It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 2, 2011

Hah, ni entry tajuk BERBUKA PERTAMA pulak!

Sebenarnya ni bukan kali pertama aku berbuka puasa dengan En Zul. Ntah la, aku tak ingat ni kali ke berapa? Sebab tu tajuk tu tak seberapa nak dramatik pun.

Hari pertama puasa aku kena balik lambat sebab nak siapkan spin sampel untuk plasma (PPUKM dan Bestari Jaya). Dalam pukul 5.20pm En Zul call cakap nak pergi ambil anak. Ok banggggg...

Dalam pukul 5.40pm kerja mengespin dah siap. So aku boleh balik. Dalam pukul 6pm baru En Zul sampai kat PPUKM nak ambil aku. Aku pelik la kenapa lambat sangat? Rupanya sebab jalan kat depan PPUKM menuju ke Bandar Sri Permaisuri jammed teruk! Start pukul 4pm jalan dah jammed. Mulanya En Zul dan anak-anak stucked kat Bandar Sri Permaisuri, then diorang patah balik ikut jalan Bandar Tun Razak.

Lepas ambil aku, kami pergi ke bazar kat Bandar Tun Razak. Bazar tu kecil je, tapi manusia yang datang macam selautan! Weh, mana datangnya orang kat Cheras ni? Selalu kalau ada pasar malam ke, pasar pagi ke, tak de la ramai macam ni.

Sampai kat sana, kami mula mencari mangsa untuk dimakan berbuka nanti. Wah, mangsa kauuuuu..!!

Jalan punya jalan, akhirnya ini yang kami beli............


En Zul : Nasi lemak 2 bungkus (nak jugak mention 2 bungkus tu), kuih pulut panggang 3ketul.
Aku : Nasi putih, ikan kembong sambal, sayur kacang panjang.
Ika : Laksa, karipap 5ketul.
Aleeya : Nasi ayam, bubur caca, kuih cara (budak kecik ni memang makan banyak)
Minuman : Air soya (tanpa amilase liur!)

Sampai rumah pukul 6.50pm. Sementara nak tunggu pukul 7.30pm, anak-anak asyik bertanya, 'Mummy, nak buka puasa jarum panjang kat nombor berapa? Alahai.. Kesian pulak tengok diorang. Tapi aku tak kesian tahap babun la, sebab diorang dah biasa puasa. Dah 2 tahun berturut diorang puasa penuh. Takkan puasa kali ni tetiba jadi tak larat pulak kan???

Alhamdulillah, tepat jam 7.30pm Azan Maghrib berkumandang.........



Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa'alaa rizqika aftartu birahmatika ya arhamarrohimin


Sesi mentekedarah bermula......
Masing-masing makan macam membela saka!


Alhamdulillah, kami kenyang selepas seharian menahan lapar. Syukur pada Tuhan atas rezeki yang dikurniakan....

No comments :