It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 6, 2012

Kembali tanpa diundang

Jumaat (kelmarin) aku datang ofis awal. Dalam pukul 7.10am aku dah sampai ofis. Pagi-pagi tu tak de mood nak berjimba-jimba sebab demam & selsema aku makin teruk. So aku layan dulu FB sementara nak tunggu kawan-kawan datang untuk pergi ke Royale Bintang Seremban (Bengkel Diet).

Buka je FB tengok ada 2 orang yang request nak jadi fren aku. Salah seorang nya adalah Teman Tapi Mesra (TTM) aku! Bukan yang nama Z tu, tapi yang nama A. Tetiba perasaan marah tu sampai!

Sebenarnya aku kenal dia sejak umur 15. Masa tu dia baru pindah ke sekolah aku. That time kitorang tak pernah tegur pun. Just pandang-pandang dari jauh. Bila naik form 4, kitorang mula bertegur sapa sebab sama-sama join sukan. Walaupun kitorang dah kenal, tapi tak rapat sangat. Kitorang mula jadi rapat since form 5. Masa tu memang rapat, sampai ada kawan-kawan aku yang ingat kitorang serius couple. Eh, mana adaaaaa.. Kitorang kawan biasa-biasa jeeeeeee.. Hihihiiii.. Aku ada kenalkan dia pada Maklang. Maklang ok je, dia berkenan jugak dengan A ni. Cuma masa tu aku masih belajar, so dia tak ada la beriya sangat bila aku kenalkan someone pada dia. Konon-konon cinta monyet, padahal tak bercinta sangat pun!

Lepas aku habis SPM, aku terus lost contact dengan A. Masa aku SPM dalam bulan puasa. Last paper adalah 5 hari sebelum raya! Memang mencabar jiwa raga la masa tu. Dia ada datang jumpa aku (tapi tak masuk rumah, just jumpa tepi block rumah aku). Dia datang semata-mata nak rasa kuih raya yang aku buat. Sebab masa raya dia tak ada kat KL, beraya kat kampung. So aku bekalkan kuih raya untuk dia, dan dia datang amik kat tepi block rumah aku. Kalau datang rumah pun bukan boleh minum or makan-makan pun. Kan tengah bulan pose :)

Habis je SPM, kitorang terus lost contact. Walaupun kitorang dekat, tapi tak pernah pulak nak contact. Aku pun tak tau kenapa jadi macam tu. Memang rindu gila kat dia masa tu. Masa nak tunggu result SPM, aku kerja kilang. Bila aku nak pergi kerja, aku tunggu bas kilang kat bus stop Pinggiran Batu Caves. Kadang-kadang dia datang tunggu aku kat bus stop tu. Tapi bila dia nampak aku, dia just pandang then blah!

Ok, dia tak nak jumpa aku. Fine.

Lepas aku dapat result SPM, aku tak nak belajar kat U. Aku langsung tak apply mana-mana program pun. Aku sekadar terima offer untuk STPM kat Darul Ehsan (DE). Itupun sebab Maklang beriya-iya nak suruh aku study dan berhenti kerja kilang. Satu hari kawan aku dari sekolah SPM yang sama-sama study kat DE tu cakap, "Yati, A kirim salam". Terkejut la aku! Masih ingat lagi dia kat aku. Ingatkan dia dah hilang ingatan. Pernah ada satu hari tu, aku balik sekolah lewat, dalam pukul 3pm aku baru habis lab. Then aku call Maklang minta dia fetch aku kat sekolah. Kebetulan masa tu hujan lebat. Dalam perjalanan balik ke rumah, kereta kitorang diekori oleh sebuah kereta Wira sedan kaler biru. Then Maklang cakap, "kenapa la kereta belakang ni. Sekejap macam nak himpit belakang kereta mak, bila mak bagi laluan untuk dia potong, dia jauhhhhh pulak dari kereta mak". Bila aku toleh kat belakang, rupa-rupanya kereta A! Aku tanya la kat Maklang, "sejak bila dia kat belakang kita mak?"

Maklang : Sejak dari sekolah hang.. Sampai la sekarang ni. (masa tu dah sampai depan rumah!)

