It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 2, 2012

Selamat Hari Pekerja

Aku baru balik dari Terengganu. Nak hapdet entri masa kat terengganu memang la tak sempat.
Banyak pic nak upload, video lagi. Tu belum nak karang ayat pulak.
Kang kalau aku just tepek gambar je, aku jugak yang rugi.
Esok lusa kalau nak tengok balik gambar, lupa dah semua gambar tu ambil kat mana? Masa bila? Apa cerita nya? So kena kumpulkan semua vitamin R dan tunggu ia bertindak balas dengan vitamin M yang maha berleluasa tu.

Semalam 1 Mei 2012. Dapat cuti umum untuk Hari Pekerja.
So semalam aku, En Zul dan anak-anak pergi tengok rumah baru yang tengah renovation.
Sumpah bersepah rumah aku tu.

Lepas tengok rumah, kitorang gi makan nasi ayam Semenyih.
Sebelum ni ada budak ofis (Farah Shafwanah) yang promote kedai ni.
Katanya sedap nasi ayam kat sini. Ramai orang yang datang membeli.
Semalam En Zul pun pelawa aku ke sana. Rupanya dia pun tahu ada kedai nasi ayam yang sedap kat sana.

So aku pun pergi kedai nasi ayam tu lepas tengok rumah.
Dah la cuaca panas, dengan perut lapar pulak tu. Memang aku dah tahap kebulur dah!
Bila aku sampai je, tengok orang punya la ramai! Sampai kena beratur ke luar kedai.

Bab beratur-beratur ni aku pas kat En Zul. Kaki aku memang la harapkan panjang je, tapi tak kuat.
Mak kan banyak bekerja nakkk.. Tak larat nak berdiri lama-lama. Tapi kalau bab sepak-menyepak orang kaki mak memanggggggg kuat!

Nak try penyepak mak?

Huhuuuu...

Masuk je kedai, aku dan anak-anak terus cari port untuk lepak.
Alhamdulillah ada meja yang kosong. Tapi meja tu belum dikemaskan lagi.
Never mind sayanggggg.. Janji ada meja untuk aku jadikan tempat untuk mentekedarah.

Hampir 30 minit jugak la En Zul beratur. Sampai aku terpaksa order extra air. Huhuu..
Air yang sedia ada dah tinggal separuh je.




Ni dia gambaran kedai. Cuaca sangat panas terik. En Zul dengan sun glasses dia memang tak boleh dipisahkan.



Mari kita beratur. So aku aku serahkan pada yang pakar ---> En Zul




Ni dah kurang sikit yang beratur. Lepas 10minit aku record video ni, makin ramai pulak yang datang!



Tengah duk tunggu En Zul order nasi ayam, Ika pulak nak ke tandas.
So aku bawak budak tu ke toilet kat belakang kedai.
Sekali tengok dapur, rupanya diorang goreng ayam guna kayu api, instead of gasses.
Memang klasik cara masak ayam dia.
Patut la En Zul beriya-iya nak makan kat sini.
Dia tu apa saja yang dimasak guna dapur kayu arang or kayu api, memang dia jadi jakun.
Kalau selipar jepun di rebus guna dapur kayu api pun, kompem dia kokak kan selipar jepun tu sampai lumat!



Sup ayam tengah direneh. (curi-curi snap pic)




Tu periuk yang goreng ayam guna dapur kayu api.




Yang tu pulak stock kayu api.




Ni kebulur punya orang yang nak makan. Yang nak makan cuma 4 orang, tapi order nasi sampai 5 set. Senang nak buat tambah katanya.. Ye laaaaa... Orang tu kan dah penat BERATUR, cakap dia kita kena la turutkan. Kang nak suh dia beratur lagi, mampus dia tak nak dah!

(besar gila ayam dia, dah sama besar dengan muka Ika. Nasi pun banyak. Portion size ---> LULUS!)



Masa makan nasi ni, aku susah nak explain macamana rasanya. Lebih-lebih lagi tang rasa ayam nya.
Jenuh aku nak fikir, tapi masih tak dapat jumpa jawapan nya.
Tapi rasa ayam tu tak berapa sedap laaa..
Hishhhh.. Susah nya nak fikirrrrrr!!!

