It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 23, 2012

Kadang-kadang SELEBET itu okey wut?

Kadang-kadang kita selalu fikir yang cantik tu adalah kemestian. Yang cantik itu jugak yang menjadi tarikan. Aku pun mudah tertarik pada kecantikkan dan keindahan. Be it pada manusia, benda or alam, mesti aku tertarik pada yang cantik-cantik. Itu normal.

Rasanya bukan aku je yang suka benda cantik-cantik ni. Cantik kan subjektif. Mungkin pada mata aku ia adalah cantik, tapi pada mata orang lain ia sesuatu yang biasa saja. Kadang-kadang susah kita nak claim sesuatu benda itu cantik. Ye la, lain orang punya mata, lain la citarasanya. Iya dak?

Same goes pada keburukkan. Pada rupa wajah, tiada yang buruk ciptaan-Nya. Semuanya cantik. Semuanya indah. Cuma, bezanya samada orang itu pandai bergaya, menjaga penampilan or selekeh. Selekeh, selebet, serabai. Macam-macam perkataan yang menggambarkan satu penampilan. Perkataan-perkataan ni mungkin kasar pada penerimaan seseorang. Tapi itu bukan persoalan. Kalau penampilan yang digayakan tidak sesuai dengan karekter dan peribadi kita, mungkin pada diri kita itu dah habis cun dah. Tapi pada mata orang lain, mungkin ada yang kata kita tak ada citarasa or selebet. Paling bangsat pun orang akan cakap syok sendiri.

Baru-baru ni aku suka layan cerita-cerita ‘kemelayuan’. I mean, cerita kemelayuan yang ada Datuk dan Datin, Tan Sri dan Puan Sri, anak orang kaya bercinta dengan anak orang miskin, beza dua darjat. Arghh.. So cliché! Sebab aku dah mula layan cerita-cerita macam ni, maka ada la beberapa buah drama yang termasuk dalam list cerita kemelayuan aku. Antaranya Jangan Ambil Padang Kami.

Ok, cerita ni berkisar pada sekumpulan anak muda yang mempertahankan padang permainan di kawasan perumahan flat diorang. Aku bukan nak jadi pengulas cerita tu, cuma aku nak highlight kan pada pelakon yang main watak Roy dalam cerita tu. Haaa.. kenal tak? Alaaa.. Anak orang kaya yang syok kat pelakon Syera Ayob tu. Mamat tu berlakon jugak dalam cerita Cik Paris Diva Kampung.

Yes, cerita tu la yang mula-mula aku minat dengan mamat tu. Nama dia Izzue Islam. Nama asal Mohd Izzul Islam. Dia ni penyanyi dalam kumpulan Forteen. Berumur 21 tahun dan berasal dari Kelantan.

Haa, cukup tak details tu?
Tak cukup?

Ok, aku up lagi story pasal dia. Dia lahir pada 17 Mac 1991, anak bongsu dari 6 orang adik beradik, no tel 012-6487951. Amacam? Gila fanatic tak aku dengan mamat ni?

Ok, aku tipu je details yang last-last tu.

Sebelum ni Izzue dah banyak berlakon dalam drama dan filem. Aku penah je tengok lakonan dia dalam cerita Cintaku 120km/j dengan Zizan Hidung. Tapi aku tak noticed pun kewujudan dia dalam drama tu. Yang aku tahu dia tu pelakon pembantu yang digandingkan dengan Zizan Hidung. Tak terasa nak search pun siapa empunya nama. Drama-drama lain pun aku tak perasan jugak.  Macam drama Jangan Ambil Padang Kami, aku tak perasan pun dia berlakon dalam drama tu, until dia promote drama tu dalam FB dia. Apsal la dalam banyak-banyak drama, cerita Cik Paris Diva Kampung ni jugak yang aku perasan? Haa… Kenapa?

Sebab dia SELEBET.

Ye, sebab dia selebet. Dalam cerita tu dia memang sesuai sangat berlakon sebagai pemuda kampung yang jobless. Serius. Tak caya?

Nah tengok à






Aku sendiri macam tak caya aku boleh berkenan dengan mamat ni. Hanya dengan pembawakan watak pemuda selebet. Tak perlu costume yang hebat-hebat, make up yang tebal-tebal, gaya yang gojes-gojes. Dia just pakai t-shirt lusuh, short slack, rambut serabai-serabai sikit, misai semak-semak macam setahun tak pernah potong, then muka blurr je. Agak-agak korang muka macam ni laku ke kalau nak ngorat anak Tan Sri?

Nan hadoooooo…

Tak de nya anak Tan sri berkenan kat muka macam tu. Aku je yang kebulur nak muka blurr selebet macam tu. Weh, walaupun muka dia selebet, tapi muka dia natural. Sedap mata aku memandang. Itu mata aku la.. Mata orang lain aku tak tahu.

Kalau tengok pic ni, pada saat scene ni la aku betul-betul dah syok kat mamat selebet ni. Sumpah muka dia memang betul-betul jadi macam muka pemuda kampung yang innocent. 