Eh, dia follow aku ke?
Kenapa la dia jadi macam tu? Kalau nak jumpa aku, datang la jumpa elok-elok. Kalau nak sambung ikatan yang terputus tu, aku boleh je pertimbangkan. Tapi dia tak ada contact aku, datang rumah pun tak. Then macamana la aku nak tahu apa niat kau?

Lepas dari hari tu, aku langsung tak pernah jumpa dia. Call pun tak. Nak cari dia, aku tak tahu alamat kampung dia. Aku cuma tahu nama daerah je. Apa no rumah, apa nama jalan, semua aku tak tahu. Dia pun senyap je. Tak de pun terasa nak cari aku. Dan paling sedih masa tu dia dah tak pakai no hp dia yang lama. Dia dah tukar no baru. Dan aku dengar cerita dari kawan-kawan rapat, dia dah pindah ke kampung nya.

So aku anggap kitorang tak ada jodoh untuk jumpa, apatah lagi nak kekal bersama.

Sejak dari tahun 2004 sampai 2010, aku memang tak pernah contact dia. Masa aku start kerja kat PPUKM pada tahun 2007, aku nekad nak lupakan dia. Ntah la, masa tu hati aku kuat sangat menyuruh untuk aku lupakan dia. So aku cuba. Walaupun aku tak berjaya nak lupakan dia, tapi Alhamdulillah aku berjaya untuk lupakan kenangan kitorang... Aku bebas berkawan dengan sesiapa saje tanpa ada bayangan dia.

Tapi sepanjang tempoh aku berpisah dengan dia, aku pernah juga cari nama dia dalam Friendster (masa tu Friendster tengah glamer dowh!). Tapi aku tak jumpa bila search result nama dia. Bila dah ada FB, masa tu tahun 2010 aku saje-saje gatal search nama dia, sekali pop-up nama dia! Most probably itu bukan akaun dia, kebetulan nama orang lain. Tapi bila aku tengok gambar-gambar kat akaun tu, memang sah dia!

Dan lebih gatal bijik bila aku add dia sebagai fren aku dan dia aprroved! Masa tu mula la kitorang berkawan semula (kawan je, no more TTM). That time aku banyak online FB time lunch hour. Dia pulak memang jarang bukak FB. Tapi sejak dia dah approved aku, tetiba dia rajin online time lunch, sampai sanggup tak keluar makan. Bila dia online, dan nampak aku pun online, mesti dia masuk chat box aku. Dan kitorang pun borak-borak bertanya khabar. Tapi yang peliknya dia suka ungkit cerita dan kenangan lama.

Yati, awak ingat tak saya dulu suka kacau awak kat padang sekolah? -ingat!
Awak ingat tak kita selalu lepak kat bilik seni, buat banner sama-sama, buat mural sama-sama? -ingat!
Awak ingat tak kita ada pergi camping sama-sama? -ingat!
Awak ingat tak yang awak pernah tulis surat kat saya dan cakap awak suka saya? Siap panggil saya 'abang'. Saya masih simpan surat tu dalam laci kat bilik ofis saya... -ok, ni sumpah aku tak ingat!

Satu hari, macam biasa aku online time lunch. Then dia masuk chat box aku.

A : Hai, wat apa?
Aku : Tak ada apa-apa, juz layan FB sekejap.
A : Saya nak jumpa awak boleh?
Aku : Hahahha.. Ye la tuuuuu...
A : Ye la, saya nak jumpa. Jumaat depan ye?
Aku : Biar betul? Hmm.. Ok la.
A : Betul... Jumaat depan, awak amik saya kat Putrajaya. Saya turun sana. Ni no tel saya 013*******. Jangan lupa misscall no awak. Apa-apahal bagitau tau. Ok, bye.


Aku ni tak ada la beriya sangat nak jumpa dia. Aku rasa dia gurau-gurau je kot. Tapi bila sampai pagi Jumaat depan tu, dia sms aku....

