It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 18, 2011

Baju raya oh baju raya

Semalam Hari Nuzul Quran. Aku tak cuti sebab aku bekerja di KL. Tak aci betul!

Balik kerja semalam aku dan En Zul bawa anak-anak pergi ke Jusco Cheras Selatan untuk beli baju raya. Mulanya aku cadang nak beli kat Jalan TAR. Tapi memandangkan anak-anak aku yang memegang title PENERJUN NEGARA ni ada sekali, maka aku memutuskan untuk bawa mereka ke tempat yang lebih selamat dan lebih luas untuk mereka melakukan aktiviti terjunan mereka.

Sampai je Jusco, aku tengok banyak la pulak kereta kat parking, berbanding kelmarin (kelmarin pun pergi Jusco jugak, shopping langsir. Hehe..) Aku lupa yang semalam Nuzul Quran, maka manusia di area Cheras Selatan & Balakong ramai yang cuti.

Aku pesan kat En Zul suruh dia book mana-mana table kat KFC ke, McD ke, Pizza ke.. Tak la mencungap nak cari table masa berbuka nanti. Tapi orang tua tu nak jugak book lewat-lewat. So kami terus mencari baju raya anak-anak.

Tengok pilihan baju tak la banyak sangat. Design corak baju pun biasa-biasa je. Tapi berdasarkan komen dari kawan-kawan ofis, diorang cakap tahun ni memang corak kain tak cantik. Design pun biasa je, tak de pembaharuan.

Mula-mula aku beli kasut utnuk diorang. Sampai je kat situ, aku tengok diorang pilih design kasut yang sama jugak! Hadoiiiii... Kenapa la citarasa korang ni macam ni? Dah pesan awal-awal, beli kasut design yang belum ada lagi, ni tak, kasut princess tu jugak yang korang berkenan!

Lepas aku membebel, diorang ambil kasut sarung tumit tinggi warna putih+hitam. Tengok muka masing-masing, memang pasrah je la...


Kasut kaler PINK is a must!
So, say no to PINK!



Bab kasut setel. Pergi beli t-shirt dan jeans pulak. Tengok tag harga ada 70% less. Tapi lepas kurang, harga adalah harga asal! Memang bukan sale la kan? Takkan la seluar jeans budak kecik yang guna kain tak sampai 2 meter harga RM99.00? Lepas sale lebih kurang RM40.00++... Itu strategi shopping mall yang agak sial!

Ok, malas nak membebel panjang, aku pun rembat 2 jeans dan 2 tshirt untuk penerjun muda ini.

Setel.

Lepas tu, si bapaknya pulak nak membeli kasut. Ok, aku layankan aje. Dia suruh aku pilih kasut yang ok. Bila aku tengok harga kasut yang dia pilih, hmmmm.. Memang ok. Harga selepas less RM40.00 jugak. Hahaha...

Masa nak pilih kasut En Zul, anak-anak dah mula menjalankan 'latihan' terjunan mereka. Bulan puasa pun mereka masih ada latihan komprehensif, hokehhh..!!! Diorang lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini, terjerit-jerit memekik macam orang tak puasa! Masa ni muka aku dah memang jadi singa betina dah! Aku tarik sorang-sorang, duduk tepi aku, siap ugut tak nak belanja aiskrim sundae. Terus diorang diam!

Setel.

Tapi sekejap je tu. Lepas 5 min diorang prektis balik terjunan mereka... *tunduk sambil nangis..*


Then kami turun bawah cari baju. Aku malas nak nak pilih-pilih, so aku rembat baju kebaya kaler hijau untuk penerjun tu. Lagipun diorang tak ada baju kebaya lagi. Kaler hijau pulak mengikut tema kaler baju raya sedara mara En Zul di kampung. FYI tahun ni kami nak beraya di Kedah. (FYI? ada ke orang baca blog kau ni? Muahaha..)



Fitting time. Tak payah masuk dalam fitting room.
Sarung baju, sarung kain, setel!

Ika sempat memberi post gediknya... =)

Tak sangka aku dah merasa mencari baju raya untuk anak-anak. Pengalaman ni membuatkan aku teringat masa kecik-kecik dulu. Bila Maklang ajak beli baju raya, memang seronok. Tapi mula la ada adegan-adegan gedik penat berpuasa. Letih la, lapar la, haus la... Lepas Maklang bagi pelempang sedasss baru reti diam!

Macam tu la anak-anak aku. Masa nak terjun, masa menjunam tak ingat lapar ke, puasa ke, langsung tak ingat penat! Bila dah betul-betul penat mula la merungut macam-macam kat aku.

Bila nak bukak puasa, tengok semua restoran penuh!

Sedihhhhhh..!!!

Last-last beli air yogurt, hotdog, nugget, sundae choc, terus blah dari Jusco!

Masuk kereta, start enjin, pasang radio, dengar azan berkumandang. Alhamdulillah.. Anak-anak paling gembira.

Akhirnya kami sekeluarga berbuka puasa dalam kereta. Lepas sampai Cheras, kami cari kedai makan.
Order tomyam campur, ikan kembung 3 rasa, kailan ikan masin.

Sekian......

No comments :