli kereta lain. Nak beli Hilux katanya. Dalam diam-diam dia dah survey Hilux kat showroom. Siap tanya harga bulanan, harga insurans..
Haa, besar gile 'siput' ni! |
En Zul cakap kalau dia nak ambil Hilux, dia nak tolak Vios.
APA????????????????
Takkan la aku nak drive Hilux pergi keje?
Kau bayangkan pukul 7.20am ada seorang perempuan yang jelita sedang terhenjut-henjut memandu Hilux sambil melambai-lambai tangan ke arah orang ramai!
GILA HUDUHHHHHH OKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!
Kalau kereta merah tu aku nak la.. Kahhhhhhh!!! |
Bertekak-tekak aku dengan En Zul mempertahankan Vios tu daripada di jual.. Dia kata senang nak balik kampung, boleh muat macam-macam kat kargo tu! Nak suruh anak-anak melompat dan menjunam kat belakang tu pun boleh!
Kau ni dah gila ke bang?
Aku yang perempuan ni disuruhnya bawak 4x4? Memang la aku pernah drive Frontier Cohort (kenderaan rasmi ofis aku), tapi itu aku drive kat felda-felda, kat Ranau.. Kat jalan raya yang kurang kesesakkan lalulintas. Ini kau suruh aku drive hari-hari ulang alik gi kerja. Hilang akal ke hape kau ni bang?
Ni muka aku kalau drive Hilux. Abang, saya dah nak pergi kerja ni. Meh sini cium dahi saya. Cepat!!!!!!!!!! |
En Zul jugak cakap, kalau beli Hilux, mudah untuk di ke kebun. So, ada aku kesah kau nak ke kebun ke, ke dusun ke, ke paya ke, ke hutan bakau ke...?? Ada aku kesah?? Ada?!!!!
Konon-konon kalau beli Hilux, mudah nak bawak tebu!
Tebu? Kenapa tebu? Kau tanya sendiri kat En Zul! |
Lantas, pagi tadi aku terus post status kat dinding fesbuk aku....
Ada yang memberikan aku jawapan yang sangat menyokong En Zul. Kalau dia baca status aku tu, dan-dan dia terus beli Hilux tu tanpa berkata apa-apa... *Senyum..*
Jawapan yang benar adalah A |
Sekarang ni aku memanjatkan doa supaya En Zul tak jual Vios tu. Kalau dia nak beli Hilux tu jugak, beli la.. Aku tak kesah kalau dia nak bawak aku jalan-jalan naik Hilux. Tapi Vios tu jangan la jual. Hukhukhukk..
Tapi kalau dia nak ganti Vios tu dengan kereta lain pun ok jugak kan?!
Insight ke, Prius ke, Caldina ke... Aku set ajerrrr...
Apsal tak nak beli mpv, eh? Mpv kan besarrrrr.. Siap boleh berkelah lagi kat dalam tu :) |
Persoalan sekarang :
1) Beli Hilux, jual Vios?
1) Beli Hilux, remain Vios?
3) Beli Hilux, jual Vios, beli Insight (kahhhhhhhhh....)
No comments :
Post a Comment