A : Hai sayang. Jadi tak malam ni nak jumpa? <--- Ok, dia dah mula buat aku takut!
Aku : Hmmm.. Ntah la. Tak tahu lagi.
A : Laaa.. Kenapa? Abang nak jumpa syg. Sekejap pun jadi la. Ok ye? Dalam pukul 5 lebih abang sampai. Lepas Maghrib syg datang amik abang. Abang tunggu.
Aku : Ok


Malam tu aku keluar lepas Maghrib. Aku pergi ke Putrajaya dengan hati yang teruja, tapi sedikit risau. Ye la, nak jumpa dengan buah hati yang aku sayang selama 6 tahun, mesti la aku excited. Tapi aku risau jugak, dalam masa 6 tahun ni dah macam-macam yang terjadi. Dia pun sedikit sebanyak dah berubah. Nampak lebih 'berani' nak panggil aku sayang, siap ber'abang-abang' dengan aku.

Dalam pukul 8.30pm aku sampai Putrajaya. Aku call dia dan tunggu kat tempat yang dia cakap. Bila aku nampak kelibat dia, hati aku jadi bergelora. Demi Tuhan, susuk badan dia masih macam dulu. Kurus, handsome, putih... Dia masuk je ke dalam kereta, dia pandang muka aku sambil senyum, then dia cakap "hai, jumpa jugak kan? Dapat tengok muka ni...."

Arghhhhhh.. Rasa nak gugur jantung aku!!!!!

Malam tu kitorang pusing-pusing Putrajaya. Lepas lepak-lepak kitorang ke Kajang makan Sate Hj Samuri. Sepanjang malam ni kitorang banyak berbual pasal diri masing-masing. Masa tu dia cerita pasal diri dia. Sejak aku habis SPM dan dia ambik keputusan untuk balik ke kampung tanpa sempat bercakap apa-apa dengan aku. Selama dia kat kampung dia memang tak ada berkawan dengan mana-mana perempuan. Sehingga la adik lelaki dia nak kawin. Memandangkan umur dia semakin meningkat, mak dia bagi kata putus kat dia. Dia diberi masa selama 2 bulan sebelum adik dia bernikah, dan dia perlu kawin dalam masa 2 bulan tu. Kalau dia tak jumpa gadis untuk berkawin, mak dia akan kawinkan dia dengan sepupu dia.

Ok, cerita ni macam cerita hindustan petang Sabtu kat TV3 kan?
Lantak!

Dalam masa 2 bulan dia berjaya berkenalan dan berkawan dengan seorang guru yang berasal dari Perak. Memandangkan pada waktu itu kewangan dia sudah stabil, mak dia pun seolah-olah merestui hubungan diorang, dah semua yang dirancang berjalan dengan lancar, maka diorang selamat bergelar suami isteri pada tahun 2007. Iaitu pada tahun tu hati aku tekad nak lupakan dia. Memang satu petanda dari Tuhan.

Walaupun perkahwinan diorang masih mentah dah perasaan cinta tu masih menipis, tapi dia berjaya membina mahligai dia dengan bahagia. Dikurniakan seorang isteri yang cantik, berasal dari Perak, berkerjaya sebagai seorang pendidik dan melahirkan sepasang zuriat yang sungguh comel!

Sekarang ni dia dah hidup senang. Dia dah ada kereta mewah, rumah mewah yang besar, isteri yang cantik dan sepasang anak yang comel. Walaupun aku tak ditakdirkan untuk bersatu dengan dia, bila aku mendengar cerita dia, aku dapat rasakan kebahagiaan yang dia lalui.

Tapi ada beberapa perkara yang aku tak suka sepanjang malam tu.

Pertama, dia masih menganggap aku seperti gadis yang 'dulu', yang masih menyukai dirinya.
Kedua, dia seolah-olah cuba membangkitkan nostalgia lama antara kami. Malah dia mula meluahkan rasa rindu pada aku. Gila! Dia jugak cuba menyakinkan aku bahawa selama kitorang terputus hubungan, dia berusaha mencari dan menghubungi aku. Sehingga la mak nya memberi kata putus pada nya. Dia selalu datang KL untuk berjumpa kawan-kawan lama dan mencari aku. Ok, bab ni aku malas nak percaya!

Ni persoalan aku: Kenapa kau tak pernah datang ke rumah aku, sedangkan kau tahu kat mana rumah aku! Kalaupun kau dah lupa no rumah aku, atleast kau tahu jalan nak ke rumah aku. Kenapa sebelum kau pindah ke kampung, kau cuma perhatikan aku dari jauh? Kenapa sanggup ikut aku ke mana-mana sahaja secara senyap-senyap, tapi langsung tak cuba tegur dan dekati aku semula? Sedangkan kau tahu aku sayangkan kau?