Pic yang ni kira ok sikit keselebetannya. Kira macam muka jambuuuuu gitu~



Seeeee? Walaupun selebet, tapi tetap macho ok.
Sebenarnya kalau dia nak bergaya, tak de hal derrrr.. Memang meletop la kalau nak tengok penampilan sebenar dia. Silap hari bulan kalau Rozita Che Wan terlanggar bahu dengan mamat ni, mahu dia tinggalkan Zain mamat baju berbunga-bunga tu. Haaa.. Jangan main-main dengan kehenseman dia ni. Dalam banyak-banyak gambar dia kat FB tu, gambar ni yang aku rasa stylo. Banyak lagi gambar-gambar yang smart, tapi semua tu banyak edit dan terlalu ‘kemas’ penampilan dia. Rambut tersisir rapi, baju smart, mimik muka pun ala-ala anak ikan. So aku taruk la gambar ni kat diari mak ni eh....





Smart kan? Rasa macam nak pengsannnnnn
Nak tengok pic dia yang mantap-mantap, boleh tengok kat sini.




Ok, itu pihak lelaki. Kalau pihak perempuan, memang susah nak cari pelakon yang selebet, tapi cantik. Haaa.. Ada ke? Setakat nak harap Neelofa, Rozita Che Wan, baik tak payah! Diorang tu plastik! Tapi memang betul, susah nak cari perempuan yang selebet, but she looks beautiful in her own ways. Kalau pelakon perempuan yang ada sekarang ni, kebanyakkan mereka dah di make up tebal-tebal bak pelakon opera cina, sampaikan sebarang cacat cela semua hilang. Yang nampak pada diorang cuma tergedik-gedik, dagu panjang dan pipi benjol sebab suntik botok, punggung melentik bak bontot itik. Itu belum cite pasal bibir Hanjingelina Jolie! Menjuih macam kena sengat lebah.

Hari tu aku layan cerita Pulau Pandan Jauh Ke? Cerita ntah apa-apa. Tapi yang buat aku layan cerita tu sebab pelakon perempuan tu sumpah gila selebet, but she’s beautiful without make up!





Beautiful? Serieslyyyyyyy….? Hazab sungguh selebet budak ni..




Jom tengok tahap keselebetan dia.





Haaa.. Amacam? Ada tak macam Pontianak?


Hahahaa.. Perempuan ni betul la selebet! Dengan rambut kusut masai, baju pun dah macam langsir raya zaman P Ramlee.. Tapi dia comel. Nama dia Fiffy Natasha. Dia ni pelakon umur 18 tahun. Dulu masa dia kecik-kecik dia penyanyi nasyid kumpulanWardah. Tapi itu dulu laaaa. Sekarang ni dia dah jadi pelakon cerita KLIK, Vanila Coklat, Cinta Kolestrol, I Know What U Did Last Raya, dan banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak cerita, tang drama selebet ni jugak yang aku berkenan, even aku noticed kewujudan dia.

Sebab pada aku orang perempuan ni kalau bab kecantikkan dan kecomelan memang tak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kalau dengan muka ala-ala duck-face yang macam mintak penampor tu. Lagi la tak boleh dipisahkan. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa dia sangat cantik dan comel dalam drama tu. Muka selamberrrrr je. Rambut kusut masai pun tak der hal derrrr..

Tapi bila aku search FB budak ni, humangaihhhhhh.. Gila bergaya budak ni! Macam tak percaya! Ala-ala korean pun ada. Ala-ala Bollywood je aku tak nampak lagi. Hmm.. Walaupun dia ni bukan la seselebet seperti yang aku sangka, tapi dia berjaya membawa watak minah kampung yang serabai, cakap merapu. Tapi disebalik kemerapuan dan keserabaian tu, terserlah kecomelan dia.

Wahahahaa... Beriya-iya aku puji kau, dek!




Kalau nak tengok pelbagai wajah ala-ala Korean, boleh klik kat SINI



Mungkin aku dah rimas dengan wajah-wajah 'plastik' pelakon perempuan kat Malaysia ni. Banyak sangat yang kebotoxan dan kekoleganan yang diserap masuk dalam diri diorang. Pastu pemakaiaan pun pelik-pelik je aku tengok. Tak sesuai dengan diri diorang. Asal sapuuuu je baju sponser. Lebih-lebih lagi kalau artis yang dapat sponsor kawin. Lagi merapu baju diorang! Macam hampagasssss.


Like ofismate aku, sorang lelaki, sorang lagi perempuan. Orang cakap dia hensem, yang sorang tu cantik. Tapi sorry to say, aku masih belum nampak tang mana hensem dan cantiknya diorang tu? Teruk betul mata aku ni. Ramai yang memuji, tapi bagi aku dia biasa je. Belum sampai tahap hensem. Sebab aku rasa dia sangat 'berusaha' untuk jadi dan nampak hensem dan cantik. Pada aku la, kalau kau dah memang memiliki wajah yang hensem or cantik, tak perlu la kau nak bersusah-susah payah beli baju mahal-mahal, pakai make  up tebal-tebal dan beli aksesori yang ntah-apa-apa untuk jadi menarik. Pakai je apa-apa yang simple, pun still mampu menarik perhatian orang lain. Kan?



P/s : Muka Izzue Islam mengingatkan aku pada seseorang =)

2 comments :

:: mOshi mOshi89 :: said...

muka dia cm muka pekin ibrahim kn....?

:: mOshi mOshi89 :: said...

muka dia ala2 muka pekin ibrahim kn??