It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 13, 2011

Hadiah dari Suami untuk Isteri sempena Hari Raya 2011

Suprise!!!!!!!!

Lama tak menjengah blog! Sampai dah bersawang blog aku ni. Ek elehhhhh.. Baru beberapa hari je kan? Hahahaha...

Entri ni aku nak dedicate untuk En Zul sebab dia hadiahkan aku macam-macam benda sempena raya tahun ni. TERIMA KASIH ABANG SAYANG..!!!!!!!! Syukur Alhamdulillah....

Mungkin sebelum ni aku mengeluh pada En Zul mengenai barang-barang kelengkapan rumah yang tidak mencukupi. Biasa la kan, bila baru tinggal bersama, macam-macam benda yang tak lengkap. Antaranya blender! Blender aku rosak, bila nak blend sesuatu benda, confirm air dia melimpah. So, aku lempar je blender tu ke lombong!

Setel.

Yang menjadikan ia kembali tak setel bila aku tak nak beli dengan duit aku sendiri. Nak guna duit En Zul jugakkkk... Yang En Zul pulak, nak mengharapkan aku beli sendiri. Ha, memang sampai kiamat la tak terbeli! Kau tolak aku, aku tolak kat kau!

Beberapa hari yang lepas, En Zul bawak aku jalan-jalan kat Carrefour Wangsa Maju. Sebenarnya aku nak beli barang-barang Arrezo. Tapi kena mintak izin En Zul dulu kan? Total barang yang aku nak beli anggaran harganya RM10k. Jadi bila En Zul berfikir semula, adalah lebih baik dia beli je macam-macam barang untuk aku, daripada mensedekahkan duit kat orang Arrezo tu.

Walaupun muncung aku dah sedepa sebab tidak dapat memiliki barang-barang Arrezo, tapi aku mampu tersenyum kembali kerana hadiah yang di beri oleh En Zul amatlah aku dambakan, walaupun murah dan jenama yang biasa-biasa sahaja. Syukur, alhamdulillah...





5 items in 1 receipt :
- Pensonic portable aircond (paling aku sukeeeee!! Lepas ni masa tido aku tak mengadu kepanasan la!)
- Faber mixer
- Faber blender
- Faber oven
- Samsung microwave

*lagi satu tu free gift.

Ni pun pilihan En Zul jugak. Sebab dia nak masak ayam golek macam kat gambar tu. Boleh masak sekali 2 ekor





Elok je aku buka semua barang-barang tu, aku pun snap pic untuk masukkan dalam entri. Tak sempat nak habis snap gambar, terus dia bagi benda ni :



Dia mintak persetujuan aku untuk beli Hilux!
Eeeeee!!!!!! Dia nak jugak siput ni!



Sebab dah ada oven baru, maka aku pun test la. Takkan la nak buat perhiasan je kan? En Zul sampai beli almari bertingkat kat IKEA untuk simpan barang-barang ni. Dia pulak yang lebih bersemangat dari aku.

Memang niat aku nak buat kuih raya sendiri tahun ni. Tu yang mintak En Zul belikan oven Arrezo tu. Tapi Faber yang aku dapat. Tak pe, lagi murah lagi senang aku nak guna. Kang beli mahal-mahal tapi tak reti nak guna.

Sedihhhhh..!!

Ok, untuk merasmikan oven tu, aku buat biskut choc chip. Mula-mula buat memang la aku tak pandai nak adjust suhu. Habis hangus 80biji biskut aku! Yang sempat diselamatkan cuma 40 biji je. Huhu..

Tapi tak apa, berkat kesabaran aku, esoknya aku buat lagi satu adunan. Alhamdulillah jadi jugak biskut aku tu. Kiranya aku dah tahu la suhu yang sesuai untuk masak biskut. Lepas siap choc chip, aku buat tart nenas pulak. Wah, feberet aku ni!


Menunggu masa untuk di bakar


Proses pembakaran


Proses pengembangan



Alhamdulillah, siap jugak akhirnya.
Kena asingkan 3 balang.
Aku 1 balang.
Maklang 1 balang.
Mertua aku 1 balang.






Walaupun dah macam-macam En Zul bagi aku untuk raya ni, benda yang paling aku tak sangka bila dia bagi kad kredit dia untuk aku guna! Wah, ini sudah tidak di sangka-sangka! Dia bagi aku satu je kad kredit RHB, lagi dua kad (CIMB dan Maybank) dia pegang. Selama ni aku minta nak apply kad kredit, haram dia nak bagi. Tak sangka hari tu lepas beli barang-barang tu, dia bagi kad kredit RHB dia.


Mari ke berparti! Hoyeh..hoyeehhh!!



Apsal En Zul baik sangat dengan aku, eh?
Nak kawin lain ke?
Kang ada yang kena pancung dek aku kang!

No comments :