"Sebab abang takut sayang marahkan abang..."

Itu je? Bullshit! Kalau sayang, tak mungkin aku akan marah. Selama 6 tahun aku tunggu kau. Selama tu jugak aku tak bukak hati aku pada sesapa. Bagai nak gila aku cari no tel kau. Tapi nasib tak menyebelahi aku. Aku dapat jumpa kau pun sebab aku tergerak hati nak cari kau kat FB. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan berjumpa dengan kau!

Sekarang kau dah kawin. Hidup kau dah lengkap. Kenapa kau datang cari aku untuk ungkit kisah lama? Kalau nak kongsi kebahagiaan kau dengan aku, cerita la... Aku sudi mendengarnya. Tapi jangan panggil aku SAYANG, sebab panggilan itu hanya untuk isteri dan anak-anak kau. Jangan sebut pasal RINDU, sebab rindu tu dah lama berlalu! Kau nak tahu kisah hidup aku selama pemergian kau? Kisah aku biasa je.. Kau nak tahu, aku cerita. Kau percaya atau tak, terpulang....

Sebelum aku hantar dia balik ke Putrajaya, dia cakap dia masih sayangkan aku. Tapi semua tu dah tak ada makna. Aku sekadar senyum.... Susah nak memberi sebarang komen. Pada saat sebelum dia turun dari kereta, dia cakap akan tetap tunggu aku. Masa tu memang aku rasa nak menangis. Bukan sebab terharu, tapi sebab aku rasa menyesal atas tindakan bodoh aku pergi jumpa dia malam tu! Kalau aku tak berani-berani pergi jumpa dia, aku tak perlu tahu kisah hidup dia, dan paling penting aku tak payah dengar kata-kata sayang, cinta dan rindu dari mulut dia! Aku benci!

Lepas seminggu dari pertemuan kitorang, aku ada pm inbox FB dia. Aku luahkan apa perasaan aku pada malam tu. Mungkin pada mulanya aku gembira. Sebab dapat jumpa dia selepas bertahun kitorang berpisah. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, aku tak ada niat nak hancurkan rumah tangga dia. Sebab pada aku, hubungan aku dengan dia sekadar kawan. Apa yang berlaku pada zaman persekolahan, aku anggap ianya cinta monyet dan dah menjadi kenangan. Tapi dengan layanan dia pada malam tu, buat aku jadi tak selesa. Mungkin kita dah melalui fasa kedewasaan, tapi aku masih tak dapat ikut 'rentak' dia. Aku sedih bila dia cakap dia sayangkan aku, dia rindukan aku. Dia betul-betul kecewakan aku. Aku tak mengharap semua tu, sebab aku dah buang jauh-jauh perasaan tu lama dah! Kenapa tetiba dia nak ungkit balik semua tu? KENAPA???????


*amik nafas*


Lepas aku pm dia, aku remove dia dari frenlist aku. Aku siap blocked dia supaya dia takkan dapat cari aku lagi. Tapi silap aku adalah bila aku blocked dia, dia tak boleh baca message yang aku hantar pada dia. Then satu hari aku unblocked balik dia. Aku tak tahu message tu masih ada dalam inbox dia atau sudah terpadam. Selama itu jugak la dia tak pernah sms or call aku. Mungkin dia dah baca message aku kot.

Tapi bila aku tengok friend request, itu adalah dari dia!



52 mutual friends dari SMKSK.
Gambar dan nama terpaksa diblurr kan supaya kawan-kawan SMKSK tak tahu siapa empunya diri.
Hekkk~




Maaf, saya terpaksa delete request kamu.


Sepanjang 3 hari aku kat Royale Bintang Seremban duk pening memikirkan samada nak accept or delete request tu.

Kalau aku bersangka buruk : Tak baik buat macam tu, dia kan niat baik.. Nak berkawan dengan aku..
Kalau aku bersangka baik : Kenapa dengan kau ni? Dah jadi bini orang pun masih nak menggatal dengan kali orang? Jentik biji kau tu kanggggg!


Kenapa la kau hadir dalam hidup aku balikkkkkkk????
Benci!

No comments :