(Apa la aku ni, suruh makan je pun.. Sapa suruh fikir? Kan menyusahkan diri dan otak je?)

Tengah aku makan sambil berfikir apa kah penjelasan untuk rasa ayam goreng ni, sekali Ika memberi statement yang bakal menyebabkan aku LIKE seratus juta kali!

Ika : Mummy, kenapa nasi ayam ni rasa macam UBAT GAMAT?


Yessss!! Sungguh bijak anak dara aku.
Rasa dia (i mean bau dia) macam minyak gamat.
Sumpahhhhhhh TAK SEDAP!


En Zul : Tu bukan sebab dia goreng pakai minyak gamat (<---- ayat paling sengal) tapi bila dia goreng guna kayu api, memang bau dia macam gamat. Sebenarnya itu bau kayu api, bukan bau gamat. Sebab nak buat minyak gamat pun guna kayu api. Sebenarnya minyak gamat tu tak ada bau pun. Tapi sebab dah masak pakai kayu api, tu yang bau dia jadi macam tu. Sama la dengan ayam ni.


Ika : Ooooooooooooooooooooooooooooooo....



Ooooooooo   hotak waklu!
Tak ada maknanya bau kayu api la, kayu arang la...
Yang pasti ayam dia tak sedap! Tak sedap! Tak sedappppppp!!!

Aku tak paham kenapa orang sanggup bersusah-payah nak beratur semata-mata nak beli nasi ayam yang mempunyai ayam goreng yang tak sedap??

Sumpah aku tak paham!!!!


Takpe la, sedap tu kan subjektif.
Anggap je la tekak aku dengan Ika yang problem.
Setel.


Masa tengah makan, pekerja tu cakap nasi dah habis.
Yang ada tu pun cukup untuk 10orang pelanggan je lagi.
Maka orang yang ke 11 (lelaki melayu tua) terus naik hangin, dan blahhhhh macam tu je!
Dia panggil bini dan anak dia, terus blah!
Merajuk kot.

(Nota : Sila baca dengan nada yang lemah lembut)
Pakcik... Kot iya pun lapar, kecewa nasi dah habis, jangan la merajuk sebegitu rupa.... Pakcik kan dah tua, kubur tu dah macam memanggil-manggil jeeeee... Buat la perangai senonoh sikit. Kalau tak de rezeki nak makan kat situ, tak apa la. Tapiiiiiiiiiiiiiiii...........

BAYAR LA AIR YANG KAU ORDER TU!
BIADAPPPPPPP!!!!!


Sebab nasi dah habis, pakcik tu selamba je blah!
Aku yang tak de kena mengena ni jadi malu dengan perangai pakcik ni.




Kalau nak pergi try makan Nasi Ayam Gamat tu (secara automatik aku anugerahkan kedai tu dengan nama baru), boleh datang ke Pekan Semenyih. Kedai makan tu betul-betul depan padang kat dewan ni.



Lepas makan kitorang pergi tengok kereta antik En Zul ni. Tengah repair body kereta.








Then petang tu kitorang lepak kat Viva Home. Nak tengok wayang cerita The Avengers. Tapi sebab nak beli barang sekolah untuk Ika, terpaksa pilih cerita lain.

Lepas beli tiket wayang, kitorang nak ke Jusco Maluri untuk beli PlayDoh untuk Ika.
Masa tu tengah hujan lebat. Tapi tak sangka la lebat sampai mengakibatkan bumbung basement B2 bocor teruk!



Ni tunggu masa nak banjir je lagi ni.




Setel beli barang Ika, kitorang bantai tengok Berani Punya Budak dan Battleship.
Ye, aku memang ketinggalan sikit nak tengok Battleship. Sebab masa tayangan dia aku busy nak siapkan assignment. Tu pun baru lepas siapkan lab report. Memang tak sempat nak layan movie pun.


*Berani Punya Budak tak best. Tapi ada la beberapa part yang kelakar*
Masa layan movie ni, anak-anak tak ikut. Biar mak bapak diorang je yang pergi. Boleh romen-romen dalam gelap tu. Eh?



No comments :