Bila bukak, tadaaaa!!! Ada kad raya bunyik-bunyik!
Oh, permintaan melampau aku dah diperkenankan oleh En Zul. I lap u la lalink!
Kaler coklat |
Bagi yang tak boleh nak baca tulisan En Zul ni, meh aku tolong translate kan.
Buat isteriku tersayang, semoga kehidupan kita kekal bahagia selamanya. Salam sayang dari suamimu tercinta.
Esoknya aku tunjuk kad ni kat anak-anak aku.
Aleeya : Mummy, ayah tak ucap mengandung ke?
Eh, boleh pulak?
Kelmarin aku nak simpan barang anak-anak aku kat dalam bonet kereta. Bila aku bukak je, aku nampak ada 1 bag plastik merah. Sekali aku bukak plastik tu......... Aku nampak ni -------->
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HAMPAGAS! En Zul beli Levis dalam diam-diam ek! Langsung tak ajak aku shopping. Paling kejam bila dia keluarkan jeans tu dari bag asal dan sorok jeans bag plastik! Dengan harapan aku tak jumpa seluar tu. Patut la dia baik semacam je dengan aku, beli kan kad raya bunyik-bunyik sebab nak beli jeans. So tak ada point aku nak membebel sebab aku dah dapat apa yang aku nak. Jeans vs kad? AKU PILIH JEANS!
Jadi, sebagai balasan aku pun bagi kad raya bunyik-bunyik untuk En Zul. Motif nak beli Levis jugak :)
Berjam jugak la aku nak karang ayat ni. Nampak benau keikhlasan tu masih nipis! |
*NANGES!* Motif? :P |
Semoga trick aku kali menjadi. Kalau tak, aku mogok!
Semalam aku pergi ambil anak-anak kat rumah babysitter. Jalan memang jammed teruk! Memang hazabbbbb... Lantas..........
4x4 jugak yang dia nakkkk! |
Cibai.
Sebab aku tak sanggup nak redah jammed untuk balik ke Cheras, aku berbuka puasa kat Syed Bistro. En Zul pulak berbuka di area Kg Attap dengan ofismate dia.
Muka tak ready. Watermark kena kasi tutup itu ketiak! Hahaha.. |
Malam tadi lepas sampai rumah aku terus kemas bag untuk balik kampung. Untuk feeling-feeling macam malam raya, aku suruh Penerjun negara ni try baju raya yang aku beli hari tu.
Maaf la anak-anak. kamu terpaksa jadi 'taksukarelawati' untuk Mummy berblogging.
Gambar bawah ni sekadar iklan.
Anak aku ni ada kacukan Inggeris dan Arab ke? Siap napkin bagai, tapi makan Tamar. Haha.. |
Lepas selesai kemas baju, anak-anak menulis kad raya untuk Tok Wan kedua-dua belah pihak.
Ika tulis untuk Tok Wan sebelah aku.
Aleeya tulis untuk Tok Wan sebelah En Zul.
Aku cakap, diorang tulis.
Maka, inilah hasilnya :)
Atas : Sebelah aku Bawah : Sebelah En Zul |
Ika : Siap ada gambar kucing lagi. |
Ika : Mummy, Oneng ni nak tulis ape? Oneng ke, Uncle Oneng?
Sejak bila kucing Si Leen ni jadi adik aku?
Aleeya : Ikhlas ni :) |
Ni kad raya yang di tulis oleh Ika :
Ni kad raya yang di tulis oleh Aleeya :
Kami akan bergerak balik Gombak lepas Solat Jumaat. Berbuka puasa di rumah Maklang. Lepas Isyak kami bergerak pulang ke Alor Setar.
Semoga perjalanan kami selamat pergi dan kembali. Semoga juga penerjun negara buat perangai yang baik-baik semasa beraya di kampung.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
P/s : Entry ni aku karang sebelum balik raya, dah raya ke 5 baru nak post. Kahhh..
No comments :
Post a Comment